Tulis perenggan yang membincangkan tentang pernyataan di bawah. by Ameerul Aswad

Saief sufi bin Mohd Johari - TESL 1

Dasawarsa ini kita telah melihat perkembangan teknologi yang berkembang semakin pesat saban tahun dalam pelbagai bidang. Antaranya dalam bidang pembelajaran terdapat pelbagai manfaat yang boleh diperolehi sekiranya kita menggunakan kemajuan teknologi itu dengan sebaiknya, dan akan membawa kesan buruk sekiranya disalahgunakan.

Berikutan peredaran zaman,murid-murid generasi Alpha dapat dilihat lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan digital berbanding kaedah pembelajaran tradisional. Hal ini disebabkan oleh kanak kanak seawal usia 3-5 tahun telah diberikan pendedahan terhadap teknologi terutamanya gadjet seperti telefon bimbit, tablet ataupun komputer riba. Oleh kerana mereka telah didedahkan sejak awal lagi, ia telah mengakibatkan ketagihan dan kebergantungan terhadap gadjet. Implikasinya, generasi ketika ini akan lebih memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan digital. Antara faktor lain yang menyebabkan berlaku hal ini adalah, ketika dunia dilanda oleh wabak Covid-19, murid murid tidak dapat menghadiri sesi pembelajaran secara bersemuka di sekolah dan terpaksa melaksanakan pembelajaran atas talian. Dengan bantuan aplikasi aplikasi seperti Google-meet,Zoom, Google classroom dan lain lain ia telah memudahkan guru-guru dan murid pada ketika itu. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan digital dilihat dapat menarik minat murid terutamanya generasi Alpha. Antara contoh kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan digital adalah kaedah gamifikasi. Guru menggunakan elemen permainan seperti lencana, mata ganjaran dan papan skor untuk menarik minat murid dan meningkatkan motivasi mereka. Selain itu menggunakan platform seperti Kahoot, Quizziz dan classcraft digunakan untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan.

Kesimpulannya, kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan digital yang lebih menarik dan interaktif telah menjadikan  murid-murid generasi Alpha lebih berminat untuk belajar.

Bok Xue Lin, Tesl 1

Dalam era teknologi ini, murid-murid generasi Alpha lebih berminat dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan digital. Hal ini dikatakan demikian kerana murid-murid tersebut membesar dalam era digital yang sentiasa berubah. Jadi, perkara ini telah menjadikan teknologi sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian mereka. Murid-murid generasi Alpha lebih berminat untuk menggunakan gajet seperti telefon pintar, tablet dan komputer riba dalam proses pembelajaran kerana gajet tersebut lebih interaktif. Selain itu, murid-murid tersebut lebih cepat memahami konsep digital dan lebih mahir dengan alat digital berbanding dengan generasi sebelumnya. Oleh itu, jelaslah bahawa pengajaran dan pembelajaran berasaskan digital sangat sesuai dengan keperluan dan gaya pembelajaran generasi Alpha.

EILEEN PEH POH GOI - TESL 1

Pada pendapat saya, murid-murid generasi Alpha memang lebih berminat dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan digital. Antara sebabnya termasuklah sejak kecil, mereka telah didedahkan kepada teknologi seperti gajet, internet, dan media sosial. Hal ini menjadikan mereka sudah biasa menggunakan telefon pintar, tablet, komputer, dan aplikasi. Mereja juga telah menjadikan teknologi sebahagian daripada kehidupan seharian mereka. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran berasaskan digital adalah cara yang terbaik bagi pembelajaran interaktif. Sebagai contoh, aplikasi pendidikan, video animasi, dan permainan atau gamifikasi lebih menarik minat murid-murid generasi Alpha berbanding buku teks semata-mata. Contoh dalam bilik darjah pula, Google Classroom, Kahoot, Quizizz, atau video pembelajaran interaktif YouTube lebih menarik perhatian mereka berbanding kaedah tradisional seperti nota bercetak. Seterusnya, pengajaran dan pembelajaran berasaskan digital dapat membantu murid-murid mengakses maklumat dengan cepat dan mudah. Mereka dapat mencari jawapan segera melalui internet. Akhir sekali, pengajaran dan pembelajaran berasaskan digital amat sesuai dengan gaya hidup murid-murid generasi Alpha. Hal ini dikatakan demikian kerana pembelajaran digital membolehkan fleksibiliti masa dan tempat. Jelaslah bahawa murid-murid generasi Alpha lebih berminat dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan digital disebabkan oleh kebiasaan mereka dan kecanggihan serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan digital.

