Esei- PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SECARA BERETIKA by NORIN FARIZAH BINTI MOHD NUIN Moe

hi koben

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika.
Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan terlibat dengan jenayah penipuan. Cara pertama adalah mengambil langkah-langkah keselamatan. Sebelum log masuk ke dalam sebuah laman sesawang, kita perlu mengetahui tentangnya secara lebih mendalam dan memastikan laman sesawang itu terjamin ataupun mesra pengguna. Ini boleh diketahui daripada padlock yang terletak di sebelah kiri atas bersebelahan dengan pautan. Seterusnya, kita perlu melihat maklum balas daripada perkhidmatan yang disediakan.  Jikalau kita mendapat persepsi dan juga pendapat orang lain tentang sebuah laman sesawang, kita boleh tahu kesasihan laman itu. Di samping itu, kita perlu abaikan mesej dari sumber yang mencurigakan. Mesej seperti ini selalunya akan bersifat memenangi sesuatu ataupun hal yang berkaitan dengan bank. Akhir sekali, kita perlu pastikan komputer ataupun peranti kita dilindungi oleh anti-virus. Anti-virus boleh menghalang perisian hasad daripada menjangkiti komputer riba atau pc anda. Tanpa disedari, virus juga boleh dipindahkan melalui perbualan e-mel. Perkongsian dokumen di media sosial juga merupakan salah satu punca pemindahan virus ke peranti lain.

penggunaan teknologi maklumat
Terdapat beberapa contoh penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan iaitu kita harus berhati-hati apabila menerima sebarang panggilan telefon yang mencurigakan. Seterusnya, mengelakkan dari memberikan atau berkongsi maklumat peribadi dengan sewenang-wenangnya.

Esei- PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SECARA BERETIKA
Terdapat beberapa contoh-contoh penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika.Antaranya,merahsiakan nama pengguna dan kata laluan daripada pengetahuan orang lain.Ini adalah kerana,orang yang tahu tentang maklumat e-mel kita dapat menyamar menjadi diri kita.Contohnya,orang tersebut itu tidak berkomunikasi secara hemah dan cakap buruk kepada orang lain.Selain itu,bersaing secara sihat dengan tidak memburukkan barangan dan perkhidmatan orang lain.Ini dapat mengelakkan buli siber yang teruk.Contohnya,bercakap buruk tentang guru di sekolah.Seterusnya,mendapat kebenaran yang sah daripada pemiliknya.Ini adalah kerana,pemilik tersebut mungkin tidak suka akan bentuk mukanya di gambar tersebut.Contohnya,memuat naik gambar dengan sesuka hati.Akhir sekali,tidak memuat turun dan memuat naik bahan negatif.Ini merupakan satu jenayah jika kita menyimpan atau muat naik bahan-bahan yang negatif.Contohnya,menyimpan video atau gambar lucah yang banyak.

Esei - PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SECARA BERETIKA
Terdapat beberapa langkah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika.

Pertama sekali, kita perlu sentiasa berwaspada terhadap panggilan telefon atau pesan teks yang meminta maklumat peribadi atau pinjaman wang. Jangan terlalu mudah untuk memberikan maklumat peribadi anda kepada pihak yang tidak dikenali atau melakukan transaksi wang yang tidak diketahui.

Kedua, kita perlu memastikan bahawa laman web yang kita gunakan adalah sah dan dilindungi. Pastikan laman web mempunyai sijil keselamatan SSL dan mempunyai logo pengesahan yang sah.

Ketiga, kita perlu berhati-hati dengan maklumat yang kita kongsi dalam media sosial. Jangan terlalu mudah untuk memberikan maklumat peribadi atau mengemukakan maklumat yang berkaitan dengan kehidupan harian kita terutama apabila ia berkaitan dengan wang atau harta benda. Hindari menyiarkan gambar atau maklumat tentang perjalanan atau pakaian yang mahal kerana ia boleh menarik perhatian penjenayah.

