TUGASAN 2 EDUP3133: PENULISAN by NURAYEESYA NATASYA BINTI MASLAN IPG-Pelajar

Media dan sumber pembelajaran merupakan komponen penting dalam proses pembelajaran. (Nizwardi, 2016). Sumber pembelajaran tradisional adalah terdiri daripada media tradisional seperti gambar, buku, objek maujud dan model 3D manakala sumber pembelajaran atas talian pula terdiri daripada kuliah video, simulasi interaktif, e-buku, kuiz dan forum perbincangan dan boleh diakses oleh murid bila-bila dan di mana-mana. Menurut Malini & Keong, T. C (2020), perkembangan teknologi dalam dunia pendidikan menyebabkan pengaplikasian sumber pembelajaran dengan elemen multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) iaitu multimedia digital dan sumber atas talian. Ini berupaya membuatkan aktiviti PdP menjadi interaktif kerana murid dapat belajar dalam suasana yang menghiburkan dan dapat merangsang kognitif, visual dan minat. (Abdul Rashid et al, 2012).

Berdasarkan video pembelajaran berikut, penilaian kritis terhadap keberkesanan sumber pembelajaran atas talian ini dari aspek interaktiviti kandungan iaitu pedagogical, content and knowledge (PCK), video pembelajaran ini mengikut sukatan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Buku Teks Pendidikan Kesenian Tahun 2 iaitu Unit 7 yang bertajuk Burung Kenek-Kenek pada muka surat 56 hingga 57. Ia juga mempunyai kesinambungan isi kandungan yang disusun dengan baik iaitu Cikgu Muallimah memulakan dengan pengenalan jenis topeng beserta contoh gambar, alat dan bahan kemudian proses penghasilan topeng. Video ini juga memaparkan fakta dan konsep topeng yang mudah untuk difahami.

Selain itu, penilaian bagi aspek penggunaan teks adalah menggunakan font, warna dan saiz yang jelas untuk dibaca, ejaan dan tanda baca yang betul seperti mana menurut Arif (2017), penggunaan teks dan bahasa yang baik akan membantu pemahaman murid. Bagi aspek penggunaan bahasa pula, penggunaan ayat yang ringkas, padat dan mudah difahami, menggunakan bahasa baku dan intonasi yang sesuai tetapi kurang bertenaga, susunan ayat yang digunakan kurang teratur dan terdapat pengulangan.

Seterusnya, bagi aspek grafik (CASPER), terdapat penggunaan contrast dari segi warna bagi gambar latar belakang dengan teks. Elemen alignment iaitu susunan teks dan imej yang kurang sistematik. Elemen simplicity grafik adalah baik di mana paparan visual topeng haiwan dapat memudahkan penerokaan penonton dan terdapat juga elemen proximity iaitu penonton memahami kesinambungan antara item topeng haiwan. Elemen emphasis di mana subjek dijadikan fokus misalnya paparan gambar topeng haiwan diletakkan di tengah. Elemen repetation iaitu persembahan grafik video menarik fokus terhadap maklumat yang disampaikan mengandungi visual haiwan dan topeng. Penggunaan prinsip CASPER dalam video dapat merangsang minat dan perhatian pengguna (Norbaizura, 2019).

Di samping itu, aspek audio pula penggunaan kesan audio haiwan yang sesuai, pelbagai dan jelas untuk menarik minat. Audio selari dengan paparan imej mampu menyampaikan informasi dengan efektif seperti mana menurut Ayu, 2014. Aspek teknikal pula menunjukkan peralihan bahagian dalam video yang lancar, video boleh diakses dari semua peranti dan berfungsi sebagai pemudahcara. Bagi aspek kesesuaian bahan pula, ianya bahan yang mudah didapati, flleksibal dan berkos rendah iaitu kertas warna, kotak, pinggan kertas, dan gam akan tetapi terdapat alat berisiko yang memerlukan pengawasan lebih iaitu stapler dan gunting

Model ini diasaskan oleh Addie Rosset pada tahun 1987 yang merupakan antara model reka bentuk yang efektif dan sistematik yang terdiri daripada lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian yang pada akhirnya akan menghasilkan suatu modul pengajaran yang mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran (PdP) seiring dengan keperluan dan citarasa murid (Ummu et al, 2015).

Fasa analisis adalah proses pengenalpastian masalah dan cara penyelesaiannya. Guru menganalisis dari aspek ciri-ciri pelajar, tahap pendidikan, pengetahuan sedia ada, persekitaran pembelajaran, masalah dalam pembelajaran serta matlamat pengajaran.

Fasa reka bentuk adalah fasa guru menentukan dan mereka kaedah instruksional yang akan digunakan sebagai latar belakang PdP. Guru merancang dan menentukan kumpulan sasaran, pembentukan objektif yang khusus, pembinaan item-item ujian serta pemilihan sistem penyampaian iaitu strategi, pendekatan dan kaedah pengajaran.

Fasa pembangunan adalah fasa pembinaan sistem sebenar menggunaan elemen media dan teknologi yang sesuai berdasarkan fasa analisis dan reka bentuk. Kemudian, diuji agar berfungsi dengan baik dan efektif semasa fasa peleksanaan.

Fasa pelaksanaan adalah penyampaian sebenar menggunakan semua input dari fasa analisis hingga pembangunan yang bertujuan untuk menyampaikan pengajaran yang efektif dan efisien. Pengujian terhadap keberkesanan dan masalah yang tidak disedari pada fasa analisis hingga pembangunan.

