GPMK1022 (KUMPULAN 5) by Nur Afina

Aspek-aspek dalam bidang komunikasi iaitu interpersonal, intrapersonal dan kumpulan kecil dapat ditemukan dalam video YouTube tersebut apabila murid-murid tersebut sedang menjalankan aktiviti pembelajaran abad ke 21 dengan mengaplikasikan konsep Sekolah Sejahtera.

Selain itu, elemen-elemen komunikasi seperti penyampai, penerima, mesej dan maklum balas telah diguna pakai semasa sesi pembelajaran tersebut. Hal ini kerana,  melalui video YouTube tersebut, murid dilihat akur dan mengikut arahan yang diberikan oleh guru dengan baik dan efektif.

Komunikasi lisan melalui bentuk temuramah bersama Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Tinggi Setapak mengenai konsep Sekolah SEJAHTERA diguna pakai dalam video tersebut. Selain itu, terdapat juga sesi temuramah bersama orang awam untuk menyuarakan pendapat dan pandangan mereka mengenai Sekolah SEJAHTERA.

Seterusnya, melalui video YouTube tersebut juga, turut ditemukan komunikasi lisan dalam bentuk perbualan telefon.

Surat rasmi merupakan salah satu daripada jenis-jenis komunikasi tulisan. Lazimnya, surat rasmi ditulis untuk tujuan rasmi seperti permohonan, rayuan, aduan dan sebagainya. Surat rasmi berkaitan pelaksanaan konsep sekolah SEJAHTERA telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 24 Mac 2022.

Bentuk kesantunan terbahagi kepada 3 iaitu, kesantunan verbal, non-verbal dan tulisan. Berdasarkan klip video tersebut, ketiga-tiga bentuk kesantunan ditemui. Misalnya kesantunan verbal ditemukan apabila murid-murid tersebut menyapa guru dengan mengucapkan selamat pagi serta menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Manakala, kesantunan non-verbal ditunjukkan apabila murid-murid tersebut bangun untuk memberikan salam yang menunjukkan perbuatan santun. Seterusnya, kesantunan tulisan terdapat apabila guru dan murid lelaki cina tersebut menggunakan bahasa yang sopan dan tertib apabila berkomunikasi dalam era digital. Oleh itu, jelaslah konsep sekolah SEJAHTERA telah diaplikasikan dalam video tersebut.

Pada era pendigitilan masa kini, ramai masyarakat yang lebih gemar dan sering menggunakan aplikasi atas talian untuk berkomunikasi. Sungguhpun era pendigitilan ini memberikan banyak impak positif, namun sekiranya tidak digunakan dengan berhemah ia juga boleh menimbulkan pelbagai masalah dek ketidakpatuhan segelintir masyarakat akan etika komunikasi dalam era digital. Berdasarkan klip video daripada YouTube tersebut, terdapat beberapa halangan dan masalah komunikasi dalam era digital yang ditemui.

Terdapat pelbagai laras bahasa yang digunakan  dalam bidang pendidikan ini khususnya di sekolah. Antaranya ialah, laras bahasa umum yang sering digunakan oleh guru-guru atau kakitangan ketika berbual sesama sendiri. Seterusnya ialah laras bahasa kanak-kanak. Laras bahasa ini sesuai digunakan oleh guru-guru yang mengajar di sekolah rendah ataupun tadika kerana penggunaan laras bahasa ini dapat memudahkan lagi interaksi antara orang dewasa dan kanak-kanak. Akhir sekali ialah laras bahasa panggilan. Laras bahasa ini juga penting bagi membezakan pangkat dalam sesebuah masyarakat terutamanya disekolah bagi mewujudkan rasa hormat kepada warga pendidik.

Penggunaan komunikasi lisan amatlah penting dalam usaha mewujudkan sebuah sekolah yang sejahtera. Hal ini demikian kerana. Setiap orang pasti akan berkomunikasi dalam kehidupan sehari hari. Komunikasi lisan ini bukan sekadar melakukan perbualan sahaja. Akan tetapi, komunikasi lisan juga dikategorikan dalam ucapan, pembentangan, perbualan dalam telefon, mesyuarat dan sebagainya yang melibatkan komunikasi 2 hala.

FUNGSI KOMUNIKASI LISAN

1) Mesej boleh melalui saluran komunikasi dengan cepat dan sampai kepada penerima.

2) Maklum balas boleh diperoleh dengan cepat.

3) Komunikasi lisan kebanyakkannya secara tidak formal dan kejujuran dapat dirasakan.

