FOLIO KPS3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN by

TOPIK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
Sosiologi dapat didefinisikan sebagai kajian tentang kumpulan dan interaksi kumpulan, masyarakat dan interaksi sosial, dari kumpulan kecil dan peribadi kepada kumpulan yang sangat besar (Openstax, 2017). Manakala menurut Schaefer (2017), sosiologi juga bermaksud kajian ilmiah tentang tingkah laku sosial dan kumpulan manusia. Ia memberi tumpuan kepada hubungan sosial, bagaimana hubungan tersebut mempengaruhi tingkah laku manusia, dan bagaimana masyarakat berkembang dan berubah. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa sosiologi merupakan bentuk tingkah laku dan interaksi manusia dalam kumpulan manusia. Berdasarkan topik yang telah saya pelajari, terdapat tiga teori utama dalam sosiologi iaitu  teori fungsionalisme, teori  konflik, dan teori interaksi simbolik.

Teori fungsionalisme dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857). Dalam teori fungsionalisme, Auguste Comte (1798-1857) menekankan konsep persefahaman ahli masyarakat untuk mencapai keharmonian dan kestabilan. Hal ini demikian kerana, masyarakat dianggap seperti tubuh badan yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri.

Teori konflik dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883). Konflik dalam masyarakat menyumbang kepada perubahan sosial. Konflik menjadi asas kepada pembentukan masyarakat terdiri daripada faktor-faktor ekonomi seperti tanah, modal, industri, dan perdagangan. Konflik bukan disebabkan oleh faktor ekonomi semata-mata tetapi mungkin disebabkan agar dipandang tinggi oleh masyarakat dalam erti kata lainnya mendapat pengiktirafan daripada masyarakat.

Teori interaksi simbolik dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931). Teori ini mengkaji makna yang muncul dari interaksi timbal balik individu dalam persekitaran sosial dengan individu lain. Teori interaksi sosial ini menumpukan kepada persoalan "simbol dan makna yang mana muncul daripada interaksi antara manusia?"

Sudah terang lagi bersuluh, setiap teori utama dalam sosiologi yang dikembangkan oleh setiap tokoh tersebut sangat berkait rapat dengan perkembangan pendidikan dunia sehinggalah masa kini. Teori-teori tersebut adalah berkait rapat dengan interaksi sosial yang mana interaksi sosial tersebut mempunyai peranan yang sangat penting dalam bidang pendidikan.

Rujukan

Amir Hasan Dawi, 2006, Penteorian Sosiologi & Pendidikan Edisi Ketiga, Quantum Books: Tg. Malim.

Maksum, A. (2016). Sosiologi pendidikan. Malang: Madani.v

Mohd. Salleh Lebar, 1998, Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah & Pendidikan.

Kamus Dewan Edisi Baru, 1993, DBP: Kuala Lumpur.

Raho, B. (2016). Sosiologi.

TOPIK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN
Interaksi dan pembelajaran dapat dijelaskan melalui interaksi dalam bilik darjah. Secara umumnya, interaksi merujuk kepada saling tindakan yang berlaku antara sekurang-kurangnya dua pihak. Dalam pembelajaran, pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan guru atau rakan yang lain semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) supaya mereka dapat mengalami sendiri proses pembelajaran. Menurut Shahabuddin et, al, (2007), terdapat beberapa jenis interaksi bilik darjah iaitu interaksi sehala, dua hala, kumpulan, antara kumpulan, dan sosial.

Interaksi sehala dalam pembelajaran interaksi berpusatkan guru di mana tiada interaksi antara murid. Interaksi ini disifatkan sebagai interaksi pembelajaran yang bercorak pasif. Dalam interaksi ini, pendekatan dan strategi pengajaran yang dilaksanakan ialah strategi pengajaran berpusatkan guru. Sebagai contohnya, guru mengajar dengan memberi arahan kepada pelajar, memberi tunjuk ajar, bercerita dan menunjukkan demonstrasi.

Interaksi dua hala pula merujuk kepada interaksi aktif di antara guru dan murid. Interaksi ini merupakan interaksi yang jelas menunjukkan hubungan yang mesra antara guru dan murid. Dalam interaksi ini, penglibatan murid amat digalakkan.  Dalam interaksi ini, pendekatan dan strategi pengajaran yang dilaksanakan ialah  aktiviti perbincangan, aktiviti soal jawab, dan kaedah individu.

Dalam interaksi kumpulan pula, interaksi ini melibatkan interaksi antara murid dan murid dalam kumpulan yang sama. Interaksi ini berlaku apabila terdapat aktiviti kumpulan. Dalam interaksi ini, pendekatan dan strategi pengajaran yang dilaksanakan ialah kaedah projek, bermain, dan lakonan bertujuan untuk menggalakkan penyertaan aktif pelajar kerja berkumpulan diwujudkan supaya pelajar dapat berinteraksi. Guru hanya menjadi pemudahcara atau fasilitator interaksi guru dengan murid sehala memupuk nilai positif mampu menjana idea yang berkualiti daripada pelajar yang takut atau malu berpeluang berinteraksi dengan rakan.

Seterusnya,     interaksi antara kumpulan. Interaksi antara kumpulan merupakan antara interaksi berkesan untuk melatih kemahiran komunikasi pelajar. Dalam interaksi antara kumpulan, pelajar dapat membentangkan hasil perbincangan daripada kumpulan mereka dengan ahli kumpulan yang lain. Pelajar juga dapat saling mengemukakan pendapat masing-masing terhadap hasil pembentangan kumpulan mereka dan kumpulan lain.

Sebagai rumusan, interaksi merupakan salah satu kunci utama dalam keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam kelas. Antara interaksi yang penting ialah, interaksi antara pelajar dan guru, dan juga interaksi antara pelajar dengan pelajar. Tuntasnya, dengan adanya interaksi yang berkesan antara pelajar dengan guru dan antara pelajar dengan pelajar, proses pengajaran dan pembelajaran guru akan menjadi lebih mudah.

