inovasi (2000words) by SITI NORBAIZURA BT AHMAD FAIZ

Aktiviti/topik

Apakah aktiviti/topik dalam kursus ini yang paling memberi impak kepada pembelajaran anda dalam kursus ini? (Anda boleh menamakan lebih dari pada satu pilihan)

Kongsikan kenapa anda berfikiran sedemikian?

SOALAN ALIAH

1.  Ceritakan tentang produk AR anda – bagaimana anda mendapat idea untuk menghasilkan bahan tersebut?

JAWAPAN:

Produk AR yang kumpulan saya hasilkan ialah video animasi bagi tajuk haiwan sekolah

rendah. Kami mendapat idea untuk menghasilkan video AR ini kerana tajuk ini

mempunyai kesinambungan di dalam setiap sub topik. Oleh itu,ahli kumpulan kami

mengambil cabaran in untuk menghasilkan video animasi ini dengan satu tujuan laitu

memudahkan proses pembelajaran pelajar sekolah. Video animasi ini juga sebenarnya

mampu member pengetahuan kepada masyarakat mengenai rantai makanan dan

kesan sekiranya salah satu komponen berkurang atau terlebih.

2.  Dalam kelas ini ditekankan tentang pentingnya pemikiran dan pendekatan berasaskan instructional design sebagai panduan dalam menghasilkan sesuatu bahan pembelajaran yang efektif. Ceritakan bagaimana anda dan ahli kumpulan menggunakan pendekatan ID ini dalam menghasilkan kit pembelajaran tersebut?

JAWAPAN:

Meningkatkan pembelajaran dan pengajaran melalui penyelesaian masala dan ciri-ciri

maklum balas pendekatan sistematik iaitu dengan menghasilkan video animasi yang

ringkas, memenuhi objektif dan dapat menyelesaikan masalah pelajar.

Meningkatkan pengurusan reka bentuk pengajaran dan pembangunan melalui fungsi

iaitu dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran menggunakan video animasi iaitu

mempelbagaikan habitat haiwan di dalam setiap video.

Meningkatkan proses penilaian melalui komponen reka bentuk dan urutan peristiwa,

termasuk maklum balas dan semakan peristiwa pemantauan dan kawalan pendekatan

sistematik iaitu di akhir video setiap sub topik dengan menediakan solan kuiz berbentuk

Google Form untuk menguji kefahaman para pelajar dan selepas selesai menjawab

mereka akan terus dapat mengetahui jawapan tersebut betul atau salah.

3.  Pilih satu model ID yang anda gunapakai dalam proses menghasilkan kit pembelajaran dan kupas setiap fasa ID tersebut dan sesuaikan dengan apa yang telah anda dan rakan sekumpulan lakukan. Contoh model ID – Morrison & Kemp, Dick & Carey. Apakah langkah-langkah yang telah anda ambil berdasarkan pendekatan ID dan berikan contoh yang jelas.

JAWAPAN:

1) Construct instructional goal

Matlamat kumpulan kami dalam menghasilkan video animasi ialah bertujuan untuk memudahkan para guru memberi penerangan dalam bab yang diajar iaitu haiwan dan berfokus kepada rantai makanan. Masa pengajaran akan menjadi lebih bermakna kepada para pelajar kerana kaedah pengajaran yang diajar oleh guru sangat menarik.

2) Conduct instructional analysis

Kumpulan kami memulakan pembentangan dengan tayangan video animasi yang telah dihasilkan.Video tersebut dibahagikan kepada lima sub topik iaitu rantai makanan, pengeluar dan pengguna, hubungan makanan dengan proses fotosintesis, siratan makanan dan kesan perubahan populasi.

3) Analyze learners and contexts

Kumpulan kami menganalisis apa masalah yang dihadapi oleh pelajar dan mengapa masalah tidak dapat diselesaikan. Para pelajar tidak memahami maksud rantai makanan, tidak  mempunyai pengetahuan yang luas mengenai habitat haiwan di sawah padi, padang ,hutan, kolam dan lain-lain.

