KEPENTINGAN MEMATUHI PAPAN TANDA KESELAMATAN by BM2-0619 Vasuki A/P Pandian

KARANGAN KEPENTINGAN MEMATUHI PAPAN TANDA KESELAMATAN
Kewujudan papan tanda di jalan raya adalah untuk memberikan panduan kepada para pengguna jalan raya. Semua papan tanda yang ada di atas jalan raya adalah mudah untuk difahami dan memiliki saiz huruf yang sesuai bagi tujuan memudahkan para pengguna jalan raya untuk membacanya. Setiap papan tanda mempunyai arahan dan juga tujuan yang tertentu dan dapat dibahagikan kepada empat bahagian iaitu papan tanda mandatori, papan tanda larangan, papan tanda amaran dan papan tanda maklumat. Papan tanda ini adalah merupakan salah satu undang-undang yang telah ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) supaya keselamatan orang ramai lebih terjamin. Maka, kepatuhan terhadap papan tanda adalah amat penting untuk mengelakkan risiko kemalangan daripada berlaku.

Antara kepentingan mematuhi papan tanda jalan raya adalah bagi tujuan mendisiplinkan diri para pemandu semasa berada di atas jalan raya. Semua pemandu diingatkan agar sentiasa menjaga adab dan menunjukkan perilaku yang baik semasa berada di atas jalan raya. Apabila berada di atas jalan raya, semua pengguna mestilah ingat bahawa terdapat banyak peraturan jalan raya yang harus mereka patuhi. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya memudahkan pihak kerajaan dengan patuh kepada papan tanda jalan raya. Hal ini kerana, setiap papan tanda yang diletakkan di tempat yang tertentu mempunyai maksud di sebaliknya. Tujuan papan tanda ini adalah untuk mengingatkan kita agar lebih berhati-hati dan beringat sewaktu memandu. Namun, kebanyakan rakyat Malaysia sering mengingkari papan tanda jalan raya ini dan menyebabkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini seperti kemalangan dan pergaduhan di atas jalan raya. Maka, untuk mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku, pematuhan terhadap papan tanda jalan raya adalah amat penting.

Seterusnya, papan tanda jalan raya berfungsi untuk melancarkan trafik lalu lintas. Kebiasaannya, papan tanda ‘dilarang meletakkan kenderaan’ diletakkan di beberapa kawasan yang tertentu bertujuan bagi mengelakkan kesesakan berlaku. Sebagai contoh, jika anda seseorang individu meletakkan kenderannya di tempat tersebut, sudah pasti akan berlakunya kesesakan disebabkan oleh kenderaan lain yang ingin melalui kawasan itu. Apabila situasi sebegini terjadi, ianya akan menyebabkan masalah dan juga kesusahan terhadap pengguna jalan raya yang lain. Cuba anda bayangkan jika terdapat ambulan yang membawa pesakit yang cedera parah dan memerlukan rawatan dengan segera melalui kawasan tersebut. Sudah pasti ambulan itu akan tersekat dan tidak dapat melakukan apa-apa disebabkan oleh individu yang bertindak mengingkari papan tanda jalan raya. Oleh sebab itu, pematuhan terhadap papan tanda jalan raya adalah penting bagi mengelakkan daripada berlakunya kesesakan trafik lalu lintas.

Akhir sekali, mematuhi papan tanda jalan raya adalah penting untuk mengelakkan kemalangan daripada berlaku. Setiap pengguna jalan raya mestilah ingin mengelakkan sebarang kemalangan daripada menimpa diri mereka. Namun, kita tidak dapat meramal apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Mungkin kemalangan akan terjadi bukan disebabkan oleh kecuaian diri kita tetapi disebabkan oleh kecuaian orang lain. Maka, semua rakyat Malaysia haruslah mematuhi papan tanda jalan raya untuk mengelakkan atau untuk mengurangkan risiko kemalangan daripada berlaku. Sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab melanggar peraturan jalan raya dan mengingkari papan tanda boleh menyebabkan tragedi kepada pengguna jalan raya yang lain. Sebagai contoh, papan tanda ‘berhenti’ diletakkan pada simpang yang tertentu agar pengguna berhati-hati dan memberhentikan kenderaan sebelum memasuki simpang. Namun, jika pemandu bertindak tidak memberhentikan kenderaan dan meneruskan perjalanan, nasib pengguna jalan raya yang lain akan menjadi malang. Kemalangan yang tidak diingini akan terjadi dan ini juga boleh menyebabkan tercetusnya sebuah pergaduhan.

Kesimpulannya, setiap papan tanda di jalan raya diletakkan untuk sebab yang tertentu dan kita sebagai pengguna haruslah patuh kepada peraturan. Peraturan ditetapkan bukanlah untuk membebankan kita namun ianya bertujuan untuk mengelakkan sebarang tragedi terjadi di masa akan datang. Patuhilah undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.