My grand stream by Rodrick Rantai

Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam
Undang-undang syariah ialah Undang-undang berdasarkan al-Quran dan sunah Nabi Muhammad s.a.w.

Kedatangan Islam di Tanah Melayu pada zaman dahulu dapat dilihat dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu yang membuktikan Islam telah tiba ke Terengganu pada 1303 sebelum Masihi.

Batu Bersurat Terengganu bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah dan menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang dan dijalankan bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri.

Contohnya, mengendalikan kes jenayah seperti kecurian dan pembunuhan, urusan pernikahan, perniagaan, serta pembahagian harta pusaka.

Kerajaan Melayu Melaka, misalnya, mempunyai undang-undang awam dan jenayahnya sendiri berdasarkan undang-undang syariah dan undang-undang adat iaitu Hukum Kanun Melaka yang digubal oleh Sultan Alaudin Riayat Syah.

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Penemuan Batu Bersurat di Terengganu membuktikan kedatangan awal Islam di negeri Terengganu.Tulisan Jawi telah memperkayakan Bahasa Melayu .Tulisan ini juga telah mengembangkan keilmuan Islam di sekitar tempat itu.Sebahagian besar geografi tempat ini adalah kawasan pelabuhan maritim yang maju.Terengganu terkenal sebagai pusat pengeksportan yang terkenal dan maju.Sejarah terbuktinya Islam bertapak awal di sesebuah tempat adalah seperti jumpanya kubur seorang ulamak,masjid tertua, manuskrip agama dan sebagainya berkaitan dengan agama. Di Terengganu ,penemuan Batu Bersurat telah menjadi bukti perkembangan awal Islam di negeri tersebut

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Hubungan perdagangan dan diplomatik yang dijalinkan oleh Sultan Melaka. Parameswara dengan Maharaja China Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang Sultan di Tanah Melayu .Laksamana Ying Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab membuat persetujuan perdagangan dua hala itu.Catatan sejarah Menyebut Parameswara Sultan Iskandar Syah merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan negeri-negeri yang berhampiran.Sultan Melaka sendiri telah meminta negeri China menjadi penaungnya