AMILA SYAHIDA BINTI AZMI (02) by Amila Syahida

Etika dalam Penyelidikan
Dalam penulisan ilmiah terdapat etika-etika yang perlu dipatuhi oleh seseorang penulis sebelum menyiarkan hasil kerja mereka, begitu juga dengan penyelidikan. Ketika seseorang pengkaji melakukan penyelidikan, penyelidik tersebut perlu mematuhi etika-etika yang tertentu. Berdasarkan buku yang dirujuk iaitu Research Methods and Statictics : An Integrated Approach, karya Nancy Furlog at all., terdapat beberapa etika umum yang harus dipatuhi oleh seorang psikologis semasa melakukan penyelidikan. Antara etika-etika yang telah disenaraikan ialah:
1. Kecekapan : Seseorang penyelidik perlu melakukan penilaian yang teliti melalui pendidikan atau latihan dan perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi mereka yang bekerja dengannya (ahli/subjek).
2. Integriti: Seseorang penyelidik perlu bersikap adil, jujur dan menghormati orang lain. Penyelidik juga ditegah membuat kenyataan yang mengelirukan atau menipu mengenai risalah mereka.
3. Profesional & Tanggungjawab Saintifik: Penyelidik perlu memperjelaskan peranan dan tanggungjawab sejauh mungkin kepada ahli/subjek.
4. Menghornati hak dan Maruah: Penyelidik perlu menghormati hak untuk kepentingan, kerahsiaan, penentuan nasib sendiri dan autonomi. Penyelidik juga tidak boleh mengamalkan sikap diskriminasi dan bias terutama apabila berhadapan dengan faktor yang berbeza seperti seks, bangsa, agama, umur, kecacatan, bahasa, negara asal dan sosioekonomi.
5. Prihatin dengan Kebajikan Orang Lain: Apabila timbul konflik, penyelidik perlu cuba menyelesaikannya secara bertanggungjawab dan mengelakkan atau meminimumkan kemudaratan terhadap ahli/subjek.
6. Tanggungjawab Sosial: Memajukan kebajikan manusia dan sains psikologi. Selain itu, penyelidik juga perlu mengelakkan diri daripada penyalahgunaan kerja mereka.

Berikut merupakan enam etika umum yang digariskan dalam buku berkenaan, walau bagaimanapun penulis turut menyatakan tiga etika khusus yang perlu dipatuhi oleh penyelidik semasa melakukan penyelidikan dengan manusia. Antara tiga etika khusus tersebut ialah:
1. Risiko dan hak ahli untuk tidak diapa-apakan: Merupakan tanggungjawab penyelidik untuk memberi tahu risiko yang bakal dihadapi oleh subjek. Jika subjek bersedia menghadapi sebarang risiko sewaktu kajian dilakukan, subjek perlu menandatangani borang keizinan. Selain itu, keselamatan subjek merupakan keutamaan pengkaji. Pengkaji perlu memastikan bahawa subjek sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan tidak terancam.
2. Persetujuan Termaklum: Tanggungjawab penyelidik dengan memberi maklumat yang selengkapnya mengenai kajian yang ingin dilakukan berserta dengan risiko yang berkemungkinan, agar subjek lebih bersedia.
3. Kerahsiaan: Subjek mempunyai hak kerahsiaan mereka, penyelidik perlu melindungi hak kerahsiaan subjek dengan tidak menyebarkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan diri subjek seperti nama, dan tempat tinggal.
Berikut merupakan tiga etika khusus yang wajib dipatuhi oleh seorang psikologis sewaktu melakukan penyelidikan. Walau bagaimanapun, etika-etika di atas tidak terhad kepada ahli psikologi sahaja. Dalam apa-apa sahaja bidang sama ada bidang linguistik atau bidang-bidang lain, etika-etika yang telah dinyatakan di atas ialah etika yang perlu dipatuhi oleh setiap orang yang bergelar pengkaji. Etika di atas juga sangat berhubung kait dengan  penyelidikan kualitatif. Antara kaedah penyelidikan kualitatif ialah temu bual atau rakaman. Sewaktu pengkaji ingin melakukan temu bual atau rakaman bersama dengan subjek, pengkaji wajib meminta izin terlebih dahulu. Subjek perlu menandatangani borang keizinan yang disediakan sebagai bukti dan rujukan para pengkaji. Selain itu, kerahsiaan juga diperlukan dalam penyelidikan kualitatif. Melalui borang keizinan, maklumat mengenai kerahsiaan juga dinyatakan dalam borang tersebut. Subjek mendapat jaminan kerahsiaan melalui perjanjian bertulis dengan para pengkaji. Maka jelas bahawa etika-etika dalam penyelidikan mempunyai perkaitan dengan penyelidikan kualitatif.

Seterusnya, penulis juga merujuk satu artikel yang bertajuk Kajian Fonologi Dialek Kelantan di Rantau panjang. Antara kaedah penyelidikan yang digunakan ialah kaedah kualitatif iaitu kaedah temu bual.