SEJARAH 5 EKONOMI 25/6 by MOHD MUSTAKIM BIN MUSTAFA Moe

Balqis Shahidah Binti Zahari
generasi muda kini kurang meminati bidang pertanian kerana mereka kurang mendapat galakan untuk menyertai aktiviti pertanian daripada keluarga. Hal ini kerana, mereka berfikir bahawa bidang ini tidak mendapat sebarang keuntungan kerana aktiviti ini tidak akan berkembang mengikut arus kemodenan. Sebagai contoh, ibu bapa menyuruh anaknya untuk menyertai bidang arkitek kerana bidang tersebut jauh lebih maju dari bidang pertanian walhal, bidang pertanian sekarang sudah berkembang mengikut zaman. Oleh itu, galakan dari keluarga amatlah penting untuk melahirkan generasi yang lebih berkerja keras dan berwawasan.

Nur Fathiah Norazmi
Generasi muda pada masa kini kurang meminati bidang pertanian kerana bidang tersebut kurang mendapat perhatian.Hal ini menyebabkan generasi muda tidak melibatkan diri dalam bidang pertanian.Hal ini juga kerana generasi muda pada masa kini lebih meminati bidang IT kerana bidang ini lebih seiring dengan keadaan dunia masa kini.Oleh itu,generasi terdahulu perlulah mengajak generasi muda kini untuk melibatkan diri dalam bidang pertanian supaya bidang ini semakin berleluasa dan diketahui ramai.

fortuna amanda
Generasi muda kini kurang meminati bidang pertanian kerana mereka tidak terdedah dengan kelebihan yang akan diperolehi melalui bidang ini. Hal ini kerana mentaliti masyarakat yang hanya tertumpu kepada bidang - bidang terkenal seperti bidang perubatan. Perkara ini telah berlaku sejak di alam persekolahan. Contohnya, masyarakat masa kini menganggap pelajar yang mengambil aliran sains lebih cenderung untuk berjaya berbanding pelajar dari aliran lain. Oleh itu, mentaliti masyarakat sepatutnya telah berubah pada zaman kini dan menggalakkan generasi muda terdedah dengan pelbagai bidang lain.

nurul ain fateha nasseri
Generasi muda kini kurang meminati bidang pertanian kerana mereka lebih cenderung kepada bidang yang menguntungkan mereka . Hal ini kerana , kepada mereka , bidang peretanian tidak memberi keuntungan yang lumayan kepada mereka seperti bidang yang lain . Misalnya bidang perniagaan lebih diminati ramai berbanding bidang pertanian oleh kerana mereka sudah mempunyai pembelajaran asas semasa sekolah menengah . Oleh itu , untuk memupuk minat generasi muda dalam bidang pertanian , pihak berkuasa haruslah memasukkan pembelajaran asas tentang bidang pertanian dalam pembelajaran pelajar-pelajar agar mereka terdedah dengan kebaikannya .

Nor Zafran
Generasi muda kini kurang meminati bidang pertanian kerana mentaliti mereka menganggap bidang ini bidang yang amat membosankan bagi mereka yang berada di bandar. Hal ini adalah kerana, generasi muda kini sudah terbiasa dengan persekitaran yang berteknologi moden dan serba maju. Sebagai contoh, mereka lebih cenderung untuk melakukan kerja-kerja di pejabat berbanding kerja-kerja yang melibatkan pertanian seperti bercucuk-tanam. Kesimpulannya generasi muda perlulah membuka mata mereka untuk melihat lebih jauh ke dalam bidang pertanian betapa pentingkan bidang pertanian pada masa ini dan masa depan.

NUR FATIMAH
Generasi muda kini kurang meminati bidang pertanian kerana kurangnya galakan daripada keluarga remaja itu sendiri. Hal ini kerana keluarga remaja tersebut bukan bekerja dalam bidang pertanian. Contohnya, ibu bapa kekurangan ilmu pengetahuan untuk mengajar anak-anak tentang asas-asas bertani. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menyediakan peruntukan bagi menjalankan aktiviti pertanian agar pengetahuan tentang pertanian meluas.