4) Write Performance Objectives

Topik pembelajaran yang akan diajar mesti di rujuk kepada RPH pengajaran guru. Kumpulan kami telah memilih subjek Sains tahun 5 di bawah unit 3 haiwan dan berfokus kepada 5 sub topik

5) Develop assessment instrument

Instrumen yang di reka dan dihasilkan adalah satu set soalan yang mengandungi 5 soalan setiap sub topik dihasilkan menggunakan Google Form. Soalan akan diberikan pada akhir Pdpc. Kumpulan kami menggunakan teknologi untuk memudahkan para pelajar menjawab soalan selepas menonton tayangan video.

6)Develop instructional strategies

Strategi dan aktiviti dijalankan berdasarkan pembinaan RPH. Menghasilkan bahan pengajaran mestilah mempunyai proses yang tersusun sebelum melaksanakan pengajaran dan menilai keseluruhan proses pembelajaran.

Jangkaan terhadap kursus

Apakah jangkaan/harapan anda ketika melalui kursus ini?

Setelah melalui proses pembelajaran selama satu semester, apakah yang anda perolehi?

Sejauhmanakah pembelajaran anda dalam kursus ini menepati jangkaan awal itu tadi?

PEMBANGUNAN WEB-BASE LEARNING KIT

7.  Apakah proses yang anda lalui untuk memahirkan diri dengan kit pembelajaran?

JAWAPAN:

Proses menyediakan video pembelajaran kepada murid amatlah mencabar dan melibatkan beberapa langkah dan proses tertentu. Langkah pertama yang diambil oleh saya adalah memahami prinsip asas penyediaan video animasi melalui tontonan video - video yang sedia ada di aplikasi Youtube. Sebelum menentukan aplikasi manakah yang sesuai untuk digunakan dalam menyediakan video animasi ini, saya terlebih dahulu menonton beberapa tutorial cara menggunakan aplikasi Powtoon dan Animaker. Setelah itu, melalui tontonan video di youtube ini maka saya telah memilih aplikasi Powtoon. Pada pendapat saya, tutorial yang sedia ada di pautan Youtube amatlah membantu dalam proses penyediaan video di mana langkah menggunakan aplikasi Powtoon turut diajar dengan lengkap. Setelah selesai menonton video tutorial, maka saya teruskan kepada penyediaan video animasi di pautan Powtoon.com. Dengan ilmu dan kemahiran yang sedia ada dalam diri, maka penyediaan video animasi bermula. Sepanjang proses penyediaan video ini, saya mencuba beberapa teknik untuk menggerakkan animasi yang bersesuaian dengan skrip yang telah disediakan. Urutan visual dalam animasi disusun dan disemak dengan teliti iaitu bersesuaian dengan skrip yang diingini. Penyediaan video animasi ini memerlukan kesabaran yang tinggi dalam menyusun visual yang terlibat supaya video yang disediakan kelihatan menarik dan tidak mempunyai kesilapan.

8.  Ceritakan tentang bahan kit pembelajaran yang anda bangunkan dan tool yang digunakan untuk penghasilan bahan kit pembelajaran

JAWAPAN:

Video animasi Powtoon yang dibangunkan ini berdasarkan kepada silibus mata pelajaran Sains bagi topik haiwan. Video pembelajaran ini berdurasi selama 3 hingga 5minit yang memaparkan maklumat lengkap berkenaan dengan  topik haiwan. Karakter animasi yang terlibat dalam video ini adalah guru, murid - murid, tumbuhan serta haiwan. Sebelum penyediaan video ini bermula langkah yang pertama adalah menentukan objektif pembelajaran berkenaan topik haiwan ini. Objektif pembelajaran yang ingin dicapai melalui video ini haruslah sepadan dengan keperluan dan tahap pemahaman khalayak sasaran iaitu murid - murid. Selepas itu, bahan yang akan dimasukkan ke dalam kit pembelajaran mestilah relevan dengan objektif pembelajaran dan memudahkan pemahaman konsep utama. Bagi reka bentuk kandungan pula, isi kandungan di dalam video disusun mengikut kronologi yang bersesuaian iaitu di dalam format yang mudah difahami dan menarik. Penggunaan struktur ayat dan animasi disediakan mengikut format yang besesuaian seperti teks, imej atau video.

