Peranan Warga Sekolah Dalam Meningkatkan Kecemerlangan Organisasi Sekolah by Khairun Ahim

SOALAN
Sekolah adalah sebuah organisasi dan sebuah organisasi terdiri daripada warga yang pelbagai. Bagi sekolah, warga itu dapat dikategorikan kepada empat bahagian iaitu pengetua, guru, pelajar dan staf sokongan.

Pada pendapat anda, sejauh manakah pentingnya warga sekolah ini dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah?

Sila tekan + untuk menjawab soalan yang  diajukan.

AKAUNTABILITI WARGA SEKOLAH DALAM MENINGKATKAN KECEMERLANGAN ORGANISASI SEKOLAH
Warga sekolah, termasuk guru, pelajar, ibubapa, kakitangan sokongan, dan pentadbir sekolah memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kecemerlangan organisasi sekolah.

Peranan Pentadbir Sekolah :

Pentadbir sekolah mempunyai tanggungjawab penting dalam pengurusan keseluruhan sekolah, termasuk pengambilan kakitangan, penyelenggaraan sekolah, dan perancangan strategik. Pentadbir Sekolah juga mestilah memiliki sifat penggerak ke arah perubahan yang menjadi pemangkin utama dalam memperkenalkan perubahan dan inovasi dalam organisasi sekolah.

Peranan Guru :

Guru adalah pengajar utama dalam organisasi sekolah, dan mereka bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan berkualiti kepada pelajar. Guru juga perlu membuat pemantauan dan penilaian dalam mengawasi prestasi pelajar, menilai kebolehan mereka, dan memberi maklum balas untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi mereka.

Peranan Pelajar:

Pelajar memainkan peranan utama dalam proses pembelajaran. Mereka perlu mengambil inisiatif dalam pembelajaran dan menyumbang kepada atmosfera pembelajaran yang positif. Contohnya

mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum, seperti sukan, kelab, dan program khas untuk memperkayakan dan mengembangkan lagi pengalaman dan skill dan potensi yang ada pada diri mereka. Pelajar bertanggungjawab ke atas prestasi mereka dan berusaha untuk mencapai matlamat akademik.

Peranan Ibubapa:

Ibubapa perlu memberikan sokongan dalam pembelajaran pelajar, seperti memberi bimbingan dalam kerja rumah dan memberi dorongan. Ibubapa juga perlu menjalin hubungan yang baik dengan sekolah dan menyertai mesyuarat ibubapa-guru untuk memahami perkembangan anak-anak mereka. Ibubapa boleh memberikan sokongan moral kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan dan motivasi mereka.

Peranan Kakitangan Sokongan:

Kakitangan juga memainkan peranan yang penting dalam membantu guru dalam penyediaan bahan pembelajaran, penyelenggaraan bilik darjah, memastikan kemaslahatan sekolah dari segi kebersihan fasiliti sekolah, ruang membaca di librari dalam keadaan yang kondusif dan sebagainya.

Kesimpulannya, kecemerlangan organisasi sekolah adalah hasil kerjasama dan usaha bersama semua warga sekolah. Setiap individu mempunyai peranan penting dalam meningkatkan mutu pendidikan dan memastikan organisasi sekolah berjaya mencapai matlamatnya.

SAWARDI HAJI MAHADI

22LL020

بسم الله الرحمن الرحيم
Warga sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah. Tidak kiralah guru, pelajar, ibu bapa atau kakitangan sekolah, semua pihak ini perlulah bekerjasama dan berusaha untuk mencapai matlamat sekolah yang diimpikan. Berikut adalah beberapa kepentingan warga sekolah dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah:

1.       Kepimpinan Pengetua Sekolah

Kepimpinan pengetua adalah faktor penentu dalam memastikan sekolah mencapai kecemerlangan. Mereka perlu menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin dengan komitmen, integriti, dan kepakaran yang tinggi. Dengan kepimpinan yang berkesan, sekolah dapat menjadi institusi pendidikan yang cemerlang dan memberikan peluang terbaik kepada pelajar untuk berkembang dalam pelbagai aspek.

2.       Guru

Mereka membentuk generasi akan datang dan mempunyai peluang untuk mencipta impak positif yang berkekalan dalam pendidikan. Kualiti pengajaran dan komitmen guru adalah kunci kepada kejayaan sekolah dan pertumbuhan pelajar.

3.       Ibu Bapa

Kepentingan ibu bapa dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah adalah tidak dapat disangkal. Mereka adalah pasangan utama dalam pendidikan anak-anak mereka dan mempunyai potensi untuk mencipta impak positif yang besar dalam pembangunan akademik dan personal pelajar. Dengan kerjasama antara ibu bapa, guru, dan sekolah, peluang untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan menjadi lebih besar.

4.       Kakitangan Sekolah

Ini termasuklah pegawai kesejahteraan, kakitangan keselamatan, pembersih, pembantu makmal dan selainnya juga sangat penting dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah. Kakitangan inilah yang membolehkan operasi harian sekolah berjalan dengan lancar. Mereka memainkan peranan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Kerjasama antara semua pihak dalam sekolah, termasuk kakitangan sekolah, adalah penting dalam mencapai matlamat kecemerlangan sekolah.

Keseluruhannya, warga sekolah mempunyai peranan yang penting dalam mencipta persekitaran pembelajaran yang sihat dan berkesan. Dengan usaha bersama dan komitmen untuk meningkatkan pendidikan, sekolah dapat mencapai kecemerlangan dan memberikan peluang terbaik kepada pelajar untuk mencapai kejayaan.

Amal Norhaizah Binti Haji Abd. Malik

22LL025

DPULI LDP 22/23

Kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada warga sekolah itu sendiri yang terdiri daripada pengetua, guru, pelajar dan kakitangan sekolah.

Keempat-empat individu ini mempunyai peranan yang tersendiri untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Jika salah satu daripada keempat-empat individu ini tidak menjalankan peranan dengan baik maka matlamat, visi dan misi sekolah tidak akan terlaksana dengan jayanya.

Sikap saling membantu dan toleransi adalah mustahak untuk diterapkan di dalam sesuatu organisasi begitu juga dengan kesungguhan dan keikhlasan dalam melaksanakan tugasan juga perlu dititikberatkan agar kerja yang dilaksanakan membuahkan hasil yang bermutu tinggi.

22LL033 - Munjiah binti Haji Jahari

KEPENTINGAN WARGA SEKOLAH DALAM MENINGKATKAN KECEMERLANGAN SEKOLAH
Kamus Dewan Edisi Ke-Empat mendefinisikan warga sebagai ahli (suatu keluarga, syarikat, institusi atau persatuan) atau anggota.

Manakala, sekolah pula menurut Kamus Dewan Edisi Ke-Empat membawa maksud tempat untuk belajar dan mengajar atau tempat menerima dan memberi pelajaran.

Secara kesimpulannya, warga sekolah boleh didefinisikan sebagai anggota atau ahli di dalam sesebuah institusi pendidikan seperti guru, murid, staf pejabat dan pekerja sekolah seperti pekerja kantin, tukang kebun dan tukang sapu.

Titah KDYMM sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-90 Penubuhan Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan pada 25 Zulkaedah 1433 bersamaan 11 Oktober 2012.

“Warga sekolah berperanan penting dalam perkembangan dan kemajuan pendidikan di negara ini. Mereka juga tidak terkecuali dari mempunyai tujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, mahir dan profesional, di samping dalam masa yang sama, tidak mengabaikan 'faktor nilai' orang-orang Brunei. Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 atau SPN21 adalah pemangkin ke arah itu.”