Rujukan

Anggraini, I. S. (2016). Motivasi belajar dan faktor-faktor yang berpengaruh: sebuah kajian pada interaksi pembelajaran mahasiswa. Premiere Educandum: Jurnal Pendidikan Dasar dan Pembelajaran, 1(02).

Irwan Shah Bin Mohd Ghanny (2013). Kajian tentang poal interaksi pelajar serta aktiviti pembelajaran berkesan dalam persekitaran pembelajaran atas talian bagi mata pelajaran Fizik. Universiti Teknologi Malaysia.http://eprints.utm.my/id/eprint/41658/5/IrwanShahMohdGhannyMFP2013.pdf

TOPIK 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN
Pengurusan didefinisikan sebagai proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984). Pengurusan bilik darjah pula merujuk kepada tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran aktif, dan meningkatkan motivasi kendiri murid (Burden, 2003). Pembelajaran pula didefinisikan sebagai proses di mana pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal (Woolfolk 1995). Menurut Bigge (1982), pembelajaran ialah perubahan sistematik dalam tingkah laku atau penyusunan tingkah laku yang berlaku hasil dari pengalaman dalam situasi yang tertentu.

Berdasarkan topik yang telah dipelajari kepentingan pengurusan dapat dilihat daripada kepentingan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Antara komponen penting dalam domain pengurusan bilik darjah ialah susunan persekitaran fizikal, pengurusan tingkah laku pelajar, suasana bilik darjah yang selamat, pengurusan proses pengajaran, dan interaksi dengan stakeholder. Tahap pengurusan kukurikulum bilik darjah dapat mencapai tiga tahapan berbeza iaitu perancangan, implementasi dan penilaian. Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan membawa kepada pengurusan sekolah yang baik dan berkesan. Pengurusan sekolah ialah suatu bentuk organisasi yang unik. Hal ini kerana, sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia. Pengurusan sekolah yang baik adalah berkait dengan pembangunan diri manusia. Manusia adalah modal insan atau aset utama sesebuah negara.

Prinsip pembelajaran terdiri daripada kesediaan belajar bagi pelajar, maksimumkan pengalaman pelbagai deria,  latihan, suasana pembelajaran yang kondusif, penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti pembelajaran, persediaan awal, unsur dorongan seperti motivasi. Kesemua prinsip pembelajaran ini dijadikan panduan dalam melaksanakan strategi pengurusan pembelajaran yang dibahagikan mengikut pembelajaran yang berpusatkan guru, berpusatkan pelajar, dan berpusatkan bahan. Dalam pembelajaran berpusatkan guru, pembelajaran ini biasanya proses PdP didominasi oleh guru. Sebagai contohnya, guru mengarah pemikiran dan penglibatan pelajar seperti kuliah, penghafalan, menyalin nota, membuat latihan serta soalan-soalan yang diberi oleh guru. Dalam pembelajaran berpusatkan pelajar pula, pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya. Dalam pembelajaran ini kebiasannya murid digalakkan untuk melibatkan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru. Pengajaran pula selalunya  dijalankan secara individu atau kumpulan-kumpulan.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar, iaitu kematangan fizikal, kemampuan untuk mengekalkan perhatian, dorongan dalam bentuk motivasi yang diterima, sosial dan persekitaran seperti faktor persekitaran keluarga dan tahap kewangan keluarga, dan pengalaman.  Kesemua faktor ini akan memberi kesan terhadap potensi dan tahap pembelajaran seseorang pelajar. Sebagai contohnya, sekiranya pelajar memiliki persekitaran keluarga ataupun pengalaman yang kurang baik, perkara sebegini tidak mustahil akan menjejaskan tahap pencapaian dan pembelajaran pelajar.

Sebagai kesimpulannya, pengurusan dan pembelajaran adalah saling berkait rapat terhadap satu sama lain. Pengurusan yang baik akan menghasilkan suasana pembelajaran yang baik dan berkesan bagi seseorang pelajar dan dalam masa yang sama akan memudahkan guru untuk melaksanakan proses pengajaran dengan berkesan. Oleh yang demikian, guru perlulah melaksanakan pengurusan yang cemerlang untuk menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN
Asyikin. (March 29, 2013). Kajian pengurusan dan pembelajaran pelajar. Slideshare. 1-33. https://rb.gy/6jffah.

James Ang Jit Eng. (2014). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi mewujudkan komuniti pembelajaran berkesan. Batu Caves: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. https://rb.gy/fee7pp.

Norulhuda Ahmad. (2014). Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Slideshare. 1-3. https://rb.gy/qmr7sl.

TOPIK 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI
Kepimpinan didefinisikan sebagai satu proses mempengaruhi aktiviti kumpulan dalam usaha menetapkan dan seterusnya mencapai matlamat organisasi (Stogdill, 1950). Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki, (2010) pula kepimpinan ialah proses mempengaruhi kegiatan kumpulan ke arah pencapaian sesuatu hasil yang telah dirancang. Organisasi pula dapat didefiniskan sebagai sekumpulan individu yang bekerja bersama‐sama ke arah mencapai matlamat yang sama. Dalam organisasi juga, wujud himpunan individu (dua atau lebih) yang menjalankan tugas tersendiri mengikut unit kerja, yang diselaraskan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan. Satu unit sosial manusia yang bekerjasama dan saling bergantungan antara satu sama lain bagi mencapai matlamat setiap manusia itu dan organisasinya. Dalam topik ini, kita telah mempelajari tentang struktur organisasi di sekolah dan gaya kepimpinan dan kepimpinan guru.

Organisasi merupakan satu unit sosial manusia yang bekerjasama dan saling bergantungan antara satu sama lain bagi mencapai matlamat setiap manusia itu dan organisasinya. Secara umumnya, ciri-ciri organisasi ialah mempunyai identiti tersendiri, mempunyai struktur organisasi atau pembahagian kerja, mempunyai hierarki atau tingkat autoriti, mempunyai peraturan, dasar, prosedur dan sistem hubungan bagi menjalankan aktiviti organisasi. Dalam struktur organisasi di sekolah, kepimpinan utama terdiri daripada Pengetua sebagai pemimpin dalam sesebuah sekolah. Seterusnya, Penolong Kanan Pentadbiran yang bertugas untuk memantau dan menguruskan bidang kurikulum, pentadbiran am, pusat sumber, peperiksaan, dan pengkomputeran. Seterusnya, Pen. Kanan Hal Ehwal Murid yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal berkaitan dengan Unit Hal Ehwal Murid seperti disiplin, kesihatan dan kebajikan murid dan Bimbingan dan Kaunseling, Seterusnya Penolong Kanan Kokurikulum yang bertanggungjawab dalam urusan pembangunan kokurikulum seperti menjaga hal ehwal badan beruniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan, koperasi, dan RIMUP.