Seterusnya, pemilihan media pembelajaran yang bersesuaian dengan bahan, seperti buku teks , video dan permainan pendidikan ditentukan. Keutamaan ini juga disesuaikan dengan khalayak sasaran iaitu murid - murid. Justeru itu, rekaan grafik yang melibatkan elemen visual, bentuk grafik yang menarik dan mudah difahami digunakan. Setelah video animasi ini lengkap, video ini diuji kepada kenalan rakan yang lain samada mereka faham atau tidak apa yang hendak disampaikan melalui video ini. Justeru itu, maklumbalas daripada rakan - rakan dapat digunakan untuk menambah baik kit pembelajaran yang telah disediakan ini. Alat yang digunakan dalam reka bentuk grafik ini adalah perisian Canva yang digunakan bagi foto yang perlu dibetulkan. Semua foto dan video  di susun mengikut skrip yang telah disediakan dan video yang telah lengkap di muat naik di pautan weebly.com.

9.  Apakah halangan paling utama yang anda dan rakan2 hadapi dalam keseluruhan proses pembangunan bahan kit pembelajaran ini?

JAWAPAN:

Bagi pembangunan laman web, halangan utama yang dihadapi adalah membina laman web itu sendiri. Kelima-lima ahli kumpulan tidak pernah membina apa-apa laman web sendiri sebelum ini. Akan tetapi atas bimbingan Dr Fariza serta beberapa tutorial, kami dapat bangunkan satu laman web di Weebly dengan jayanya. Selain itu, kami juga dapat belajar mengendalikan animasi melalui Powtoon yang pada awalnya kami rasakan amat sukar untuk dilakukan. Akan tetapi rupanya animasi kini lebih mudah dicipta dengan Powtoon, Animaker dan beberapa aplikasi animasi yang lain.

10.  Bagaimana anda dan rakan-rakan menghadapi dan menyelesaikan halangan tersebut?

JAWAPAN:

Saya dan ahli kumpulan ini yang lain telah mengatasi halangan untuk membangunkan sebuah laman web dengan menonton beberapa tutorial di Youtube, membuat kajian di media sosial seperti TikTok dan merujuk kepada orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan. Oleh itu, kumpulan kami telah dapat membangunkan satu laman web di Weebly dengan berjaya dan menarik untuk ditonton atau menjadu rujukan kepada murid. Seterusnya, kumpulan kami telah mengatasi halangan dalam mengendalikan pembuatan video animasi menggunakan aplikasi Powtoon yang pada awalnya kami rasakan amat sukar untuk dilakukan dengan menjalankan kaedah cuba jaya dan meneroka aplikasi itu untuk mengetahui fungsi-fungsi yang terdapat di dalam aplikasi tersebut. Kumpulan kami juga telah menonton beberapa video tutorial yang disediakan oleh pensyarah kursus ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan cara penggunaan aplikasi ini. Oleh itu, kumpulan kami mendapati bahawa pembuatan video animasi kini lebih mudah dicipta dengan menggunakan aplikasi ini kerana mesra pengguna.

11.  Apakah pengalaman terbaik dalam aktiviti penghasilan bahan kit pembelajaran ini bagi anda? Terangkan kenapa anda berkata demikian.

JAWAPAN: Sama dengan soalan no 13

12.  Apakah perkara yang paling bermakna anda pelajari hasil projek pembangunan kit pembelajaran ini (take-away experience) dan kenapa anda berkata demikian?

JAWAPAN: Sama dengan soalan no 14

13.  Apakah pengalaman terbaik dalam aktiviti penghasilan bahan kit pembelajaran ini bagi anda? Terangkan kenapa anda berkata demikian.

