by saidatul shahira hs244
pendahuluan
Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu, tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago), gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu, dan Tanah Jawi. Dua perkara penting yang mewarnai tamadun wilayah ini ialah bahasa Melayu, yang menjadi bahasa perhubungan luas (lingua franca) di seluruh kawasan ini, dan agama Islam yang menjadi pelengkap kepada pembentukan tamadun Melayu.
Tamadun Malaysia hari ini adalah daripada kesinambungan Tamadun Melayu suatu ketika dahulu. Daripada hasil rujukan sejarah, Tamadun Malaysia ini menyambung parti-parti politik yang terdapat suatu ketika dahulu dalam Tamadun Melayu. Dan ini jelas membuktikan bahawa sememangnya Tamadun Malaysia adalah terbentuk daripada Tamadun Melayu.Politik-politik Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari beberapa buah kerajaan atau pusat tamadum Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Melaka, Johor-Riau, Lingga dan sebagainya(Zainal Abidin, 2001:196;Abdul Aziz, 2001, 23-33).Pada hari ini, Malaysia sebuah negara bangsa yang terdiri daripada persekutuan yang mempunyai beberapa buah negeri Melayu suatu ketika dahulu iaitu Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. Lantaran dengan berdasarkan fakta sejarah diatas, maka paksi atau landasan utama yang menyumbangkan kepada pembinaan dan pemantapan tamadun Malaysia ialah tamadun Melayu-Islam.Sitem politik dahulu dimana diperintah oleh oleh sultan telah diserap masuk ke dalam Tamadun Malaysia dan telah dijadikan sebagai Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Perlembagaan Malaysia telah menulis bahawa Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu merupakan satu komponen yang penting dalam pemerintahan negara kita. Yang di-Pertua Agong merupakan ketua utama negara negara yang mengetuai tiga buah badan di dalam kerajaan iaitu badan pemerintahan (eksekutif), badan perundangan (legislatif) dan badan kehakiman (judikatif)(Abdul Aziz, 2002:40-59).Mengikut sistem pemerintahan Malaysia, Yang Di-pertuan Agong tidak mencampuri urusan politik negara ini. Ini adalah satu daripada sistem yang berlainan daripada sistem pemerintahan yang asal dimana Baginda tidak mempuyai kuasa yang mutlak untuk mentadbir dalam negara ini. Sebaliknya, Baginda bertindak atas arahan Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.
politik melayu dahulu dan sekarang
Berkempen atau pilihan raya ada zaman 80an memang tak ada masalah langsung, malah boleh dilakukan dengan aman tanpa berpuak-puak. Ini amat berbeza dengan sikap parti politik sekarang yang tidak boleh bersatu seperti 40 tahun lalu ketika musim pilihan raya. Malahan parti-parti pada zaman dahulu boleh berkongsi lokasi ceramah.Dahulu, Padang Maziah adalah lokasi utama calon masing-masing memperkenalkan diri dan masa itu, ceramah yang disampaikan tidak menyentuh langsung perkara mengaibkan orang, apatah lagi kutuk-mengutuk seperti yang berlaku hari ini.Semua penduduk juga bersepakat menghadiri ceramah disampaikan, sama ada daripada parti Pas, Negara mahupun Kapal Layar (Perikatan) dan sama-sama menaiki kenderaan ke lokasi ceramah dan ketika mendengar syarahan calon, masing-masing menilai sendiri calon mana yang mahu dipilih tanpa sebarang provokasi atau berlaku kes pukul dan sebagainya.Keadaan itu sangat berbeza jika mahu dibandingkan pilihan raya sekarang yang kebanyakannya berpuak-puak malah tidak mampu disatukan walaupun bukan pada musim mengundi.
Ditambah pula, samseng-samseng parti dan usaha menghalang pengundi membuang undi dan sebagainya yang tidak dapat dilihat pada zaman dahulu walaupun terdapat parti yang menentang kerajaan.
nilai-nilai murni
Taat Setia
Dalam peristiwa sejarah negara, begitu banyak peristiwa yang menunjukkan betapa
pentingnya taat setia kepada pemerintah dan negara. Dalam Sejarah Melayu, kita
dapat melihat rakyat Melaka pada waktu itu tidak kira muda, tua, cacat, rakyat
biasa, hamba semuanya taat kepada pemerintah. Teras kepada konsep taat setia
masyarakat di Melaka pada waktu ini ialah berasaskan kepatuhan kepada wadah
(perjanjian) yang termeterai antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun.
