Muhamad Syafiq Bin Sulaiman (266100) by Ben Sapik

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Terdapat beberapa faktor yang telah menyebabkan berkembangnya agama Islam di Nusantara, antaranya adalah melalui aktiviti perdangangan. Kegiatan perdangan ini menyebabkan penduduk dari sesebuah negara seperti negara Arab, Rusia, Turki berlayar ke Nusantara bagi memastikan barangan dagangan mereka boleh dipasarkan. Sebagai seorang muslim telah menjadi kewajiban berdakwah maka para pedagang Islam untuk menyampaikan dan mengajarkan agama dan kebudayaan Islam kepada orang lain  Situasi ini menyebabkan para pedangan telah membawa pengaruh yang besar kepada tempat yang mereka singgahi.

Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam
Undang-undang syariah ialah Undang-undang berdasarkan al-Quran dan sunah Nabi Muhammad s.a.w.

Kedatangan Islam di Tanah Melayu pada zaman dahulu dapat dilihat dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu yang membuktikan Islam telah tiba ke Terengganu pada 1303 sebelum Masihi.

Batu Bersurat Terengganu bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah dan menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang dan dijalankan bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri.

Contohnya, mengendalikan kes jenayah seperti kecurian dan pembunuhan, urusan pernikahan, perniagaan, serta pembahagian harta pusaka.

Kerajaan Melayu Melaka, misalnya, mempunyai undang-undang awam dan jenayahnya sendiri berdasarkan undang-undang syariah dan undang-undang adat iaitu Hukum Kanun Melaka yang digubal oleh Sultan Alaudin Riayat Syah.

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Pada awal abad ke-14 Melaka telah menjadi sebuah pelabuhan yang berkembang pesat melalui kegiatan  perdagangan. Hal ini adalah disebabkan oleh kedudukan Melaka yang strategik telah menarik ramai para pedagang-pedagang untuk singgah di Melaka. Keadaan ini telah menyebabkan Melaka menjadi terkenal di seluruh pelusuk dunia. Hubungan antara Melaka dan China melalui perdangan dan politik merupakan hubungan luar pertama yang Berjaya dijalinkan oleh sultan Iskandar Shah (Parameswara) dengan Maharaja China Yung Lo. Hubungan ini merupakan satu strategi pertahanan bagi negeri Melaka memandangkan China terkenal dengan kuasa besar.

Batu Bersurat Terengganu
Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1887,

Menurut sidang mesyuarat Lembaga Penasihat Antarabangsa UNESCO yang berlangsung di Barbados pada tanggal 13 Julai 2009, batu bersurat yang berusia lebih 700 tahun ini telah disenaraikan sebagai barang purba bernilai tinggi dan sesuai untuk mendapat pengiktirafan Warisan Dunia UNESCO.

Fakta penemuan Batu Bersurat Terengganu bermula apabila saudagar Arab bernama Sayid Husin bin Ghulam al-Bokhari secara tidak sengaja menjumpai sebutir batu bersurat di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu selepas berlakunya banjir. Ia dijumpai di bahagian tangga surau Kampung Buluh yang dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surau tersebut. Batu Bersurat Terengganu ini menjadi bukti dan teks pada batu mengesahkan agama Islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di Terengganu sejak sekian lama. Selain itu, Islam merupakan agama rasmi di Terengganu.