Tugasan 3 EDUP3133 by NUR AMANI AFIFAH BINTI BARAWI IPG-Pelajar

1.0 Pengenalan
Rancangan pengajaran harian (RPH) merujuk kepada satu set dokumen yang telah disusun oleh seseorang guru untuk dijadikan sebagai panduan untuk mereka mengajar dalam satu sesi pelajaran. Oleh hal yang demikian, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sangat diberikan penekanan kerana cara seseorang guru melaksanakan pengajarannya juga bergantung kepada hasil RPH yang telah dibuat (Kalai Selvan Arumugham, 2019). Reka bentuk pengajaran merujuk kepada bagaimana seseorang pendidik mampu merancang, mengembangkan dan menyusun aktiviti bagi pengajaran dan pembelajaran (Pdp) di dalam kelas dengan mempunyai matlamat dan objektif yang sesuai untuk memudahkan proses pembelajaran dan pemahaman murid-murid. Ini termasuk cara guru memilih kaedah atau strategi pengajaran yang sesuai untuk digunakan kepada murid lebih-lebih lagi apabila pembelajaran pada masa kini melibatkan penggunaan teknologi yang meluas. Oleh hal  yang demikian, guru perlulah bertanggungjawab untuk memastikan segala strategi pengajaran yang dibuat adalah terancang supaya mutu pendidikan menjadi lebih berkualiti (Intan Nur Syuhada Hamzah, 2021).

2.0 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

3.0 Pengintegrasian Reka Bentuk Pengajaran model ASSURE
Reka bentuk pengajaran ASSURE merupakan salah satu reka bentuk yang digunakan oleh guru untuk membantu guru dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sekaligus melibatkan pengintegrasian teknologi. Di dalam model ASSURE, komponen-komponen tersebut mempunyai fasa dan maksud tersendiri di mana inilah yang akan membantu guru-guru dalam proses pdp mereka. Komponen tersebut ialah Analyse Learners (Analisis pelajar), State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran), Select methods, media and materials (Memilih kaedah, media dan bahan), Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan), Require learner participation (Penglibatan pelajar dalam pembelajaran), dan yang terakhir ialah Evaluate/Review (Penilaian \semak semula bahan).

Model ASSURE merupakan model reka bentuk pengajaran yang digunakan supaya dapat difokuskan pada terhasilnya pembelajaran yang efektif dan efisien khususnya pembelajaran yang menggunakan media dan teknologi (Rozie Iskandar & Farida F, 2020). Fasa yang pertama merupakan fasa  Analyse Learners (Analisis pelajar). Di dalam fasa analisis ini, guru boleh menganalisis dari segi memahami latar belakang murid, keperluan, kemahiran dan pengetahuan murid-murid. Sekiranya guru ingin membuat analisis dengan lebih mendalam, guru boleh mengenalpasti ciri-ciri yang ada pada setiap murid. Sebagai contoh, Guru mengambil tahu latar belakang sosio-ekonomi murid seperti kebanyakan murid mempunyai tahap sosio-ekonomi tinggi dan sederhana. Dalam pada itu, untuk mengetahui ciri-ciri tersebut, guru haruslah perbanyakkan interaksi bersama-sama dengan murid-murid. Hal ini kerana sekolah tersebut merupakan sekolah bandar di mana kebanyakan tahap keluarga murid-murid adalah ibu bapa yang berkemampuan dan bekerjaya.  Oleh hal yang demikian, tidak akan ada masalah untuk meminta murid-murid membawa sebarang media dan bahan untuk aktiviti yang akan dijalankan. Seterusnya, sebelum memulakan sesi pdp di dalam kelas, guru mengetahui tahap kebolehan beberapa orang pelajar yang telah memahami bahasa seni visual seperti ruang, keseimbangan dan kesatuan dan juga beberapa yang lain kurang memahami bahasa seni visual yang ingin diajar pada hari tersebut. Guru boleh bertanya atau membuat sesi soal jawab dengan murid-murid sebelum memulakan sesi pdp pada ketika itu. Dengan adanya analisis seperti ini dapat membantu guru untuk meningkatkan lagi usaha untuk membuat murid-murid memahami bahasa seni visual supaya semua murid dapat menghasilkan karya dengan adanya pemahaman berkaitan bahasa seni visual. Guru juga boleh menganalisis gaya pembelajaran yang ada pada setiap murid seperti kebanyakan murid di dalam kelas lebih tertarik kepada gaya pembelajaran visual manakala segelintir yang lainnya tertarik kepada gaya pembelajaran auditori dan kinestetik. Dengan adanya hasil analisis ini, ini dapat membantu guru untuk menggunakan lebih banyak penggunaan visual dan audio seperti menggunakan gambar, video dan animasi untuk bahan pembelajaran sekaligus dapat menarik perhatian murid di dalam kelas supaya mereka dapat belajar dengan baik.

