COCU 2: OFFICE FINANCE HANDLING by

PENGENALAN BAUCAR
Merupakan sesuatu transaksi pembayaran dibuat kepada pihak yang berkenaan dan Pengarah atau pegawai yang telah diberi kuasa dan tanggungjawab.

Ianya juga merupakan dokumen pengesahan perbelanjaan yang telah dibuat dengan kaedah bayaran secara Tunai (petty cash), Cek, Draf Bank dan Electronic Fund Transfer (EFT).

Baucar yang dikeluarkan akan mengandungi seperti jumlah pembayaran, tujuan pembayaran, barangan yang dibeli, dan maklumat lain.

Berfungsi sebagai sumber bukti utama semasa audit.

Membenarkan pembayaran tunai syarikat kepada bekalan, barangan serta perkhidmatan.

Untuk mengurangkan risiko salah laku pekerja dan menghalangnya daripada berpakat untuk mencuri aset syarikat.

JENIS-JENIS PEMBAYARAN
Baucar merupakan borang yang merangkumi semua dokume sokongannya yang menunjukkan apa-apa pembayaran kepada bekalan, barangan/produk, perkhidmatan dan kerja yang belum dibayar.

Terdapat tiga (3) jenis-jenis baucar yang diperlukan oleh setiap organisasi iaitu:

1) Baucar Resit

Resit bertulis secara manual untuk perkhidmatan atau barang dijual.

Mengganti resit yang boleh dicetak.

Resit khas seperti teksi, bahan binaan, penyewaan peralatan dan perkhidmatan buruh.

2 (dua) jenis baucar resit :

i. Baucar penerimaan tunai - baucar menunjukkan penerimaan wang tunai.

ii. Baucar penerimaan bank - Baucar menunjukkan penerimaan cek atau draf permintaan.

2) Baucar Bayaran Tunai

Baucar Bayaran Tunai dikenali sebagai baucar kecil.

Untuk tujuan runcit dan bayar-bayaran kecil sahaja seperti bayaran postage, perbelanjaan pejabat, pembelian alat tulis pejabat ataupun tuntutan kakitangan.

Baucar kecil disediakan dua salinan bagi setiap bayaran yang dibuat. Satu baucar disokong dengan beberapa resit / dokumen sokongan asal dengan syarat, pembayaran dibuat hanya kepada seseorang pegawai yang menuntut tunai runcit.

3) Baucar Jurnal

Merupakan satu dokumen kewangan atau sebagai dokumen perbelanjaan bagi tujuan membuat pembetulan atau pelarasan akaun.

Ia juga boleh digunakan untuk membetulkan kod perakauanan, melaraskan bayaran antara jabatan dengan jabatan dan memindahkan sesuatu amaun perbelanjaan.

Ia tidak boleh digunakan untuk membuat pindahan peruntukan organisasi atau jabatan.

Tidak boleh digunakan untuk mengubah atau membetulkan kesilapan amaun (terkurang/terlebih) dalam urus niaga yang terdahulu.

DOKUMENTASI BAUCAR PEMBAYARAN
Baucar Pembayaran (Payment Voucehr/PV) merupakan dokumen arahan pembayaran bagi setiap transaksi duit keluar yang berlaku dalam syarikat atau jabatan.

Digalakkan untuk penyediaan baucar bayaran dengan kaedah penyediaan baucar secara manual atau automatik.

Terdapat tiga (3) dokumentasi baucar pembayaran iaitu:

1)  Baucar Resit

Baucar resit adalah buku borang baucar kosong dan biasanya terdapat di bekalan pejabat dan menyertakan salinan sebagai log audot untuk organisasi.

Baucar ini adalah sebagai bukti pembayaran dan penghantaran barang.

Adalah penting untuk memastikan semua maklumat yang diperluka telah dilengkapkan, jika tidak penerimaanya tidak sah.

Butiran Baucar Resit iaitu :

Jabatan

Nombor Baucar

Diterima daripada

Butiran

Kod Akaun

Amaun

Jumlah Keseluruhan

Tunai / Nombor Cek

Diterima Oleh

Diterima Daripada

Tarikh Diterima

2) Baucar Bayaran Tunai

Baucar Bayaran Tunai atau Baucar Tunai Runcit adalah pembayaran wang Tunai Runcit (petty cash) melalui satu baucar yang boleh dipertangguhkan kepada beberapa kod perbelanjaan.