Dalam era globalisasi ini, murid-murid generasi Alpha lebih berminat dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan digital. Hal ini adalah kerana mereka telah lahir dalam era teknologi yang serba canggih. Ini dapat menarik minat mereka dengan berkesan kerana mereka membesar dengan kemudahan digital seperti wujudnya telefon pintar sejak mereka kecil lagi. Penggunaan teknologi permainan video yang berasaskan pendidikan dan e-pembelajaran juga dapat meningkat motivasi mereka. Selain itu, pendekatan digital membolehkan pelajar mengakses bahan pembelajaran secara fleksibel. Oleh itu, tenaga pengajar perlu menerapkan gaya pembelajaran digital dengan lebih efektif.

Gursharan Kaur TESL 1

Pada zaman berteknologi abad ke-21 ini, murid-murid generasi Alpha lebih bermimat dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan digital bukan lagi bermimat membuat latihan tulisan dan pembacaam buku-buku juga pengajaran secara tradisional.

Oleh itu para pendidik perlu menjadi kreatif dan menggunakan kaedah penagajran yang sejajar dengan cara pembelajaran murid-murid generasi Alpha.

Antara kaedah-kaedah tersebut adalah penggunaan teknologi secara aktif. Guru-guru boleh menggunakan alat vantu digital seperti tablet, aplikasi pendidikan, kuiz interaktif seperti Kahoot Quizziz dan papan pintar. Selain itu, guru juga boleh menjadikam pembelajaran tradisional menjadi gamifikasi pembelajaran iaitu sebuah permainan untuk memupuk saingan sihat antara murid-murid seperti Brain Pop, Monster Math dan Khan Academy Kids.

Guru-guru jugak boleh menggunakan berikan murid-murid peluang untuk memilih cara mereka belajar seperti memberikan murid-murid peluang untuk membentangkan slaid perbincangan tentang topik pembelajaran ataupun video perbincangan tentang apa yang mereka dapat pelajari daripada kelas pembelajaran yang telah dilaksanakan.

Bukan itu sahaja malah kaedah ini jugak membawa faedahnya tersendiri. Antara faedah tersebut adalah kaedah ini dapat meningkatkan minat dan penglibatan. Hal ini demikian kerana, alatan digital seperti interaktif, animasi dan kuiz dalam talian dapat menarik minat murid untuk masa lama tanpa rasa bosan. Selain itu,  kaedah pengajaran dan pembelajaran ini juga dapat meningkatkan kefahaman murid melalui visual Dan interaktif dengan menggunakan digital boleh visualisasi konsep yang sukar difahami seperti topik Sains atau matematik.

Penagajran san pembelajaran digital bukan sekdar mengikuti trend terkini, tetapi satu cara untuk mendidik generasi Alpha yang hidup dalam dunia berasaskan digital.

MUHAMMAD AMMAR HAASIF_TESL1

Murid-murid generasi Alpha lebih berminat dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan digital kerana mereka telah lahir dan membesar dalam era yang serba serbi teknologi.Oleh itu, mereka lebih mudah memahami bahan bahan yang disampaikan melalui media interaktif seperti video, animasi, dan aplikasi Pendidikan berbanding kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan buku teks dan ceramah kerana bagi mereka perkara ini lebih menyeronokkan dan mudah untuk difahami.Selain itu, penggunaan teknologi membolehkan mereka belajar secara kendiri mengikut kadar kemampuan masing-masing serta memberi peluang untuk mereka berkolaborasi melalui platform dalam talian.Dengan ini,kaedah ini akan meningkatkan motivasi murid, malah menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan dan sesuai dengan kehidupan seharian mereka.