Amir Zharfan
Generasi muda kini kurang meminati bidang pertanian kerana beranggapan bahawa kerja tersebut susah dan terpaksa berkerja di waktu yang panas.sebagai contoh sebagai petani sawah.hal ini memerlukan mereka bercucuk tanam pada waktu siang dan amat memenatkan Dan menggunakan tenaga yang banyak.oleh itu,hal ini akan boleh menyebabkan industri pertanian kita lumpuh pada masa hadapan kerana golongan muda tidak minat menceburi bidang pertanian

AZRIN
Generasi muda kini kurang meminati bidang pertanian kerana kurangnya ilmu tentang pertanian . Hal ini kerana bidang pertanian tidak banyak didedahkan di sekolah seperti bidang-bidang yg lain menyebabkan mereka tidak mengetahui bahawa bidang pertanian adalah salah sebuah sektor yang menjadi penyumbang besar kepada pendapatan negara . Oleh itu , pihak kerajaan perlulah memperluaskan lagi aliran pertanian ini bagi menarik minat masyarakat terutamanya kepada generasi muda sejak di bangku sekolah lagi .

akmal
Generasi muda pada zaman kini kurang meminati bidang pertanian kerana mereka tidak didedahkan dengan ilmu pertanian. Hal ini kerana generasi ini lebih terdedah kepada bidang keusahawanan berbanding bidang pertanian. Sebagai contoh, mereka lebih meminati untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan seperti berjual beli. Oleh itu, generasi muda perlulah didedahkan dengan ilmu dari pelbagai bidang.

Nurdamia
Generasi muda kini kurang meminati bidang pertanian kerana bidang tersebut dianggap tidak memberikan keuntungan yang baik kepada mereka apabila mencapai umur untuk mencari pekerjaan. Hal ini demikian kerana menceburi minat dalam sektor pertanian tidak digalakkan oleh ibu bapa bagi mereka inginkan anaknya mempunyai pekerjaan yang stabil. Sebagai contoh, pekerjaan seperti doktor mempunyai pendapatan yang lebih daripada petani. Dengan itu, pihak yang bertanggungjawab perlulah menggalakkan generasi muda untuk meminati bidang ini demi ekonomi negara.

MUFLIHA
Generasi muda kini kurang meminati bidang pertanian kerana mereka lebih memilih kerjaya yang berstatus tinggi  dalam bidang-bidang lain . Hal ini kerana mereka beranggapan bahawa kerjaya sedemikian akan dipandang tinggi oleh masyarakat akibat daripada jumlah pendapatan yang lumayan . Sebagai contoh , pendapatan doktor dalam bidang perubatan mampu mencapai ribuan ringgit per bulan . Oleh itu , semua pihak yang bertanggungjawab perlulah memulakan langkah yang efektif dalam memberi kesedaran kepada generasi muda akan keistimewaan bidang pertanian yang tidak boleh didapati dalam bidang lain .

Harris
Generasi muda kini kurang meminati bidang pertanian kerana remaja  muda bercita cita untuk menjadi seorang pekerja pejabat.Hal ini kerana bidang pertanian tidak akan mendatangkan keuntungan yang banyak.Contohnya,petani akan megalami kerugian yang besar sekiranya tanaman atau haiwan ternakan mereka tidak dapat jagaan yang baik.Golongan muda beranggapan sektor pertanian hanya sesuai untuk golongan yang tinggal di luar kawasan bandar.Kesimpulannya,ekonomi negara akan semakin merosot jika bidang pertanian tidak diberi perhatian dengan baik.

PREETTEEBA
Generasi muda kini kurang meminati bidang pertanian kerana ibu bapa hari ini kurang menggalakkan anak-anak mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti pertanian. Hal ini demikian kerana, ibu bapa hari ini merasakan bahawa aktiviti pertanian hanya akan membawa kepada kemiskinan, kepenatan dan tidak akan membawakan keuntungan yang lumayan kepada mereka pada masa akan datang. Sebagai contoh, mereka lebih cenderung menggalakkan anak-anak mereka menjadi seorang jurutera, peniaga, peguam dan lain-lain kerja yang mempunyai gaji yang lebih tinggi berbanding menjadi seorang petani moden. Mereka merasakan bahawa aktiviti pertanian tidak akan berkembang mengikut arus pemodenan. Namun disebabkan tiada sokongan daripada pihak keluargannya, genarasi muda yang akan datang terpaksa melupakan untuk menjadi seorang petani moden.

Sharvini
Generasi muda kini kurang meminati bidang pertanian kerana mereka tidak mempunyai kesedaran tentang kebaikan aktiviti pertanian ini. Hal ini demikian kerana, mereka merasakan bahawa aktiviti pertanian hanya akan membawa kepada kemiskinan dan kepenatan . Sebagai contoh, aktiviti pertanian hanya akan mendatangkan hasil yang tidak baik sekiranya dibuatkan pada waktu yang salah. Hal ini demikian kerana aktiviti pertanian hanya boleh dilakukan pada waktu pagi dalam sinaran matahari. Namun generasi muda membuat aktiviti pertanian pada waktu yang tidak sesuai seperti malam kerana tidak suka berada bawah sianaran matahari.