TUGASAN BM CNY by Nur Khalida

www.sibermerdeka.com
Maksud

Rangkap 1
Dalam kebun diriku
aku tanam saujana rancangan

untuk memerdekakan warga susahku
hidup menentang senja dan malam.

Penyajak memulakan muhasabah (cermin diri) dengan suatu tekad membuat perancangan untuk membebaskan diri daripada kesukaran dengan menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang..

Rangkap 2

Dalam parlimen diriku
aku bahas isu onak dan enak
untukku merdekakan warga fikirku
mengelak hidup dikotak-katikkan.

Dalam benak penyajak berlaku pertentangan antara cabaran dengan keselesaan.Beliau tidak mahu dikongkong. Penyajak mahukan kebebasan berfikir supaya tidak mudah  diganggu oleh pengaruh luaran dirinya seperti dipermain-mainkan.

Rangkap 3

Dalam laut diriku
ombak gelora menampar pantai aman
untuk menguji amal dan iman.

Dalam jiwa penyajak, pelbagai dugaan datang untuk menggugat kekuatan, ketahanan dan keutuhan diri . Kesemuanya untuk menguji amalan dan keimanannya.

Rangkap 4

Dalam gergasi diriku
terpedaya jua oleh permainan si kancil
namun sempat sedar dan beringat lagi.

Dalam keegoan dan  kemegahan diri, penyajak berasa tertipu juga dengan tipu muslihat yang licik dan perangkap pihak yang disangka bijaksana. Akan tetapi, penyajak bernasib baik kerana cepat sedar dan masih peka terhadap tipu muslihat itu.

Rangkap 5

Dalam pentas diriku
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
menghayati skrip demi skrip

yang tak diduga klimaksnya.

Di dalam hati, penyajak bersungguh-sungguh mahu menentang  sesuatu masalah, ketidakpastian,meneroka kebenaran, menelaah / menghayati setiap perkara yang tidak diketahui kesudahannya.

Rangkap 6

Dalam dewan diriku
aku tak cemas lagi
oleh kata yang mengekang
aku tak lemas lagi
oleh kata yang menyerang

Di dalam dada, penyajak sudah berasa tidak gentar dengan segala bisikan yang menghalang dan tidak mudah mengalah oleh cakap-cakap berbentuk provokasi atau sebarang percubaan untuk menjatuhkannya dengan cara memburuk-burukkannya.

Rangkap 7

Apabila sibermerdeka sampai
ke rumah cabaranku
aku panggil diriku bermesyuarah
menyokong, berkecuali atau menentang
aku ambil keputusan
waktu itu aku tak kenal batas diri
untuk tidak mengulangi kekalahan.

Maka, ketika peranti internet berada di hadapan mata, penyajak membuat keputusan yang teguh supaya tidak sekali-kali berasa lemah untuk mudah dipengaruhi oleh maklumat yang dipaparkan.Penyajak juga tidak akan mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Rangkap 8

Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia
aku turun darinya menghadapi hidup nyata
peristiwa datang peristiwa pergi
bagai siang memanggil malam
dan sibermerdeka terus berkaca
terus mengalirkan arus ingatan
elakkan dirimu menjadi sia-sia
hamparkan dirimu di persada Tuhan

Sekarang, penyajak menyedari bahawa dirinya telah banyak menghabiskan waktu melayan media baharu itu. Penyajak pun kembali dengan kegiatan seharian seperti biasa. Pelbagai kejadian terus memenuhi ruang internet untuk menggamit perhatian penyajak. Namun, penyajak mengukuhkan keazaman  untuk tidak membuang waktu tanpa faedah, sebaliknya mahu mendekatkan diri dengan beribadat di sisi Ilahi.

nilai dan pengajaran
NILAI
1. Nilai rasional
: Penyajak mempunyai perancangan agar hidupnya tidak susah.

2. Nilai kebebasan
: Penyajak tidak mahu kehidupannya dipermain-mainkan.

3. Nilai kebijaksanaan
: Penyajak akan berhujah dengan dirinya sebelum membuat sesuatu    keputusan.

4. Nilai keinsafan
: Penyajak tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini.

5. Nilai berwaspada
: Penyajak sedar akan tipu daya dan akan berwaspada pada masa akan datang.

6. Nilai penghargaan
: Penyajak tidak mahu hidup ini dipersia-siakan.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah rasional dalam mengambil sesuatu tindakan.
2. Kita perlulah berfikir semasak-masaknya sebelum mengambil sesuatu keputusan.
3. Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini.
4. Kita perlulah berwaspada akan tipu muslihat pihak lawan.
5. Kita hendaklah menghargai umur yang diberikan oleh tuhan.
6. Kita perlulah bertakwa kepada tuhan.

Tema dan Persoalan
Tema

·         Ketabahan  seorang insan dalam menghadapi dugaan hidup

Persoalan

1)      Persoalan setiap insan terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan hidup.

2)      Persoalan perlunya perancangan dan persediaan untuk menghadapi cabaran hidup.

3)      Persoalan kehidupan yang penuh dengan tipu muslihat.

4)      Persoalan kekuatan diri dalam melawan musuh.

5)      Persoalan keimanan yang teguh dalam  menghadapi dugaan hidup.

6)      Persoalan keinsafan untuk membaiki sisa-sisa hidup.

7)      Persoalan keinginan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Bentuk Sajak
Terdiri daripada lapan rangkap

Terdiri daripada tiga hingga 10 baris dalam satu rangkap

Terdiri daripada tiga hingga enam perkataan dalam satu baris

Terdiri daripada tujuh hingga 15 suku kata dalam satu baris

Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.

Rangkap pertama : abac

Rangkap kedua : abac

Rangkap ketiga : abb

Rangkap keempat : abc

Rangkap kelima : abcde

Rangkap keenam : abcbc

Rangkap ketujuh : abcdefe

Rangkap kelapan : abcdefghbh

GAYA BAHASA
sinkof

Contoh :

untuk ku merdekakan warga fikirku

yang tak diduga klimaksnya

Elakkan dirimu menjadi sia-sia

hiperbola

Contoh :

hidup menentang senja dan malam

aku berlatih menangkis angin

aku berlatih memunggah awan

personifikasi

Contoh :

ombak gelora menampar pantai aman

oleh kata yang mengekang

oleh kata yang menyerang

bagai siang memanggil malam

repitisi

Contoh :

menghayati skrip demi skrip

peristiwa datang peristiwa pergi

anafora

Contoh :

akuberlatih menangkis angin

akuberlatih memunggah awan

responsi

Contoh :

aku berlatih menangkis angin

aku berlatih memunggah awan

simile

Contoh :

bagaisiang memanggil malam

metafora

Contoh :

Dalam kebun diriku

aku tanam saujana rancangan

untuk memerdekakan warga susahku

Dalam parlimen diriku

untuk ku merdekakan warga fikirku

Dalam laut diriku

Dalam gergasi diriku

Dalam pentas diriku

Dalam dewan diriku

ke rumah cabaranku

Kini, kapal diriku telah berlabuh

di pangkalan usia

kata ganda

Contoh :

Elakkan dirimu menjadi sia-sia