LOGBOOK by lovesyu

April (1 week)
Pada minggu pertama, saya ditugaskan untuk bekerja di area KL. Terdapa dua tempat yang telah dibuka bagi mengadakan acara sempena meraikan bulan ramadhan iaitu di Jalan Tar dan  Danau Kota. Syarikat tersebut telah membuka tapak di dua tempat tersebut untuk membuat operasi jualan selama sebulan.
Pada minggu pertama iaitu bermula 3 hingga 7 haribulan saya ditugaskan untuk belajar cara berkomunikasi dengan pelanggan dan memecahkan tembok rasa malu juga ncuba beranikan diri untuk berhadapan dengan orang asing.
Pada awalnya ia satu perkara yang sukar untuk bersuara namun atas galakkan dan sokongan ahli yang lain, saya berjaya membuat satu langkah dan meneruskan langkah tersebut.
Walaupunbegitu, saya hanya perlu fokus pada satu produk sahaja iaitu Mr. Peyz, rempeyak yang disalut dengan perasa telur masin dan cheese namun  tugas pertama  yang diberikan hanya perlu memberi pelanggan rasa produk kami, namun saya berjaya mendapat jualan pada awal minggu pertama sebanyak RM868 selama lima hari.

April (2 week)
Pada minggu yang kedua, saya ditugaskan berpinadh ke Danau selama 3 hari untuk membuat jualan disana. Minggu kedua adalah fasa baru untuk saya bermula membuat jualan produk lain yang lebih mahal seperti Kapitella.
Kapitella merupakan produk yang baru dikeluarkan oleh syarikat. Produk ini merupakan kuih kapit yanng digulung dan dijadikan seperti gaya pepero. Mempunyai 4 jenis perasa yang berbeza iaitu coklat, strawberi, pandan dan coklat putih disalut kelapa.
Harga baru satu tin tersebut adalah RM40 yang merangkumi 30 lebih batang. Namun untuk meraih jualan yang tinggi, pelanggan boleh mendapatkan harga dengan lebih rendah sekiranya beli secara pukal iaitu 3 tin bersamaan RM100 sahaja.
Hasil jualan yang diperolehi selama 3 hari di danau adalah sebanyak RM1505.

April (3 week)
Minggu yang keempat merupakan minggu yang pertama saya mewakili acara yang ditempatkan di Maeps. Namun begitu oleh kerana kesihatan yang tidak baik dan kehilangan suara,saya tidak dapat meneruskan bekerja dan terpaksa mengambil cuti yang lama sehingga tamat tempoh bulan puasa dan meraikan Hari Raya Aidilftri. Cuti tersebut telah diluluskan oleh majikan dan syarikat tersebut.

May (1 week)
Minggu pertama pada bulan ini, projek istimewa telah dijalankan yang bertempat di Melaka selama 5 hari iaitu pada 3 hingga 7 haribulan. Projek ini telah dijalankan pada beberapa tempat seperti di Pantai Klebang.
Projek ini tidak seperti yang dijangkakan, oleh kerana masa yang terhad dan kurang membuat tinjauan bagi tempat-tempat yang bagus untuk membuat jualan, hasil jualan yang diperolehi agak kurang memuaskan.
Namun begitu, projek yang dilakukan ini membuka mata tentang bagaimana untuk berinteraksi dengan orang melaka dengan betul. Selain itu, membentuk diri dan menjadikan hati lebih kental untuk berkomunikasi dengan rakyat melaka.
Walaupunbegitu, hasil jualan yang diperolehi selama 5 hari adalah RM2343 bersamaan RM328 gaji sepanjang projek tersebut.

April (4 week)
Minggu keempat adalah minggu yang telah ditetapkan oleh syarikat untuk bercuti sempena membuat persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri sehingga bulan awal bulan Mei.

Mei (2 week)
Minggu kedua pada bulan mei ini, projek istimewa akan dijalankan di Johor selama dua minggu iaitu 9 hingga 20 haribulan iaitu bersamaan 11 hari.
Projek yang dilakukan ini adalah untuk meluaskan pasaran di Johor  dan meneliti beberapa tempat sebagai strategi baru yang akan datang.
Beberapa tempat yang menjadi tumpuan utama iaitu, Kluang, Batu Pahat, Johor Bharu dan Muar.
Pada minggu kedua keadaan kesihatan tidak mengizinkan untuk bekerja keras, namun begitu ia bukan menjadi penghalang membuat jualan. Oleh itu, hasil jualan yang diperolehi pada minggu kedua adalah sebanyak RM1903 bersamaan RM266 gaji bagi minggu tersebut.

Mei(3 week)
Minggu yang ketiga pada minggu ini adalah minggu yang agak sukar bagi saya kerana kesihatan dan keadaan diri tidak begitu baik. Kerja yang dilakukan memerlukan tenaga yang banyak, berjumpa dengan orang, sentiasa fokus dan emosi harus dalam keadaan yang baik. Namun ia menjadi satu perkara yang tidak mudah setelah tubuh badan lemah dan kurang sihat.
Jualan tetap dilakukan tetapi terdapat beberapa hari iaitu dua hari terpaksa cuti kerana keadaan tidak mengizinkan. Cuti tersebut mendapat keizinan daripada syarikat dan diluluskan.