Gaya kepimpinan yang biasanya diamalkan di sekolah ialah seperti autokratik, demokratik, laizzez-faire, dan kontingensi. Bagi gaya kepimpinan autoraktik, gaya kepimpinan ini merupakan pentadbiran berhierarki yang mengamalkan komunikasi satu hala di mana pemimpin autokratik akan menjalankan kawalan yang ketat dan kurang mempercayai orang lain. Bagi kepimpinan sekolah dengan gaya autokratik ini Penentuan dasar, pelaksanaan pentadbiran, dan aktiviti -aktiviti adalah mengikut keputusan pengetua. Namun demikian, jika ada guru yang mencadangkan pandangan berbeza ia selalu diketepikan. Dalam konteks bilik darjah, guru hanya memberi arahan dan menentukan segala aktiviti pdpc. Kesannya, kepimpinan bersifat autoraktik akan melahirkan mereka yang patuh dan mungkin tidak menggalakkan perkembangan idea. Seterusnya, bagi gaya kepimpinan bersifat demoktratik pengetua berbincang, menerima dan memberi pandangan. keputusan dicapai menerusi persetujuan majority yang Menggalakkan percambahan minda apabila guru -guru diberi peluang memberikan idea. Kesannya, Guru -guru akan berasa lebih dihargai apabila pandangan mereka diambil perhatian sekaligus membawa kepada proses membuat keputusan menjadi lebih cepat dan lebih baik . Gaya kepimpinan ini sesuai diamalkan di dalam bilik darjah. Hal ini kerana,  gaya kepimpinan ini sesuai sesuai dengan persekitaran yang mempunyai ahli yang terpelajar dan tidak berasa malu untuk menyumbangkan pendapat untuk menggalakkan perkembangan idea dan potensi pelajar.  Seterusnya, bagi gaya kepimpinan laizzez-faire , pemimpin banyak memberikan kebebasan, mempunyai kurang unsur-unsur kawalan, kurang memberikan pandangan dan kurang mengambil bahagian dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti.  Namun demikian, gaya kepimpinan ini selalunya terdapat pihak bawahan/orang diamanahkan mengambil kesempatan daripada kebebasan diberi.  Gaya kepimpinan ini sesuai diaplikasikan  sesuai diaplikasikan kepada murid yang mempunyai kawalan diri, berinisiatif, dan rajin belajar di mana peranan guru hanya sebagai pemudahcara sahaja.  Seterusnya,  bagi gaya kepimpinan kontingensi , gaya kepimpinan kontingensi ini merupakan   gaya kepimpinan  yang mengikut keperluan atau mengikut keadaan yang wujud iaitu dengan Mengikut keperluan atau mengikut keadaan yang wujud. Gaya kepimpinan  ini mempunyai kaitan dengan faktor-faktor persekitaran, teknologi, orang-orang terlibat, dan sebagainya.

Dalam topik ini juga, kita akan mempelajari berkaitan kepimpinan yang terbahagi kepada kepimpinan pengajaran dan kepimpinan bilik darjah. Dalam kepimpinan pengajaran, pemimpin pengajaran berkait dengan pengurusan pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran profesion perguruan dan juga perkembangan pelajar. Kepimpinan pengajaran melibatkan tindakan oleh pengetua atau pihak-pihak yang diamanahkan untuk menggalakkan pertumbuhan pembelajaran murid-murid. Kepimpinan pengajaran memerlukan pihak pentadbiran utama sekolah untuk merangka matlamat sekolah dan menjelaskan matlamat tersebut kepada komuniti sekolah yang terdiri daripada guru, pelajar, ibu bapa dan sebagainya. Pihak kepimpinan utama dalam pengajaran sekolah bertanggungjawab dalam memantau kemajuan pelajar dengan keputusan peperiksaan untuk menilai proses kemajuan dala pembelajaran setiap pelajar. Pihak kepimpinan utama dalam pengajaran juga menggalakkan peningkatan profesional dengan menggalakkan guru menyertai kursus dalam perkhidmatan dan memberi insentif pengajaran kepada guru dan pembelajaran kepada murid. Seterusnya, dalam aspek kepimpinan bilik darjah, kepimpinan bilik darjah merujuk kepada keupayaan untuk menyampaikan visi kepada murid-murid dan meyakinkan mereka supaya mengikut visi tersebut. Guru-guru perlulah berkeupayaan untuk menilai hasil kerja pelajar, memahami tingkah laku dan aspirasi mereka, dan memahami bagaimana guru dan pelajar bersama-sama membentuk sistem di bilik darjah. Seterusnya, guru juga akan berkeupayaan mencungkil potensi pelajar sekaligus mencipta persekitaran pembelajaran menggalakkan pelajar untuk belajar.

Sebagai kesimpulan, sesebuah organisasi memerlukan kepimpinan cemerlang yang dapat memimpin organisasi ke arah matlamat yang hendak dicapai. Hal ini kerana, tanpa adanya kepimpinan yang baik dan cemerlang, adalah mustahil bagi sesebuah organisasi dalam mencapai matlamatnya. Namun demikian, dalam tampuk kepimpinan sesebuah organisasi, setiap ahli dalam organisasi tanpa mengira tahapan dan pangkat perlulah bersama-sama dan berganding bahu dalam menggembleng usaha membawa organisasi dalam mencapai matlamat utamanya. Begitu juga dengan kepimpinan sekolah agar dapat melahirkan insan yang cemerlang dan seimbang dari segenap aspek seterusnya mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

RUJUKAN

Analogy, C. (2018, Nov 11). Pengurusan Pembelajaran-Pengurusan Murid. Diperoleh  daripada: http://pengurusanpembelajaran13a.blogspot.com/2018/11/pengurusan-murid.html

Fahan. (2018, Nov 25). Tajuk 5: Pengurusan Murid. Diperoleh  daripada:

http://fahannn.blogspot.com/2018/11/tajuk-5-pengurusan-murid.html

Fatin,N. (2018, Dec 6). Pengurusan Murid/Pelajar. Diperoleh  daripada: https://fatinlilyana.wordpress.com/2018/12/06/tajuk-5-pengurusan-murid-pelajar/

Nuha Jr. (2014). Organisasi & kepimpinan. Slidedhare. 1-45. https://rb.gy/ypu0sa.

