Padlet Dalam PdP by Nor'aini Tahir

Exciting and amazed, of Digital World
Teaching and Learning is Fun and Amazing!

syabas KJ

TQ my TKJ....so much for the skill sharing

Aplikasi ‘Padlet’ Dalam Meningkatkan Minat Belajar Pelajar Pendidikan Seni Visual
Pengenalan

Pendekatan pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 banyak dibincangkan mutakhir ini. Banyak bahan penulisan dan kajian yang mengulas mengenai pendidikan yang mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan generasi masa kini, diwacanakan dan dibentangkan dalam seminar, forum, diskusi, bicara dan kolokium. Rata-rata pakar pendidik bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran sedia ada perlu berubah, sesuai dengan perkembangan teknologi cyber, yang kian maju. Kaedah pengajaran konvensional seperti chalk and talk semata-mata tidak menarik minat murid dan tidak menyediakan kesediaan belajar mereka. Sebaliknya mereka perlukan kaedah dan pendekatan yang lebih dinamik dan kreatif dalam menggarap kandungan pengajaran yang relevan dan bersifat kontemperori.

Menyedari kepentingan melakukan perubahan, dalam pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan matlamat perubahan dalam TS25, perbincangan kajian ini dilakukan bagi melihat bagaimana tools PdP digital  dapat menarik minat dan kesediaan belajar pelajar-pelajar PSV, sejajar dengan hasrat dan usaha KPM melaksanakan transformasi pendidikan tersebut, melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025. Untuk mencapai objektif kajian ini, padlet digunakan dalam PdP ke atas kumpulan pelajar major PSV.

Pernyataan Masalah

Negara kita menghadapi cabaran kekurangan “inovator” yang mampu meningkatkan kedinamikan penghasilan produk yang memenuhi pasaran global. Dalam konteks ini, PSV seharusnya mampu melahirkan pelajar yang memiliki daya kreativiti ini,  kerana  pelajaran tersebut  memiliki kandungan yang boleh melatih, memupuk dan membentuk asas nilai dan keupayaan kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajarnya. Selepas beberapa generasi berlalu, pelajaran ini masih belum dapat memenuhi keperluan negara masa kini sepenuhnya. Pelajar kurang berminat ketika PdP dijalankan dan sukar mendapatkan hasil karya yang kreatif dan inovatif. Untuk mngupayakan pelajar  membina nilai dan keupayaan tersebut, perancangan perlu dibuat agar kualiti hasil yang kreatif dan inovatif ini dapat disemai dalam kalangan pelajar. Ini mampu dilaksanakan  melalui pelajaran pendidikan seni dengan memberi penekanan yang lebih serious terhadap pendekatan PdP, agar dapat membantu melahirkan pelajar yang berkualiti.  Proses membentuk mereka ke tahap ini perlu melihat senario masa kini terhadap keupayaan tenaga pengajar dalam industri yang berkaitan dengan seni. Oleh itu, pendekatan yang cuba diketengahkan dalam menarik minat pelajar ialah aplikasi padlet dalam PdP PSV. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu lebih ramai pelajar PSV lain mencapai tahap tertinggi dalam penghasilan hasil karya kreatif dan inovatif.

Objektif

Kajian ini merupakan satu kajian pengaplikasian salah satu daipada tools digital dalam PdP iaitu aplikasi padlet dalam penyampaian kandungan pelajaran PSV.

Metodologi · Reka bentuk Kajian · Pensampelan

Kajian ini adalah berasaskan pendekatan kualitatif iaitu kajian kes deskriptif dengan menggunakan kaedah soal selidik, pemerhatian dan temu bual berstruktur, terhadap lima orang pelajar PSV semester 6 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa. Kelima-lima mereka merupakan pelajar major (teras) PSV. Kaedah ini dipilih memandangkan ia bersifat alamiah dan naturalistik sesuai dengan kandungan pelajaran PSV yang bersifat penghayatan kesemulajadian alam fizikal di sekitar mereka. Kajian kes dilaksanakan untuk mengumpulkan data, memperoleh makna, dan memperoleh pemahaman daripada suatu kajian kes (http://www.sarjanaku.com/2011/06/pendekatan-kualitatif.html  retrieved 26/9/2018).

5. Dapatan Kajian

6. Perbincangan

7. Kesimpulan

8. Rujukan