Fasa akhir iaitu fasa penilaian adalah fasa menilai dan mendapatkan maklum balas pengguna modul secara keseluruhan, Meliputi penilaian formatif, sumatif, refleksi kendiri dan maklum balas pelajar.

RUJUKAN
Abdul Rashid, Norhashimah & Shamsudin (2012), Multimedia Interaktif Mempertingkatkan Pembelajaran Kemahiran Membaca Murid-Murid PROBIM. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM. 2(46-53). http://journalarticle.ukm.my/5719/1/46-53%2520Rasid%2520et%2520al.UPM.pdf

Arif Yudianto (2017), Penerapan Video Sebagai Media Pembelajaran. Seminar Nasional Pendidikan. Universitas Muhammadiyah Sukabumi. 234-237. https://eprints.ummi.ac.id/354/3/33.%20PENERAPAN%20VIDEO%20SEBAGAI%20MEDIA%20PEMBELAJARAN.pdf

Ayu Fitria (2019), Penggunaan Media Audio Visual Dalam Pembelajaran Anak Usia Dini. Cakrawala Dini. 5(57-62). https://docs.google.com/viewerng/viewer?url=https://ejournal.upi.edu/index.php/cakrawaladini/article/viewFile/10498/6484

Bayuong, P. D., Yunus, M. M. & Suliman, A. (2019). The use of social media (SM) among pupils in a rural primary school in Sarawak, Malaysia. Humanities and Social Sciences Reviews 7(5): 1272–1279. doi:10.18510/hssr.2019.75166

Kementerian Pendidikan Malaysia (2017), Buku Teks Pendidikan Kesenian Tahun 2 Sekolah Kebangsaan KSSR. Dewan Bahasa dan Pustaka. https://anyflip.com/tvacl/yidp#google_vignette

Malini & Keong T, C. (2020), Adaptasi Video dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). Universiti Malaysia Sabah (UMS). 5(105-112). https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/508/364

Naemah Naei (2021), Pendidikan Seni Visual Tahun 2, Unit 7: Burung Kenek-kenek (Bahagian 1), Buku Teks m/s 56-57. https://www.youtube.com/watch?v=W15XXoSn7iU

Nizwardi Jalinus & Ambiyar (2016), Media dan Sumber Pembelajaran. Perpustakaan Nasional: Katalog Dalam Terbitan (KDT). https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=wBVNDwAAQBAJ&oi=fnd&pg=PR5&dq=SUMBER+PEMBELAJARAN&ots=A4-wkMM90D&sig=UbX24Jdbxm_FyUc_7EBESvBBQmA&redir_esc=y#v=onepage&q=SUMBER%20PEMBELAJARAN&f=false

Norbaizura Nordin (2019), Merekabentuk dan Pembangunan Pembelajaran Multimedia Fizik 1. International Journal of Heritage, Art and Multimedia. Universiti Kebangsaan Malaysia. 2(108-123). http://www.ijham.com/PDF/IJHAM-2019-05-06-09.pdf

Nor Shahila & Fariza (2021), Penggunaan video YouTubebagi Meningkatkan Minat dan Pencapaian murid dalam Pembelajaran Geografi Fizikal di Sekolah Menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). Universiti Malaysia Sabah (UMS). 6(228-240). https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/708/523

Studocu (2022), Instrumen Penilaian Bahan. https://www.studocu.com/my/document/institut-pendidikan-guru/pedagogi-pendidikan-al-quran/instrumen-penilaian-bahan/39486218

Ummu, Muhammad Izuan & Nazipah (2015), Model ADDIE Dalam Proses Reka Bentuk Modul Pengajaran: Bahasa Arab Tujuan Khas Di Universiti Sains Islam Malaysia Sebagai Contoh. Proceedings of the International Seminar on Language Teaching IseLT. Universiti Sains Islam Malaysia.https://www.researchgate.net/publication/335568905_MODEL_ADDIE_DALAM_PROSES_REKA_BENTUK_MODUL_PENGAJARAN_BAHASA_ARAB_TUJUAN_KHAS_DI_UNIVERSITI_SAINS_ISLAM_MALAYSIA_SEBAGAI_CONTOH

LAMPIRAN 1

Menurut Nor Shahila & Fariza (2021), video pembelajaran merupakan salah satu sumber pembelajaran atas talian yang boleh digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Youtube merupakan antara bentuk video pembelajaran yang giat digunakan oleh para pendidik dan murid masa kini sehinggakan banyak dapatan kajian yang menyokong impak positif dari penggunaan video pembelajaran Youtube. Bayuong et al., (2019), mengatakan bahawa dengan adanya penggunaan video Youtube, tahap penglibatan murid menjadi lebih aktif.

Video pembelajaran Youtube yang dipilih adalah Video Pendidikan Seni Visual Tahun 2, Unit 7: Burung Kenek-Kenek (Bahagian 1), Buku Teks M/S 56-57. Merupakan video pembelajaran oleh seorang guru seni iaitu Cikgu Muallimah yang sedang melaksanakan pengajaran beliau berkenaan Unit 7 dalam Buku Teks Pendidikan Seni Visual Tahun 2 iaitu aktiviti dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan. Beliau memulakan pengenalan berkenaan definisi topeng, jenis-jenis topeng dan contoh-contoh haiwan berserta bahan yang boleh digunakan secara umum. Cikgu Muallimah memilih untuk menghasilkan jenis topeng mata burung kenek-kenek, lalu memaparkan alat dan bahan yang digunakan mata kemudian beliau memaparkan proses penghasilan topeng tersebut.

LAMPIRAN 2