Dalam kesimpulannya, pengguna perlu berhati-hati apabila menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan. Dengan memastikan bahawa kita menggunakan teknologi ini dengan beretika, kita dapat meminimumkan risiko menjadi mangsa penipuan yang semakin meluas pada masa kini.

ESEI- PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SECRA BERETIKA
Contoh-contoh penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika adalah antaranya, sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan apabila menggunakan gajet atau komputer. Apabila menggunakan Internet di komputer, kita terdedah kepada pelbagai ancaman siber khususnya sewaktu kita melayari laman perbankan atau melakukan transaksi dalam talian. Contohnya, jika kita menerima panggilan ataupun mesej yang mencurigakan kita tidak perlu melayan panggilan ataupun mesej tersebut, malah kita sekat sahaja nombor tersebut daripada membuat panggilan atau mesej  untuk kali seterusnya.

Selain itu, untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan internet adalah tidak mengklik laman sesawang yang mencurigakan di internet ataupun diberi melalui mesej dari orang yang tidak dikenali. Hal ini demikian, jika kita mengklik laman sesawang tersebut, secara automatik maklumat peribadi boleh terdedah dan boleh disalah guna oleh warga yang tidak berkeperimanusiaan. Contohnya, akaun bank kita boleh digodam dan wang di dalam akaun kita boleh lenyap dengan sekelip mata.

Disamping itu, tidak terpengaruh dengan iklan pekerjaan di internet ataupun yang ditawarkan melalui mesej. Perkara ini juga boleh mejejaskan keselamatan kita kerana orang yang disebalik iklan tersebut berkemungkinan hanya menyamar menjadi kakitangan yang palsu pada syarikat iklan pekerjaan tersebut. Contohnya, jika kita mengikuti kata-kata tersebut untuk pergi ke sesebuah lokasi kita mungkun akan dirompak dan diculik dan boleh dijadikan sebagai sindiket haram. Hal ini boleh menyebabkan maruah diri kita akan terjejas.Justeru, kita sebagai pengguna yang bijak hendaklah menyemak maklum balas yang diberikan oleh pengguna atau pembeli daripada syarikat, kedai atau individu tersebut samada ia betul atau tidak. Jika maklum balas adalah baik maka kita akan lebih yakin dan percaya untuk membeli tetapi jika tiada maklum balas, kita akan timbul rasa ragu-ragu. Begitu juga apabila kita sudah membeli barang atau menggunakan perkhidmatan secara atas talian, kita digalakkan untuk meninggalkan maklum balas supaya dapat menjadi panduan kepada pengguna lain. Hasilnya kelak, pelaku penipu Internet tidak lagi dapat menyembunyikan helah dan tindakan licik mereka.

ESEI - PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SECARA BERETIKA.
Antara contoh-contoh penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika bagi mengelakkan diri dariapada menjadi mangsa penipuan adalah dengan berwaspada ketika menerima panggilan telefon daripada orang yang mencurigakan.Sekiranya,kita menerima panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenali,kita jangan sesekali mengangkat panggilan tersebut.Hal ini bagi mengelakkan kita daripada menerima panggilan palsu.Selain itu,kita haruslah berhati-hati dalam penggunaan akaun e-mel.Kita perlulah menggunakan e-mel kita dengan bijak.Sebagai contoh,jangan mengisi sebarang maklumat yang meminta kita untuk meletakkan akaun e-mel kita.Seterusnya,kita jangan mudah terpedaya dengan tawaran yang dikenakan kepada kita.Tuntasnya,kita mestilah memastikan sama ada tawaran tersebut sahih dan sah.Akhir sekali,kita hendaklah menggunakan platform media sosial dengan berhemah dan berintegriti.Sebagai contoh,kita jangan sembarangan memuat turun dan memuat naik apa jua maklumat peribadi kita mahupun orang lain di sosial media.Hal ini bagi mengelakkan diri kita daripada menjadi mangsa macau scam.