Bermula daripada sinilah konsep taat setia diamalkan oleh masyarakat
seterusnya. Dalam konteks masyarakat hari ini, kita perlu mempunyai sikap taat
setia kepada negara dan pemerintah khususnya apabila ia melibatkan kepentingan
agama, bangsa dan negara.
Rundingan
Ini dapat kita lihat dalamperistiwa Kemerdekaan Tanah Melayu 1957. Peristiwa ini juga memberi pengajaran
kepada generasi masa kini yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang
agar menggunakan kaedah diplomasi dan perundingan dalam menyelesaikan sebarang
masalah negara
EKONOMI MELAYU DAHULU DAN SEKARANG
Pada masa dahulu alam Melayu adalah punca untuk berbagai-bagai – bagai rempah ratus seperti lada, kayu manis, buah pala dan cengkih. Menurut pendapat para sarjana, beras, gangsa, dan penternakan ulat sutera pada asalnya muncul di Asia tenggara dan selepas itu baru tersebar ke negara China.
Kegiatan ekonomi utama yang tersebar di kawasan pedalaman adalah pertanian, penternakan, perburuan, pemungutan hasil hutan, penangkapan ikan dan pelbagai jenis kraf tangan iaitu pembuatan alat kerja petani dan barang rumah tangga.
Orang Melayu terkenal sebagai pelaut yang menggunakan kapal sendiri untuk membawa barang dagangan ke seluruh dunia. Keadaan ini bukan sesuatu yang janggal kerana teknologi perkapalan tertua di dunia adalah dicipta oleh orang Melayu
Kapal – kapal dari alam Melayu yang belayar ke China membawa barangan seperti sutera, tembikar dan peralatan besi.
Saudagar dari alam Melayu yang berniaga di Nusantara juga pernah melawat negara di Timur Tengah, Afrika, dan India yang terletak di sepanjang jalan pelayaran.
Mata wang adalah alat yang sangat penting dalam perdagangan. Alat pembayaran di alam Melayu biasanya menggunakan mata wang emas, perak dan tembaga. Terdapat juga pelbagai jenis bahan ganti wang seperti barang kemas dan candu.
Antara unit mata wang yang disebutkan dalam teks Melayu adalah bahara, dinar, dirham, rial dan ringgit.
Pada masa sekarang , ekonomi melayu semakin bertambah maju kerana teknologi masa kini yang membantu ekonomi bangsa Melayu dengan cara yang lebih pantas dan mudah. Kini, ekonomi Melayu kebanyakkannya berniaga secara atas talian dan mengikut citarasa pengguna.
Selain itu, struktur ekonomi melayu telah dipelbagaikan dan tidak hanya bergantung kepada sektor pertanian dan komoditi semata-mata di mana sekarang ini struktur ekonomi 55 peratus disumbangkan oleh sektor perkhidmatan, 25 peratus sektor pembuatan dan perkilangan, tujuh peratus oleh sektor perlombongan dan lapan peratus oleh sektor pertanian.
nilai
nilai-nilai mrni dalam ekonomi
Ø  Menggunakan
peluang yang ada
-orang
melayu mengunakan peluang pekerjaan yang ada dengan bekerja bersungguh-sungguh
dalam melakukan perniagaan pada zaman kini kerana peluang yang terhad pada
zaman dahulu.
-Terdapat
pemimpin Negara kita yang mengutamakan nilai ini iaitu Perdana Menteri Malaysia
keempat Tun Dr Mahathir Mohammad. Beliau
berjaya membawa pembangunan melalui
dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar
sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang
berdaya maju di Asia Tenggara sehingga
pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'.Antara projek-projek berprofil tinggi
(juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya
termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.
ØBerkerjasama
-Orang
melayu lebih suka bekerjasama dalam berniaga berbanding dengan orang cina dan
melayu.
9