Kenapa insecure? Setiap Manusia Diciptakan Unik! by

Kenapa Insecure? Setiap Manusia Diciptakan Unik!
Surah At-Tin :

Maksud: "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."

Ayat ini menunjukkan kemuliaan dan keistimewaan manusia yang diciptakan oleh Allah dengan akal, rupa yang elok, serta kemampuan untuk memilih antara kebaikan dan keburukan.

Ketika manusia terpisah daripada tabiat fitrah dan karakter akalnya, kehidupan mereka menjadi rosak dan perilaku mereka menjadi goyah. Kita mungkin pernah mendengar kisah tentang burung gagak yang teringin berjalan di atas tanah. Apa hasilnya? Burung ini tidak pun mampu melangkah sebagaimana yang diinginkannya dan tidak pula dapat terbang sebagaimana potensi semula jadinya.  Ya! Hakikatnya sangat sukar bagi seseorang untuk menjadi orang lain, sebanyak dan seberat apa pun usahanya. Dale Carnegie mengisahkan:  "Saya pernah bertanya kepada direktor HRD The Socony-Vacuum Oil Company tentang kesalahan terbesar yang dilakukan oleh calon pekerja di syarikatnya. Beliau menjawab, 'Kesalahan paling besar yang dilakukan calon yang ditemu duga adalah mereka tidak mahu menjadi diri mereka sendiri. Bukannya mengemukakan fikiran dan pendapat sendiri dengan jujur, mereka justeru cuba menjawab pertanyaan dengan jawapan yang mereka anggap disukai atau dikehendaki oleh penemu duga. Penipuan ini tentu tidak akan berjaya. Sebab tidak ada seorang pun yang mahu menerima orang yang mengakui sesuatu yang bukan miliknya. Tiada sesiapa yang menginginkan wang palsu.

"William James pula berkata:"Andai kita merenung ke dalam diri kita dan memerhatikan watak serta potensi semula jadi yang kita miliki, dan sejauh mana kita berkembang dengan watak dan potensi semula jadi itu, pasti kita akan melihat dengan jelas bahawa kita ini hanya separuh sedar sahaja. Mengapa? Penyebabnya adalah kerana kita hanya mempergunakan sebahagian kecil sumber fizikal dan mental yang kita miliki. Dengan kata lain, masing-masing hidup jauh di bawah batas keupayaan yang dimilikinya. Dia sebenarnya masih memiliki banyak potensi dan kekuatan lain, tetapi dia tidak dapat atau gagal memanfaatkannya."

Carnegie mengatakan:"Anda adalah sesuatu yang baru di dunia ini. Sejak bumi ini diciptakan, tidak pernah ada orang yang sama sepenuhnya seperti anda; dan tidak akan pernah lagi ada orang yang sepenuhnya sama seperti anda."Dalam ilmu genetik dijelaskan, kita ialah kita satu-satunya, terbentuk daripada gabungan 24 kromosom ayah dan 24 kromosom ibu. 48 kromosom ini membentuk karakter baru yang akan menentukan siapakah kita yang sebenarnya. Amram Scheinfeld dalam bukunya, You and Heredity, mengatakan: Dalam setiap kromosom terdapat ratusan gen, dan dalam gen tertentu satu gen sahaja sudah mampumengubah seluruh karakter hidup masing2.

Hakikatnya, kita semua diciptakan dengan sangat menakjubkan. Setelah ayah dan ibu kita bertemu, sel sperma bersenyawa dengan sel ovum, hanya akan ada satu kemungkinan daripada 300,000 bilion kemungkinan yang ada, dan kemungkinan itu ialah diri kita. Dengan kata lain, apabila kita mempunyai saudara kandung sebanyak 300,000 bilion, tidak ada seorang pun daripada mereka yang sama persis dengan kita.Carnegie berkata, "Anda adalah satu kehidupan yang baru di dunia ini. Jadi, bersukacitalah kerananya. Pergunakan dan manfaatkan sebaik-baiknya semua yang anda miliki. Manfaatkan semua potensi dan karakter yang anda bawa sejak lahir."

Emerson pula berkata, "Akan tiba masanya semua orang menyedari bahawa iri hati adalah satu kebodohan dan peniruan adalah perbuatan membunuh diri. Dia harus menerima dirinya sendiri, sama ada baik mahupun buruk, sebagai sebahagian daripada dirinya; bahawa sekalipun alam semesta yang luas ini dipenuhi dengan hal-hal baik, tidak akan hatta sebiji jagung yang bernutrisi pun dapat diperolehnya tanpa melalui kerja keras yang dia curahkan pada sebidang tanah yang diberikan kepadanya untuk diusahakan. Kekuatan yang ada pada dirinya benar-benar baru dan unik, dan tidak seorang pun tahu, kecuali dirinya sendiri, apa yang dapat dilakukannya dan dia sendiri tidak akan mengetahuinya sampai dia benar-benar mencuba kekuatan dirinya."