Esei - PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SECARA BERETIKA
Antara contoh penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang beretika adalah dengan tidak mengeksploitasikan maklumat dan data peribadi pihak lain. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam era pemodenan dunia yang semakin canggih pada masa ini, terdapat ramai individu yang menyalahgunakan teknologi maklumat bagi kepentingan diri mereka sendiri. Oleh itu, kita haruslah bijak ketika menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi agar tidak menyalahgunakannya yang boleh mengakibatkan kita terjebak dengan gejala sosial.

Selain itu, contoh etika yang kedua apabila kita menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi ialah dengan tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu atau diragui kesahihannya yang boleh menggugat ketenteraman awam. Hal ini kerana, terdapat individu yang gemar menyebarkan maklumat palsu yang tidak sahi akan kebenaran sesuatu maklumat tersebut bagi mendapatkan perhatian orang ramai demi kesenangan diri sendiri tanpa mengira perasaan orang lain. Oleh itu, kita haruslah membuat siasatan dengan lebih lanjut sebelum menyebarkan sebarang maklumat agar kita tidak menyebarkan maklumat yang palsu atau kurang tepat kepada orang awam terutamanya di media sosial.

Di samping itu juga, contoh yang seterusnya bagi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang beretika adalah dengan bersikap integriti dalam memberikan maklumat yang betul untuk sebarang penggunaan dalam talian. Pernyataan ini bermaksud bahawa kita sebagai pengguna teknologi maklumat pada masa ini, perlulah mempunyai sikap yang jujur apabila kita hendak menyampaikan atau memberikan sesuatu maklumat yang penting kepada sesiapa sahaja seperti rakan kita bahkan ahli keluarga kita mahupun kepada orang awam melalui media sosial. Hal ini kerana, kita dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham daripada berlaku dan menjaga ketenteraman orang awam hanya dengan bersikap integriti apabila menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika.

Akhir sekali, contoh yang terakhir apabila kita menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi adalah dengan tidak menceroboh dan menyebarkan virus yang boleh melumpuhkan sesuatu sistem yang dimiliki oleh pihak lain. Ini bermaksud, kita sebagai seorang pengguna teknologi maklumat dan komunikasi yang berhemah haruslah menjaga batas kita dengan tidak sesuka hati menceroboh privasi orang lain dalam mana-mana aplikasi media sosial. Hal ini dikatakan demikian kerana, pada era dunia yang semakin menuju ke arah kemajuan dan kemodenan pada masa ini, terdapat ramai individu yang telah menyalahgunakan penggunaan teknologi ini bagi menjatuhkan maruah diri orang lain dengan memuat naik gambar atau video orang lain tanpa kebenaran daripada pemiliknya. Oleh itu, etika ketika kita menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi adalah sangat penting bagi menjaga ketenteraman orang awam dan dapat mengelakkan sebarang konflik daripada berlaku.

Esei Pendidikan Moral Unit 4 - Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika
Terdapat beberapa contoh-contoh penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Pertama sekali adalah melalui penggunaan akaun e-mel. Kita haruslah merahsiakan nama pengguna dan kata laluan e-mel daripada pengetahuan orang lain. Ini penting bagi memastikan maklumat peribadi terpelihara daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, mengelakkan diri daripada menyebarkan maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali atau dipercayai.

Selain itu, kita haruslah berhati-hati ketika menggunakan platform media sosial. Ini kerana terdapat banyak penipuan yang berlaku akibat  kecuaian masyarakat yang tidak berfikir sebelum bertindak. Oleh itu, kita mestilah berfikir secara matang sebelum membuat keputusan. Contohnya, tidak mengklik laman sesawang yang meragukan.

Akhir sekali, kita sewajarnya berhati-hati apabila menerima sebarang panggilan telefon yang mencurigakan. Contohnya, tidak mudah terpedaya dengan panggilan telefon  berkaitan tawaran lumayan atau pulangan keuntungan. Perkara ini wajar diketahui oleh semua golongan masyarakat agar dapat berwaspada dan beringat terhadap penipuan yang dilakukan. Semua etika yang dinyatakan haruslah diamalkan bagi mengelakkan isu penipuan daripada berlaku.

