Gender, Ethnicity and Class by

Individual Reflection

Pembelajaran daripada Tugasan

Sepanjang pembelajaran ini, saya telah belajar memahami konsep sosiologi melalui tugasan berkumpulan. Misalnya, dalam tugasan video berkumpulan iaitu Isteri bekerja VS Suami rumah tangga memberi peluang untuk saya memahami bagaimana norma jantina tradisional mempengaruhi peranan suami dan isteri, serta cabaran seperti stigma sosial. Tugasan ini membantu saya mengaitkan teori peranan jantina dan feminisme dengan realiti kehidupan. Dalam tugasan poster pula, saya mempelajari bagaimana stereotaip etnik memberi kesan kepada hubungan sosial dan keharmonian masyarakat. Ianya menguatkan kefahaman saya tentang konsep kepelbagaian budaya dan pentingnya pendidikan dalam menghapuskan stereotaip.

Pengaplikasian Konsep

Melalui tugasan dan kuliah, saya lebih memahami isu seperti jantina, etnik, dan kelas. Contohnya, dalam isu jantina, saya kini sedar bahawa peranan tradisional sering dipengaruhi oleh norma sosial dan pentingnya peluang sama rata. Isu etnik pula membuka mata saya tentang kesan stereotaip terhadap hubungan kaum dan betapa pentingnya dialog antara budaya. Dalam isu kelas, saya memahami bahawa ketidaksamarataan bukan sahaja melibatkan ekonomi tetapi juga akses kepada pendidikan dan kesihatan. Perspektif saya sebelum ini, saya melihat isu-isu secara umum tanpa mempersoalkannya tetapi kini perspektif saya telah berubah iaitu saya lebih peka terhadap stereotaip dan prasangka.

Perkembangan Peribadi

Kursus ini telah mengubah pemahaman saya tentang hubungan dan struktur sosial, khususnya konsep jantina, etnik, dan kelas. Jika sebelum ini saya menerima norma sosial tanpa banyak persoalan, namun kini saya lebih kritikal dan empati terhadap cabaran sosial. Saya juga menjadi lebih inklusif dalam interaksi harian dan lebih peka terhadap ketidakseimbangan jantina, stereotaip etnik dan ketidaksamarataan kelas.

Oleh itu, kursus ini bukan sahaja meningkatkan pemahaman saya, tetapi juga menjadikan saya lebih bersedia untuk menggunakan konsep sosiologi dalam melihat isu harian secara mendalam.