Premaselvi Veeraiah. (2014). Kepimpinan. Slideshare. 5-7. https://rb.gy/reylxe.

TOPIK 5: PENGURUSAN MURID
Pengurusan murid merupakan salah satu elemen penting dalam usaha untuk membina sekolah cemerlang yang mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dan setara dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Menurut Azman B. Hj Adnan (Institut Aminuddin Baki) dalam Kursus Pengurusan dan Kepimpinan menyatakan bahawa berlandaskan konsep asas pengurusan, pengurusan murid merupakan satu proses mengendalikan sama ada manusia atau fizikal dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif pada tahap yang memuaskan.  Pengurusan murid dapat dibahagikan kepada pengurusan rekod murid, tahap kesediaan belajar dalam diri pelajar, dan motivasi pelajar.

Dalam aspek pengurusan rekod murid, mengurus rekod murid merupakan satu bidang pengurusan yang bertanggungjawab untuk menjaga, bersistematik mengawal penciptaan, penerimaan, penggunaan dan ciri rekod termasuklah proses menjaga dan memelihara bukti dan maklumat murid ke dalam bentuk rekod. Pengurusan rekod murid adalah bertujuan untuk menyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek perkembangan potensi. Selain itu, sebagai panduan kepada ibu bapa untuk memahami kemajuan dan kebolehan anak mereka dan menjadi panduan kepada pelajar untuk mengetahui potensi diri masing-masing. Terdapat beberapa aplikasi yang digunakan oleh guru iaitu

APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM). Menyimpan dan mengemaskini segala maklumat murid.

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS) Menyimpan, mengumpul dan menganalisis data keputusan peperiksaan murid.

SISTEM SAHSIAH DIRI MURID (SSDM). Pangkalan data pengurusan disiplin murid.

Dari aspek kesediaan belajar murid. Kesediaan belajar murid terbahagi kepada

I.          KESEDIAAN KOGNITIF - Kesediaan mental untuk memahami dan juga berfikir

II.           KESEDIAAN AFEKTIF - Sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilai untuk menerima pelajaran disampaikan

III.          KESEDIAAN PSIKOMOTOR - Penguasaan kemahiran fizikal merangkumi fungsi anggota dan pengawalan, penyelarasan dan penggerakan tubuh.

Motivasi merujuk kepada tingkah laku untuk mencapai keinginan dalam diri. Motivasi Akan memberi rangsangan yang menuntut gerak balas untuk mencapai tujuan yang ingin dicapai. Motivasi terdiri daripada motivasi intrinsik iaitu suatu bentuk motivasi dalaman dan eksntrinsik iaitu suatu bentuk motivasi luaran.

Sebagai rumusan, pengurusan murid merupakan salah satu aspek pengurusan yang perlu dititikberatkan dan perlu dilaksanakan dengan baik. Hal ini kerana, pengurusan murid yang baik akan lebih memudahkan guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dengan baik. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pengurusan murid yang sistematik akan lebih memudahkan guru untuk melaksanakan tugasan sebagai seorang guru terutamanya dalam melahirkan pelajar yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

RUJUKAN

Afzan, M.A. (2018, Mac 20). Konsep Pengurusan Bilik Darjah. Diperoleh daripada: https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/03/konsep-pengurusan-bilik-darjah.html.

Ainaqila98. (2018, Disember 16). Nota Pengurusan dan Pembelajaran Murid (KPS 3014). Dimuat turun daripada http://notakps3014.blogspot.com/2018/12/bab-7-pengurusan-sumber.html.

Alwi, K. (2008, Apr 30). Pengurusan Bilik Darjah. Diperoleh daripada: http://profblogs.blogspot.com/2008/04/pengurusan-bilik-darjah-by-khairi-hj.html

Ezat,C. (2020, Jan 5). Pengurusan Bilik Darjah. Diperoleh daripada: http://muhamadaizat.blogspot.com/p/pengurusan-bilik-darjah.html

Mohammad Fauzi. (2008, Januari 7). Pengurusan: Definisi, Sejarah dan Konsep Siri 1. Dimuat turun daripada https://uniprof.wordpress.com/2008/01/07/pengurusan-definisi-sejarah-dan-konsep-siri-1/.

Shockgadof. (2011, Julai 2). Kemahiran Akses Sumber Pembelajaran. Dimuat turun daripada https://www.slideshare.net/shockgadof/k-e-m-a-23-h.

Sindykhor. (2018, December 17). Tajuk 6: Pengurusan Sumber. Dimuat turun daripada https://sindykhor.blogspot.com/2018/12/tajuk-6-pengurusan-sumber.html.

TOPIK 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH
Pengurusan bilik darjah melibatkan proses penyusunan fizikal, galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Tujuan pengurusan bilik darjah ialah untuk memudah cara atau mengendalikan pembelajaran murid di dalam kelas. Bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran.

Daripada aspek penyusunan fizikal salah satu elemen penting dalam penyususnan saiz fizikal ialah saiz bilik darjah. Hal ini kerana, saiz bilik darjah menjamin keselesaan murid. Sebagai contohnya, bilik darjah yang tepat ialah bilik darjah yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dan menjalankan aktiviti.