Titah KDYMM di atas jelas membuktikan bahawa warga sekolah sangat bertanggungjawab dalam menanai kemajuan dan perkembangan bidang pendidikan bahkan memiliki kemahiran profesional dan tangkas mengambil kira calak falsafah Melayu Islam Beraja. Ini sudah pasti akan menjadikan sekolah sebagai satu contoh ikutan dan persekitaran positif bagi pendidikan dan pelajar-pelajar khususnya.

''Peranan mereka bukan setakat memperkaya sumber ilmu, tetapi juga untuk menjadi ikutan atau tauladan kepada anak didik. Iaitu guru,'' baginda bertitah pada Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-27 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa.

Jelas pada titah KDYMM di atas Baginda menegaskan peranan dan tanggungjawab guru dalam pembentukan akhlak pelajar.

Warga sekolah memainkan peranan yang signifikan dalam memastikan visi dan misi sekolah bahkan bersatu-padu dalam berusaha merealisasikan hasrat Baginda KDYMM dalam menjayakan Wawasan 2035 iaitu melahirkan sebuah generasi yang berpendidikan tinggi dan berjaya.

Peranan atau tanggungjawab merupakan sebuah kesedaran terhadap individu dalam menjalankan sesuatu perbuatan dan ada kesediaan untuk menghadapi risiko perbuatan tersebut.

Menurut Rosnah (2012), berikut adalah beberapa peranan pelajar sebagai warga sekolah dalam mempertingkatkan pencapaian kecemerlangan sekolah.

1. Menghormati guru sebagai penyampai ilmu tonggak kejayaan modal insan.

Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi rahimahullah, Umar bin al-Khattab radhiallahu ‘anhu mengatakan;

تَوَاضَعُوا لِمَنْ تَعَلَّمُونَ مِنْهُ

“Tawadhu’lah kalian terhadap orang yang mengajari kalian.”

Apabila guru sedang menyampaikan sebuah ilmu, peranan murid adalah untuk fokus dan mendengarkan dengan teliti penjelasan guru. Dari sini, dalam pelajar menghormati guru secara tidak langsung ia mampu mewujudkan sebuah suasana pembelajaran yang kondusif. Di samping itu, menjaga tutur kata dan bersikap sopan santun juga perlu ditampilkan terhadap guru.

2. Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh sekolah.

Setiap sekolah pastinya mempunya peraturan-peraturan yang sudah dirangka dan ditetapkan untuk pelajar-pelajarnya agar dapat membimbing mereka ke jalan yang diredhai oleh-Nya di samping mencapai visi dan misi sekolah dengan jayanya. Sebagai contoh tidak hadir lewat ke sekolah, memakai pakaian sekolah seragam, tidak membawa barang atau benda yang dilarang ke sekolah seperti benda tajam yang membahayakan dan telefon bimbit mahupun rokok.

“(Wajib) dengar dan taat (kepada pemimpin) ke atas setiap orang Muslim pada apa yang ia suka dan ia benci, selagi mana ia tidak diperintah melakukan maksiat, apabila ia diperintah melakukan maksiat, maka tiada lagi dengar dan taat.” Riwayat al-Bukhari (7144)

Hadith di atas jelas menerangkan kepentingan mentaati perintah yang sudah ditetapkan selagi mana ia membawa kebaikan dan manfaat kepada individu seperti peraturan yang ditetapkan oleh sekolah.

3. Sentiasa mengharumkan dan menjaga nama baik sekolah.

Menjaga nama baik sekolah daripada tercalar dengan kelakuan negatif dan penyebaran berita yang menyakitkan telinga juga merupakan peranan pelajar bahkan seluruh warga sekolah seperti tidak berpakaian tidak senonoh di luar sekolah.

4. Sentiasa menghormati rakan.

Pelajar perlu sentiasa menjaga adab dan kelakuan apabila bersemuka atau berinteraksi bersama kawan. Peranan pelajar adalah untuk menghormati kawan di sekolah tanpa mengira latar belakang mereka baik orang miskin mahupun kaya, berlainan kelamin, agama mahupun bangsa.

5. Amanah dan nawaitu yang betul menuntut ilmu untuk berjaya.

Untuk mencapai ciri seorang pelajar yang berkualiti, pelajar perlu sedar akan peranannya sebagai penuntut yang menagih ilmu daripada guru-guru demi mendorong mereka ke arah menjadi insan pemangkin kemajuan negara peneraju masa hadapan. Di samping itu juga pelajar juga perlu menjaga disiplin mereka dalam mencapai tahap seorang pelajar muslim yang berkualiti bahkan menjaga hubungan bersama Allah Subhanahu Wata’ala.

Manakala, menurut Nazri (2011), berikut adalah peranan guru dalam menjana pencapaian akademik sekolah yang dinamik dan berjaya :

1.  Mempelbagaikan strategi dan kaedah PdP

Guru tidak statik dalam pengajaran dan perlu lebih kreatif agar pelajar lebih minat dan fokus.

2.  Menerapkan kemahiran mengajar dan penguasaan ilmu mata pelajaran.

Guru perlu mahir dan mendalami subjek yang diajarkan agar sentiasa bersedia dengan persoalan yang timbul daripada murid mereka.

3.   Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang kreatif dan inovatif mengembangkan tahap kognitif pelajar.

Pelaksaan aktiviti adalah signifikan sejajar dengan keperluan pendidikan abad ke-21 iaitu mengutamakan pembelajaran berasaskan pelajar.

4.  Mengalakkan pendekatan konstruktivisme dan kolaboratif

Guru perlu peka menggunakan pendekatan yang bersesuaian dan efektif bersama pelajar mereka.

5.  Penerapan nilai-nilai akhlak dan murni dalam Pdp

Perlunya guru menonjolkan nilai-nilai akhlak yang perlu ditanai dalam diri seorang pelajar dalam mendepani cabaran globalisasi yang mampu mengoncangkan iman pelajar.

6. Mewujudkan persekitaran kondusif, mesra dan harmoni

Peranan guru dalam menjana suasana pembelajaran yang kondusif dan efektif.

7.   Aktif dalam menggalakkan penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum.

Pelajar perlu seimbang menguasai ilmu akademik dan kemahiran dalam aktiviti-aktiviti yang dapat memupuk keberanian dan meningkatkan daya kepercayaan diri mereka.

Menurut Lokman (2011) peranan pentadbir pula seperti berikut :

1. Memantau tatacara pelaksanaan kokurikulum dan kurikulum guru.

Pentadbir perlu memeriksa pelaksanaan kokurikulum di sekolah dan pencapaiannya begitu juga kurikulum yang dijalankan di sekolah adakah sudah ditahap yang selaras dengan keperluan pelajar abad ke-21.

2. Memantau proses PdP guru di bilik darjah.

Pentadbir perlu mengambil tahu situasi pengajaran guru dan tahap kompetensi guru di dalam PdP agar pentadbir boleh menyusun guru yang perlu diperbaiki mutu pengajaran dengan melibatkan mereka dalam bengkel dan sebagainya.

3. Memastikan prasarana sekolah yang disediakan oleh kerajaan yang lengkap, selamat dan masih boleh digunakan.

4.  Membudayakan budaya membaca dan cinta ilmu.

Pentadbir perlu menghebahkan peri mustahaknya konsep life long learning dan budaya cintakan ilmu dengan membaca agar sentiasa menambah ilmu, mengembangkan pemikiran dan tidak hanya seperti katak di bawah tempurung.

