ADITA NINGSIH WELAS ASIH GA04363 by Adita ningsih welas asih

ULASAN AKHBAR "GAJET IBARAT PENGASUH KEDUA"
MEMILIKI gajet-gajet pintar seperti ipad, tablet, telefon mudah alih dan sebagainya, satu keperluan dan semakin penting dalam kehidupan seharian.

Penggunaan dengan cara yang betul, mendatangkan banyak manfaat kepada individu terutama dalam memudahkan urusan harian.

Begitu pun, gajet ini juga mendatangkan kesan negatif terutamanya kepada kanak-kanak jika pemantauan tidak dilakukan dengan betul.

Ini termasuk kesan terhadap kesihatan dan perkembangan kanak-kanak yang jika tidak dibendung akan mendatangkan kerosakan dalam jangka masa panjang.

Konsultan Paedetrik dan Neonatalogist, Dr. Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar berkata, penggunaan gajet seperti telefon pintar, komputer dan sebagainya tidak dinafikan mempunyai banyak kesan negatif berbanding positif kepada kanak-kanak yang menggunakannya tanpa pemantauan daripada ibu bapa.

Katanya, kanak-kanak yang bermain dengan aplikasi yang terdapat dalam gajet pintar seperti permainan video dan sebagainya, lebih daripada dua jam akan menjejaskan penglihatan mata sekaligus boleh menyebabkan mata mereka menjadi kabur dan rabun.

â��Bagi mereka yang menggunakan alat ini dalam keadaan postur berbaring atau duduk terlalu lama akan mennyebabkan tulang belakang menjadi sakit. Hal ini akan meningkatkan risiko bongkok pada usia yang muda.

Bagi kanak-kanak yang berusia lima tahun ke atas, jika mereka terlalu obses dengan permainan dan aplikasi dalam ipad turut menjejaskan tumpuan pembelajaran mereka semasa di dalam kelas.

Mereka akan hilang fokus kerana asyik teringat kepada permainan dalam gajet berkenaan. Dari segi pergaulan dan komunikasi pula, kanak-kanak ini akan menjadi lebih pendiam, kurang penyabar dan kemahiran komunikasi yang tidak baik di antara orang terdekat dan rakan-rakan di sekeliling serta penguasaan tutur kata yang tidak berkembang,â�� ujar Dr. Mohammad Iqbal ketika ditemui di Kpj Damansara Specialist Hospital, di Damansara, Kuala Lumpur.

Beliau menganggap ibu bapa yang membiarkan anak mereka leka dengan permainan dalam gajet-gajet pintar dalam jangka masa terlalu lama tanpa pantauan dengan alasan menjadikan gajet tersebut sebagai pengasuh keduaâ adalah salah.

Berdasarkan perbincangan, waktu tertentu untuk kanak-kanak menggunakan gajet seperti ipad, mereka tidak bersepakat untuk bersetuju terhadap masa dan had-had tertentu kanak-kanak dibenarkan bermain dengan gajet.

Satu kajian kesihatan kanak-kanak dari Amarika Syarikat menyatakan bahawa penggunaan gajet seperti ipad dan tablet kepada kanak-kanak yang berumur dua tahun ke atas adalah tidak sesuai kerana boleh melemahkan otot jari dan tangan kanak-kanak yang diperlukan untuk menulis.

Disamping itu, disarankan agar penggunaannya tidak lebih daripada dua jam sehari. Bagi kanak-kanak di bawah umur dua tahun pula lebih baik tidak menggunakan langsung gajet-gajet tersebut,â�� katanya.

Menurut Dr. Mohammad Iqbal, walaupun kesan buruknya lebih jelas, ada juga sebahagian ahli-ahli psikologi tidak bersetuju dengan kajian tersebut dengan alasan ia terlalu ketat kerana penggunaan gajet ini juga bergantung kepada kanak-kanak yang menggunakannya untuk tujuan pembelajaran.

Sebagai ibu bapa yang prihatin lebih baik kiranya mereka menentapkan undang-undang dan masa tertentu untuk anak-anak mereka bermain dengan gajet tersebut.

Contohnya, mereka mula me netapkan waktu selama dua jam untuk anak mereka bemain berserta dengan aplikasi permainan yang dimuat turun bersesuaian dengan umur kanak-kanak tersebut.

Seeloknya, untuk pemantaun lebih baik mereka turut bersama-sama anak mereka menggunakan gajet tersebut. Contohnya untuk permainan yang membina seperti aktiviti membaca dan permainan menguji minda boleh disertai bersama-sama, jelasnya.

Selain itu, penggunaan gajet juga boleh digunakan sebagai ganjaran atau hadiah meningkatkan semangat untuk belaja.

Contohnya, bagi memberi ganjaran apabila berjaya menyiapkan sesuatu tugasan, ibu bapa boleh lebihkan masa penggunaan gajet kepada tiga jam sehari bergantung juga pada keadaan dan situasi.

Tambahnya lagi, jika dilihat kesan penggunaan gajet-gajet pintar ini dari segi positif pula, ia dapat membantu kanak-kanak tersebut belajar untuk menguasai bahasa kedua.