Mei(4 week)
Minggu keempat pada bulan ini, antara projek yang besar dilakukan iaitu di Langkawi sempena acara lima. Acara ini dilakukan selama 8 hari iaitu bermula pada 21 hingga 28 haribulan.
Hari pertama acara dilakukan, etika pemakaian pada waktu tersebut adalah bebas. Selain dari itu, fokus utama hanya pada2 jenis produk sahaja iaitu peyek and kapit kosong.
Namun begitu, hari yang seterusnya, bermula dengan penjualan bagi pelbagai produk termasuk rempeyek koren spicy.
Antara produk-produk yang dijual adalah seperti Mr.peyz, rempeyek dan kapit kosong dan rempeyek yang berperisa pedas iaitu korean spicy.
Sewaktu acara dilakukan, waktu bekerja adalah bermula pada pukul 10 pagi sehingga 10 malam. Hasil jualan yang diperolehi sewaktu acara dijalankan adalah RM5643 iaitu bersamaan RM790, gaji bagi sepanjang acara dilakukan.

Jun (1 week)
Minggu pertama bagi bulan jun ini adalah hanya  fokus pada kawasan batu pahat dan mengunjungi tempat-tempat yang luas dan ramai manusia seperti Pantai Minyak Beku, taman rekreasi dan lain-lain.
Seperti biasa, pekerjaan ini harus berkomunikasi dengan manusia, namun ia mempunyai cara dan kemahiran yang betul untuk bercakap. Selain itu, skrip untuk bercakap juga haruslah sentiasa diperbaiki bagi mencapai satu titik kepuasan kemudian ia akan berubah balik dan mendapatkan ayat yang lain dan lebih baik.
Mempelajari dan memahami tentang keinginan manusia juga boleh menjadi bonus kepada diri untuk mencuri hari pelanggan dan mencapai sasaran.

Jun (2 week)
Minggu kedua bagi bulan ini, projek istimewa dijalankan di terenggganu selama 4 hari iaitu bermula pada 9 hingga 12 haribulan. Sepanjang projek dilakukan ia mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri di negeri tersebut.
Selain itu, terdapat beberapa kawasan pahang juga menjadi  tempat untuk membuat jualan tersebut antaranya cherating dan kuantan.
Terdapat banyak pengalama yang diperolehi sewaktu berada di Terengganu dan Pahang antaranya mempelajari serba sedikit tentang budaya, penggunaan bahasa yang jarang didengari dan banyak lagi.
Hasil jualan yang diperolehi adalah sebanyak RM2847 bersamaan RM398 gaji bagi 4 hari.

Jun (3 week)
Minggu pertama bagi bulan jun ini adalah hanya  fokus pada kawasan batu pahat dan mengunjungi tempat-tempat yang luas dan ramai manusia seperti Pantai Minyak Beku, taman rekreasi dan lain-lain.
Seperti biasa, pekerjaan ini harus berkomunikasi dengan manusia, namun ia mempunyai cara dan kemahiran yang betul untuk bercakap. Selain itu, skrip untuk bercakap juga haruslah sentiasa diperbaiki bagi mencapai satu titik kepuasan kemudian ia akan berubah balik dan mendapatkan ayat yang lain dan lebih baik.
Mempelajari dan memahami tentang keinginan manusia juga boleh menjadi bonus kepada diri untuk mencuri hari pelanggan dan mencapai sasaran.

Jun (4 week)
Projek istimewa yang dijalankan pada minggu yang keempat pada bulan ini telah dilakukan di kawasan Johor Bahru. Johor bahru boleh dikatakan antara tempat yang menjaid satu tempat strategik bagi meluaskan produk syarikat tersebut. Oleh itu, pekerja bercadang untuk membuat projek ini di Jb selama 5 hari iaitu bermula 23 hingga 27 haribulan.
Pekerjaan yang dilakukan ini memerluka satu kumpulan yang saling bekerjasama dan membantu antara satu sama lain untuk mencapai sasaran yang dtetapkan. Oleh kerana, ahli kumpulan yang ramai maka berlaku sedikit kebimbangan untuk mendapatkan  hasil jualan yang ditetapkan. Walaupunbegtu, kami tetap bekerja dan bersaing dengan cara yang sihat.
Hail jualan yang diperolehi selam lima hari di JB adalah sebanyak RM4442 bersamaan RM621 gaji selama 5 hari bekerja.