SOONG DER SHU TESL 1:

Murid-murid generasi Alpha ialah generasi yang lahir seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Mereka lebih berminat dengan pengajaran dan pembelajaran berasaskan digital. Hal ini terjadi kerana mereka telah terdedah kepada peranti pintar, internet serta media sosial sejak kecil lagi. Perkara ini menjadikan mereka lebih mesra teknologi berbanding dengan generasi terdahulu. Dalam konteks pendidikan, pendekatan digital seperti penggunaan aplikasi pembelajaran, video interaktif, kuiz dalam talian serta platform e-pembelajaran mampu menarik perhatian murid dengan lebih berkesan berbanding dengan kaedah tradisional seperti syarahan atau hafalan semata-mata. Kaedah ini bukan sahaja meningkatkan minat dan motivasi murid, malah membolehkan mereka belajar secara kendiri mengikut kadar pemahaman masing-masing. Tambahan pula, pembelajaran digital menyediakan akses yang luas kepada maklumat global di samping membolehkan murid mengembangkan pengetahuan mereka. Namun begitu, penggunaan teknologi ini juga memerlukan kawalan dan bimbingan agar tidak disalahgunakan untuk tujuan hiburan semata-mata sehingga menjejaskan prestasi akademik.

LEOW YONG EN (TESL 1)

Sejak kebelakangan ini, pengajaran dan pembelajaran berasaskan digital bukan perkara yang tidak biasa dalam kalangan murid, terutamanya generasi Alpha. Hal ini dikatakan demikian, kerana generasi Alpha merupakan murid-murid yang lahir selepas tahun 2010 dan mereka membesar dalam masa yang teknologi semakin canggih. Perkara tersebut menunjukkan kebanyakan generasi Alpha terdedah kepada teknologi sejak kecil. Oleh itu, mereka lebih berminat dalam pengajaran dan pembelajaran berasakan digital. Terutamanya pada masa PKP iaitu masa semua sekolah ditutup dan kelas dijalankan sepenuhnya secara dalam talian. Semasa tempoh tersebut, setiap guru menggunakan aplikasi seperti Google Meet, Google Classroom dan Quizizz untuk melaksanakan pengajaran, manakala murid-murid menggunakan telefon pintar dan komputer riba sebagai alat pembelajaran. Keadaan ini menjadikan mereka telah terbiasa dan lebih bergantung pada alat digital untuk belajar. Pembelajaran digital bukan sahaja interaktif dan menarik, tetapi juga dapat membantu dalam pembangunan kemahiran digital setiap murid. Kesimpulannya, pembelajaran digital lebih diminati oleh generasi Alpha berbanding dengan kaedah tradisional yang hanya mengandungi buku teks dengan suara guru di kelas.

SARAH KHADIJAH

Murid-murid generasi alpha iaitu kanak-kanak yang lahir sekitar tahun 2010 hingga 2020-an cenderung meminati pembelajaran berasaskan digital lebih dari cara yang tradisional seperti menggunakan buku, papan putih kerana mereka telah dibesarkan dalam era teknologi. Sejak kecik mereka telah didedahkan dengan gajet, internet dan hal ini menjadikan proses pembelajaran mereka melalui digital terasa semulajadi.Kandungan aplikasi yang disampaikan dalam bentuk visual , audio dan permainan lebih menarik minat mereka berbanding teks dan menulis semata-mata. Unsur permainan ang diselitkan dalam aplikasi menambah otivasi mereka untuk terus bermain sehingga mendapat skor tertinggi. Oleh itu, cadangan saya untuk menarik murid murid generas alpha belajar adalah dengn mewujudkan suasana yang ceria , bermain permaina seperti “ice breaking” sebelum meulakan kelas supaya mereka lebih bersemangat untuk belajar.

