Suara Pelajar by BMA-0619 Nurain Wahidah Binti Jamaluddin

Nurain Wahidah Binti Jamaluddin
Pada pandangan saya, setelah menghasilkan inovasi untuk pdp Pendidikan Jasmani bagi kursus PJMS3063 ini, banyak manfaat yang boleh diperolehi iaitu dapat memberi pendedahan dan idea baharu kepada guru-guru diluar sana untuk membantu mereka dalam sesi pdp. Kursus ini juga sememangnya memberikan kami banyak maklumat baharu dan sangat penting terutama untuk kami gunakan di sekolah nanti. Saya berharap agar ilmu dan pengetahuan yang diperoleh daripada kursus ini dapat disebarkan dan digunakan dengan baik sama ada oleh guru-guru dan murid-murid.

Muhammad Hanis Bin Rusman
Pada pandangan saya, penghasilan inovasi yang dibuat berdasarkan kursus PJMS3063 sangat membantu dalam pemerolehan dan pencapaian objektif dalam proses PdP. Hal ini kerana inovasi yang dihasilkan mempunyai ciri dan keupayaan yang membantu murid-murid menggunakan dengan semaksimum mungkin dalam pembelajaran mereka. Kursus ini juga mengajarkan saya kepelbagaian kaedah yang boleh diterapkan guru dengan menggunakan alat-alat inovasi sebagai pemudahcara. Saya berharap pemerolehan ilmu seperti akan terus dilaksanakan bagi membentuk kreativiti guru mahupun dalam kalangan murid.

Muhammad Amir Mirza Binti Md Yazid
Keberkesanan pengajaran oleh guru kepada murid berkait rapat dengan strategi dan
perancangan pengajaran guru itu sendiri. Dalam konteks ini ianya selaras dengan penggunaan
alat inovasi “Papan Jasmani”, sebagai bahan bantu belajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Pendidikan Jasmani. Apabila guru
menggunakan alat inovasi bahan bantu belajar, murid mampu menggunakan kecerdasan visual mereka, dalam mengingat isi pengajaran yang disampaikan oleh guru mereka. Jadi, murid dapat melibatkan diri dengan aktif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung serta sekaligus dapat meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus mereka. “Papan Jasmani” ini mampu memberi kesan yang positif dalam memberi kefahaman kepada murid terhadap apa yang mereka pelajari dan membantu guru dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan. Bukan itu sahaja, konsep rekaan Papan Jasmani ini juga menekankan aspek kepraktikalan dan malar hijau, iaitu dapat diubahsuai bersesuaian dengan tajuk dan subjek yang berbeza selain dari Pendidikan Jasmani. Harapan kami, semoga seluruh warga pendidik dapat memanfaatkan penggunaan alat inovasi Papan Jasmani ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Aini Syazwani Binti Sakip
Berdasarkan alat inovasi yang dihasilkan, saya berpendapat bahawa inovasi merupakan satu perkara yang penting dalam pengajaran kerana ianya bukan sahaja mampu meningkatkan minat murid bahkan meningkatkan kefahaman murid terhadap sesuatu topik pembelajaran. Tambahan pula, guru dapat menggunakan pelbagai teknik dan aktiviti dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan alat inovasi yang dihasilkan. Alat inovasi yang dihasilkan juga mampu memberi sedikit pendedahan dan memupuk sikap kreativiti murid-murid dalam menghasilkan alat inovasi. Akhir kata, alat inovasi yang dihasilkan sememangnya memberi banyak manfaat kepada guru dan juga murid.