Julai (1 week)
Projek istimewa pada bulan julai di minggu yang pertama ini  adalah di kawasan utara iaitu kedah dan penang. Projek ini dijalankan selama 10 hari iaitu pada 1 hingga 10 julai dan terdapat beberapa kawasan yang diterokai untuk menjalankan aktiviti jualan tersebut antaranya sungai petani, pantai merdeka, alor setar dan banyak lagi.
Aktiviti dijalankan seperti biasa dan mempunyai sasaran-sasaran yang ditempatkan sekaligus menyediakan ganjaran bagi mereka yang mencapai sasaran tersebut seperti mendapat ganjaran wang tunai sebanyak RM100.
Walaupun begitu, sasaran yang ingin dicapai bukanlah satu perkara yang mudah, ia memerlukan kemahiran berkomunikasi dengan betul. Tambahan pula, setiap negeri mempunyai kesefahaman dan cara yang tersendiri, oleh itu, sebagai penjual haruslah mengkaji dan memahami cara orang utara agar dapat menarik perhatian dan mendapatkan hasil jualan. Selama 9 hari di utara, saya telah mencapai hasil jualan sebanyak RM7535 bersamaan RM1054.30 gaji bagi 9 hari bekerja.
Hasil daripada bekerja di negeri utara, saya telah mempelajari bagaimana untuk berinteraksi dengan orang utara yang peramah dan juga suka membuat aktiviti jualan. Sedikit sebanyak ia membuka mata tentang bagaimana untuk bersaing dengan cara yang sihat dan adil.

Julai (2 week)
Minggu kedua pada bulan ini adalah satu perkara yang perlu dibanggakan atas usaha dan kejayaan bagi syarikat ini kerana berjaya membuka satu kiosk di dalam lotus. Sewa yang ditetapkan bagi satu lot kecil agak mahal maka perkara itu amat membimbangkan. Namun begitu ia bukan menjadi satu penghalang kepada syarikat ini untuk meluaskan pasaran mereka.
Pada minggu kedua berkerja di dalam lotus selama 3 hari iaitu pada 12 hingga 14 haribulan, hasil daripada membuat jualan di dalam lotus tersebut tidakla seperti yang diimpikan, namun ia tetap konsisten sebanyak RM300 sehari. Walaupunbegitu,  majikan tidak putus memberi galakan malah sentiasa memberi semangat dan teguran sekiranya prestasi kelihatan semakin menurun.
Perkara ini merupakan satu benda yang bukan mudah untuk mencapai hasil jualan yang tinggi kerana tempat dan pelanggan yang terhad.

Julai (3 week)
Minggu yang ketiga adalah minggu yang kedua bagi saya untuk menjaga kiosk di dalam lotus iaitu bermula pada 15 hingga 21 haribulan. Bagi memastikan hasil jualan bergerak secara konsisten maka terdapat banyak perkara yang perlu dijaga dan dikekalkan.
Fokus dengan sasaran adalah sangat penting kerana ia akan memperlihatkan keputusan akhir bagaimana cara kita bekerja. Walaupun ia agak mencabar, namun perkhidmatan yang diberikan terhadap pelanggan haruslah mejadi keutamaan. Seperti alunan suara, reaksi muka, cara menjawab soalan yang diberikan, tenaga dan banyak lagi.

Julai (4 week)
Minggu ke empat adalah minggu persediaan untuk mengadakan acara di Singapura iaitu pada 22 hingga 31 haribulan. Sepanjang acara berlangsung ia merupakan satu pengalaman yang sangat berharga dan sukar untuk dilupakan.
Hari pertama merupakan hari untuk beroprasi menyediakan tapak acara. Tempat tersebut merupakan antara tempat yang terkenal untuk mengadakan pelbagai majlis di Singapura bahkan terdapat ramai artis Malaysia yang mengunjungi malah membuka tapak jualan disana.
Namun, saya banyak pelajari budaya orang singapura yang sangat baik hati dan pemurah, bukan itu sahaja mereka juga sangat bersopan santun dan tidak sombong.
Meraih ganjaran selama 3 hari berturut-turut menjadi satu perkara yang dibanggakan dan total gajaran wang tunai diperoleh adalah sebanyk 90 dollar iaitu bersamaan RM300. Namun begitu, ia merupakan ganjaran bagi sasaran-sasaran yang telah ditetapkan bagi syarikat tersebut.
Jujurnya, ia merupakan satu perkara yang sangat bernilai dan tidak akan dilupakan. Bukan itu sahaja, ia mengajar untuk menjadi lebih kuat dan tidak mudah berputus asa.
hasil jualan yan diperolehi selama 4 hari adalah sebanyk RM10,148 bersamaan gaji sebanyak RM1420 selama 4 hari bekerja.

Ogos (3 days)
Bulan ogos dimana bulan terakhir bekerja iaitu selama 3 hari sahaja. Ia merupakan hari yang mendebarkan untuk menamatkan latihan amali kerana tamatla detik2 belajar dan bermulanya buka buku baru iaitu mengahadapi dunia di alam pekerjaan dan menerima satu perkara baru di dalam kehidupan.
Dunia jualan membuka mata dan minda juga menggunakan tenaga muda yang ada demi kehidupan yang lebih baik. Walaupun, bidang yang diambil tidak sehala namun ia mengajar tentang beberapa perkara untuk membuat jualan, berinteraksi dengan manusia, berurusan dengan manusia dan banyak lagi.
Sepanjang waktu membuat latihan amali, ia mebantu dari segi kewangan dan pengalaman, dari situ ia membentuk diri menjadi yang lebih baik.