Secara kesimpulannya, jika warga sekolah bersatu dan saling memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti dan mutu masing-masing, pencapaian akademik dan kokurikulum yang seimbang bahkan mencapai gelaran sekolah bestari dan cemerlang bukanlah suatu mimpi dan sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

Nurhazmie bin Haji Razali,

22LL019,

DPULI LDP 2022/2023.

KEPENTINGAN WARGA SEKOLAH
Sekolah merupakan institusi sosial yang memainkan peranan yang amat penting dalam merubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Warga sekolah terdiri daripada barisan pentadbir, guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah yang lain. Bagi pendapat saya, kerjasama dan komunikasi warga sekolah yang baik akan menghasilkan sekolah yang cemerlang di dalam bidang akademik dan akhlak samaada di dalam dan luar sekolah.

Warga sekolah yang sentiasa bertolak ansur, saling hormat menghormati, bersikap prihatin, tidak camah mata, dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan akan memberi impak yang positif kepada kecemerlangan sekolah seperti berikut:

1) Disiplin pelajar

Kerjasama yang jitu dari warga sekolah boleh membentuk pelajar yang sentiasa mematuhi peraturan dan berakhlak mulia.

2) Pembelajaran dan Pengajaran

Akhlak yang baik dan semangat pelajar untuk belajar akan menjadikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar.

3) Kebersihan, kesihatan dan keselamatan

Apabila sekolah ceria dan bersih, warga sekolah akan berasa selamat, gembira dan selesa.

4) Pencapaian sekolah

PdP yang berkesan akan menghasilkan keputusan peperiksaan yang cemerlang dan membanggakan. Manakala aktiviti kokurikulum yang berjaya akan mengharumkan nama sekolah.

Majidah binti Haji Bangkul

22LL032

Kepentingan Warga Sekolah dalam Meningkatkan Kecemerlangan Sekolah
Dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah, peranan warga sekolah sangat besar. Antara kepentingannya adalah:

Pengetua: Pengetua adalah pemimpin utama sebuah sekolah. Pengetua berperanan untuk meningkatkan dan memantapkan tahap profesionalisme sekolah. Pengetua juga berperanan sebagai ketua pentadbiran, pengurus dan pemimpin sekolah. Jadi peranan pengetua ini sangat penting ke arah menjadiakan sekolahnya sebagai sekolah yang cemerlang dan gemilang.

Guru: Guru adalah warga sekolah yang paling berpengaruh dan penting dalam proses pendidikan. Guru yang berkualiti, berkompeten dan berkomitmen dapat membantu dalam pembelajaran dan juga pembentukan diri pelajar. Guru ini sebagai role model. Jadi guru hendaklah sentiasa berketerampilan baik dan sentiasa memperbaiki kaedah, strategi dan pendekatan pengajaran.

Pelajar: Pelajar membentuk populasi terbesar di sekolah. Tanggungjawab pelajar itu pada dasarnya adalah untuk menimba ilmu. Selain daripada itu, pelajar juga boleh mengambil bahagian pada aktiviti kokurikulum seperti kelab bola sepak, kelab badmintion, kadet bomba, kadet polis, kelab tausyeh dan lain-lain untuk meningkatkan keyakinan diri, kepimpinan dan disiplin diri. Pelajar juga bertanggungjawab untuk memelihara harta benda sekolah.

Staf sokongan: Staf sokongan termasuk kerani, librarian, lab technician, pembersih dan pengawal sekolah. Mereka ini berperanan sebagai pembantu pengetua, guru dan pelajar dalam melaksakan semua aktiviti yang dijalankan. Kerani membantu dalam urusan pentadbiran sekolah, librarian membantu urusan perpustakaan, pembersih membantu membersihkan sekolah dan pengawal membantu mengawal pelajar dan lalu lintas.

Selain daripada empat warga yang disebutkan di atas, ibu bapa juga berperanan penting dalam kecemerlangan sekolah dengan menyokong tugas-tugas sekolah serta sentiasa berkomunikasi terbuka dengan guru. Oleh itu, warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menciptakan persekitaran belajar yang kondusif serta memberikan peluang kepada pelajar untuk memaksimumkan potensi.

Siti Nabilah Binti Haji Ahmad

22LL050

Warga sekolah yang merangkumi guru, pelajar, ibu bapa, kakitangan sekolah, malah masyarakat sekeliling amat penting dalam meningkatkan kecemerlangan organisasi sekolah. Kerjasama dan sumbangan daripada pelbagai pihak dapat mewujudkan persekitaran pendidikan yang lebih produktif dan berjaya. Berikut adalah beberapa peranan utama warga sekolah dalam meningkatkan kecemerlangan organisasi sekolah:

1. Guru:

- Guru merupakan peneraju pendidikan di sesebuah sekolah. Mereka memainkan peranan dalam mereka bentuk dan menyampaikan kurikulum, mengajar pelajar, dan menguruskan kelas.

- Guru juga mempunyai peranan penting dalam memotivasikan pelajar, memberikan maklum balas yang membina, dan memantau kemajuan pelajar.

- Mereka boleh bekerjasama dengan rakan guru untuk berkongsi idea dan amalan terbaik dan terus meningkatkan kemahiran mengajar mereka.

2. Pelajar:

- Pelajar mempunyai tanggungjawab dalam pembelajaran dan mengambil bahagian secara aktif dalam proses pendidikan. Mereka mesti menghadiri sekolah dengan kerap, menghadiri kelas, dan bertanggungjawab terhadap tugas dan kewajipan mereka.

- Pelajar juga boleh memainkan peranan dalam mewujudkan budaya sekolah yang positif dan menyokong rakan mereka untuk berjaya.

3. Ibu bapa:

- Ibu bapa mempunyai peranan penting dalam menyokong pendidikan anak-anak mereka. Mereka boleh terlibat dalam pendidikan kanak-kanak dengan berkomunikasi secara kerap dengan guru dan sekolah.

- Ibu bapa juga boleh membantu anak-anak mereka membuat kerja rumah, memotivasikan mereka, dan memberikan sokongan emosi.

- Mereka juga boleh terlibat dalam aktiviti sekolah, seperti mesyuarat ibu bapa-guru, dan menyumbang kepada organisasi sukarelawan sekolah.

4. Kakitangan Sekolah Lain:

- Kakitangan sekolah yang lain seperti pegawai tadbir, kakitangan perpustakaan, dan tukang cuci turut memainkan peranan dalam menjalankan fungsi sekolah dengan lancar.

- Mereka boleh membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, selamat dan berfungsi dengan baik.

5. Komuniti Sekitar:

- Komuniti di sekitar sekolah boleh menyokong organisasi sekolah dengan mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah, menderma sumber, atau memberikan sokongan moral.

- Mereka juga boleh menjadi sumber pengetahuan dan bantuan untuk sekolah dengan perkara seperti projek alam sekitar, program sukarelawan dan sumber luaran.

6. Pengetua (Pengetua):

- Pengetua memainkan peranan penting dalam memimpin dan mengurus sekolah.

- Mereka mesti mewujudkan visi dan hala tuju untuk sekolah, memberikan sokongan dan hala tuju kepada guru dan kakitangan, dan memastikan sekolah berfungsi dengan cekap.

Kecemerlangan sesebuah organisasi sekolah selalunya bergantung kepada kerjasama dan sumbangan positif daripada semua pihak yang terlibat. Dengan memahami dan menjalankan peranan dengan baik, warga sekolah dapat bekerjasama untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan mencapai kecemerlangan dalam organisasi sekolah.

