K.8 ASPEK KEPIMPINAN (SS) by NUR ANIS ATHIRAH BINTI NOOR SOFIAN Moe

PENGENALAN
Kepimpinan merujuk kepada keupayaan iaitu kebolehan, pencapaian dan sebagainya seperti pemimpin, daya (tindak- tanduk, kecekapan dan lain-lain) seseorang pemimpin . Terdapat beberapa aspek-aspek kepimpinan yang terdapat pada watak Sultan Melaka dalam teks Sulalatus Salatin antaranya ialah pemimpin yang tegas , pemimpin yang berpandangan jauh,pemimpin yang adil dan lain-lain.

PEMIMPIN YANG TEGAS
H : Setiap pemimpin yang mengetuai pentadbiran negara perlu mempunyai ketegasan dalam diri. Ketegasan dalam diri dapat mengutuhkan lagi sektor pemerintahan dan mendaulatkan lagi empayar yang diluaskan. Kepimpinan ini penting untuk mengekalkan kedudukan yang berdaulat seorang pemimpin dalam institusi pemerintahan. Tanpa aspek kepimpinan ini , pentadbiran kerajaan akan menjadi kucar-kacir akibat tiada ketegasan dalam pemerintahan

C : Contohnya dapat dilihat, Sultan Mansur Syah tegas dalam menghukum puteranya Raja Muhammad yang telah membunuh Tun Besar hanya kerana kesalahan kecil. Kesannya, negara akan kekal aman dan lebih teratur dengan ketegasan yang digunakan oleh pemimpin.

KK : Oleh itu , ketegasan pemimpin penting agar negara akan kekal damai dan sejahtera

PEMIMPIN YANG ADIL
H : Pemimpin yang adil merupakan pemimpin yang melaksanakan tanggungjawabnya secara saksama dan tidak berat sebelah. Kepimpinan ini penting bagi membentuk sebuah negara yang harmoni. Kepimpinan ini juga penting bagi membentuk pengurusan negara yang mantap. Tanpanya, sudah tentu keadaan sosioekonomi sesebuah negara akan menjadi huru-hara.

C : Contohnya, Sultan Mansur Syah merupakan pemimpin yang adil kerana bertindak untuk menghukum anaknya iaitu Raja Muhammad yang dihantar ke Pahang kerana tindakannya membunuh anak bendahara Paduka Raja iaitu Tun Besar disebabkan kesilapan Tun Besar menyepak sepak raga terkena pada desta Raja Muhammad.

KK : Oleh itu , keadilan pemimpin dapat memastikan sesebuah negara itu diurus dengan sistematik.

PEMIMPIN YANG BERPANDANGAN JAUH
H: Setiap pemimpin haruslah berpandangan jauh bagi menjamin kesejahteraan negara. Sikap ini penting bagi mewujudkan rakyat yang bersatupadu dalam negara . Hal ini juga mampu mewujudkan negara yang menyelesaikan pertelingkahan antara rakyat dalam sesebuah negara. Tanpanya , sudah semestinya keadaan negara akan menjadi huru hara.

C : Contohnya , Sultan Muzaffar Syah sanggup menceraikan isterinya tun kudu untuk menyelesaikan pertelingkahan antara pembesar iaitu tun perak dan tun ali. Tun ali berkahwin dgn tun kudu dan menyerahkan jawatan bendahara kpd tun perak.Sikap Sultan Muzzafar Syah  ini membawa kepada persefahaman antara Tun Perak dan Tun Ali .

KK: Oleh itu , sikap ini penting bagi memastikan rakyat dalam negara hidup dalam keadaan yang saling bertoleransi.

PEMIMPIN YANG BERTOLAK ANSUR
H : Setiap pemimpin perlu mempunyai sikap bertolak ansur dalam proses mewujudkan suasana pemerintahan yang harmoni. Aspek kepimpinan ini penting agar keberkesanan pentadbiran licin dan berjalan dengan lancar. Ini juga penting agar rakyat dapat memberi kerjasama yang baik kepada pemimpin. Tanpanya , proses pentadbiran tidak akan berjaya dengan teratur kerana terdapat percanggahan dan ketidaksamaan pendapat dalam kalangan pemimpin.

C : Contohnya dapat dilihat pada Sultan Mansur Syah yang bertolak ansur dengan menerima pandangan Tun Perak yang enggan berajakan Raja Muhammad di Melaka.

KK: Oleh itu , bertolak ansur perlu ada pada pemimpin bagi memudahkan urusan mentadbir negara ke arah lebih membangun

PENUTUP
Kesimpulannya , terdapat pelbagai aspe kepimpinan yang ditunjukkan oleh Sultan-sultan Melaka dari karya Sulalatus Salatin bagi memajukan sebuah wilayah pentadbiran . Diharapkan agar setiap pemimpin mempunyai aspek kepimpinan bagi membentuk negara yang maju dan sistematik

PEMIMPIN YANG BERSIKAP MERENDAHKAN DIRI
H- Pemimpin yang merendah diri akan melahirkan pemimpin yang sentiasa redha dan bersyukur dgn apa jua anugerah allah swt kepadanya.Sifat ini mampu melahirkan hubungan yang akrab antara rakyat.Malah secara tidak langsung dapat menjamin keamanan dan kemakmuran sesebuah negara.Sekiranya pemimpin bersikap angkuh dan sombong sudah pasti akan dibenci rakyat dan sesebuah negara tidak akan dpt ditadbir dgn baik.

C-Contohnya,Sultan Mahmud syah sanggup menggelarkan dirinya fakir mahmud semata-mata ingin menuntut ilmu iaitu Kitab Maklumat dgn Maulana Yusuf.Dgn ini jelas membuktikan bahawa sikap sedemikian harus dicontohi oleh setiap warganegara bagi membentuk sebuah negara yang aman damai dan harmoni.

PEMIMPIN YANG MENGENANG JASA/BUDI
H- pemimpin yang bersikap sedemikian akan disukai oleh rakyat.pemimpin yang mengenang budi akan menjadikan negara yang ditabdirnya kekal aman dan maju.sekiranya pemimpin tidak bersikap sedemikian,sudah pasti pemimpin tersebut bersikap tamak dan tidak bersyukur.

C- Sultan Mahmud Syah memberi anugerah iaitu persalinan dan usungan kepada Bendahara Paduka Raja dan Hang Tuah kerana menjaganya selama masa baginda sakit buang-buang air.

K-Dengan ini, sikap kepimpinan ini membawa kepada kemajuan dan kemakmuran negara kerana sudah pasti akan bersama-sama berusaha utk memajukan negara.