Seterusnya, pengurusan bilik darjah daripada aspek galakan komunikasi dan interaksi antar murid adalah ialah melalui pengajaran berkumpulan. Jenis kumpulan adalah mengikut kebolehan, pelbagai kebolehan, dan mengikut minat.

i.          KUMPULAN MENGIKUT KEBOLEHAN

Terdiri daripada pelajar yang memiliki potensi dan kebolehan yang sama dalam satu kumpulan.

ii.          KUMPULAN PELBAGAI KEBOLEHAN

Ahli kumpulan adalah dibentuk berdasarkan kepada minat pelajar. Contohnya,  dalam mata pelajaran pendidikan seni dan muzik.

iii.          KUMPULAN MENGIKUT MINAT PENGAJARAN INDIVIDU

Kumpulan adalah berdasarkan perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan, bakat, cita-cita, dan minat yang dimiliki oleh setiap murid. Setiap murid berhak mendapat peluang perkembangan sesuai mengikut kecenderungan mereka secara menyeluruh. Oleh yang demikian, murid akan menguasai kemahiran mengikut tahap kebolehan mereka.

iv.          PENGAJARAN INDIVIDU

Murid dapat menguasai sesuatu kemahiran mengikut kebolehan masing-masing khususnya, apabila mendapat panduan khusus daripada guru. Kemahiran pelajar untuk berfikir secara kritis dan membuat keputusan sendiri dapat diperkembangkan. Selain itu, keyakinan diri dan motivasi untuk belajar bagi setiap pelajar dapat dibangkitkan.

Di samping itu, pengajaran individu merupakan salah satu elemen penting untuk memudahkan pencapaian tujuan pengurusan bilik darjah yang baik iaitu untuk memudah cara atau mengendalikan pembelajaran murid di dalam kelas. Pengajaran individu mebolehkan pelajar untuk dapat menguasai sesuatu kemahiran mengikut kebolehan masing-masing, mendapat panduan khusus daripada guru, memperkembang kemahiran berfikir dan bertindak dengan sendiri, dan meningkatkan keyakinan diri murid dan motivasi untuk belajar.

Sebagai rumusan, pengurusan bilik darjah perlulah dititikberatkan bagi memastikan objektif pembelajaran dalam bilik darjah dapat dicapai. Hal ini kerana, pengurusan bilik darjah merupakan salah satu elemen penting dalam merangsang dan menggalakkan minat pelajar untuk menuntut ilmu di sekolah daripada aspek persekitaran fizikal.

RUJUKAN

Indah. (2009, Januari 16). Mewujudkan Iklim Bilik Darjah yang Kondusif. Dimuat turun daripada http://impreschoolteacha.blogspot.com/2009/01/mewujudkan-iklim-bilik-darjah-yang.html.

Mas Min. (2017, Januari 2). 20 Pengertian Strategi Menurut Pendapat Para Ahli Terlengkap. Dimuat turun daripada https://www.pelajaran.co.id/2017/02/pengertian-strategi-menurut-pendapat-para-ahli-terlengkap.html.

Nurul Ain Shahira Binti Rosman. (2018, Disember 8). Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran (bilik darjah/makmal/studio/dll). Dimuat turun daripada http://missminarmy.blogspot.com/2018/12/kps3014-bab-8-strategi-mengurus-bilik_8.html.

Zurainah Lokman. (2011, Oktober 22). Pengurusan Bilik Darjah LINUS. Dimuat turun daripada https://www.slideshare.net/cikguzazazue/pengurusan-bilik-darjah-linus.

TOPIK 7: PENGURUSAN SUMBER PEMBELAJARAN
Sumber pembelajaran merujuk kepada teks, video, perisian, dan bahan-bahan lain yang membantu pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran. Namun demikian, kesesuaian penggunaan sumber pembelajaran perlulah difokuskan kepada pelajar berdasarkan kepada kepakaran dan penilaian profesional guru. Menurut Ikhsan dan Norilla (2006), sumber pengajaran merujuk kepada bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang perlu digunakan oleh guru bagi menggerakkan proses PdP yang ditetapkan. Pemilihan sumber pembelajaran yang berkesan perlulah difokuskan kepada pelajar berdasarkan kepada kepakaran dan penilaian profesional guru.

Jenis-jenis sumber pembelajaran adalah terdiri daripada sumber asas iaitu  papan tulis, buku teks, dan guru sendiri sebagai model. Seterusnya, sumber pembelajaran terdiri daripada sumber bukan elektronik iaitu model, patung, gambar, lukisan, carta, gambar rajah, graf, poster, kartun, dan lain-lain. Selain itu, sumber elektronik yang terdiri daripada slaid, radio, televisyen, video, projektor, pembesar suara, dan lain-lain. Sumber pembelajaran juga terdiri daripada sumber pengalaman iaitu lakonan, lawatan, projek, pameran, dan bahan alam sekitar. Sumber pembelajaran yang dipilih haruslah menepati kriteria berikut iaitu bersesuaian dengan tujuan pembelajaran, mengikut kesesuaian guru dan pelajar, menjimatkan masa, dan mempelbagaikan aktiviti dan kegiatan yang dapat memberi keseronokan kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Cara penggunaan sumber pelajaran ialah sumber pembelajaran yang digunakan haruslah sesuai dengan dengan pengajaran dan pembelajaran yang hendak dilaksanakan oleh guru agar dapat mencapai objektif pembelajaran. Guru hendaklah merancang penggunaan sumber pembelajaran dengan sebaiknya bagi mengelakkan pembaziran sumber pembelajaran. Guru perlulah membantu dan memimpin pelajar menggunakan sumber pembelajaran dengan cara yang tepat dan berkesan agar mencapai matlamat pembelajaran yang diharapkan

Pusat sumber sekolah merupakan perkhidmatan yang memberikan pelbagai sumber ilmiah kepada pelajar. Pusat sumber sekolah menyediakan koleksi bahan yang lengkap dan sesuai dengan arus perkembangan pendidikan. Pusat sumber sekolah adalah bertujuan untuk memupuk minat membaca dan membentuk pelajar yang berdikari dan mampu belajar sendiri melalui sumber-sumber ilmiah. Pusat sumber dan memupuk kemahiran penyelidikan, penyiasatan, dan kemahiran untuk mencari maklumat dalam kalangan pelajar.

