GROUP 6 (AK20503 PENULISAN RENCANA) by Masleha Saud

Raut mukanya agak bujur, alis keningnya yang lebat, warna kulit yang hitam manis dan senyumannya yang manis seperti gula. Lahir pada 29 Januari 2000 di sebuah kepulauan iaitu di Pulau Sebatik Tawau. Nama sebenarnya adalah Jasman Jais atau lebih senang dipanggil dengan panggilan Jas atau Man. Memiliki hobi yang sama dari kecil hinggalah besar, Jasman suka akan aktiviti-aktiviti lasak seperti bermain bola sepak dan mendaki bukit.

Selain itu, dia akan melukis pada waktu petang untuk mengisi masa lapangnya. Seperti orang lain, Jasman juga memiliki warna kegemarannya sendiri iaitu warna biru dan hitam. Setiap kali hujung minggu, dia akan mencari sebuah tempat makan untuk menjamah makanan kegemarannya nasi goreng lalap dengan air milo sejuk yang menjadi pilihannya.

Pencinta bola sepak, pernah menyertai pertandingan mewakili daerah untuk bertanding bola sepak ketika di usia belasan tahun. Setelah mendapat keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia pada tahun 2017, Jasman mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya ke Kolej Tingkatan Enam Tawau.

Akhirnya kini, anak bongsu daripada empat beradik ini, berjaya menjadi seorang pelajar mahasiswa yang menuntut di menara gading Universiti Malaysia Sabah.

Mempunyai warna wajah sekuning langsat dan mempunyai kemanisan semanis madu apabila tersenyum . Itulah dia seorang gadis asal Kota Belud, Sabah yang tinggal di kawasan kampung Lengtigi. Masleha saud ataupun lebih dikenali sebagai masleha berbangsa bajau+dusun ini lahir di Hospital Kota Belud, Sabah pada tanggal 18 November pada tahun 2000. Dia kini sudah berumur 21 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti dalam bidang Komunikasi. Untuk tatapan awal perkenalan seperti malu- malu kucing tapi kebenarannya dia merupakan seorang yang suka bergaul dan mempunyai  kemahiran yang sangat dalam berkomunikasi. Mungkin ini yang dikatakan, jangan menilai hanya daripada pandangan luaran sahaja. Masleha memiliki hobi bermain permainan dalam talian seperti Mobile Legend sejak dahulu kerana menganggap bahawa permainan tersebut dapat dijadikan sebagai tempat untuk mencari ketenangan setelah selesai belajar.

Mempunyai minat warna tersendiri iaitu merah jampu yang seperti mengambarkan tentang keindahan dirinya. Dia juga seperti gadis lain yang mempunyai perkara yang dia minat seperti mempunyai makanan serta minuman kegemaran iaitu tomyam dan air bandung. Selain itu, disebalik sikap pendiamnya sepanjang pembelajaran dalam talian,  dia menyimpan potensi yang besar dalam dirinya kerana cenderung untuk terlibat secara fizikal dalam pelbagai aktiviti serta pertandingan seperti  pernah mengikut pertandingan pidato peringkat daerah semasa sekolah menengah dan mendapat anugerah pelajar dekan STPM SMK Pekan Kota Belud pada tahun 2019. Dan akhirnya, untuk meningkatkan motivasi serta pengelibatanya dalam kokum, dia mungkin akan memohon untuk menetap masuk ke Universiti bagi mendapatkan pengalaman sebagai seorang pelajar di UMS.