Suatu Perjalanan Sebuah Peta Sebuku Roti by Erna Salamun

Syahindah,’Aamirah, Hazirah
Cerpen ini merupkan sebuah cerpen yang mengisahkan tentang perjalanan seorang lelaki yang ingin menjadi seorang yang lebih baik. Teruatamnya, baik di mata Tuhan. Cerita ini telah menyebut perkara yang utama untuk seseorang itu menjadi lebih baik iaitu kekuatan rohani. ‘perjalanan itu’ adalah perjalanan untuk mendapat keredhaan Tuhan.

Kami setuju dengan pernyataan ini kerana, pertama, hati merupakan akar bagi setiap perkara. Hati adalah punca utama perbuatan seseorang. Jika seseorang melakukan sesuatu buruk bermaksud dia telah berniat perkara buruk sama juga jika seseorang melakukan perkara yang baik bermaksud dia berniat melakukan perlara yang baik.

Ini dapat dilihat dalam nukilan,

“kalau hati itu rosak, kalau hati itu busuk maka peta perjalanan juga ikut rosak “

Halaman 101

“Jangan hasad dan dengki”

Halamam 102

Nukilan ini menunjukkan bahawa jika seseorang itu mempunyai hati yang busuk, ini pasti dapat dilihat dalam segala perbuatannya. Ini akan memberi natijah yang buruk. Seseorang yang mempunyai hati yang buruk ramai orang pasti tidak senang dengannya dan ramai akan menjauh darinya. Bukan itu sahaja, dia tidak akan dilihat mulia Tuhan. Dengan itu, hati merupakan kunci utama untuk ‘perjalanan itu’.

Kedua, hati merupakan kunci utama untuk ‘perjalanan itu’ kerana hati itu harus merendah diri supaya seseorang itu boleh menjadi lebih baik di mata Tuhan. Jika seseorang itu sombong, bukan sahaja orang yang akan menjauhinya tetapi dia tidak akan dilihat mulia di mata Tuhan.

Ini dapat dilihat dalam nukilan,

“ Sebagai hamba, kewajipan kita mengikut perintah”

Halaman 101

Nukilan ini menunjukkan bahawa seseorang itu harus merendahkan diri supaya dapat menjalankan perintah Tuhan. Jika seseorang itu sombong, dia pasti tidak akan menunaikan tanggaungjawabnya sebagai seorang hamba. Jika seseorang itu, sombong dan tidak menunaikan tanggungjawabnya mustahil untuk menjadi lebih baik. Ini akan memberi kesan yang buruk pada dirinya kerana pasti dia tidak berjaya di dunia dan akhirat. Dengan itu, hati merupakan kunci utama untuk ‘perjalanan itu’.

Selain itu, kami setuju dengan pernyataan ini kerana, rohani memerlukan ilmu. Tanpa ilmu, rohani akan lemah. Dengan itu, ilmu sangat penting.

Ini dalat dilihat dalam nukilan,

“Katanya, ilmu itu amat penting. Tidak boleh main ikut-ikutan”

Halaman 102

Nukilan ini menunjukkan bahawa seseorang itu perlukan ilmu. Tanpa ilmu seseorang itu tidak tahu cara-cara untuk menjadi lebih baik. Contohnya, tanpa ilmu, seseorang itu tidak tahu solat. Jika seseorang itu ikut orang-orang yang di sekelilingnya, perbuatan mereka boleh jadi perbuatan yang salah. Dengan itu, tidak boleh main ikut-ikut orang-orang di sekeliling. Dengan itu, kekuatan rohani itu penting untuk ke ‘perjalanan itu’.

Yang terakhir, kami setuju dengan pernyataan ini kerana rohani memerlukan akal. Dengan akal, rohani akan kuat. Dengan kuatnya rohani, seseorang itu dapat ke jalan yang diredhai oleh Allah.

Ini dapat dilihat dalam nukilan,

“Mengikut hati tanpa akal pertimbangan lagi”

Halaman 102

Nukilan ini menunjukkan bahawa akal itu penting untuk mendapatkan rohani yang kuat. Tanpa akal, seseormag itu tidak akan tahu apa yang buruk dan apa yang baik. Ini pasti akan memberi kesan yang buruk. Jika seseorang itu tidak tahu apa yang buruk, mustahil untuk mendapat keredhaan Allah. Dengan itu ,kekuatan rohani penting untuk ke ‘perjalanan itu’.

Suatu perjalanan sebuah peta sebuku roti tulisan Basiran Hj Hamzah mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Alif yang berubah kepada kebaikan .