Sebagai rumusan, sumber pembelajaran perlulah diuruskan dengan baik agar fungsi dan kegunaannya dapat dimanfaatkan oleh semua pihak terutamanya pelajar dengan lebih jitu. Setiap sumber pembelajaran juga perlulah dipilih dengan baik agar bersesuaian dengan fungsi dan tujuannya agar dapat memudahkan proses pembelajaran bagi setiap pelajar di sekolah. Tuntasnya, sumber pembelajaran yang diuruskan dengan baik, akan menjadi sumber pembelajaran yang bermanfaaat kepada semua pihak terutamanya pelajar, guru dan pihak sekolah.

RUJUKAN

Afzan, M.A. (2018, Mac 20). Konsep Pengurusan Bilik Darjah. Diperoleh daripada: https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/03/konsep-pengurusan-bilik-darjah.html.

Ainaqila98. (2018, Disember 16). Nota Pengurusan dan Pembelajaran Murid (KPS 3014). Dimuat turun daripada http://notakps3014.blogspot.com/2018/12/bab-7-pengurusan-sumber.html.

Alwi, K. (2008, Apr 30). Pengurusan Bilik Darjah. Diperoleh daripada: http://profblogs.blogspot.com/2008/04/pengurusan-bilik-darjah-by-khairi-hj.html

Ezat,C. (2020, Jan 5). Pengurusan Bilik Darjah. Diperoleh daripada: http://muhamadaizat.blogspot.com/p/pengurusan-bilik-darjah.html

Mohammad Fauzi. (2008, Januari 7). Pengurusan: Definisi, Sejarah dan Konsep Siri 1. Dimuat turun daripada https://uniprof.wordpress.com/2008/01/07/pengurusan-definisi-sejarah-dan-konsep-siri-1/.

Shockgadof. (2011, Julai 2). Kemahiran Akses Sumber Pembelajaran. Dimuat turun daripada https://www.slideshare.net/shockgadof/k-e-m-a-23-h.

Sindykhor. (2018, December 17). Tajuk 6: Pengurusan Sumber. Dimuat turun daripada https://sindykhor.blogspot.com/2018/12/tajuk-6-pengurusan-sumber.html.

TOPIK 8: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN
Menurut Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, pengurusan bilik darjah bermaksud kemahiran guru menggunakan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan menguruskan tingkah laku pelajar dalam menyediakan suatu iklim pembelajaran yang sesuai. Strategi pengurusan bilik pembelajaran yang berkesan dapat dihubungkaitkan dengan tiga aspek penting iaitu unsur fizikal bilik darjah, interaksi dalam bilik darjah dan pengurusan iklim pembelajaran positif.

Daripada aspek unsur fizikal bilik darjah, elemen yang perlu dititikberatkan ialah penyusunan bilik darjah dan pengurusan bilik darjah, Penyusunan bilik darjah adalah melibatkan susun atur setiap alatan dan bahan berkait dengan pembelajaran seperti meja dan kerusi pelajar, meja guru, kesesuaian kedudukan meja pelajar dengan papan hitam atau putih dan sebagainya. Bagi tempat duduk pelajar, tempat duduk pelajar perlulah mengambil kira keadaan di mana kedudukan pelajar tidak boleh diubah suai terutamanya semasa proses PdP. Hal ini, bagi menggelakkan berlakunya kekeliruan dalam kalangan pelajar mahupun guru sendiri sewaktu pelaksanaan proses PdP. Seterusnya, bagi kedudukan meja guru pula meja guru biasanya terletak di bahagian hadapan kelas. Hal ini kerana, guru harus berada di sekitar meja pelajar bagi memudahkan guru untuk membantu pelajar dalam proses pembelajaran. Daripada aspek pengurusan bilik darjah pula pengurusaan bilik darjah adalah berkait rapat dengan kegiatan rutin bilik darjah, faedah rutin bilik darjah, penyimpanan rekod dan klasifikasi sumber pembelajaran.

Seterusnya, dari aspek interaksi dalam bilik darjah pula interaksi dalam bilik darjah ialah jenis interaksi bercorak lisan yang terdiri daripada interaksi sehala atau tradisional, interaksi dua hala antara guru dan murid, interaksi dua hala antara murid dan murid, interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid, dan interaksi berkomputer. Pembentukan interaksi ini dipengaruhi oleh faktor seperti kedudukan meja dan kerusi dan tiga jenis susunan meja dan kerusi iaitu susunan Tradisi, susunan Horse Shoe dan susunan Madula. Dalam pembentukan interaksi bilik darjah juga, keadaan emosi bilik darjah seperti suara guru yang jelas dan sikap guru yang positif turut mempengaruhi interaksi dalam bilik darjah. Kawalan dan gaya kepimpinan yang sesuai digunakan di dalam kelas ialah Gaya Demokratik yang selalunya diterapkan melalui interaksi dua hala. Pembentukan interaksi dalam bilik darjah dapat dilaksanakan melalui kaedah seperti Penggunaan kaedah kumpulan yang dapat menggalakkan pelajar berfikir, merancang, melaksana dan menilai kerja dengan semangat gotong-royong. Selain itu, guru perlulah memperbanyakkan pengajaran berbentuk amali daripada berbentuk teori agar semua pelajar boleh terlibat dan bergerak balas secara cergas dalam aktiviti pembelajaran. Seterusnya, guru perlulah menggunakan kaedah pengajaran yang boleh menghidupkan suasana pembelajaran iaitu melalui perbincangan, soal jawab, sosiodrama, permainan dan sebagainya.