Huraikan contoh-contoh penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan seperti di atas.
Antara contoh penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan adalah,  yang pertama sentiasa menyemak maklumat yang diperlukan oleh sesuatu laman web secara terperinci sebelum berkongsikan maklumat peribadi diri. Hal demikian dikatakan kerana, kita haruslah berhati-hati apabila berkongsikan maklumat peribadi diri agar tidak memberikan maklumat yang dapat menjejaskan keselamatan privasi diri atas talian. Sebagai contoh, maklumat peribadi diri yang terbongkar akibat daripada kecuaian diri semasa mengisi maklumat. Selain daripada itu, kita haruslah sentiasa berwaspada apabila memuat naik gambar yang mempunyai unsur-unsur informasi berkaitan maklumat peribadi diri dalam platform media sosial. Hal demikian dikatakan kerana, dalam era ledakan teknologi maklumat dan komunikasi ini, lebih banyak “hacker” yang semakin handal dalam mengumpulkan data peribadi diri melalui penggunaan gambar kita. Sebagai contoh, menggunakan gambar yang latarnya mempunyai nombor kad kredit bank atau nombor kad pengenalan untuk mendapatkan duit kita. Seterusnya, berintegriti dalam memberikan maklumat yang betul untuk sebarang penggunaan dalam talian. Hal demikian adalah kerana segala informasi yang dinyatakan atas talian berkemungkinan akan direkod oleh sesebuah pihak untuk kegunaan mereka. Sebagai contoh, sekiranya kita didapati memberikan maklumat palsu apabila mengisi informasi penting, ia boleh dikenakan tindakan. Akhir sekali, tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu atau diragui kesahihannya. Hal demikian dikatakan kerana, kita bukan sahaja telah membawa rasa panik terhadap orang lain yang dikongsi tetapi juga menyokong perbuatan penyebaran maklumat palsu. Sebagai contoh, menyebarkan maklumat palsu yang berpotensi dapat menggugat ketenteraman awam.

Esei-penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi perlu digunakan secara beretika bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan. Antara tindakan yang boleh dilakukan ialah sentiasa berwaspada dan berhati-hati sekiranya menerima sebarang panggilan telefon yang mencurigakan. Contohnya, tidak melayan panggilan telefon tersebut. Tambahan pula, tidak memberitahu maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali.

Selain itu, mengambil langkah-langkah keselamatan apabila menggunakan internet. Apabila menggunakan internet, pelbagai ancaman siber khususnya sewaktu melayari media sosial ataupun melakukan transaksi dalam talian. Dengan ini, langkah keselamatan yang boleh diambil ialah tidak menekan laman sesawang yang meragukan. Misalnya, mengelakkan maklumat peribadi didedahkan.

Seterusnya, semak dan siasat kesahihan sesebuah perkara di Internet terlebih dahulu sebelum membuat tindakan. Hal ini kerana kebanyakkan kes penipuan Internet bermula dengan iklan atau pautan yang tidak sahih. Contohnya, pelaku menyamar sebagai ahli kerajaan. Mangsa-mangsa biasanya terpedaya dengan gambar atau video yang digunakan hanya untuk menipu mereka dengan helah secara maya.

Akhir kata, kita haruslah menggunakan internet dengan berhemah bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

ESEI: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BERETIKA

Terdapat beberapa contoh penggunaan maklumat dan komunikasi secara beretika. Antara contohnya ialah tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu atau diragui kesahihannya yang boleh menggugat ketenteraman awam. Ini boleh membuat sasaran mangsa mudah cemas dan boleh mempengaruhi pemikiran sasaran mangsa. Selain itu, contoh yang kedua ialah tidak memuat naik sebarang bahan dalam pelbagai bentuk tanpa keizinan pemilik yang sah. Hal ini boleh mengelirukan orang lain dan mengaibkan orang lain. Di samping itu, salah satu contoh penggunaan maklumat dan komunikasi secara beretika ialah tidak menceroboh dan menyebarkan virus yang boleh melumpuhkan sesuatu sistem yang dimiliki oleh pihak lain. Ini kerana boleh menjejaskan sistem komputer serta mengganggu penggunaan harian dalam teknologi maklumat dan telekomunikasi. Akhir sekali, berintegriti dalam memberikan maklumat yang betul untuk sebarang penggunaan dalam talian seperti tidak memalsukan maklumat diri. Hal ini agar risiko data peribadi tidak digodam dan tidak menimbulkan fitnah antara satu sama lain. Kesimpulannya, penggunaan maklumat dan komunikasi secara beretika amatlah penting bagi memudahkan urusan kehidupan harian seperti meningkatkan kualiti pendidikan. Meningkatkan kualiti pendidikan boleh mengubah cara pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berinovasi serta menjimatkan masa dan wang.