22LL003

HAJI AHMAD ESKANDAR BIN HAJI ABDUL HAMID

Peranan Warga Sekolah dalam Meningkatkan Kecemerlangan Sekolah
Prestasi unggul sesebuah institusi pendidikan itu bergantung kepada sumbangan setiap individu dalam komuniti institusi tersebut. Di antaranya ialah:

Pengetua: Pengetua adalah pemimpin utama sekolah. Mereka bertanggungjawab untuk merancang dan menguruskan strategi pendidikan. Pengetua bertanggungjawab merancang strategi, matlamat, misi serta visi pendidikan sekolah. Mereka memastikan bahawa program-program pendidikan dan pengajaran diselaraskan dengan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan akademik dan perkembangan pelajar. Pengetua juga memainkan peranan dalam pengurusan sumber sekolah dan menjaga integriti organisasi. Keseluruhan usaha ini memerlukan kepimpinan yang berkesan daripada pengetua untuk memastikan sekolah berfungsi secara cemerlang.

Guru: Berperanan sebagai pendidik yang memberikan bimbingan, ilmu, pengajaran dan motivasi kepada pelajar. Guru mempunyai kesan langsung terhadap pembelajaran pelajar dan dapat membentuk persekitaran pembelajaran yang memberangsangkan dan efektif di dalam kelas.

Pelajar: Kesedaran pelajar terhadap peranan dan tanggungjawab mereka dalam pembelajaran merupakan peneraju utama dalam kecemerlangan sekolah. Pelajar yang sedar akan peranan mereka cenderung lebih aktif, bersedia untuk belajar, dan menjadikan pendidikan sebagai keutamaan. Mereka boleh membantu mencipta persekitaran pembelajaran yang positif dengan memotivasikan diri dan rakan-rakan sebaya untuk berusaha dengan gigih dalam pengajian.

Staf sokongan: Menyediakan sokongan logistik dan kebersihan persekitaran. Staf sokongan termasuk penjaga kantin, pegawai kesejahteraan, penyelenggara bangunan, dan pekerja sokongan lain memastikan bahawa persekitaran sekolah adalah bersih, selamat, dan berfungsi dengan baik. Ini mencipta suasana yang kondusif untuk pembelajaran dan membantu pelajar serta guru menjalani aktiviti harian dengan lebih lancar. Dengan memastikan keperluan asas seperti kebersihan, keselamatan, dan penyelenggaraan bangunan terjamin, staf sokongan membolehkan warga sekolah yang lain memberikan tumpuan kepada aktiviti pendidikan dan pembelajaran.

Kecemerlangan sekolah hanya dapat dicapai apabila semua bahagian warga sekolah bekerjasama dengan baik. Komunikasi yang terbuka dan kolaborasi antara bahagian-bahagian ini adalah kunci kejayaan. Setiap warga sekolah harus memahami peranan mereka dalam mencapai matlamat pendidikan sekolah dan bekerja bersama untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Zulfa Farhina bt DSS Hj Md Zaimi

23LL030

Kepentingan warga sekolah dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah.
Sekolah cemerlang menurut Hussien Mahmood adalah sekolah yang dapat menghasilkan  pencapaian akademik yang tinggi, kurang menghadapi masalah disiplin dan mendapat kepercayaan di kalangan masyarakat dan guru-guru dengan merasa puas hati bekerja.

Sekolah cemerlang juga adalah sekolah yang mampu mencapai tahap terbaik dan bermutu dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan akademik, akhlak, pengurusan, perhubungan, infrastuktur dan pentadbiran.

Dalam merealisasikan sekolah cemerlang, warga sekolah memainkan peranan paling penting dalam menjayakan sekolah sebagai sekolah yang cemerlang. Antara faktor yang mempengaruhi dalam peningkatan kecemerlangan sekolah ialah :

1. Pengetua. Pengetua hendaklah seorang pemimpin yang mempunyai kepimpinan yang teguh. Pengetua juga sentiasa memberi penekanan terhadap pencapaian pelajar dalam akademik dan kerap menilai pencapaian akademik pelajar. Di samping itu, pengetua haruslah menyusun dan menetapkan stategi pengajaran guru yang bersesuaian dan menilai semula pengajaran guru supaya dapat menghasilkan pengeluaran pelajar yang cemerlang.

2. Guru. Guru dalam sekolah hendaklah mempunyai etika disiplin kerja yang bagus agar dapat menjadi contoh kepada pelajar dan masyarakat. Kesungguhan guru dalam menyediakan proses pengajaran dengan pelbagai kaedah dan strategi mengikut keperluan pelajar. Guru juga perlu ada kebolehan dalam memotivasi pelajar untuk terus belajar, menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah pada masa yang ditetapkan dan menerapkan nilai-nilai positif dalam diri pelajar.  Melalui usaha dan harapan guru di sekolah tersebut agar dapat meningkatkan pencapaian pelajar selajur menjadikan sekolah sebagai sekolah cemerlang.

3. Pelajar. Bagi sekolah cemerlang, ciri-ciri pelajar didalamnya mempunyai kemahiran dan kemampuan belajar yang pelbagai, begitu juga pelajar-pelajar mempunyai ketekunan dan kesungguhan dalam mencapai keputusan pencapaian akademik yang tinggi.  Disiplin pelajar yang kurang bermasalah dan terjaga juga akan menjadikan pelajar lebih fokus dalam pembelajaran tanpa sebarang halangan.

Warga sekolah atau kakitangan sekolah yang lain seperti tukang kebun, kerani, tukang bersih, tukang masak, pengawal keselamatan dan sebagainya juga memainkan peranan penting sebagai contoh menjaga kebersihan dan memastikan keperluan alat-alat yang lengkap, memastikan keselamatan pelajar dan mengawal kesesakan lalulintas sewaktu habis waktu pembelajaran.

NURHIDAYATUL HAZIRAH BINTI HAJI SULAIMAN

22LL043

DPULI 22/23

Disiplin dan tingkah laku yang baik: Warga sekolah perlu mempunyai disiplin dan tingkah laku yang baik untuk memastikan suasana sekolah yang kondusif dan harmoni. Ini termasuklah kehadiran ke sekolah yang baik, berpakaian kemas, rambut yang kemas dan pendek, serta sopan santun dalam bertutur kata.

Komitmen dan kerjasama: Warga sekolah perlu mempunyai komitmen dan kerjasama yang tinggi dalam memastikan kecemerlangan sekolah dapat dicapai

. Ini termasuklah kerjasama antara pelajar, guru, ibu bapa, dan pihak berkepentingan lain dalam memastikan kejayaan sesebuah sekolah.

Pemantauan dan penilaian: Warga sekolah perlu mempunyai peranan dalam sistem pemantauan dan penilaian untuk memastikan matlamat pendidikan berkualiti tercapai. Ini termasuklah mengukur sejauh mana aktiviti penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang dilaksanakan di sekolah dapat memberi kesan yang positif ke atas kecemerlangan akademik.

Kepimpinan pengetua: Warga sekolah perlu memberi sokongan kepada kepimpinan pengetua dalam memastikan kecemerlangan sekolah dapat dicapai. Pengetua memainkan peranan penting dalam memimpin sesebuah sekolah dan memastikan visi dan misi sekolah dapat dicapai.

Kemahiran belajar: Warga sekolah perlu mempunyai kemahiran belajar yang baik untuk memastikan pendekatan yang lebih berkesan serta bersistematik. Ini termasuklah kemahiran berkomunikasi dengan baik, mempunyai visi, misi, dan objektif yang jelas, serta menepati fokus.