Daripada aspek pengurusan iklim pembelajaran positif pula ialah suasana bilik darjah yang kondusif penting bagi mewujudkan proses PdP yang berkesan di mana suasana ini terbahagi kepada tiga iaitu  suasana fizikal, suasana sosial dan suasana emosi. Susunan fizikal bilik darjah adalah melibatkan unsur fizikal bilik darjah yang menggalakkan atau menghalang proses PdP. Dalam penentuan suasana fizikal guru lah yang memainkan peranan penting iaitu dalam mengornisasi atau merancang terutamanya dalam penggunaan ABM, APD, kerusi, meja, papan tulis dan sebagainya semasa proses PdP. Daripada aspek suasana sosial pula, guru mengkaji melalui pemerhatian biasa dan teknik sosiometri iaitu teknik untuk mencari dan menunjukkan perhubungan individu dengan pelajar. Daripada aspek suasana emosi pula terdiri daripada gabungan daripada berbagai-bagai perkara iaitu suara, kawalan, kemesraan, kelucuan, stail, penggunaan pujian, kepimpinan dan kaedah mengajar dan sikap dan ekspektasi dilik darjah yang lebih penting berbanding suasana fizikal dan sosial.

Sebagai rumusan, strategi pengurusan bilik darjah yang melibatkan ketiga aspek penting seperti unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah perlulah dilaksanakan dengan sebaiknya. Hal ini, bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat disesuaikan dengan matlamat dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan. Tuntasnya, guru memiliki peranan penting dalam mengelolakan strategi pengurusan bilik darjah.

RUJUKAN

Nurul Ain Shahira Binti Rosman. (2018, Disember 8). Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran (bilik darjah/makmal/studio/dll). Dimuat turun daripada http://missminarmy.blogspot.com/2018/12/kps3014-bab-8-strategi-mengurus-bilik_8.html.

Zurainah Lokman. (2011, Oktober 22). Pengurusan Bilik Darjah LINUS. Dimuat turun daripada https://www.slideshare.net/cikguzazazue/pengurusan-bilik-darjah-linus.

TOPIK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN
Secara umumnya, disiplin merujuk kepada peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik. Menurut Foucault (1977), disiplin merujuk kepada suatu bentuk pengawasan dan membiasakan amalan-amalan yang dikehendaki. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, tingkah laku didefinisikan sebagai kelakuan atau gerak-geri. Menurut Kamus Dewan (2003), tingkah laku devian didefinisikan sebagai perlakuan yang menyimpang atau melencong. Terdapat beberapa jenis devian iaitu Inovasi (innovation) Ritual (Ritualism) Undur (retreatism) Menentang (rebelliation).

Devian Inovasi merupakan individu yang mencapai matlamat diingini dengan cara yang salah. Sebagai contohnya, pelajar yang ingin mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaan tetapi tidak berupaya menjawab soalan yang dikemukakan akan cuba mendapatkan markah yang tinggi dengan melakukan kecurangan akademik seperti meniru, mencuri kertas soalan dan sebagainya.

Devian Ritual merupakan individu yang melakukan tindakan mengulang-ulang suatu perbuatan apabila menyedari bahawa mereka tidak dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Sebagai contohnya, pelajar yang selalu kecewa akan mengulang-ulang tingkah laku yang sama.

Devian Undur ialah individu yang tidak lagi mempunyai minat terhadap matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan. Sebagai contohnya, pelajar yang sudah kecewa dengan pelajaran misalnya akan melakukan ponteng sekolah.

Devian Menentang ialah individu yang menolak matlamat persekolahan malahan menggantikannya dengan matlamat lain yang dapat memenuhi kehendak mereka. Sebagai contohnya dengan melibatkan diri dengan kegiatan gengsterism.

Sebagai langkah untuk mengatasi salah laku disiplin dalam kalangan pelajar, pelbagai pekeliling yang berkaitan hukuman tegas terhadap pelajar yang terlibat dalam salah laku disiplin telah dikeluarkan. Antaranya ialah

a)     SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.10/2001:

“….MASALAH DISIPLIN MENDAPAT PERHATIAN JEMAAH MENTERI DAN MENYARANKAN SUPAYA BILANGAN GURU DISIPLIN DITAMBAH DI SEKOLAH-SEKOLAH.” “….SEMUA GURU HENDAKLAH BERFUNGSI SEBAGAI GURU DISIPLIN DAN BERPERANAN MEMBIMBING MURID-MURID…”

b)     SURAT PEK.IKHTISAS BIL: 7/200: KUASA GURU MEROTAN MURID

Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran adalah DILARANG. Tindakan sedemikian akan menjatuhkan maruah dan kesan negatif terhadap keperibadian seorang murid.

Sebagai kesimpulan, sebagai seorang pendidik, guru bukan sahaja berperanan untuk mengajarkan mata pelajaran kepada pelajar. Tetapi, guru juga mempunyai peranan penting dalam membimbing pelajar di jalan kebaikan. Guru perlulah sentiasa memberi perhatian kepada perkembangan pelajar dari segenap aspek terutamanya dari aspek sahsiah dan tingkah laku agar pelajar tidak akan terlibat dalam sebarang gejala disiplin.

RUJUKAN

9 pengurusan disiplin. (2018, December 18). Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/Asyikin4996/9-pengurusan-disiplin

Mengurus Disiplin Pelajar. (2005).  Diperoleh daripada  https://books.google.com.my/books/about/Mengurus_Disiplin_Pelajar.html?id=uA69_8skr04C&redir_esc=y

Pekeliling & PERATURAN - Portal Pejabat Pendidikan Daerah Penampang. (n.d.). Diperoleh daripada  https://sites.google.com/site/etugasanpng/pekelilin

TOPIK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
Guru memiliki peranan yang penting bagi setiap pelajar kerana peranan guru bukanah sekadar mengajarkan mata pelajaran di dalam kelas. Setiap guru memiliki peranan penting terutamanya dalam memberi nasihat kepada murid. Namun demikian, bagaimanakah pengurusan penasihatan murid dapat dilaksanakan? Pengurusan penasihatan murid terbahagi kepada bimbingan, mentoring dan penasihatan.

Bimbingan.

Menurut Shertzer & Stone (1971), bimbingan merujuk kepada satu proses menolong individu untuk memahami diri dan alam sekelilingnya. Bimbingan didefinisikan sebagai proses yang profesional dan bersistematik yang bertujuan untuk menolong individu melalui pendidikan (Mathewson 1962). Secara umumnya, bimbingan bukanlah kegiatan yang dilakukan secara kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa. Sebaliknya, bimbingan  ialah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan. Bimbingan merupakan suatu proses yang bertujuan untuk membantu individu atau kumpulan. Istimewanya, bimbingan bukanlah suatu paksaan kepada seseorang itu untuk mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya. Biasanya, bimbingan diberikan kepada individu yang memerlukan bantuan untuk memecahkan permasalahan yang dihadapinya.