Contoh-contoh penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika
Berdasarkan maklumat berikut, antara contoh penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika ialah, penggunaan akaun bank yang terkawal. Hal ini supaya, isu keselamatan seperti risiko scam dapat dielakkan. Contohnya, tidak melakukan pemindahan wang ke akaun lain yang mencurigakan.
Selain itu, menaiktarafkan sistem keselamatan di dalam telefon. Hal ini demikian kerana, sistem keselamatan yang rendah dapat memberi peluang kepada scammer untuk menipu mangsa. Sebagai contoh, nombor telefon kita sering dipanggil oleh orang tidak diketahui yang menyamar sebagai pegawai bank atau polis.
Seterusnya, tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan yang maklumatnya tidak lengkap. Hal ini kerana, semakin ramai scammer di Malaysia yang menggunakan iklan untuk menarik perhatian mangsa. Contohnya, iklan yang disebarkan di Facebook, Telegram dan Instagram.

Esei
Seperti yang kita ketahui jenayah penipuan ‘Macan Scam’ semakin popular dan hamper setiap hari kita mendengar ada sahaja kes penipuan dalam kalangan masyarakat sama ada melalui telefon atau pun media social. Antara contoh penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika adalah dengan tidak memuat naik sebarang bahan dalam pelbagai bentuk tanpa keizinan pemilik yang sah serta tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu atau diragui kesahihannya yang boleh menggugat ketenteraman awam.Hal ini dikarnakan era permodenan dunia pada masa ini yang semakin canggih dan apabila kita menggunakan internet di komputer,kita terdedah kepada pelbagai ancaman siber khususnya  sewaktu kita melayari laman perbankan atau melakukan transaksi dalam talian. Langkah keselamatan yang boleh diambil adalah dengan memuat turun dan memasang aplikasi perisian antivirus yang boleh menghalang ancaman siber daripada menyerang gajet yang kita gunakan setiap hari.Kita juga hendaklah memastikan laman yang dilayari khususnya laman perbankan adalah laman yang betul dan tepat. Selain itu, bagi mengelakkan penipuan internet yang menggunakan telefon adalah dengan tidak melayani panggilan telefon yang mencurigakan serta tidak memberikan maklumat peribadi dengan sewenangnya-wenangnya. Kita perlu sentiasa semak dan siasat kesahihan sesebuah perkara di internet terlebih dahulu sebelum membuat tindakan.Kebanyakkan  kes penipuan internet bermula dengan  iklan atau pautan yang tidak sahih,mangsa penipuan terpedaya dengan gambar,nilai habuan atau video yang digunakan hanya untuk menipu mereka dengan helah secara maya.Kita digalakan untuk mengelakan daripada membuka SMS atau  mesej daripada mana-mana social media yang diterima.Sekiranya pelaku menyamar sebagai ahli kerajaan atau mana-mana agensi swasta,kitab oleh minta kepada pelaku tersebut untuk membuktikan kesahihan diri mereka dengan pihak berkuasa. Untuk makluman,Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah menyediakan sebuah laman web untuk masyarakat Malaysia memeriksa kesahihan nombor telefon atau nombor akaun bank yang mempunyai rekod penipuan atau tidak. PDRM wajar dipuji kerana ia dapat membantu mengekalkan keselamatan kita dan rakyat Malaysia daripada dimanipulasi oleh jenayah penipuan yang bersikap seperti  ada udang di sebalik batu. Disamping itu,apabila kita hendak membeli barang-barang melalui dalam talian kita harus melihat maklum balas daripada perkhidmatan yang ingin kita gunakan. Industri jual beli secara atas talian telah membuka banyak peluang kepada usahawan dan masyarakat dalam mengembangkan ekonomi masing-masing.Namun  begitu,peluang ini disalah guna oleh sesetengah individu penipuan internet dengan menjual atau menyediakan perkhidmatan yang tidak seperti apa yang dipamerkan. Justeru,kita sebagai pengguna yang bijak hendaklah memeriksa maklum balas sama ada ia betul atau tidak. Jika maklum balas adalah baik maka kita akan lebih yakin dan percaya untuk membeli.Begitu juga apabila kita sudah membeli barang atau menggunakan perkhidmatan secara atas talian,kita digalakan untuk meninggalkan maklum balas supaya dapat menjadi panduan kepada pengguna lain. Konklusinya,pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengelak daripada menjadi mangsa kepada penipuan.Pihak berkuasa juga boleh melakukan kempen kesedaran secara meluas berkenaan isu ini.Kita pula sebagai pengguna internet harus sentiasa bijak dalam menjaga keselamatan data yang kita kongsi . Akhir sekali, kita hendaklah selalu mendapatkan nasihat daripada orang berkelayakan. Setiap di antara kita mempunyai ilmu dan kemahiran yang tidak dipunyai oleh orang lain.Maka dengan sikap rendah diri kita hendaklah sentiasa bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman terutamanya ibu dan bapa. Gologan khususnya ibu dan bapa hendaklah sentiasa merujuk anak-anak dalam menggunakan gajet atau teknologi yang dapat mendedahkan mereka kepada ancaman