JAWAPAN:

Pengalaman terbaik dalam aktiviti penghasilan bahan kit pembelajaran ini adalah mempelajari teknologi membuat laman web Weebly dan animasi Powtoon. Sejujurnya saya tidak pernah ada perasaan untuk mencuba membuat laman web ataupun sebarang animasi sebelum ini. Saya berpendapat bahawa membuat laman web dan animasi adalah suatu yang sukar dilakukan dan perlu masa berhari-hari ataupun berminggu-minggu. Ternyata tanggapan saya ini salah dan membuat animasi video ini bersama ahli kumpulan saya adalah suatu yang menyeronokkan. Kami brainstorming bersama, memilih tajuk yang sesuai bersama dan berkongsi pendapat dalam membuat animasi dan laman web yang sesuai bersama. Kami memilih untuk membuat animasi dan laman web yang mudah untuk digunakan oleh pelajar sekolah rendah kerana topik kami adalah untuk pelajar darjah 5. Jadi pengalaman ini adalah pengalaman yang tidak akan saya lupakan dan akan terus digunakan apabila bergelar guru suatu hari nanti.

14.  Apakah perkara yang paling bermakna anda pelajari hasil projek pembangunan kit pembelajaran ini (take-away experience) dan kenapa anda berkata demikian?

JAWAPAN:

Perkara paling bermakna yang saya pelajari hasil projek pembangunan kit pembelajaran ini adalah mempelajari cara-cara membangunkan laman web Weebly dan membuat animasi Powtoon. Kita sebagai guru hendaklah selalu bersedia dan mengikut kemajuan teknologi semasa. Ini kerana pembelajaran tidak hanya bersumberkan buku teks sahaja, kita juga perlu menarik minat pelajar dengan teknologi agar pelajar berasa tertarik dengan subjek dan topik yang diajar oleh guru.

SOALAN SYAHMI

4.  Sejauh mana pendekatan pemikiran berasaskan Instructional Design memandu anda dan ahli kumpulan untuk menghasilkan bahan kit pembelajaran? Bagaimana proses penambahbaikan dilakukan?

JAWAPAN:

Pendekatan pemikiran berasaskan Instructional Design adalah prosedur sistematik untuk merancang, mengembangkan, dan menilai bahan kit pembelajaran yang efektif. Dalam penghasilan video animasi Powtoon dan laman web Weebly, pendekatan pemikiran ini telah membantu kami dalam menyusun dan menyampaikan maklumat dengan cara yang mudah difahami oleh para pelajar. Berdasarkan ADDIE Model iaitu Analyze, Design, Develop, Implement dan Evaluate, pendekatan pemikiran berasaskan Instructional Design yang digunakan adalah seperti berikut:

Analyze – Mengenal pasti objektif pembelajaran dan sasaran yang ingin dicapai dengan video animasi Powtoon dan laman web Weebly yang akan dihasilkan.

Design – Mereka bentuk atur cara penyampaian maklumat dan struktur isi kandungan yang menarik bagi memastikan pembelajaran yang lebih berkesan dicapai.

Develop – Mengumpul dan menyusun bahan-bahan dan elemen-elemen yang diperlukan untuk video animasi Powtoon dan laman web Weebly tersebut.

Implement – Memastikan bahan dan elemen yang dipilih memenuhi keperluan pembelajaran dan digunakan dalam penghasilan video animasi dan laman web.

Evaluate – Menguji video animasi dan laman web tersebut secara menyeluruh dan mengumpulkan maklum balas dari pelbagai pihak untuk membuat penambahbaikan.

Setelah itu, proses penambahbaikan dilakukan dengan mengambil kira maklum balas yang telah dikumpulkan. Proses penambahbaikan yang diperlukan pada video animasi dan laman web tersebut dilakukan dengan sentiasa memastikan bahawa perubahan yang dibuat dapat memperbaiki bahan kit pembelajaran tersebut.

