NUR SYAMIMI BINTI MOHAMED SAID (295565) - REFLEKSI BAB by NUR SYAMIMI BINTI MOHAMED SAID (295565)

REFLEKSI BAB 1
Bab pertama ini menunjukkan bagaimana data telah menjadi aset penting sejak zaman dahulu hingga kini. Dari token tanah liat (counters) pada 8500 SM hingga teknologi moden seperti 'magnetic tape' dan 'compact disk CD', evolusi ini membuktikan betapa pentingnya data dalam kehidupan dan perniagaan.

Salah satu perkara menarik ialah bagaimana data boleh memberi kelebihan daya saing. Contohnya, FedEx memperkenalkan sistem 'package tracking' dalam talian yang meningkatkan kecekapan dan kepuasan pelanggan. Ini membuktikan data bukan sekadar maklumat, tetapi juga strategi penting dalam perniagaan.

Namun, terdapat banyak cabaran dalam mengurus data seperti isu keselamatan, privasi, dan pemulihan data. Kehilangan atau kebocoran data boleh memberi impak besar, menjadikan sistem pengurusan pangkalan data (DBMS) sebagai alat penting untuk memastikan data diurus dengan selamat dan berkesan.

Secara keseluruhan, bab ini menekankan kepentingan data dalam pelbagai sektor. Sebagai pelajar, saya sedar bahawa kemahiran mengurus dan menganalisis data sangat bernilai dalam dunia yang semakin bergantung kepada teknologi.

REFLEKSI BAB 2
Bab kedua ini mempunyai beberapa konsep yang memerlukan kefahaman berdasarkan dunia realiti.

entiti (benda yang ada dalam sistem)

-product

-customer

-order

hubungan antara entiti

-seorang pelanggan boleh membuat banyak order

-setiap order boleh ada banyak produk

-setiap produk boleh dibeli lebih dari satu order

4 fundamental operations performed on stored data

-Retrieve or Read

-Insert

-Delete

-Update

Data Retrieval Method

-Sequential access (lambat perlu key in satu satu)

contoh, pita magnetik. kenapa orang suka guna pita magnetik? sebab dia tahan lama, murah, selamat dan cekap tenaga

-Direct Access (bersifat terus)

contoh, hard disk dan SSD

The Database Concept

-data as a manageable resource

-data integration (issue, tidak konsisten) and data redundancy (issue, ulang data sama)

-multiple relationship

-data control issues

-data independence

Anomalies (atasi masalah)

-Deletion Anomaly : nak delete data tertentu tapi terdelete semua

-Insertion Anomaly : tak boleh tambah data baru sebab ada sesuatu yang tak habis, contohnya tak boleh add nama lecturer dalam file kursus sebab kelas tersebut tiada pelajar yang daftar

-update anomaly : data tidak konsisten, data salah

Major DBMS Approaches

hierarchical (bank)

network

relational

object-oriented (syarikat game)

ini merupakan bahagian-bahagian data

REFLEKSI DIRI - SESI BERSAMA FASTENAL
Pada hari tersebut, saya berpeluang menyertai satu sesi yang sangat bermanfaat bersama wakil daripada syarikat Fastenal. Sesi ini telah membuka mata saya tentang dunia sebenar industri, terutamanya dalam bidang pengurusan data dan penggunaan teknologi seperti Microsoft Excel dalam operasi syarikat. Saya tidak menyangka bahawa satu fungsi seperti Pivot Table boleh memberi impak besar dalam analisis data syarikat.

Apa yang menarik perhatian saya ialah apabila seorang bekas pelajar iaitu saudara Amirul Ashraf yang kini sedang menjalani latihan industri di Fastenal tampil memberi tunjuk ajar. Beliau bukan sahaja berkongsi ilmu, malah turut menggunakan data sebenar daripada syarikat untuk menunjukkan cara Pivot Table digunakan dalam situasi sebenar. Ini memberikan saya gambaran yang lebih jelas bagaimana teori yang dipelajari dalam kelas boleh diaplikasikan dalam dunia pekerjaan.

Saya juga belajar tentang latar belakang Fastenal sebagai syarikat pengedar pengikat dan barangan industri yang besar di peringkat antarabangsa. Ini memberi saya motivasi untuk terus menimba ilmu dan kemahiran agar dapat bersaing di pasaran kerja kelak.

Melalui sesi ini, saya sedar bahawa kemahiran teknikal seperti penggunaan Excel amat penting dan tidak boleh dipandang ringan. Saya bercadang untuk terus memperbaiki kemahiran ini dan lebih bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan nanti.