Huraikan contoh-contoh penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secra beretika.
Antara contoh penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika adalah,menggunakan akaun e-mel dengan bijak dan berhati-hati.Pengguna harus merahsiakan nama pengguna dan kata laluan daripada pengetahuan orang lain.Ini adalah kerana,akaun e-mel banyak digunakan dari pelbagai aplikasi termasuklah Facebook.Ini menyebabkan keselamatan pengguna serta ahli keluarga diancam jika akaun e-mel mereka terdedah.Selain itu adalah, pengguna haruslah tidak mudah percaya dengan tawaran atau penipuan yang diberikan oleh penipu di media sosial.Penipuan ini juga boleh dilakukan melalui panggilan telefon atau mesej.Sebagai contoh,penipu boleh menyamar sebagai Pegawai Bank dan meminta maklumat bank mangsa.Ini menyebabkan mangsa terutamanya warga tua tertipu dan mengalami kerugian.Akhir sekali, pengguna juga harus teliti sesuatu barang sebelum membelinya secara dalam talian.Pengguna harus membuat pemeriksaan terhadap sesuatu barang tersebut dan membuat kepastian.Contoh aplikasi yang kerap berlaku penipuan bagi pembelian barang secara dalam talian adalah,Shopee dan Facebook.Oleh itu,kita haruslah sentiasa berwaspada ketika menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi agar kita tidak menjadi mangsa penipuan.

