PELAPORAN DATA PENTAKSIRAN by Nur Aliah binti Osman

Senarai semak
Soalan senarai semak adalah berdasarkan kriteria-kriteria pembelajaran seperti Standard Pembelajaran. Kaedah ini banyak digunakan di dalam ujian rujukan kriteria (URK ) seperti ujian diagnosis, kemahiran membaca, dan yang meliputi domain kognitif, psikomotor serta afektif. Hal ini memudahkan guru mentafsir penguasaan pelajar secara terperinci dan boleh merancang dan melaksanakan program yang bersesuaian mengikut tahap penguasaan pelajar.

Pertemuan ibu bapa - guru:
Majlis atau program pertemuan dengan ibu bapa biasanya diaturkan oleh pihak sekolah, di mana satu hari ditetapkan dengan lain-lain program berkaitan termasuklah laporan disiplin. Laporan pentaksiran ini banyak memberi ruang kepada ibu bapa untuk berbincang dengan guru tentang masalah yang dihadapi dan pencapaian anak mereka. Kerjasama guru dan ibu bapa banyak

memberi impak positif dalam perkembangan pembelajaran pelajar.

Peratus
Peratus memberi gambaran pencapaian pelajar dalam bentuk nombor, iaitu per seratus bagi setiap jawapan betul yang diperolehi. Umumnya, ini menunjukkan berapa peratus seseorang itu dapat menguasai kandungan pengajaran tertentu. Nilai yang besar menunjukkan pencapaian yang tinggi. Kaedah sebegini lebih mudah ditafsirkan kerana nilainya masih dalam bentuk nombor. Kebanyakkan guru menggunakan keadah ini sewaktu proses pentaksiran pembelajaran terhadap pelajar seperti dalam ujian semester dan tugasan projek.

Abjad
Abjad menjelaskan kategori pencapaian pelajar berdasarkan kadar peratus pencapaian yang dikuasai oleh calon. Sebagai contoh, markah 90%-100% akan diberi gred "A" dan seterusnya. Biasanya terdapat lima kategori yang menjelaskan maksudnya, A, cemerlang, B baik, C, sederhana, D rendah dan F untuk gred gagal. Kebanyakkan institusi pendidikan menggunakan sistem gred ini dalam penilaian sumatif seperti ujian akhir tahun dan peperiksaan UPSR, dan SPM. Kesimpulannya, markah asal yang diperolehi calon telah ditukarkan kepada gred abjad.

Lulus-Gagal
Kaedah ini membahagikan pencapaian pelajar kepada dua kategori sebagai alat ukuran pentaksiran. Kategori tersebut ialah sama ada lulus atau gagal, memuaskan atau tidak memuaskan, menguasai atau tidak mengusai dan sebagainya. Skor mentah atau nilai pencapaian pelajar ditetapkan oleh guru sebagai penentu pencapaian yang harus dikuasai oleh pelajar. Sebagai contoh, markah lulus ditetapkan melepasi 50% dan keatas, jika dibawah 49% dianggap gagal. Terdapat juga keadah pelaporan gred A, B, C, dan D diubah kepada gred lulus, dan gagal dikelompokkan dalam gred F. Kaedah ini biasanya digunakan untuk menilai tahap penguasaan pelajar yang melibatkan kemahiran seperti ujian kecergasan, kemahiran membaca, amali dan
ujikaji.