Kod perbelanjaan dan amaun yang hendak dipertangguhkan hendaklah dicatatkan di baucar kecil.

Butiran Baucar Bayaran Tunai iaitu:

Nombor baucar

Tarikh baucar disediakan

Penama yang telah dibayar dengan tunai runcit.

Jenis perbelanjaan

Jumlah amaun yang dikeluarkan

Disediakan oleh siapa

Disahkan oleh siapa

3) Baucar Jurnal

Digunakan untuk membuat bayaran atau pindaan kepada suatu kod akaun/program dan pemindahan kepada sesuatu kod akaun/program yang tidak melibatkan urusniaga tunai.

Pegawai yang bertanggungjawab perlu memastikan sumber jika ada kesilapan dan perlu disokong dengan salinan dokumen.

Boleh dijadikan sebagai dokumen yang hanya boleh dilakukan antara dua jabatan di bawah satu pejabat perakaunan. Ia juga akan ditandatangani oleh dua pegawai yang diberi kuasa ke atas pembayaran yang kurang dari RM 20, 000.00.

Butiran Baucar Jurnal iaitu:

Jenis Urusniaga

Kod Pejabat Perakaunan

Nombor Dokumen

Tarikh Dokumen

Nama Jabatan

Nama Pusat Tanggungjawab

Program / Aktiviti

Amaun Debit (DT)

Amaun Kredit (KT)

Jumlah

Perihal

Disediakan Oleh

Diperiksa Oleh

Tandatangan

Nama

Jawatan.

PROSES BAUCAR BAYARAN
Pemprosesan baucar bayaran tertakluk kepad piawaian yang telah ditetapkan oleh syarikat atau jabatan samada dalam sektor swasta atau kerajaan.

Unit Kewangan perlu memastikan maklumat atau butiran bagi baucar bayaran lengkap dan tidak melakukan kesalahan dari segi ejaan, amaun, tarikh dan nombor rujukan yang dikehendaki.

Cara manual dan elektronik bermaksud proses pembayaran akan dikendalikan oleh pegawai yang bertanggungjawab dengan memasukkan (Key-in) maklumat bayaran dengan menggunakan aplikasi perisian Database (secara online) yang telah disediakan oleh syarikat atau jabatan.

Terdapat lima (5) langkah-langkah semasa memproses baucar bayaran iaitu:

1) Daftar Baucar Bayaran

Maklumat yang perlu diisikan adalah kod pejabat perakaunan, tarikh dokumen diterima, nombor baucar, kod jabatan, kod penerima, amaun dan perihal.

pastikan semasa memasukkan kod-kod yang diperlukan wujud dan maklumat perihal baucar bayaran hendaklah tepat seperti yang diperlukan oleh penerimaan bayaran.

2) Kemas Kini Baucar Bayaran

Mengemaskini maklumat terperincu baucar bayaran berdasarkan maklumat invois, maklumat penerimaan bayaran dan jenis bayaran.

3) Semak Baucar Bayaran

Proses ini hanya dilakukan bagi baucar bayaran RM20,000.00 ke atas sahaja.

Penyemak perlu melihat maklumat tersebut di atas semasa penerimaan baucar.

4) Pembayaran

Maklumat di dalam baucar adalah lengkap dan betul bagi pembayaran terhadap bekalan atau perkhidmatan serta kerja yang telah diterima dan disahkan. Harga yang dikenakan adalah samada mengikut kontrak atau skala yang diluluskan dan mengikut kadar tempatan semasa.

Kelulusan atau kebenaran telah didapati sebagaimana yang dinyatakan pada baucar dan penerima yang dinamakan dalam baucar tersebut adalah pihak yang berhak menerima bayaran.

5) Pejabat Perakaunan

Pegawai yang bertanggungjawab berperanan untuk membuat semakan ke atas pembayaran.

Pegawai tersebut hendaklah membuat semakan bagi memastikan maklumat di dalam baucar bayaran adalah lengkap dan pastikan dana mencukupi untuk membuat bayaran.