5.  Apakah sumber maklumat yang anda gunapakai untuk menambahbaik bahan kit pembelajaran tersebut?

JAWAPAN:

Antara sumber maklumat yang telah digunapakai untuk menambahbaik bahan kit pembelajaran tersebut adalah seperti berikut:

Buku Ilmiah – Buku ilmiah dan rujukan dalam penghasilan video animasi dan laman web memberikan asas yang kukuh bagi perancangan dan pelaksanaan pembelajaran.

Laman Web Pendidikan – Laman web pendidikan dan platform pembelajaran dalam talian banyak menyediakan artikel dan panduan praktikal mengenai penggunaan alat seperti Powtoon dan Weebly untuk menghasilkan video animasi dan laman web.

Video Tutorial – Video tutorial dalam talian banyak menyediakan langkah yang boleh diambil bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi untuk tujuan penambahbaikan.

6.  Apakah pendekatan pembelajaran (teaching technique/learning theory) di sebalik aktiviti pembentangan akhir projek kit pembelajaran?

JAWAPAN:

Penghasilan video animasi Powtoon dan laman web Weebly melibatkan beberapa teaching technique dan learning theory. Antaranya adalah seperti berikut:

Pembelajaran Visual – Pendekatan video animasi Powtoon dan laman web Weebly menekankan banyak elemen visual yang dapat membuatkan konsep-konsep yang kompleks menjadi lebih mudah difahami seterusnya meningkatkan lagi pemahaman.

Pembelajaran Interaktif – Video animasi Powtoon dan laman web Weebly yang mempunyai pelbagai ciri menarik seperti kuiz dalam talian boleh meningkatkan penglibatan dan pengertian para pelajar terhadap kandungan pembelajaran.

Pembelajaran Kendiri – Para pelajar boleh melakukan pembelajaran kendiri dengan mengakses video animasi Powtoon dan laman web Weebly yang dihasilkan tersebut.

Apakah nilai tambah aktiviti tersebut terhadap:

a. Kefahaman anda tentang kit pembelajaran

JAWAPAN:

Aktiviti tersebut dapat memberikan nilai tambah yang signifikan terhadap kefahaman tentang kit pembelajaran seperti penggunaan teknologi, kemahiran kolaborasi dan pemikiran kreatif. Melalui platform Powtoon dan Weebly ini, penggunaan teknologi dapat diterapkan untuk tujuan pendidikan dan secara tidak langsung dapat mengasah kemahiran kolaborasi bersama ahli kumpulan serta pemikiran kreatif dalam penghasilan video animasi dan laman web.

b. Kefahaman anda tentang pendekatan Instructional Design

JAWAPAN:

Aktiviti tersebut dapat memberikan nilai tambah yang signifikan terhadap kefahaman tentang pendekatan Instructional Design seperti penerapan prinsip, analisis keperluan dan penilaian terhadap maklum balas. Dengan penghasilan video animasi Powtoon dan laman web Weebly ini, prinsip Instrucional Design dapat diamalkan terutamanya dalam analisis keperluan pelajar bagi merancang video animasi dan laman web tersebut dan seterusnya membuat penilaian terhadap maklum balas yang diberikan dengan lebih konstruktif.

c. Kefahaman anda tentang pemikiran secara reflektif

JAWAPAN:

Aktiviti tersebut dapat memberikan nilai tambah yang signifikan terhadap kefahaman tentang pemikiran secara reflektif seperti penilaian diri terhadap kemahiran, pemikiran kritis terhadap kandungan dan pertimbangan terhadap keputusan reka bentuk. Dengan penghasilan video animasi Powtoon dan laman web Weebly ini, penilaian diri dilakukan terhadap kemahiran kreatif, teknikal dan analitik, termasuk pemikiran kritis terhadap kandungan yang ingin dihasilkan dengan menitikberatkan kejelasan maklumat, serta pertimbangan terhadap keputusan reka bentuk terutamanya tentang penggunaan warna, penyusunan elemen visual, dan keseluruhan video animasi dan laman web.