ESEI:PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BERETIKA.
Terdapat beberapa contoh-contoh penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika.Antara contohnya adalah tidak memuat naik sebarang bahan bentuk tanpa pengizinan pemilik sah.Ini boleh menyebabkan pemilik sah tersebut untuk berhak untuk membawa tindakan pelanggaran terhadap sebarang masalah ini,seharusnyalah meminta kebenaran amat penting dan boleh meningkatkan cara orang untuk mendengar dan percaya antara satu sama lain.Selain itu,contoh yang kedua ialah untuk tidak menyebarkan maklumat palsu atau diragui kasahihannya yang boleh mengugat ketenteraman awam.Maklumat palsu menjadikan kebenaran sukar dicari dan juga boleh menjadi salah satu sumber utama bahaya kepada keselamatan peribadi.Memahami nuansa berita palsu boleh membantu kita mengenalinya dan mengurangkan kesan berbahaya.Disamping itu,cara yang seterusnya ialah tidak menceroboh dan menyebarkan virus yang boleh mlumpuhkan sesuatu sistem yang dimiliki oleh pihak lain.Ini adalah salah satu masalah yang semua orang yang pernah dan menghadapi.Masalah ini kelebihan pernah berlaku di game talian,website dan sebagainya di dalam talian.Penggodam iaitu juga boleh dipanggil "hackers" boleh mengakses peranti atau tapak web secara haram untuk mencuri maklumat peribadi orang, yang mereka gunakan untuk melakukan jenayah seperti kecurian. Ramai orang membeli-belah, membuat bank dan membayar bil dalam talian. Orang ramai juga menyimpan maklumat kewangan, seperti nombor kad kredit atau akaun bank, pada peranti mereka,ini juga disebabkan penggodam mengambil kesempatan untuk mencuri atau berbohong terhadap mangsa tersebut.Akhir sekali,wajarlah untuk tidak mengeksploitasi dan data peribadi pihak lain.Contohnya,alamat e mel,nombor telefon dan sebagainya.Ini kerana jika data peribadi jatuh ke tangan yang salah, orang ramai boleh dicederakan. Bergantung pada keadaan, mereka boleh menjadi mangsa kecurian identiti, diskriminasi atau kecederaan fizikal.Kesimpulannya,kita haruslah juga sentiasa berhati-hati dan berintegriti dalam memberikan maklumat yang betul dengan sebarang penggunaan dalam talian dengan berkomunikasi secara berhemah dalam talian.

Esei - Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Secara Beretika
Terdapat beberapa contoh penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan. Antaranya ialah seseorang individu sentiasa berhati-hati apabila ingin membeli sesuatu melalui dalam talian. Contohnya, apabila ingin membeli barang secara online individu patut menyemak profil dan reputasi tentang orang yang menjual online seperti latar belakangnya sebelum mempercayainya. Seterusnya, sentiasa berwaspada terhadap e-mel dan pesanan tidak diingini. Ini kerana penipu sering menggunakan e-mel sebagai cara untuk menyebarkan perisian hasad atau mencuri maklumat peribadi. Dengan tidak membuka lampiran atau pautan yang mencurigakan dalam e-mel dari sumber yang tidak dikenali kita dapat menghindari perangkap penipuan. Contoh yang terakhir adalah mengelakkan berkongsi maklumat peribadi. Contohnya, maklumat peribadi seperti nombor kad kredit, nombor kad pengenalan dan maklumat perbankan melalui e-mel atau mesej yang tidak dipercayai adalah penting untuk mengelakkan penyalahgunaan maklumat peribadi oleh penipu. Dengan mempraktikkan langkah-langkah ini dapat membantu mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Esei - PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SECARA BERETIKA
Dalam landskap digital hari ini, penggunaan beretika Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah penting untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan. Penipu menggunakan pelbagai taktik, seperti menyamar sebagai tokoh pihak berkuasa, membuat tuduhan palsu, mengenakan kerahsiaan, dan meminta maklumat sensitif atau transaksi yang tidak dibenarkan. Esei ini mengkaji amalan etika yang boleh diterima pakai oleh individu untuk melindungi daripada penipuan tersebut, menekankan kepentingan kesedaran, keraguan, komunikasi yang selamat, ketelusan dan tingkah laku yang bertanggungjawab dalam mencegah aktiviti penipuan.

Meningkatkan Kesedaran dan Keraguan Satu pendekatan beretika untuk mencegah penipuan adalah dengan meningkatkan kesedaran dan memupuk keraguan. Dengan mendidik individu tentang skim penipuan biasa, seperti penyamaran pegawai bank, polis, mahkamah atau SPRM, orang ramai boleh mengenali tanda amaran dan menjadi lebih berwaspada. Melibatkan diri dalam pembelajaran berterusan tentang teknik penipuan yang baru muncul membolehkan individu mengembangkan keraguan yang sihat apabila menghadapi komunikasi yang mencurigakan atau permintaan untuk maklumat peribadi.

