M3 by mohd fahim rodi

Kandungan Tuhfat Al-Nafis
Tuhfat al-Nafis lebih memberi perhatian kepada golongan elit, iaitu raja-raja Melayu di Johor-Riau. Sebagai contoh peristiwa pertabalan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah.

Walaupun terdapat penceritaan tentang rakyat biasa, ia lebih terhad kepada peranan mereka sebagai tentera dalam peperangan, tanpa menekankan aspek kehidupan rakyat bawahan.

Maka tiada berapa lamanya, maka Kelana Jaya Putera serta segala saudaranya serta segala menteri hulubalangnya berkendaklah menggantikan Raja Sulaiman itu akan kerajaan paduka ayahanda baginda Sultan Abdul Jalil, yang mangkat di Kuala Pahang itu. Maka dilantiknyalah Raja Sulaiman bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. Maka berhimpunlah segala Bugis dan Melayu pada masa opu-opu melantik Raja Sulaiman itu, betapa adat raja besar berlantik. Ada yang berteriak mentauliahkan kerajaan itu, iaitu Kelana Jaya Putera, padahal ialah berteriak sambil berdiri serta menghunus halamannya katanya, “Barang tahu kiranya segala anak Bugis dan Melayu, maka adalah hari ini Raja Sulaiman bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah menjadi Raja Yang Dipertuan Besar memerintahkan negeri Johor dan Riau dan Pahang dengan segala takluk daerahnya!”.

Karakter penting:
1.Kelana Jaya Putera
2.Raja Sulaiman / Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah
3.Sultan Abdul Jalil
4.Golongan Bugis dan Melayu (opu-opu, menteri, hulubalang)
Tema utama:
•Peralihan kuasa dan pelantikan raja baharu.
•Kesetiaan serta adat pertabalan raja.
•Peranan orang Bugis dan Melayu dalam politik Johor-Riau.
Peristiwa sejarah:
•Pertabalan Sultan Sulaiman sebagai Yang Dipertuan Besar Johor, Riau, dan Pahang dengan sokongan Bugis dan Melayu.

karya sebagai sumber sejarah.
Penilaian kritikal sebagai sumber sejarah:

Karya ini jelas berpihak kepada golongan elit (terutama Bugis) kerana penulisnya berasal daripada keturunan Bugis.

Suara rakyat bawahan hampir tidak kelihatan kecuali sebagai tentera yang menjadi alat peperangan.

Sebagai sumber sejarah, ia penting untuk memahami politik Johor-Riau-Lingga dan pengaruh Bugis, tetapi perlu digunakan secara kritis kerana unsur bias keturunan dan perspektif elit amat ketara.

karya dari segi pensejarahan

Tuhfat al-Nafis ditulis oleh Raja Ali Haji pada abad ke-19 dan merupakan karya pensejarahan tradisional yang menggabungkan fakta sejarah dengan tujuan politik.

Dari segi metodologi, karya ini tidak menggunakan kaedah sejarah moden seperti analisis ekonomi, sosial dan statistik. Sebaliknya berbentuk naratif berasaskan silsilah, konflik dinasti dan peranan Bugis dalam politik Johor-Riau.

Perbandingan dengan sumber lain (kolonial, moden, lisan).

Catatan Belanda seperti Dagh-Register gehouden int Casteel Batavia dan laporan Inggeris menekankan kepentingan perdagangan, ekonomi rempah serta strategi penjajahan.

Sejarawan moden seperti Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya menilai sejarah Johor-Riau dengan lebih kritis. Mereka menekankan aspek hubungan kuasa, migrasi masyarakat Bugis dan kesan peperangan terhadap penduduk tempatan.

Tradisi lisan seperti hikayat rakyat, cerita penglipur lara dan sejarah tempatan menggambarkan penderitaan rakyat kecil semasa peperangan, penghijrahan dan eksploitasi penjajah.

Berbanding Tuhfat al-Nafis, sumber lisan lebih jelas mencerminkan suara masyarakat bawahan yang sering menjadi mangsa konflik politik elit.

Sulalatus Salatin
Sulalatus Salatin lebih menonjolkan perspektif golongan elit istana. Kisah ini banyak berkisar tentang raja-raja Melayu, pembesar istana, hulubalang, dan golongan bangsawan. Watak-watak utama seperti Sang Sapurba, Raja Iskandar Zulkarnain, Hang Tuah, Sultan Mahmud Shah – semuanya adalah daripada kelompok atasan.Teks ini berfungsi sebahagiannya sebagai alat untuk mengabsahkan kedudukan raja-raja Melayu, menghubungkan mereka dengan keturunan agung seperti Iskandar Zulkarnain.