Di setiap sekolah pasti guru-guru telah mengasah bakat para pelajar untuk menjadi seorang pengacara majlis. Hal ini turut merupakan contoh dalam komunikasi tulisan. Noresah Baharum et al. (2010) menakfifkan pengacara majlis sebagai orang yang megendalikan persembahan acara-acara dalam satu pertunjukan, majlis dan lain-lain manakala majlis pula ialah perjumpaan orang ramai atau keramaian. Pengacara majlis ini penting untuk mengendalikan sesebuah majlis bagi memastikan kelancaran majlis tersebut.Pengacara majlis ini biasanya disebut sebagai MC iaitu singkatan bagi perkataan master of ceremony dalam bahasa Inggeris.

Komunikasi dalam era digital ini bukan lagi satu perkara yang asing, malah guru-guru serta murid-murud telah pun didedahkan dengan pelbagai jenis alat digital yang mampu memudahkan urusan kita dalam kehidupan seharian. Guru yang bijak akan menggunakan peluang ini untuk meningkatkan lagi keberkesanan dalam pembelajaran dengan menggunakan kemudahan digital yang ada agar para pelajar menjadi lebih seronok untuk belajar. Hal ini sekali gus dapat meningkatkan mutu pelajar dalam bidang IT dan seterusnya meningkatkan imej sekolah.

Di sekolah, laras bahasa lisan sentiasa digunakan sepanjang sesi pembelajaran mahupun program di luar kelas. Laras bahasa lisan terbahagi kepada dua iaitu laras bahasa formal dan laras bahasa tidak formal. Laras bahasa formal digunakan khususnya semasa majlis rasmi di sekolah diadakan. Pengacara majlis, ucapan guru-guru dan sebagainya dilontarkan dalam laras bahasa formal. Persembahan atau pertandingan kokurikulum seperti pidato juga disampaikan menggunakan laras bahasa formal. Selain itu, laras bahasa tidak formal digunakan dalam pertuturan harian para pelajar dan guru-guru di sekolah.

Komunikasi lisan yang berkesan penting untuk mewujudkan keadaan harmoni di sekolah supaya para guru dan murid-murid selesa dalar menjalankan sesi pembelajaran di kelas. Antara ciri-ciri kosmunikasi yang berkesan dan berhemah yang ditunjukkan dalar video di atas ialah penggunaan bahasa secara positif, bersifat empati dan menjadi pendengar yang baik kepada pelajarnya. Guru tersebut menggunakan bahasa yang mengiktiraf kehadiran penerima iaitu para pelajarnya dengan menggunakan bahasa yang lembut, menghargai dan memuji anak muridnya.

Salah satu jenis komunikasi tulisan ialah laporan. Laporan ialah dokumen untuk menyampaikan maklumat yang khusus kepada pembaca tertentu. Antara tujan laporan ditulis adalah untuk merekodkan, memaklumkan pelaksanaan dan perkembangan serta menyalurkan cadangan berkaitan sesuatu aktiviti atau program. Laporan berkaitan program Sekolahku Sejahtera di Sekolah Kebangsaan Termeloh Jaya diterbitkan pada 4 Julgai 2022.

Terdapat banyak peraturan berbahasa yang perlu dipatuhi semasa bertutur. Guru-guru dan para pelajar perlu mematuhi peraturan berbahasa semasa bertutur antara satu sama lain untuk menjadikan sekolah satu tempat yang sejahtera dan selamat. Dalam klip video tersebut, jarak sosial dipatuhi oleh kedua-dua pihak guru dan pelajar kern menggunakan panggilan yang sesuai seperti panggilan cikgu dan kamu. Konteks percakapan, tujuan dan matlamat percakapan serta giliran bercakap juga dipatuhi oleh mereka. Pemilihan kata oleh kedua-dua pihak menunjukkan kesopanan semasa bercakap dan penjagaan batas antara mereka.

Dalam dunia yang dilingkari arus kemodenan ini, masyarakat banyak menggunakan aplikasi digital untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Hal ini banyak membawa kesan positif kepada masyarakat zaman kini termasuk guru-guru dan murid-murid. Tetapi hal ini boleh menjadi masalah apabila guru-guru yang membuat konten di media sosial dan mencelah privasi murid-murid. Hal ini data menimbulkan masalah seperti salah faham, menjejaskan tingkah laku murid, hubungan dan isu sensitif kepada kedua-dua pihak. Oleh itu, semla pihak harus memainkan peranan sendiri untuk mengatasi perkara ini daripada berlaku.

VIDEO