PG MD FAHD PG HJ SABTU

23LL003

Warga sekolah termasuk pelajar , guru, ibu bapa dan staf sekolah, memiliki peranan penting dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah. Antara peranan mereka unutk menjadikan sesebuah sekolah itu berjaya adalah :

Pelajar:

i. Belajar dengan sungguh-sungguh: pelajar mestilah berkomitmen untuk belajar dengan tekun, mengikuti pelajaran, dan menyelesaikan tugas dengan baik.

ii. Mengikuti aturan sekolah: perlajar hendaklah mematuhi peraturan dan tata tertib sekolah, termasuk mematuhi disiplin dan etika ketika berada di sekolah.

iii. Mengikuti dalam aktiviti sekolah: pelajar dapat mengembangkan keterampilan, minat, dan bakat dengan mengikuti aktiviti dalam dan di luar jam pelajaran.

iv. Menjaga lingkungan sekolah: pelajar mestilah menjaga kebersihan dan harta benda dalam lingkungan sekolah.

Guru :

i. Memberikan pembelajaran yang berkualiti: Guru hendaklah memberikan pelajaran yang bermutu dan relevan, serta menerapkan metod pengajaran yang efektif.

ii. Memantau perkembangan pelajar : Guru hendaklah mengidentifikasi kebutuhan individual siswa dan memberikan dukungan tambahan jika diperlukan.

ii. Menciptakan suasana belajar yang positif: Guru dapat menciptakan suasana kelas yang indusif untuk pembelajaran dan perkembangan pelajar.

iv. Mengikuti pengembangan profesional: Guru hendaklah terus meningkatkan pengetahuan dan keterampilan mereka agar tetap relevan dan efektif dalam mengajar.

Ibubapa:

i. Menyokong pembelajaran anak: ibubapa mengawasi pekerjaan rumah anak, memberikan bimbingan, dan memberikan dorongan dalam belajar.

ii. Mendorong etika belajar yang baik: Orang tua dapat mengajarkan nilai-nilai seperti kedisiplinan, ketekunan, dan tanggung jawab kepada anak-anak mereka.

iii. Menyokong sekolah dalam inisiatif pendidikan: ibubapa hendaklah menyokong program-program dan projek sekolah yang bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Staf Sekolah:

i. Menyokong pentadbiran sekolah: Staf sekolah dapat membantu mengelola administrasi sekolah agar berjalan dengan lancar.

ii. Mendorong kolaborasi: Kolaborasi antara guru, staf sekolah, dan siswa dapat memperkuat budaya sekolah yang mendukung kecemerlangan.

Kecemerlangan sekolah adalah hasil dari kerjasama dan komitmen bersama dari seluruh warga sekolah. Dengan menjalankan tanggungjawab mereka masing-masing, warga sekolah dapat membantu meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah mereka, insya-Allah.

22ll015 Muhammad Khairul Hamizan Bin Md Yusop

Kepentingan warga sekolah menyumbang kepada peningkatan kecemerlangan sekolah.
Warga sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam kejayaan dan perkembangan sekolah. Kepentingan warga sekolah merangkumi pelbagai aspek, antaranya ialah:

1. Guru: Guru yang komited terhadap profesion mereka merupakan aset penting dalam kejayaan sekolah. Mereka berperanan dalam meningkatkan kemajuan pelajar dengan memberikan pengajaran yang berkualiti serta pembangunan kreativiti dan inovasi dalam pengajaran.

2. Pelajar: Kejayaan sekolah diukur melalui prestasi pelajar dalam penilaian dan peperiksaan. Pelajar bertanggungjawab dalam pembelajaran mereka dengan melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran bagi mencapai prestasi terbaik.

3. Kakitangan sekolah: Pengurusan cekap melalui pentadbiran sekolah dalam pengelolaan sumber sekolah dapat mencipta persekitaran yang kondusif bagi menyokong pembangunan sekolah.

4. Pengetua: Kepimpinan pengetua yang efektif dapat membina semangat dan komitmen bagi merealisasikan visi, misi dan matlamat sekolah. Pengetua berperanan dalam membina budaya sekolah yang positif. Mereka boleh memupuk nilai disiplin, kerjasama dan kecemerlangan dalam pendidikan.

Kerjasama yang kukuh antara guru, pelajar, kakitangan sekolah dan pemimpin sekolah dapat membina budaya yang positif dalam peningkatan kecemerlangan sekolah. Kejayaan sekolah adalah hasil usaha kolektif semua pihak dalam komuniti pendidikan.

Nur Najihah Binti Awang Haji Ali

22LL056

Mohd Shah Abdul Afandi bin Muhd Sahari 23LL008
PEPATAH MELAYU

"genggam bara api biar sampai jadi arang", begitulah pegangan yang selayaknya disemai dalam jiwa raga seseorang warga sekolah. Hal ini bagi memastikan setiap pekerjaan yang dilakukan menepati matlamat dan tujuan yang telah ditetapkan. Berjuta-juta strategi dan pendekatan diterapkan tetapi setiap warga sekolah tidak memainkan peranannya maka ianya akan membantutkan peningkatan kecemerlangan sekolah tersebut.

Kerjasama adalah kunci kepada Kecemerlangan Organisasi Sekolah
Kecemerlangan organisasi sekolah adalah usaha bersama yang melibatkan pelbagai pihak, termasuk pengetua, guru, pelajar, dan staf sokongan. Setiap pihak ini mempunyai peranan penting dalam meningkatkan kecemerlangan organisasi sekolah. Berikut adalah peranan masing-masing:

Pengetua:

Merupakan sebagai pemimpin utama dan juga yang bertanggungjawab untuk membina visi, misi dan matlamat sekolah yang jelas. Ianya juga berperanan untuk membina budaya sekolah yang positif termasuk nilai-nilai seperti kerjasama, integriti dan hasrat untuk belajar. Selain itu juga, pengetua mempunyai tanggungjawab untuk memberi sokongan kepada guru dan staf sokongan dengan memberikan motivasi dan memberikan arahan yang berkesan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam sesebuah organisasi sekolah.

Guru:

Berperanan sebagai pengajar utama dalam proses pembelajaran. Guru perlu memberikan pengajaran yang berkualiti dengan memahami segala keperluan pelajar dan menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai. Sebagai seorang guru, juga berperanan untuk terus-menerus sentiasa memperbaiki kemahiran pengajaran mereka melalui latihan dan pembangunan profesional disebabkan arus pendidikan kian maju mengikut peredaran zaman. Selain itu juga, guru bertanggungjawab untuk mengamati dan memantau pencapaian pelajar secara berterusan dengan memberikan maklum balas serta mengambil langkah-lankah yang diperlukan bagi membantu pelajar untuk mencapai kecemerlangan.

Pelajar:

Memainkan peranan aktif dalam proses pembelajaran dengan mengambil tanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Mereka perlu hadir ke sekolah dengan tekun, menjalankan tugasan dan berusaha untuk mencapai matlamat pendidikan dengan bersungguh-sungguh.

Staf Sokongan:

Bertujuan untuk menyokong operasi sekolah dengan menyediakan perkhidmatan yang diperlukan seperti penyediaan makakan, keselamatan, penyelenggaraan bangunan dan lain-lain. Selain itu juga, mereka berperanan untuk memastikan persekitaran sekolah adalah dalam keadaan yang selamat, bersih dan kondusif bagi memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan.

Kerjasama aktif dan peranan yang dilaksanakan dengan berkesan oleh kesemua warga sekolah samada dari aspek pengetua, guru, pelajar, dan staf sokongan adalah kunci kepada kecemerlangan organisasi sekolah. Semua pihak ini harus bekerjasama untuk mencapai matlamat kejayaan pendidikan dalam sekolah.