Seterusnya ialah fasa State objectives (menetapkan objektif) di mana guru perlu menetapkan objektif pembelajaran dengan jelas selepas menganalisis murid-murid di dalam kelas tersebut. Objektif yang dihasilkan haruslah spesifik, dapat diukur, dapat dihasilkan, relevan dan sesuai dengan murid-murid yang diajar. Dengan adanya hasil analisis fasa pertama tadi, guru boleh menjadikan objektif lebih terfokus dengan perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh murid. Sebagai contoh, guru meminta murid-murid untuk menyatakan bahasa seni visual yang ada pada contoh-contoh montaj yang telah guru tunjukkan kepada murid-murid. Hal ini adalah untuk meningkatkan kemahiran kognitif murid-murid untuk berfikiran dengan lebih kreatif dan kritis. Oleh hal yang demikian, kebanyakkan pelajar yang sudah menguasai bahasa seni visual berjaya memberikan jawapan yang betul kepada soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru itu tadi. Manakala bagi yang kurang menjawab pula, guru boleh mencuba untuk menggunakan peneguhan positif sekiranya mereka berjaya menjawab hanya satu atau doa soalan yang betul. Ini kerana murid-murid akan merasa lebih dihargai sekiranya diberikan peneguhan positif seperti pujian dantepukan dari rakan sekeliling. Selain itu, guru juga perlu menetapkan penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian untuk hasil pembelajaran pada ketika itu. Objektif pembelajaran juga merujuk kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap baru  untuk murid-murid pelajari. Contohnya, penghasilan montaj merupakan aktiviti yang baru untuk murid-murid pelajari. Guru boleh menetapkan objektif di mana guru ingin murid-murid meneroka gambar-gambar yang boleh digunakan untuk menghasilkan montaj yang bertemakan perayaan di sumber internet dan guru boleh menayangkan cara-cara menghasilkan poster montaj sebagai rujukan untuk murid-murid. Hal ini sekaligus boleh meningkatkan pengetahuan murid-murid berdasarkan bahasa seni visual yang digunakan untuk penghasilan montaj dan juga kemahiran menggunting dan melekat gambar untuk penghasilan karya tersebut.

Fasa yang ketiga ialah Select methods (memilih kaedah, media dan bahan pengajaran dan pembelajaran) di mana guru perlu mempunyai rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat pdp pada ketika itu. Hal ini adalah untuk menjamin keberkesanan Pdp dengan adanya pemilihan media dan bahan yang bersesuaian dengan aktiviti dan tahap murid-murid. Terdapat beberapa kriteria yang perlu diambil kira oleh guru-guru sebelum memilih kaedah untuk pengajaran. Antaranya ialah membuat pengetahuan terdahulu kepada murid-murid seperti bertanya kepada murid berkaitan bahasa seni visual yang mereka tahu dalam karya montaj yang yang ditunjukkan oleh guru. Hal ini juga sekaligus akan menggalakkan pemikiran murid-murid dan mewujudkan motivasi murid untuk menghasilkan karya montaj yang menarik. Selanjutnya, guru boleh menggunakan pelbagai pemilihan media seperti penggunaan teknologi, media seperti buku teks dan bahan yang akan digunakan dalam pengajaran. Contoh penggunaan teknologi yang digunakan pada ketika itu adalah dengan menayangkan video berkaitan cara-cara menghasilkan poster montaj dengan gambar-gambar yang telah sedia ada hasil daripada guntingan dari majalah, komik, buku  terpakai dan gambar-gambar yang telah dicetak dari sumber internet.