Kami bersetuju bahawa kunci utama bagi menempuhi ’perjalanan itu’ terletak pada kekuatan rohani . Jika hati seseorang itu mati , ia akan memberi kesan kepada seluruh perjalanan hidup kita akan terjejas.Kita akan lebih cenderung ke jalan keburukkan dan melakukan perkara yang dilarang.Ini akan mematikan hati. Ini dapat dilihat di dalam nukilan “ Kata orang tua itu lagi , kalau hati itu rosak, kalau hati itu busuk maka peta perjalanan  juga ikut rosak. Ikut busuk. Kalau sudah begitu, perjalanan kita jadi sesat , entah ke mana-mana. Ikut jalan yang salah. Entah ikut denai babi, entah ikut laluan najis, entah mengharung selut. Kalau sudah begitu akan hanya sia-sia saja jadinya . Dan yang lebih dahsyat lagi, kita akan jadi muflis. “

Seterusnya , kita harus melakukan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk menyucikan tanggungjawab kami sebagai seorang muslim iaitu melakukan solat fardhu lima waktu. Ini dapat dilihat di dalam nukilan “Ya nak. Selagi kudrat Bapak masih ada , selagi itu peta perjalanan itu akan Bapak lalui. Sebagai hamba, okewajiban kita mengikut perintahnya.”

Kemudian, seseorang itu memerlukan kedua-dua akal dan rohani supaya kerana kedua perkara ini adalah element yang terpenting bagi kebaikan seseorang kerana ia dapat membuat keputusan yang terbaik bagi diri seseorang jika diguna dengan betul.

'Peta perjalanan mereka telah kabur. Jadi mereka mengikuti

perjalanan yang direka sendiri. Mengikut kata hati tanpa akal

pertimbangan.' ( Halaman 102 )

Nukilan tersebut telah membuktikan bahawa dengan menggunakan hanya salahsatu element dari 2 element yang penting bagi kebaikan diri, keputusan mereka boleh terganggu dan akan usik rancangan mereka yang asli.

Oleh itu, hati adalah kunci kepada segalanya, kita perlu menjaga hati kita dengan baik untuk mengelak masalah hati.

Cerpen ini mengisahkan tentang perjalanan seorang lelaki yang ingin menjadi seorang yang lebih baik. Terutama sekali di mata Tuhan.  Cerita ini banyak menyebut perkara-perkara agar seseorang itu menjadi lebih baik.

Kami setuju dengan pernyataan ini kerana, pertama, hati merupakan penentu arah perjalanan kehidupan kita. Perkara ini dapat dibuktikan dalam nukilan tersebut.

‘kalau hati itu busuk maka peta perjalanan kita jadi sesat, entah ke mana-mana’.

Halaman 102

Daripada nukilan di atas, kita mendapati bahawa perjalanan kita bergantung rapat pada gerak hati. Sekiranya hati dibiarkan busuk dan rosak dek penyakit rohani seperti hasad dan dengki, ia akan membawa kita ke jalan yang salah dan lebih dahsyat lagi jalan yang tidak diredhai Allah.

Kedua, sebagai seorang hamba, kita seharusnya menyucikan rohani kita dengan mendirikan kewajipan kita mengikut perintah Tuhan. Hal ini terdapat pada nukilan :

“Selagi kudrat Bapak masih ada, selagi itu peta perjalanan itu akan Bapak lalui. Sebagai hamba, kewajipan kita mengikut perintahnya.” Kata orang tua itu lagi.

Halaman 101

Nukilan ini menjelaskan lagi akan peri pentingnya rohani seseorang dalam menentu perjalanan kehidupannya, yakni menjaga kewajipan sebagi seorang hamba. Apabila Alif bertanya akan akibat tidak mengikut perintah Tuhan, orang tua tersebut menjawab bahawa kita akan sesat. Oleh itu, rohani memainkan peranan penting dalam menentukan perjalanan kehidupan kita.

Ketiga, mengikut kata akal fikiran semata akan mengkaburkan lagi perjanan kehidupan seseorang. Oleh itu, kedua-dua akal dan rohani haruslah bekerjasama demi menjadi seseorang yang lebih baik. Hal ini dapat dibuktikan pada nukilan :

‘Peta perjalanan mereka telah kabur. Jadi mereka mengikuti perjalanan yang direka sendiri. Mengikut kata hati tanpa akal pertimbangan.’

Halaman 102

Begitu jua dengan kehidupan kita, apabila perjalanan kehidupan kita tidak jelas dan sesat,  maka perkara ini akan menjadi lebih keruh sekiranya tiada pertimbangan akal. Maka akal harus bekerjasama dengan rohani agar dapat memperbaiki diri kerana akal semata tidak mampu untuk mengubah hati.