Muhammad Hafizuddin Bin Haji Awang Mohidin

22LL012

Masing-masing mempunyai peranan yang penting untuk mengukuhkan sesebuah organisasi itu. Jika terdapat kecacatan dari segi tidak kesefahaman, maka akan goyahlah sesebuah organisasi itu.

Pengetua sekolah adalah pemimpin utama dalam bangunan sekolah. Pemimpin yang baik sentiasa memimpin melalui teladan. Seorang pengetua harus bersikap positif, bersemangat, mengambil bahagian dalam aktiviti harian sekolah, dan mendengar apa yang dikatakan oleh konstituennya. Pemimpin yang berkesan tersedia untuk guru, kakitangan, ibu bapa, pelajar dan ahli komuniti. Dia tetap tenang dalam situasi yang sukar, berfikir sebelum bertindak, dan mengutamakan keperluan sekolah sebelum dirinya. Pengetua yang berkesan mengambil langkah untuk mengisi lubang seperti yang diperlukan, walaupun ia bukan sebahagian daripada rutin hariannya.

Manakala dalam menjalankan peranan sebagai seorang guru, guru harus mampu mengembangkan keterampilan interpersonal, menguasai bahan pelajaran, memahami keperluan pelajar, dan mengembangkan metode pengajaran yang efektif. Mereka juga harus memahami peraturan dan kebijakan sekolah serta membangun hubungan yang positif dengan pelajar, orang tua, dan staf sekolah lainnya. Berikut adalah lima peranan guru sekolah:

Pendidik: Guru adalah pendidik yang bertanggung jawab untuk memberikan pengetahuan dan keterampilan kepada pelajar. Mereka harus memahami kurikulum dan metode pengajaran yang efektif untuk membantu pelajar mencapai potensi mereka.

Pendamping: Guru juga harus menjadi pendamping bagi pelajar mereka. Mereka harus memahami keperluan dan keunikan setiap pelajar dan membantu mereka dalam mencapai tujuan mereka.

Pengasuh: Guru juga harus menjadi pengasuh bagi pelajar mereka. Mereka harus memastikan bahwa siswa merasa aman dan nyaman di lingkungan sekolah dan membantu mereka dalam mengatasi masalah pribadi dan sosial.

Pengelola: Guru juga harus menjadi pengelola dalam kelas dan di sekolah. Mereka harus memastikan bahwa kelas dan lingkungan sekolah aman dan teratur, dan mengelola waktu dan sumber daya dengan efektif.

Pembimbing: Guru juga harus menjadi pembimbing bagi siswa mereka. Mereka harus membantu pelajar dalam menentukan tujuan karir dan akademik mereka, dan memberikan saran dan dukungan dalam mencapai tujuan tersebut.

Peranan ibu bapa dalam sekolah sangat penting dalam membantu anak-anak mereka dalam pendidikan. Berikut adalah beberapa peranan ibu bapa dalam sekolah:

Mengambil berat: Ibu bapa harus mengambil berat akan pendidikan anak-anak mereka. Sikap ambil berat adalah sangat penting dalam mendidik anak-anak. Hal ini kerana, apabila ibu bapa mengambil berat akan pelajaran anak-anak, mereka akan rasa lebih disayangi dan dihargai lantas, menaikkan semangat mereka untuk belajar.

Memberikan sokongan: Ibu bapa juga harus memberikan sokongan kepada anak-anak mereka dalam pendidikan. Mereka harus memberikan dorongan dan motivasi kepada anak-anak mereka untuk belajar dan mencapai tujuan mereka.

Memberikan pendidikan tambahan: Ibu bapa juga boleh memberikan pendidikan tambahan kepada anak-anak mereka seperti menghantar mereka ke kelas tambahan di luar waktu sekolah ataupun mengupah seorang guru peribadi untuk anak-anak mereka. Pendidikan tambahan dapat membantu anak-anak kita lebih faham akan apa yang telah dipelajari di sekolah.

Mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak: Ibu bapa perlulah mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya. Anak-anak selalunya akan memilih rakan yang mempunyai sifat, kelakuan dan identiti yang hampir sama untuk bergaul. Peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak adalah mengawasi perkembangan dan pergaulangan mereka bersama rakan sebaya.

Mendoakan kejayaan anak-anak: Ibu bapa juga perlu mendoakan kejayaan anak-anak mereka dalam pendidikan. Doa ibu bapa adalah sangat penting dalam membantu anak-anak mereka mencapai kejayaan dalam pendidikan.

Dalam menjalankan peranannya, ibu bapa harus mampu mengambil berat akan pendidikan anak-anak mereka, memberikan sokongan dan motivasi, mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak, serta memberikan pendidikan tambahan. Ibu bapa juga harus menjalin hubungan yang baik dengan pihak sekolah dan guru-guru anak-anak mereka untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang berkualiti

Manakala staf sokongan memainkan peranan penting dalam operasi harian sekolah.

Mengendalikan Pejabat Utama: Staf sokongan seringkali bertanggung jawab atas operasi harian pejabat sekolah.

Melaksanakan Tugas Penting di Belakang Tabir: Ini mungkin termasuk tugas-tugas seperti pengurusan kewangan, penyediaan dokumen, dan lain-lain.

Membersihkan dan Menyelenggara Sekolah: Staf sokongan seperti pekerja pembersihan dan penyelenggaraan memastikan sekolah tetap bersih dan selamat untuk semua.

Membantu Guru dengan Pelajar: Ini mungkin termasuk tugas-tugas seperti membantu dalam kelas, mengawasi waktu rehat, dan lain-lain.

Mengangkut Pelajar ke dan dari Sekolah: Ini termasuk tugas pengemudi bas sekolah.

Menjaga dan Mengawal Peti Cash Sekolah: Ini termasuk tugas seperti menjaga dan mengawal peti cash sekolah.

Menyedia Kedatangan dan Tugas Kakitangan: Staf sokongan juga bertanggung jawab untuk menyedia kedatangan dan tugas kakitangan.

Secara keseluruhan, staf sokongan adalah aset yang sangat penting untuk memacu kecemerlangan sekolah.

HAJI AHMAD FAEZ BIN HAJI DAIM

23LL004

SEJAUH MANAKAH KEPENTINGAN WARGA SEKOLAH DALAM MENINGKATKAN KECEMERLANGAN SEKOLAH
22LL053 SITI SYAMSIAH BINTI JUMAAT

DPULI LDP 2023/2024

Pengurusan sekolah yang melibatkan warganya; pengetua, guru, pelajar dan staf sokongan, adalah merupakan proses kerja yang dilaksanakan untuk mencapai objektif organisasi sekolah secara berkesan dan cekap. Sebagai individu yang berautoriti, pengetua misalnya, bukan sahaja berperanan sebagai pemimpin pengajaran malah juga menjalankan tugas sebagai pengurus yang menguruskan sekolah dengan sempurna.

Peranan pengetua adalah sangat signifikan dalam melaksanakan pengurusan berkualiti menerusi aktiviti pengurusan utama di sekolah. Setiap peranan pengurusan yang dimainkan mestilah sesuai dengan tujuan, konteks semasa dan berterusan untuk meningkatkan komitmen, kerjasama dan prestasi semua pihak yang bekepentingan kepada sekolah. Pelaksanaan peranan pengurusan sangat penting bagi pengetua sebagai pengurus sekolah kerana hanya pengetua yang berupaya memainkan peranan pengurusan ini bertepatan dengan peranannya sebagai pemimpin, pentadbir dan pengurus, yang mana fokusnya lebih kepada tiga dimensi iaitu interpersonal, penyampai maklumat dan pembuat keputusan.