Fasa yang keempat ialah Utilize media (menggunakan media dan bahan sumber) di mana guru mengintegrasikan teknologi dan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya guru ingin menggunakan teknologi, guru perlu menggabungkan teknologi ke dalam bahan pengajaran untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar. Sebagai contoh, guru membentangkan slaid yang telah guru hasilkan dengan menggunakan aplikasi canva untuk memperbanyakkan lagi visual supaya boleh menarik perhatian murid-murid. Selain itu juga, guru membimbing murid untuk meneroka contoh-contoh poster montaj yang ada di internet seperti di aplikasi pinterest, guru juga menayangkan video cara menghasilkan montaj yang ada di youtube. Hal ini sekaligus telah mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Fasa yang kelima ialah require learner participation (melibatkan pelajar dalam proses pembelajaran) di mana kepelbagaian media dan bahan yang digunakan dapat membantu dan mengekalkan penglibatan murid-murid. Penyertaan pelajar merupakan kunci dalam model ASSURE ini. Hal ini kerana guru perlu memastikan bahawa murid aktif dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan aktiviti yang dijalankan. Aktiviti montaj ini boleh melibatkan semua murid untuk sama-sama menghasilkan poster montaj dengan kepelbagaian gambar yang bersesuaian untuk tema bagi aktiviti tersebut. Sebagai contoh, guru boleh memulakan perbincangan seperti bersoal jawab dengan murid dengan meminta murid memberikan beberapa contoh perayaan yang ada di Malaysia. Setelah melakukan perbincangan, guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan guru meminta murid untuk mencari pelbagai contoh poster montaj untuk dijadikan sebagai sumber rujukan seperti di fasa keempat tadi sebelum memulakan aktiviti penghasilan montaj tersebut. Setelah guru memastikan murid-murid memahami bahasa seni visual dan cara menghasilkan montaj, guru boleh meneruskan proses pengajaran dengan meneruskan aktiviti penghasilan montaj secara berkumpulan dengan adanya bimbingan daripada guru. Guru perlu memastikan murid-murid menggunakan alatan tajam seperti gunting dengan berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kemalangan  yang berlaku.

Fasa yang keenam ialah Evaluate/review (nilai serta semak semula) di mana langkah terakhir ialah guru menilai pencapaian murid dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pada ketika itu. Guru perlu mengambil tahu sejauh mana objektif pembelajaran telah dicapai dan juga mengambil tindakan untuk menyemak semula reka bentuk pengajaran yang dihasilkan. Sebagai contoh, setelah menyiapkan hasil karya montaj, guru meminta murid-murid untuk membuat pembentangan hasil karya montaj mereka dan membuat apresiasi terhadap karya kumpulan yang lain. Dengan cara ini, guru boleh melihat dan memahami sejauh mana pemahaman murid-murid berkaitan bahasa seni visual yang ada pada karya montaj. Selain itu, guru juga boleh mengetahui bahawa adakah objektif dan matlamat yang dibuat adalah tercapai. Guru juga perlu mengambil kira dari segi kognitif dan kemahiran murid-murid. Penilaian perlu dibuat dengan melihat hasil karya murid dan bagaimana murid membuat apresiasi daripada karya montaj kumpulan yang lain. Sekiranya terdapat kelemahan terhadap hasil penilaian guru, guru mesti membuat penambahbaikan untuk sesi pdp yang akan datang. Antara pengubahsuaian yang boleh dibuat ialah seperti objektif, isi pelajaran, strategi dan sumber pengajaran pembelajaran. Maka, hasil pembelajaran pada masa akan datang boleh menjadi lebih baik dan lebih berkesan.

4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, model ASSURE mempunyai banyak kebaikan yang dapat dikesan untuk digunakan dalam proses pdp di dalam kelas. Hal ini kerana model ini menjadikan proses pengajaran menjadi lebih berkesan dan sistematik. Selain itu juga, model ini membuat murid lebih bermotivasi dan tertarik dengan cara guru penyampaikan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat menjadikan hasil pembelajaran menjadi lebih berkesan. Murid juga lebih gemar dengan pendekatan pengajaran yang interaktif berbanding pendekatan pengajaran secara tradisional kerana pendekatan pengajaran yang interaktif dapat meningkatkan tahap motivasi diri murid-murid (Logambigai Bakthaselvan et al., 2022). Zaharah Che Isa dan Nurulwahida Azid@Aziz (2016, ms. 1012) menyatakan bahawa “Secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa pengajaran berkesan oleh guru bukan sahaja meliputi aspek kurikulum dan kemahiran guru mengajar semasa di dalam kelas, malah ia lebih besar dan luas termasuklah perancangan dan persediaan rapi sebelum hadir ke kelas, penyertaan pelajar secara aktif dan sokongan bahan bantu pembelajaran.”

RUJUKAN

LAMPIRAN
Entrance survey

Exit survey