RABIATUL ADAWIAH (TESL1)

Murid – murid generasi alpha lebih berminat dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan digital kerana mereka lahir dalam zaman teknologi yang kian berkembang maju. Oleh itu, sejak kecil lagi , kanak-kanak dari golongan alpha sudah tededah dengan teknologi sejak kecil lagi. Berbeza dengan gen-gen yang sebelumnya , dimana kita merasai kemajuan ini secara perlahan-lahan mengikut arus perkembangan teknologi dari awal tahun 20-an hingga sekarang. Jadi kaedah klasik yang biasanya digunakan oleh guru untuk mengajar seperti membaca tidak akan berkesan kepada mereka kerana cepat bosan. Namun sebaliknya , apabila cikgu menggunakan pendekatan digital seperti melakukan quiz atas talian , mereka menjadi lebih tertarik dan lebih bersemangat untuk belajar. Kesimpulannya, guru perlu lebih aktif dan lebih kreatif untuk menggabungkan elemen teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran terhadap murid-murid mengikut minat dan peredaran zaman.

ANG LI WEN (TESL 1)

Pada era globalisasi ini, murid-murid generasi Alpha lebih berminat dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan digital. Hal ini dikatakan demikian kerana generasi Alpha merupakan generasi yang terdiri daripada anak-anak yang dilahirkan setelah tahun 2010, generasi Alpha sangat erat dengan dunia teknologi dan digital, mereka hidup berdampingan dengan teknologi digital seperti telefon pintar dan komputer. Mereka sangat responsif terhadap informasi digital yang digunakan secara visual dan auditori yang menarik dan mudah diakses. Generasi Alpha menyukai dan menikmati bahan pembelajaran berasaskan teknologi yang inovatif dan kreatif yang memberikan mereka pengalaman belajar serta menunjukan respon positif terhadap isinya. Contoh media pembelajaran berasaskan teknologi yang tersedia di era moden ini ialah animasi, gamifikasi edukasi, Google Classroom, media audio serta Realiti Maya. Selain itu, generasi alpha juga menyukai pembelajaran yang bukan hanya pemberian bahan, tetapi juga keterlibatan mereka dalam pembelajaran tersebut. Penggunaan pelbagai teknologi akan membolehkan generasi Alpha tertarik untuk belajar dan melibatkan diri mereka semasa proses pembelajaran berlangsung. Sebagai contoh, ketika generasi Alpha sedang belajar mengenai nama-nama planet yang ada di muka bumi, mereka akan tertarik jika bahan yang  disampaikan menggunakan video pembelajaran seperti animasi atau 3D, mereka akan belajar mengenai

planet-planet yang ada di luar angkasa secara langsung melalui animasi, mereka dapat melihat seperti jenis-jenis planet tersebut dan bagaimana planet-planet tersebut berputar dan bergerak di luar angkasa. Dengan demikian, mereka akan mempunyai sifat ingin tahu kerana bahan yang disampaikan sangat kreatif dan unik. Mereka dapat menggunakan kreativiti mereka sendiri dalam proses pembelajaran dengan memanfaatkan teknologi digital. Selain itu, guru juga boleh mengajarkan murid-murid cara mencari dan memperoleh maklumat dengan memanfatkan aplikasi edukasi untuk belajar. Dengan bimbingan yang tepat, generasi Alpha bukan sahaja menggunakan teknologi digital sebagai alat bantu pembelajaran tetapi juga sebagai alat untuk mengembangkan keterampilan, kreativiti dan watak mereka.

NURFARISHA NAJWA BINTI MOHD NIZA

Pada era modenisasi ini,murid-murid generasi Alpha lebih terdedah dengan teknologi.Disebabkan itu, murid-murid generasi Alpha lebih berminat dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan digital.Hal ini berikutan mereka dilahirkan pada zaman dimana teknologi berkembang secara pesat.Mereka sangat mahir menggunakan teknologi yang menjadi salah satu punca mereka lebih berminat untuk terlibat dalam pembelajaran yang menggunakan teknologi digital.Kaedah pembelajaran yang hanya menggunakan bahan pembelajaran seperti buku teks kurang menarik perhatian mereka jadi penggunaan teknologi digital menjadi peluang kepada guru untuk menarik minat anak-anak generasi Alpha untuk belajar.Selain daripada menarik minat mereka,penggunaan teknologi digital juga mampu memudahkan kerja guru sekali gus menjimatkan penggunaan bahan yang bercetak menggunakan kertas.Antara aktiviti pembelajaran yang boleh dilakukan menggunakan teknologi digital ialah kuiz secara dalam talian,membuat video berunsurkan pembelajaran dan pencarian maklumat secara dalam talian. Kesimpulannya,guru perlu menggunakan peluang yang ada bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan responsif dengan menggunakan pendekatan melibatkan digital yang semestinya menjadi kepakaran generasi Alpha.