Menggunakan Saluran Komunikasi Selamat Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara beretika melibatkan keutamaan saluran komunikasi yang selamat untuk melindungi maklumat sensitif. Apabila berinteraksi dengan bank, pihak berkuasa atau organisasi yang memerlukan butiran peribadi atau kewangan, individu harus menggunakan platform yang dipercayai dan disulitkan. Dengan menggunakan saluran komunikasi rasmi yang disediakan oleh entiti ini, individu boleh mengurangkan risiko maklumat mereka dipintas oleh penipu, memastikan kerahsiaan dan integriti data peribadi mereka.

Pendekatan beretika untuk mencegah penipuan adalah untuk menggalakkan ketelusan dan mendapatkan sokongan daripada sumber yang dipercayai. Apabila berhadapan dengan situasi di mana penipu menyekat komunikasi atau menegaskan kerahsiaan, individu harus menghubungi rakan kongsi, ahli keluarga atau kenalan yang dipercayai untuk berkongsi maklumat. Mendapatkan nasihat dan pengesahan daripada orang lain membantu individu menilai kesahihan situasi dan menerima bimbingan, melindungi diri mereka daripada menjadi mangsa taktik manipulatif.

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara beretika adalah menjalankan tingkah laku yang bertanggungjawab dan melindungi maklumat peribadi. Individu harus berhati-hati apabila berkongsi butiran sensitif dan berhati-hati terhadap permintaan untuk maklumat peribadi atau kewangan, terutamanya daripada sumber yang tidak diketahui. Ini adalah penting untuk mengelak daripada mendedahkan maklumat menyeluruh tentang semua akaun bank atau terlibat dalam transaksi berdasarkan tuntutan yang tidak disahkan. Dengan mengekalkan kawalan ke atas data peribadi dan mengamalkan budi bicara, individu boleh mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan dengan ketara.

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara beretika adalah penting dalam melindungi individu daripada menjadi mangsa penipuan. Meningkatkan kesedaran, memupuk keraguan, menggunakan saluran komunikasi yang selamat, menggalakkan ketelusan, dan mengamalkan tingkah laku yang bertanggungjawab adalah langkah penting untuk mencegah aktiviti penipuan. Dengan mengamalkan amalan etika ini, individu boleh mengemudi landskap digital dengan yakin, melindungi maklumat peribadi mereka dan menyumbang kepada penciptaan persekitaran dalam talian yang lebih selamat. Bersama-sama, kita boleh memerangi penipuan dan memastikan masa depan digital yang lebih terjamin untuk semua orang.

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SECARA BERETIKA
Antara contoh-contoh penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika adalah dengan merahsiakan nama pengguna dan kata laluan. Ini adalah untuk memastikan butiran perbankan peribadi tidak terdedah. Contohnya, mengisi borang tinjauan secara online. Selain itu, kita perlu berhati-hati jika mendapat panggilan telefon yang tidak dikenali. Jika mendapati panggilan tersebut, kita tidak sepatutnya mengangkat panggilan untuk mengelakkan kita daripada panggilan palsu.

Seterusnya, kita perlu menggunakan media sosial dengan berhati-hati. Kita boleh berhati-hati dengan tidak mengklik pautan yang tidak sah dan dilindungi oleh Google. Kita jangan terlalu mudah untuk memberi kebenaran kepada sesawang untuk ‘allow notification’ ataupun ‘turn off ad bocker’. Sesawang seperti ini boleh akses maklumat peribadi kita tanpa kita sedari. Langkah yang kita boleh ambil untuk mengelakkan maklumat peribadi kita tidak dilihat adalah dangan menggunakan VPN (Virtual Private Connection). Antara VPN yang boleh dipercayai ialah NordVPN, SurfShark VPN dan Proton VPN. VPN tersebut memberi perlindungan serta tidak mengorbankan kelajuan wifi.

Kesimpulannya, kita perlu selalu prihatin dengan apa kita buat di laman web supaya tidak menjadi mangsa ‘Macau Scam’.