Peranan, tanggungjawab, kredibiliti dan integriti seluruh warga sekolah sangat penting demi memastikan kualiti Pendidikan berjaya dan mencapaikan matlamat Wawasan Brunei 2035; rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya, kualiti kehidupan rakyat yang tinggi dan ekonomi yang dinamik dan berdayatahan. Ini termasuklah dari aspek yang utama iaitu aspek pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan guru kerana merupakan tunjang terpenting dalam pendidikan di sekolah. Jika proses pengajaran dan pembelajaran mantap dan canggih sudah pasti penghasilan pelajar lebih bermutu dan mencapai matlamat. Oleh itu, bidang pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta pemantauan seharusnyalah diberi perhatian utama oleh setiap pengurus sekolah.

Penyeliaan guru ke atas pengajaran dan pembelajaran dari semasa ke semasa sangat diperlukan sebagai saluran pengawasan untuk pembaikan dan pemantapan supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan di atas landasan yang betul dan bermutu tinggi selaras dengan hasrat negara untuk menjadikan pendidikan di Brunei Darussalam bertaraf dunia.

Pelajar yang mempunyai akhlak terpuji di samping pencapaian akademik yang memberangsangkan sangat mempengaruhi peningkatan kecemerlangan sekolah. Manakala jika sebaliknya maka sangat tergugat dan terjejaslah prestasi dan kualiti sekolah tersebut.

Pada aspek warga sekolah selaku staf sokongan pula, pelaksanaan tanggungjawab mereka ini sangat penting kerana mereka adalah kaki dan tangan serta tulang belakang pihak sekolah dalam memastikan segala keperluan lengkap tersedia dan berfungsi dengan efisien di tahap yang terbaik.

Sekolah yang membentuk komuniti pembelajaran profesional adalah sekolah yang menggalakkan dan mewujudkan nilai-nilai pembelajaran yang melalui satu proses kolaboratif yang mementingkan perbincangan dinamik dalam kalangan pengetua, guru, pelajar, para ibu bapa, staf sokongan dan komuniti sekolah untuk menambahbaik kualiti dan pembelajaran kehidupan dalam kalangan warga sekolah dan komuniti sekolah. Natijahnya mereka akan sentiasa saling bertanggungjawab antara satu sama lain, dan sudah tentu akan mewujudkan suasana kolektif di antara pengetua, guru-guru, pelajar-pelajar, ibubapa, staf-staf sokongan dan ahli-ahli komuniti sekolah. Dan amalan ini akan merealisasikan kecemerlangan sesebuah sekolah sekaligus mencapai hasrat negara iaitu Wawasan Brunei 2035.

Peranan warga sekolah dalam meningkatkan kecemerlangan organisasi sekolah
Warga sekolah memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan kecemerlangan organisasi sekolah.

1. Pengurusan dan Pentadbiran:

- Pengurusan Guru dan Kakitangan: Guru dan kakitangan sekolah memastikan operasi harian berjalan lancar. Mereka juga memainkan peranan dalam merancang dan melaksanakan program-program akademik dan kokurikulum.

- Kepimpinan Pentadbiran: Pentadbir sekolah membimbing dan memberi arahan kepada warga sekolah untuk mencapai matlamat organisasi.

2. Guru sebagai Pendidik:

- Pengajaran dan Pembelajaran: Guru mempunyai tanggungjawab untuk memberi pengajaran yang berkualiti dan memastikan pelajar memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.

- Penilaian dan Pengesanan Prestasi: Guru menilai prestasi pelajar dan memberi maklum balas yang konstruktif untuk meningkatkan pencapaian mereka.

3. Pelajar sebagai Pembelajar:

- Keterlibatan Aktif: Pelajar perlu mengambil inisiatif dalam proses pembelajaran, mengikuti arahan guru, dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran di sekolah.

- Mematuhi Tata Tertib Sekolah: Pelajar perlu mematuhi peraturan dan tata tertib sekolah untuk memastikan suasana pembelajaran yang kondusif.

4. Ibu Bapa sebagai Rakan Kerjasama:

- Kerjasama dengan Sekolah: Ibu bapa perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dalam membantu pembangunan dan pendidikan anak-anak mereka.

- Mengikuti Kemajuan Pelajar: Ibu bapa memantau prestasi akademik dan tingkah laku anak-anak mereka dan memberi sokongan untuk meningkatkan kecemerlangan mereka.

5. Komuniti Tempatan dan Pihak Berkepentingan:

- Sokongan dan Rangsangan: Komuniti tempatan dan pihak berkepentingan seperti badan-badan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan, dan pihak swasta dapat memberi sokongan dan rangsangan kepada sekolah untuk meningkatkan kecemerlangannya.

6. Kerjasama dengan Pihak Luar:

- Memperluaskan Sumber dan Pendedahan: Sekolah perlu berkerjasama dengan universiti, syarikat tempatan, dan organisasi lain untuk mendapatkan sumber dan pendedahan tambahan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Peranan warga sekolah adalah saling berkaitan dan saling melengkapi untuk mencapai kecemerlangan organisasi sekolah. Setiap individu mempunyai tanggungjawab untuk memberi sumbangan terhadap perkembangan dan kejayaan sekolah secara keseluruhan.

Peranan Warga Sekolah Dalam Meningkatkan Kecemerlangan Sekolah.
Sekolah yang cemerlang dalam aspek pendidikan mahupun pentadbirannya bergantung kepada peranan setiap warga sekolah termasuklah pengetua, guru, pelajar dan juga staf sokongan.

PENGETUA

Sebagai seorang pengurus pendidikan, tanggungjawab utama seorang pengetua adalah menjalankan kerja pentadbiran dan sekaligus sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencapai kecemerlangan sekolah, seorang pengetua haruslah mempunyai i) personaliti kepimpinan yang boleh membina komuniti yang dipimpin dan dapat membina iklim serta persekitaran sekolah yang kondusif, ii) personaliti yang mulia dan dihormati dengan perwatakan mesra dan mempunyai ketegasan yang bertempat, iii) kapasiti minda yang tinggi; berilmu dan intelektual, iv) kemahiran interpersonal dan intrapersonal yang baik serta v) mempunyai visi, misi dan objektif yang jelas.

GURU

Salah satu akauntabiliti guru adalah sebagai agen perubahan di mana seorang guru itu secara langsung berinteraksi bersama para pelajar. Guru berperanan untuk menyampaikan pengajaran yang berkesan dan memperkasakan para pelajar dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang diperlukan bagi kejayaan dan kecemerlangan di masa hadapan. Guru tersebut perlulah bersifat dedikasi dan mampu memberi inspirasi, memotivasi di samping membimbing para pelajar agar mencapai prestasi akademik yang cemerlang.

PELAJAR

Para pelajar hendaklah melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. mereka merupakan warga yang memainkan peranan yang penting dalam kejayaan sekolah melalui penglibatan dalam aktiviti korikulum mahupun ko-kurikulum. Tanpa para pelajar, organisasi sekolah tidak akan dapat dijalankan.

STAF SOKONGAN

Staf sokongan tidak terlibat secara langsung dalam proses pengajran. Akan tetapi, mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam menyokong operasi harian sekolah dengan membantu mengekalkan kebersihan, keselesaan dan keselamatan persekitaran pembelajaran serta menyokong fungsi pentadbiran dan logistik yang diperlukan.

oleh yang demikian, setiap warga yang disebutkan d atas haruslah memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dan bekerjasama dalam mencapai matlamat dan kecemerlangan sekolah. dengan kerjasama yang sepadu, akan dapat membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyokong, kondusif dan akhirnya akan meningkatkan pencapaian akademik yang tinggi serta reputasi sekolah yang baik.