Nur Aisyah Aqillah Binti Shahrudin
Alat inovasi yang dicipta merupakan bahan bantu mengajar (BBM) untuk membantu guru-guru Pendidikan Jasmani dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik dan berkesan. Secara kesimpulannya, alat inovasi yang telah dirancang dan dicipta ini bukan sahaja dapat memudahkan guru malah alat ini juga mampu membantu murid untuk dalam mencapai objektif pembelajaran dengan cara yang menyeronokkan.  Maka terbuktilah bahawa penggunaan alat inovasi yang baik dapat memberikan berkesan kepada guru dan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Muhammad Asyraf Bin Nazri
Pada pandangan saya, setelah menghasilkan alat inovasi LiGoBo melalui kursus PJMS3063, banyak manfaat yang telah saya peroleh iaitu saya dapat dilatih untuk berfikir secara kritis dan kreatif untuk membina satu alat yang dapat membantu menjadikan sesi PdP lebih seronok dan berkesan. Saya juga dapat berkongsi idea baharu kepada guru-guru di luar sana untuk membantu mereka dalam sesi pdp. Kursus ini juga sememangnya memberikan banyak maklumat baharu yang boleh saya gunakan semasa di sekolah nanti. Akhir kata, saya berharap agar ilmu dan pengetahuan yang diperoleh daripada kursus ini dapat saya gunakan dengan sebaiknya untuk meningkatkan mutu mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

Muhammad Alif Irfan Bin Abd Latiff
Pada pendapat saya, penghasilan inovasi untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi kursus PJMS3063 ini telah banyak memberi manfaat dan faedah.  Pertama, dapat memberi pendedahan dan idea baharu kepada guru-guru diluar sana untuk membantu mereka dalam sesi pdp. Kedua, dapat membuat perancangan untuk menjalankan sesi PdP dengan lebih menarik dan berkesan.  Walaupun sedemikian, alat inovasi yang dihasilkan ini juga akan dapat membantu murid untuk memahami perkara diajar dengan lebih mendalam.  Secara tidak langsung, objektif pembelajaran juga akan dapat dicapai dengan sangat menarik dan berkesan. Saya berharap agar ilmu dan pengetahuan yang diperoleh daripada kursus ini dapat disebarkan dan digunakan dengan baik sama ada oleh guru-guru dan murid-murid.

Ezzati Sofea Binti Jamal Abd Nasir
Berdasarkan alat inovasi yang telah dihasilkan iaitu "Buzzer Goal" untuk kursus PJMS3063, terdapat pelbagai manfaat dan kelebihan semasa menghasilkan alat inovasi tersebut. Antaranya ialah alat inovasi tersebut dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Pdp) guru dan murid-murid. Hal ini demikian, guru-guru dapat menggunakan alat inovasi tersebut untuk mengajar pelbagai kemahiran dalam Pendidikan Jasmani kepada murid-murid. Selain itu, semasa menghasilkan alat inovasi tersebut, saya dapat mencurahkan idea-idea dan mendengar idea-idea daripada ahli kumpulan saya. Melalui idea dan perbincangan tersebut, kami dapat menghasilkan alat inovasi yang kreatif dan  inovatif. Kesimpulannya, saya berharap agar alat inovasi yang telah dibina mampu memudahkan urusan guru dan murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Ain Syazwina Binti Abd Rahim
Menerusi penghasilan “Papan Jasmani”, terdapat pelbagai perkara yang dapat saya pelajari sepanjang proses penghasilan alat inovasi tersebut. Antaranya ialah, sebagai seorang bakal guru, kita haruslah sentiasa berfikiran kreatif dalam menarik minat murid untuk memahami isi pengajaran yang ingin disampaikan. Kesannya, murid akan kekal fokus di dalam kelas dan guru juga berjaya menyampaikan pengajaran yang sudah dirancang. Hal ini demikian kerana, “Papan Jasmani” ini sangat menggalakkan penglibatan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Oleh itu, penghasilan alat inovasi sangat bagus untuk diimplimentasikan kepada pengajaran dan pembelajaran bersama guru, agar para murid akan sentiasa bersemangat untuk belajar di dalam kelas serta sekaligus berjaya mengembangkan pelbagai kemahiran kendiri mereka.

