PULAU DI TERENGGANU TIDAK MENARIK by PAI40622 Maryam Solehah Binti Ahmad Tarmizi

ISU 1
Tiga ekor bangkai penyu agar ditemukan di pantai berasingan di tiga daerah dalam tempoh kurang 30 jam bermula semalam. Bangkai penyu agar itu ditemui di Pantai Batu Burok di sini, Pantai Seberang Takir, Kuala Nerus hari ini dan Pantai Pulau Kerengga, Marang

Kematian dua penyu di Pantai Batu Burok dan Pantai Seberang Takir dipercayai akibat lemas disebabkan terperangkap di dalam pukat tunda. Manakala anak penyu yang mati di Pantai Pulau Kerengga semalam pula dipercayai akibat termakan plastik.

Menurut Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat, sebanyak 51 ekor penyu yang kebanyakan merupakan spesies agar ditemui mati terdampar di pantai Terengganu sepanjang tahun lalu. Beliau juga menegaskan pengusaha bot pukat tunda diwajibkan untuk memasang peranti penyisih penyu pada peralatan mereka.

ISU 2
Masalah sampah tidak diurus dengan berkesan oleh pihak berkuasa tempatan sehingga ia menjejaskan keindahan pulau itu. Salah seorang pelancong meminta pihak berkuasa tempatan lebih peka mengenai perkara itu kerana Pulau Redang antara destinasi pelancongan menarik di dunia.

Disebabkan penularan covid-19, pihak kerajaan acuh tak acuh berkaitan soal kebersihan kerana kurangnya kehadiran pelancong asing

Namun begitu, pelancong tempatan masih mengunjungi pulau peranginan ini setiap hujung minggu. Oleh itu, tidakkah mereka juga sebenarnya penting dan apa pula tanggapan mereka mengenai keindahan Pulau Redang bila mereka pulang?

Tambahan pula, sikap pelancong-pelancong yang lepas yang suka membuang sampah merata-rata walaupun ada tong sampah yang disediakan.

Disini dapat kita lihat, setiap orang mestilah menjalankan tanggungjawab dan amanah masing-masing agar dapat hidup dengan lebih aman dan harmoni bersama.

ISU 3
Pengunjung yang bercuti ke pulau masih kurang kesedaran untuk melindungi dan menjaga habitat semulajadi semata-mata untuk kepuasan diri sendiri. Para pengunjung yang bercuti di pulau-pulau sekitar negara terutama di negeri Terengganu diingatkan untuk tidak menyentuh, mengganggu, menangkap atau melakukan apa sahaja aktiviti, yang boleh mengancam spesis ikan badut (clown fish) atau ikan Nemo.

Kenapa anda tak boleh tangkap Nemo?
Menurut Dr Liew Hon Jung Pensyarah Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT),
perbuatan tersebut dikhuatiri mengancam nyawa spesis tersebut dan boleh menjadi faktor kekurangan ikan Nemo, di perairan semula jadi.

• Di lautan semula jadi, ikan Nemo hidup secara simbiosis yang saling memberi manfaat bersama perumahnya iaitu 'sea anemone', yang mana ia mempunyai sel 'nematocysts' yang berupaya menyengat dan melumpuhkan pemangsa ikan Nemo. Ini memberi perlindungan kepada ikan Nemo secara langsung dan dijamin ia tidak akan diserang oleh pemangsa.

• Ikan Nemo yang terdapat di perairan Terengganu juga hanya menjalankan aktiviti hariannya seperti mencari makan atau mengawan di sekitar 'sea anemone' sahaja dan tidak berenang jauh daripada perumahnya itu.

• Sekiranya ia diganggu atau dipindahkan ke tempat lain, ini akan menyebabkan ikan tersebut kehilangan arah untuk berpatah balik ke perumah asalnya. Jadi ikan Nemo terpaksa mencari tempat perlindungan baharu di kawasan terumbu karang terbuka dan berisiko tinggi untuk diserang pemangsa

• Meskipun sekiranya ikan tersebut berjaya mendapatkan 'sea anemone' ang baharu, namun ia berisiko untuk dihalau atau akan mati memandangkan 'sea anemone' tersebut telah didiami oleh keluarga ikan Nemo yang lain