Petikan : “surat dibawah cerpu Raja langit, datang ke atas mahkota Raja Melaka. Kita dengar Raja Melaka raja besar, sebab itulah maka kita hendak bersahabat dan berkasih‑kasihan dengan Raja Melaka, kerana kita pun daripada anak cucu Raja ISKANDAR Zul‑Karnain, sebangsa juga dengan raja Melaka.

Petikan ini jelas mementingkan hubungan persuratan antara pemerintah‑pemerintah besar, serta berfungsi mengabsahkan status raja Melaka melalui kaitan keturunan agung (Iskandar Zulkarnain).

Karya sebagai sumber sejarah
Sulalatus Salatin merakamkan sejarah asal-usul raja-raja Melayu, hubungan politik Melaka dengan kuasa asing, serta kejatuhan Melaka 1511 kepada Portugis.

Namun karya ini tidak bersifat rekod sejarah mutlak kerana bercampur dengan unsur mitos dan lagenda.

Contoh: Kisah Sang Sapurba dikatakan keturunan Iskandar Zulkarnain (mitos), tetapi kejatuhan Melaka akibat serangan Portugis adalah peristiwa sejarah yang benar.

➝ Oleh itu, teks ini semi-historis: gabungan fakta (contoh serangan Portugis 1511) dan mitos (contoh serangan todak di Singapura).

Karya dari segi pensejarahan

Dari segi pensejarahan, Sulalatus Salatin menunjukkan cara orang Melayu memahami dan menulis sejarah. Bukan kronologi semata-mata, tetapi berbentuk didaktik (memberi pengajaran).

Penekanan utama ialah pada legitimasi kuasa raja dan kepatuhan rakyat kepada daulat raja.

Contoh: Petikan tentang Hang Tuah:

“…Maka segala orang pun tiada seorang pun berani melawan Hang Jebat. Maka baginda pun menyesal, katanya, ‘Jikalau ada Hang Tuah, nescaya tiada jadi begini.’ Maka sembah Seri Nara Diraja, ‘Tuanku, Laksamana ada lagi hamba simpan di hulu Melaka.’ Maka titah baginda, ‘Bawa mari segera!’ Maka Hang Tuah pun datang menghadap, maka baginda pun terlalu suka, lalu diberi keris Taming Sari, disuruhnya membunuh Hang Jebat itu.”

Tindakan menerima kembali keris Taming Sari dan melawan Hang Jebat ialah bukti kesetiaan mutlak (loyalty) kepada institusi raja.

Pensejarahan Melayu menekankan unsur politik dan moral, berbeza dengan sejarawan moden yang menekankan faktor ekonomi, sosial, dan geopolitik.

Perbandingan dengan sumber lain

(a) Sumber kolonial

Catatan Portugis seperti Suma Oriental oleh Tomé Pires menekankan kekuatan ekonomi dan perdagangan Melaka.

➝ Perbandingan: Sulalatus Salatin menekankan daulat raja dan kisah istana, sedangkan Portugis menekankan faktor geografi dan ekonomi sebagai punca kejatuhan Melaka.

(b) Sumber lisan

Banyak kisah dalam Sulalatus Salatin juga hidup dalam tradisi lisan, contohnya kisah Singapura dilanggar todak atau Puteri Gunung Ledang.

Dalam versi lisan, cerita sering lebih ringkas, tetapi dalam teks Sulalatus Salatin ia diolah untuk menonjolkan simbolik kuasa raja.

➝ Ini menunjukkan karya agung tersebut menyerap bahan daripada tradisi lisan dan mengolahnya dalam bentuk sastera istana.

Sejauh manakah karya -karya agung ini mencerminkan suara masyarakat bawahan, atau adakah ia lebih menonjolkan perspektif golongan elit istana sahaja?

Malakala Golongan bawahan hampir tidak diberikan suara dalam naratif ini. Apabila mereka muncul, mereka bertindak sebagai pelengkap cerita dan tidak mempunyai pandangan atau pemikiran yang dirakam.

Petikan:“…Seperkara lagi, perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Melayu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan jangan ia difadihatkan… jikalau patut pada hukum syarak bunuh, tuanku; jangan duli tuanku aibi.”

Ini sedikit menggambarkan keseimbangan antara pemerintah dan rakyat—suara rakyat yang secara simbolik menyatakan hubungan timbal balik antara raja dan rakyat. Malangnya, jejak suara seperti ini sangat jarang muncul dan tidak menggambarkan kehidupan harian rakyat biasa.