PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR by aqilah

kemahiran mendengar berkembang melalui tiga peringkat utama. Peringkat awal melibatkan kebolehan mengenal bunyi bahasa, memahami perkataan dan ayat mudah, serta melaksanakan arahan ringkas. Seterusnya, pada peringkat pertengahan, pendengar mampu mengingati fakta dan butiran, memahami sebab dan akibat, serta mengenal sikap dan perasaan penutur. Akhir sekali, pada peringkat maju, pendengar dapat mengenal pasti isi penting, memahami intonasi dan tekanan bahasa, menyelesaikan masalah berdasarkan maklumat yang didengar serta membuat tafsiran yang lebih mendalam. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), perkembangan ini menunjukkan bahawa kemahiran mendengar bukan sahaja berkaitan dengan keupayaan menerima bunyi, tetapi juga melibatkan pemahaman, penilaian, dan tindak balas yang berkesan.

Kemahiran mendengar merupakan asas penting dalam komunikasi yang berkesan. Menurut tokoh tempatan, Siti Hajar Abdul Aziz (2011), kemahiran ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat awal, pertengahan, dan maju.

Pada peringkat awal, pendengar hanya perlu mengecam bunyi, mengajuk perkataan dan memahami arahan mudah seperti “angkat tangan” atau “berdiri”. Ini merupakan peringkat asas dalam membentuk kepekaan terhadap bahasa.

Seterusnya, peringkat pertengahan melibatkan pendengar mengenal fakta, memahami urutan cerita, serta mengesan sebab dan akibat sesuatu peristiwa. Pendengar juga dapat menjiwai emosi penutur dan memahami konteks sosial dalam komunikasi.

Akhir sekali, peringkat maju memerlukan pendengar membuat tafsiran terhadap intonasi, mengenal isi penting, dan membuat penilaian berdasarkan apa yang didengar. Pada tahap ini juga, pendengar boleh menyelesaikan masalah melalui maklumat yang diterima secara lisan.

Kesimpulannya, memahami peringkat kemahiran mendengar membantu kita menjadi pendengar yang lebih peka dan berkesan. Kemahiran ini penting bukan sahaja dalam pembelajaran, tetapi juga dalam kehidupan seharian.

Menurut ILA (1996) kemahiran mendengar merupakan satu proses menerima atau memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk mendengar sesuatu melibatkan yang proses minda atau pemikiran. Menurutnya lagi, terdapat dua cara komunikasi yang berkesan iaitu, bergantung kepada percakapan dan pendengaran

Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan. Kemahiran mendengar ini adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan.

Seseorang pelajar yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat memahami maksud serta boleh mentafsir apa sahaja yang didengar itu dengan tepat. Kemahiran ini juga dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa yang bertujuan untuk memungkinkan pelajar fasih bercakap dalam bahasa yang dipelajari itu.

Menurut Yahya Othman dalam buku ‘Pedagogi Bahasa’ pula menyatakan bahawa mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif terutama semasa belajar di sekolah rendah dan menengah seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai.

Menurut pandangan tokoh Abdul Aziz Abdul Talib (1993) melihat kemahiran mendengar sebagai asas penguasaan aspek bahasa lain seperti tatabahasa,perbendaharaan kata dan fonologi kerana ia merupakan proses penerimaan komunikasi yang menggalakkan penyerapan bahasa secara automatik.Beliau menekankan bahawa  kemahiran mendengar merupakan elemen penting dalam komunikasi lisan yang boleh menjadi penentu kejayaan atau kegagalan seseorang dalam kehidupan.

Pada pendapat saya, kemahiran mendengar merupakan salah satu kemahiran komunikasi yang paling penting dalam kehidupan seharian. Kemahiran ini amat penting dalam membina hubungan yang baik antara individu. Apabila seseorang benar-benar mendengar, ia menunjukkan rasa hormat dan kesediaan untuk memahami pandangan orang lain. Dalam dunia yang serba pantas ini, ramai yang lebih cenderung untuk bercakap daripada mendengar. Akibatnya, berlaku salah faham dan komunikasi menjadi tidak berkesan. Menurut Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir, Phd (2011:28) menyatakan

kemahiran mendengar adalah keupayaan manusia mendengar secara teliti,

memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan dan dapat

memberikan maklum balas.

Menurut pendapat tokoh Nik Safiah Karim, kemahiran mendengar dalam kurikulum bahasa melayu dihuraikan sebagai proses berperingkat iaitu mendengar dan mengecam bunyi, memahami makna, serta membuat tafsiran dan penilaian. Kemahiran mendengar menekankan aspek fonologi, semantik, dan pragmatic dalam mendengar.