Manakala aplikasi seperti non interaktif seperti youtube dan permainan video tidak dinafikan banyak melalaikan kanak-kanak sekaligus mendatangkan kesan buruk dari segi emosi, psikologi, fizikal dan social jika penggunaan dalan jangka masa yang terlalu lama, katanya.

KEBAIKAN PENGGUNAAN GADGET DALAM KELUARGA
Menjadikan komunikasi jarak jauh satu kenyataan: kanak-kanak dapat bercakap dengan rakan-rakan dan keluarga yang jauh.

Mengajar sebab dan akibat: menarik rasa ingin tahu anak anda dan menggalakkannya untuk meneroka walaupun dari rumah.

Menekan kekunci dan menggunakan tetikus membantu dalam membaiki kemahiran motor anak anda dengan meningkatkan koordinasi mata dan tangan mereka.

Kajian-kajian yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidik bebas mendapati penggunaan teknologi boleh menyokong pembelajaran di rumah dalam:

Pembelajaran Operasi: ibubapa boleh mengajar anak-anak mereka bagaimana untuk mengawal dan menggunakan teknologi; dan ini merupakan satu peluang bagi ibubapa untuk menggalakkan anak-anak memberi maklumbalas menggunakan input mereka sendiri.

Meluaskan pengetahuan dan kefahaman mengenai dunia: kanak-kanak boleh mengetahui lebih mengenai masyarakat, tempat dan alam semulajadi.

Kecenderungan untuk belajar: menggalakkan tumpuan dan ketekunan, membantu mereka untuk membina keyakinan diri dan nilai kendiri serta meningkatkan kecekapan mereka dalam menggunakan teknologi.

Peranan teknologi dalam kehidupan seharian: dengan pemerhatian ibubapa, anak anda akan belajar bagaimana teknologi boleh membantu dalam hal-hal seharian seperti mengkaji destinasi yang akan dilawati, memesan barangan, menghantar teks, berkomunikasi dengan orang yang jauh dan lain-lain

KEBURUKAN PENGGUNAAN GADGET DALAM KELUARGA
Pada tahun 2010, Akademi Pediatrik Amerika (AAP) memberi amaran bahawa teknologi boleh memberi kesan kepada perkembangan kemahiran kognitif dan sosial kanak-kanak prasekolah.

Mainan untuk pembelajaran akan menjejaskan potensi pendidikan kerana kebanyakan mainan interaktif telah dicipta berdasarkan tugasan pendidikan yang biasa. Pada mulanya, mainan ini akan memberikan motivasi untuk belajar tetapi kanak-kanak yang masih muda akan bosan dan berhenti mempelajarinya jika mereka tidak menguasai aspek operasi klik, skrol atau tindakan menekan.

Masalah operasi boleh diselesaikan dengan menggunakan komputer tablet tetapi penggunaan komputer tablet yang keterlaluan tidak akan menggalakkan pembelajaran secara inovatif kerana beberapa aplikasi yang dimuatnaik adalah merupakan satu salinan asal semata-mata contohnya buku elektronik.

Tiada rangsangan perbualan antara orang dewasa dan kanak-kanak: interaktiviti teknologi sama sekali tidak boleh menggantikan interaksi sesama manusia kerana teknologi terkini tidak boleh menggantikan elemen manusia dalam interaksi antara ibubapa dan anak.

Meningkatkan tindakbalas agresif hasil daripada bermain permainan video yang ganas.

Berpotensi untuk mengganggu waktu tidur: kanak-kanak memerlukan sekurang-kurangnya 12 jam waktu tidur setiap hari untuk mereka membesar secara sihat.

Membawa kepada ketagihan teknologi.

KESIMPULAN
Gajet  ini sebenarnya ada kesan negatif dan positifnya tersendiri, walau bagaimanapun jika tidak dikawal akan menyebabkan ketagihan berlaku dan sudah tentu akan memberikan banyak impak yang negatif kepada remaja sebagai contoh sikap malas, kurang aktiviti luar, leka pada alam maya, pelajaran terabai, kurang kemahiran insaniah, cetek pengetahuan am dan pemikiran terganggu. Secara keseluruhannya, lelaki lebih ramai mengalami tahap ketagihan yang tinggi berbanding perempuan.

CABARAN DALAM PENGGUNAAN GADGET
1. PERLU MENGAMBIL BIJAK DENGAN ANGGOTA KELUARGA YANG MENGGUNAKAN GADGET LEBIH DARI PADA MASANYA.
2. IBU BAPA JUGA PERLU MENGGALAKKAN ANAK ANAK DALAM PEMBELAJARAN CONTOH MEMBACA BUKU.
3. IBU BAPA PERLU MENGHABISKAN DAN MENGGUNAKAN MASA LAPANG DENGAN SEBAIK BAIKNYA DENGAN KEGIATAN YANG BERMANFAAT.
4. PERLU MEMANTAU KANDUNGAN YANG DILIHAT OLEH KANAK KANAK AGAR MEREKA TIDAK DI DEDAHKAN DENGAN KONTEN PORNOGRAFI