NUR ADRIANA HANI BINTI ZAIDI (TESL 1)

Dalam meniti arus kemodenan ini, murid-murid generasi Alpha lebih menunjukkan minat mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran berasaskan digital.Hal ini dikatakan demikian kerana generasi mereka dibesarkan dengan pendedahan yang luas terhadap gajet yang serba maju seperti telefon pintar dan tablet. Oleh itu, penggunaan digital dalam bilik darjah sebagai medium pendidikan dilihat lebih dekat dengan jiwa mereka.Melalui pembelajaran digital,murid dapat belajar melalui bermain kuiz interaktif and menggunakan aplikasi pendidikan yang akan memastikan proses pembelajaran lebih menarik.Selain itu,pembelajaran digital turut membantu murid menguasai kemahiran teknologi sejak awal supaya boleh digunakan pada masa akan datang.Pada masa yang sama, kaedah ini juga dapat memudahkan kerja seorang guru dalam proses pembelajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana pembelajaran berasaskan digital membantu dalam menjimatkan masa dan tenaga terutamanya apabila  latihan, atau kuiz boleh dibuat secara atas talian melalui aplikasi seperti Google Classroom. Kesimpulannya, penggunaan teknologi dalam pembelajaran memberi banyak faedah kepada murid dan guru. Ia bukan sahaja menjadikan proses belajar lebih menyeronokkan, malah membantu melahirkan generasi yang mahir menggunakan teknologi pada masa depan.

ADRYANA IZZATI (TESL 1)

Pada era globalisasi ini, murid-murid generasi Alpha lebih berminat dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan digital kerana mereka telah diberikan pendedahan awal terhadap gadget dan teknologi.Hal ini dikatakan demikian kerana sejak mereka kecil lagi, persekitaran mereka telah dipenuhi dengan pelbagai jenis gadget dan teknologi seperti tablet, telefon pintar, media sosial dan internet berkelajuan tinggi.Kaedah pembelajaran melalui digital menjadikan proses pembelajaran semakin menyeronokkan berbanding pembelajaran tradisional.Oleh hal yang demikian kerana pembelajaran digital sesuai dengan sifat generasi Alpha yang cenderung cepat bosan dengan pembelajaran tradisional.Seterusnya, pembelajaran digital sesuai dengan gaya hidup mereka yang menggunakan gadget sebagai medium hiburan dan berhubung dengan rakan-rakan mereka.Belajar secara digital juga membolehkan mereka belajar di mana sahaja dan bila-bila masa, tanpa terikat sepenuhnya pada jadual kelas.Kesimpulannya, pendidikan haruslah selaras dengan peredaran masa dan zaman agar murid-murid dapat menambah ilmu pengetahuan dengan lebih luas.Selain itu, guru-guru juga perlu lebih cakna dan kreatif untuk mendidik murid-murid yang dekelilingi teknologi yang semakin canggih.

MUHAMMAD HARIS BIN MAMAT (TESL 1)

Pada era globalisasi ini, murid-murid generasi Alpha lebih berminat dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan digital. Hal ini dikatakan demikian kerana murid-murid generasi Alpha lebih sering menggunakan teknologi dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, mereka lebih selesa membaca dan mencari maklumat atau ilmu di internet berbanding membaca buku. Hal ini kerana mencari maklumat di internet lebih menjimatkan masa berbanding mencari maklumat di buku. Kesannya, para guru perlu menyesuaikan diri dan mengajar dalam kaedah yang sesuai dengan keperluan dan cara belajar murid-murid generasi kini. Oleh itu, jelaslah bahawa murid-murid generasi Alpha lebih berminat dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan digital.