Saadatu Safwana binti Mohammad Salleh

22LL028

PERANAN WARGA SEKOLAH DALAM MENINGKATKAN KECEMERLANGAN ORGANISASI SEKOLAH
Peranan warga sekolah dalam meningkatkan kecemerlangan organisasi sekolah adalah penting bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan dengan berkesan. Berikut adalah beberapa peranan yang boleh dimainkan oleh warga sekolah:

Guru: Guru boleh meningkatkan kecemerlangan organisasi sekolah dengan menyediakan pengajaran yang berkualiti dan memotivasikan pelajar untuk belajar dengan baik. Selain itu, guru juga boleh memainkan peranan dalam membangunkan program kurikulum dan ekstrakurikuler yang dapat meningkatkan pencapaian pelajar.

Pelajar: Pelajar boleh memainkan peranan untuk meningkatkan kecemerlangan organisasi sekolah dengan belajar bersungguh-sungguh dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Selain itu, pelajar juga boleh menyertai aktiviti kokurikulum dan membantu membina iklim sekolah yang kondusif untuk pembelajaran

Ibu bapa: Ibu bapa boleh memainkan peranan dalam meningkatkan kecemerlangan organisasi sekolah dengan menyokong anak-anak mereka dalam pembelajaran dan menyertai aktiviti sekolah. Selain itu, ibu bapa juga boleh menyertai aktiviti di sekolah dan membantu membina hubungan baik antara sekolah dan masyarakat

Pengetua: Pengetua memainkan peranan penting dalam memimpin organisasi sekolah ke arah kecemerlangan. Pemimpin mesti mempunyai visi yang jelas dan dapat membangunkan strategi yang berkesan untuk mencapai matlamat ini. Selain itu, pemimpin juga harus mampu memotivasi dan memimpin kakitangan dan pelajar untuk mencapai pencapaian yang lebih baik

Kakitangan: Kakitangan sekolah boleh memainkan peranan dalam meningkatkan kecemerlangan organisasi sekolah dengan bekerjasama dan menyokong antara satu sama lain dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Kakitangan juga boleh mengambil bahagian dalam pembangunan kurikulum dan program ekstrakurikuler yang boleh meningkatkan pencapaian pelajar

Kesimpulannya, kecemerlangan sesebuah organisasi sekolah amat bergantung kepada peranan aktif dan kerjasama semua warga sekolah. Setiap individu perlu memainkan peranan dengan baik agar matlamat yang ditetapkan dapat dicapai dengan berkesan.

Jadi, dapat disimpulkan bahawa peranan warga sekolah amat penting dalam meningkatkan kecemerlangan organisasi sekolah. Setiap individu perlu memainkan peranan dengan baik agar matlamat yang ditetapkan dapat dicapai dengan berkesan.

23LL012 Shahirudin bin Haji Shamsudin

LDP DPULI 23/24

KEPENTINGAN WARGA SEKOLAH DALAM MENINGKATKAN KECEMERLANGAN SEKOLAH
Kecemerlangan sesebuah sekolah itu diukur dari pelbagai aspek, antaranya kecemerlangan akademik, kokurikulum, pentadbiran, hubungan antara guru dan ibu bapa dan sikap serta disiplin guru.

Negara Brunei Darussalam ialah sebuah negara yang sedang membangun, berusaha melaksanakan pelbagai bentuk perkembangan dan kemajuan.

Selaras dengan perkembangan tersebut Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 (SPN21) telah pun diperkenalkan sebagai salah satu anjakan paradigma bagi menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja dan juga sebuah Negara Zikir untuk mencapai matlamat Wawasan 2035.

Gabungan perkataan Negara Zikir bermaksud negara yang mengingati Allah, negara menyebut Allah, negara yang tidak berpisah dengan Allah, negara yang tidak berenggang dengan Allah, negara yang basah keringnya dengan Allah, susah senangnya bersama-sama dengan Allah, harapannya, cita-citanya dan wawasannya sememangnya semata-mata demi memenangi redha Allah jua.

Negara Zikir juga bermaksud sebuah negara yang memiliki siasah, ekonomi, sosial dan pertahanannya yang berorientasikan dan berpaksikan zikir. Negara Zikir juga merupakan imej sebuah negara yang menjunjung tinggi ajaran-ajaran Islam dan menjadikan ajaran Islam sebagai panduan dan amalan dalan seluruh aspek kehidupan agar nikmat, kerahmatan dan keberkatan akan sentiasa mengiringi dan melindungi negara.

Riwan (1983) menyarankan empat cara mengenal pasti sekolah yang cemerlang :

Menentukan kriteria yang khusus seperti peratus pelajar yang mencapai lebih daripada median kebangsaan

Analisis tren yang menunjukkan skor dalam gred yang tertentu telah meningkat dari semasa ke semasa

Skor yang meningkat bagi sesuatu kohort

Pencapaian sekolah berbanding dengan latar belakang pelajarnya.

Peranan Pengetua Terhadap Kecemerlangan Sekolah

Sebenarnya ciri-ciri kecemerlangan sekolah banyak bergantung kepada pemimpin seorang pengetua kerana dalam melayari bahtera sesebuah organisasi, ketua sangat penting menentukan matlamat dan hala tuju.

Pengetua sentiasa disifatkan sebagai pemimpin sekolah kerana kedudukan dan jawatannya yang berwibawa. Pengetua sebagai pemimpin dan kepimpinan adalah satu konsep yang sukar dan kompleks.

والله أعلم

Muhammad Abu Hurairah bin Ariffin
23LL009

Kepentingan Warga Sekolah Dalam Meningkatkan Kecemerlangan Sekolah
Menurut Abd Karim (1989), sekolah yang cemerlang dipimpin oleh pengetua yang berkesan. Oleh itu, pemimpin sekolah yang cemerlang setentunya akan menjadi tunjang kepada pelaksanaan sistem pengurusan yang cemerlang.

Walaubagaimanapun, penglibatan dan penyertaan aktif seluruh warga sekolah membantu mewujudkan persekitaran pendidikan yang lebih holistik, menyokong pembangunan pelajar serta meningkatkan kecemerlangan keseluruhan sekolah. Dengan kerjasama yang baik antara semua pihak yang terlibat, termasuk pelajar, guru, kakitangan sekolah dan pengetua, sekolah mempunyai peluang yang lebih baik untuk mencapai matlamat pendidikan sekolah dan memberikan faedah maksimum kepada pelajar.

Stoll dan Fink (1996) mendefinisikan kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada:

1.       Pencapaian sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.

2.       Menggalakkan  peningkatan  untuk  semua  pelajar  lebih  daripada  apa  yang dijangkakan berdasarkan latar belakang serta potensi mereka.

3.       Memastikan  setiap  pelajar  mencapai  prestasi  yang  semaksimum  mungkin.

4.       Menggalakkan semua aspek perkembangan dan pencapaian pelajar.

Disini dapat kita fahami bahawa kecemerlangan sekolah itu bergantung kepada keberkesanan peranan warga sekolah masing-masing, terutama sekali pentadbir, pengurus dan pemimpin sekolah itu sendiri. Namun, warga sekolah perlu sentiasa bersedia dan dinamik dalam menghadapi cabaran daripada perubahan yang berlaku. Ini sangat bersesuaian dengan maksud hadith Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya dunia adalah manis dan indah. Allah telah menjadikan kamu sebagai khalifah di dunia. Lalu Allah melihat bagaimana kamu beramal.” (HR Muslim)

Muhamad Mahathir bin Haji Adi

22LL006