Akhir sekali sekali, perjalanan kehidupan akan bertambah sukar sekiranya rohani kita tidak mempunyai ilmu. Hal ini dapat dibuktikan pada nukilan :

‘Mencuri pun  mesti  ada ilmu. Pandai mencuri, merasa mendapat.’

Halaman 102

Nukilan ini membuktikan bahawa ilmu itu penting untuk mendapatkan perasaan. Perasaan itu juga sebahagian daripada rohani seseorang. Penulis menggunakan contoh mencuri untuk menunjukkan yang perkara buruk ‘mencuri’ perlukan ilmu, apatah lagi perkara-perkara baik seperti berubah menjadi seorang yang lebih baik. Maka, rohani kita perlu diisi dengan ilmu supaya perjalanan kehidupan kita menjadi senang.

Wanie, Unaisah & Dina
Saya setuju dengan pernyataan tersebut kerana pertama, jika seseorang itu mempunyai hati yang kotor,maka segala perbuataanya tidak akan dilihat oleh Allah.

Hati yang kotor akan menjejas keperipadian orang kerana apabila seseorang itu memiliki hati yang kotor,maka segala perbuataanya tidak akan menjadi ikhlas. Malah, seseorang itu akan ada perasaan dendam terhadap orang-orang yang lain dan membuat perkara-perkara yang jahat dan dapat menyakiti orang yang lain. Ini dapat dibuktikan di nukilan yang berikut:

“ Kata orang tua itu lagi,kalau hati itu rosak,kalau hati itu busuk maka peta perjalanan kita jadi sesat,entah ke mana-mana.”

Dengan nukilan ini,ini dapat menunjukkan bahawa hasad dan dengki adalah antara punca rosaknya hati seseorang. Oleh itu,kita harus membersihkan hati kita demi memergi ke jalan kebaikan iaitu jalan ke syurga.

Kedua,seseorang itu perlu ada rohani yang suci untuk menunaikan perkara diperintahkan oleh Allah seperti, solat,puasa dan sebagainya. Jika seseorang itu tidak mempunyai rohani yang suci,maka susahlah untuk mendapatkan hidayah daripada Allah. Tidak dinafikan bahawa hidayah itu milik Allah. Tetapi, sebagai seorang muslim,kita harus berusaha untuk mendapatkan hidayah Allah kerana hidayah tidak datang dengan sendirinya. Ini dapat dibuktikan dengan nukilan tersebut:

“ Selgai kudrat Bapak masoh ada,selagi itu peta perjalanan itu akan Bapak lalui.Sebagai hampa,kewajipan kita mengikut perintahnya.”

Dengan nukilan ini,ini dapat dibuktikan bahawa rohani kita sendiri bermain peranan yang penting kerana jika rohani seseorang itu tidak kuat dan tidak dijaga dengan sempurna,maka hubungannya dengan tuhan tidak erat apatah lagi jika hubungan dengan manusia. Jika seseorang itu tidak menjaga hubungan dengan Allah,maka hubungannya dengan manusia lagi akan menjadi teruk.

Ketiga, rohani yang baik adalah seseorang yang sentiasa bertaubat setelah melakukan kemaksiatan yang dilarang olel Allah. Jika seseorang pendosa tidak bertaubat maka seseorang itu tidak akan belajar daripada kesilapan dan tidak berasa insaf terhadap dosa yang dilakukan olehnya. Ini dapat dibuktikan di nulikan tersebut:

“Peta perjalanannya mahu dijaga sebaik-sebaiknya.Tidak akan dibiarkan koyak. Tidak akan dibiarkan rosak,tidak akan dibiarkan hilang”

Dengan nukilan ini,ini dapat buktikan bahawa apa apa kita lakukan,haruslah bertaubat kerana manusia tidak lari daripada membuat kesalahan dan kesilapan. Sebaik-baik manusia adalah mereka yang bertaubat atas perkara yang mereka lakukan.

Keempat, rohani memerlukan akal. Tanpa akal,maka rohani tidak akan menjadi kuat dan tidak boleh melakukan perkara yang betul. Rohani perlu akal yang boleh berfikir dengan betul untuk dapat bezakan perkara yang betul dan tidak. Ini dapat dinuktikan di nukilan tersebut:

“Mengikut hati tanpa akal pertimbangan lagi”

Daripada nukilan ini,ini dapat menunjukkan bahawa jika seseorang itu mengikut hati sahaja dan tidak menggunakan akal untuk membuat sesuatu keputusan, maka menjejas kehidupan kita secara kesuluruhannya kerana tidak semua yang kita suka  adalah baik untuk kita dan tidak semua yang kita tidak suka adalah yang buruk untuk kita.

Dhiya, Rabi’atul, Naqibah

Khadiijah , Aisyah , Sharifah