Nurul Amira Binti Rosman
Pada pendapat saya, penghasilan alat inovasi yang bernama ‘LiGoBo’ ini sangat bermakna serta relevan untuk digunakan oleh setiap guru bagi meningkatkan pencapaian kefahaman dan kemahiran murid dalam pelbagai kemahiran. Hal ini dikatakan sedemikian kerana alat inovasi yang dihasilkan ini adalah hasil daripada penelitian yang telah dilakukan tentang kemahiran-kemahiran yang perlu diajar dalam subjek Pendidikan Jasmani. Oleh itu, penghasilan ‘LiGoBo’ ini mempunyai pelbagai fungsi dan peranan bukan sahaja daripada keberkesanan dalam melatih dan meningkatkan kemahiran pelajar malah ia dapat menggalakkan penglibatan aktif murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Kesannya, objektif pembelajaran dapat dicapai secara keseluruhan oleh murid-muridnya disamping melatih mereka untuk lebih aktif dan bersemangat dalam pengajaran yang berlaku. Selain itu, dengan penggunaan alat inovasi ‘LiGoBo’ juga dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk meneruskan pembelajarannya kerana inovasi ini juga dapat memupuk domain afektif yang diperlukan dalam Pendidikan Jasmani iaitu dari segi mewujudkan perasaan yang gembira dan seronok kepada setiap muridnya. Justeru itu, jelaslah bahawa penggunaan alat inovasi ‘LiGoBo’ ini adalah sesuai dan relevan untuk diaplikasikan supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dan berkesan kepada setiap murid.

Rozairi Hakim Bin Rosli
erdasarkan pemerhatian saya terhadap bahan inovasi yang dihasilkan, murid akan lebih mudah menerima inti pembelajaran yang cuba disampaikan oleh guru.  Bahan inovasi yang dihasilkan berdasarkan kursus PJMS 3063 ini juga banyak membantu guru dalam memudahkan penyampaian pengajaran dengan adanya bahan maujud sebagai medium bagi murid menunjukkan keupayaan dan pemahaman mereka terhadap teknik yang dipelajari.  Oleh itu, saya berharap agar pengaplikasian kaedah pemerolehan ilmu ini dapat diteruskan bagi melahirkan guru yang lebih kreatif dan inovatif.

Nurfatihah Binti Ramodzan
Berdasarkan penghasilan alat inovasi melalui kursus PJMS3063, saya berpendapat bahawa alat inovasi dapat memberikan banyak faedah kepada guru khususnya yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani.  Pertama sekali, alat inovasi dapat membantu guru untuk menjalankan sesi PdP dengan lebih mudah dan menarik kerana segala contoh aktiviti fizikal boleh ditunjukkan secara konkrit kepada murid-murid.  Secara tidak langsung, ia dapat memberi keseronokan serta pemahaman yang lebih terperinci kepada murid terhadap isi pelajaran.  Dalam pada itu, penghasilan alat inovasi ini telah membuka minda saya untuk sentiasa berfikiran kreatif dan kritis dalam memberikan wajah baru terhadap alat permainan.  Di samping itu, saya juga dapat mengumpul maklumat yang baharu dan bertukar pendapat dengan ahli-ahli daripada kumpulan lain.  Saya mengharapkan agar setiap guru dapat menitikberatkan tentang alat inovasi supaya ia dapat meningkatkan mutu PdP Pendidikan Jasmani.

Nur Farisha Ayuni Binti Khairulnizam
Penghasilan alat inovasi bagi kursus PJMS3063 ini amat membantu guru dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah ketika di luar bilik darjah.  Alat inovasi ini membantu guru membimbing murid-murid bagi meningkatkan pemahaman terhadap sesuatu bab atau topik.  Malah alat inovasi ini juga dapat digunakan oleh murid untuk belajar secara praktikal tentang suatu aktiviti tersebut. Secara khususnya bagi mata pelajaran pendidikan jasmani, alat inovasi boleh digunakan oleh murid sebagai aktiviti latihan atau permainan kecil bagi menguasai suatu kemahiran tertentu sebelum melakukan kemahiran tersebut dalam permainan atau sukan yang sebenar. Murid dapat mempelajari dengan khusus dan mendalam tentang teknik melakukan suatu kemahiran semasa menggunakan alat inovasi ini. Kesimpulannya, alat inovasi sangat digalakkan untuk digunakan oleh para guru untuk memberi pendedahan kepada murid bagi sesuatu kemahiran dengan lebih mendalam dan menarik.