Penasihatan.

Menurut Zuraidah (1994), memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna (Gibson & Mitchell 1999). Penasihatan adalah berfokus kepada permasalahan yang dihadapi oleh sesseorang individu berbanding dengan menumpukan kepada diri individu yang bermasalah. Penasihatan adalah berbentuk arahan atau suruhan daripada individu yang dianggap lebih berautoriti atau pun lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan kepada seorang lain. Tindakan memberi nasihat dilihat sebagai sebuah strategi yang paling cepat untuk mengatasi sesuatu konflik atau permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.

Mentoring.

Mentoring mengambarkan wujudnya perhubungan berterusan antara individu (mentor) dengan individu atau sekumpulan individu (mentee) bertujuan meningkatkan tahap professionalisme mantee. Menurut Fleecher (2000), mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar (mantee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus dan mengarahkan. Proses mentoring adalah dilaksanakan dengan menjalin perhubungan, seterusnya merundingkan persetujuan/perjanjian, seterusnya perkembangan professional mantee, dan menamatkan perhubungan.

Sebagai kesimpulan, pengurusan penasihatan murid merupakan salah satu aspek dalam pengurusan sekolah yang perlu dititikberatkan. Sebagai seorang guru, guru yang baik ialah guru yang sentiasa memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar agar sentiasa berada di landasan yang lurus. Oleh itu, guru perlulah sentiada memberikan nasihat dan bimbingan kepada pelajar.

Rujukan

Intrapersonal & interpersonal Utk Remaja - Edisi Kemas Kini. (2006). Diperoleh daripada https://books.google.com.my/books?id=Leq3UTKzTMIC&pg=PA158&lpg=PA158&dq=bimbingan+kaunseling+mentoring&source=bl&ots=wZcf2C0321&sig=ACfU3U0tiN9xgczSX_tvIRGhcDZWzTu0qg&hl=zhCN&sa=X&ved=2ahUKEwiyv7ad2LLqAhVR4HMBHfi_BIAQ6AEwAnoECAgQAQ#v=onepage&q=bimbingan%20kaunseling%20mentoring&f=false

Mengurus khidmat bimbingan & kaunseling sekolah. (2007). Diperoleh daripada https://books.google.com.my/books?id=ZrUNX2ikArQC&pg=PA199&lpg=PA199&dq=bimbingan+kaunseling+mentoring&source=bl&ots=WxS4h9j_qy&sig=ACfU3U2MRvsK5_M5g8WUxzxYPsNUMhsLog&hl=zh-CN&sa=X&ved=2ahUKEwiyv7ad2LLqAhVR4HMBHfi_BIAQ6AEwAXoECAsQAQ#v=onepage&q=bimbingan%20kaunseling%20mentoring&f=false

TOPIK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Menurut Amir (2002), budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya. Budaya adalah proses sosial di mana budaya dan struktur sosial adalah saling berkaitan (Bourdieu 1990). Definisi pelbagai budaya pula ialah sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.

Berdasarkan topik ini terdapat beberapa teori sosial pendidikan pelbagai budaya iaitu Melting Pot 1: Anglo Conformity, Melting Pot II: Ethnic Synthesis, dan Cultural Pluralism (Mosaic Analogy). Bagi teori Melting Pot 1: Anglo Conformity, masyarakat yang terdiri daripada individu dengan pelbagai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya harus disatukan dalam satu wadah yang paling dominan. Teori ini melihat individu dalam masyarakat secara hierarki, iaitu kumpulan majoriti dan minoriti. Sebagai contoh, apabila kumpulan majoriti adalah penganut agama A, maka kumpulan minoriti hendaklah mengikut agama golongan majoriti. Teori ini jelas tidak berpegang kepada prinsip demokrasi. Seterusnya, bagi teori Melting Pot II: Ethnic Synthesis, setiap individu dalam suatu masyarakat dengan pelbagai latar belakang, disatukan dalam satu wadah, dan seterusnya membentuk wadah baru, dengan memasukkan sebahagian unsur budaya yang dimiliki oleh setiap individu dalam masyarakat tersebut. Identiti agama, etnik, bahasa, dan budaya asli anggota masyarakat yang pelbagai ini akan membentuk satu identiti yang baru, lamakelamaan akan hilanglah identiti yang asal. Teori ini tidak sepenuhnya demokratik, kerana hanya mengambil sebahagian unsur budaya asli individu dalam masyarakat, dan membuang sebahagian unsur budaya yang lain. Manakala bagi Cultural Pluralism (Mosaic Analogy) pula, masyarakat yang terdiri daripada individu dari pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya tersendiri, memiliki hak untuk mengekspresikan identiti budaya mereka secara demokratik. Teori ini sama sekali tidak meminggirkan identiti budaya tertentu, termasuk identiti budaya kelompok minoriti.

Pelbagai dasar pendidikan yang menegaskan prinsip pelbagai telah pun dijadikan dasar dalam sistem pendidikan di negara kita. Antaranya ialah  Laporan Barnes (1951), Laporan Fen- Wu (1951) dan Ordinan Pendidikan 1952. Hal ini, adalah bertujuan untuk menyatukan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum di bawah satu bumbung pendidikan yang berteraskan pelbagai budaya. Matlamat utamanya adalah untuk mengurangkan jurang sosial antara kaum. Bagi membina sebuah negara Malaysia berbilang kaum yang aman dan harmoni, perpaduan yang erat haruslah dicapai. Perpaduan tersebut dapat dicapai melalui penyatuan pelbagai budaya melalui sistem pendidikan pelbagai budaya di bawah satu bumbung. Hal ini, justeru akan mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di sekolah khususnya, para pelajar, guru-guru, ibu bapa pelajar, dan warga sekolah.

Dalam dimensi pendidikan pelbagai budaya, antara strategi efektif yang dapat dilaksanakan ialah

Content integration = mengintegrasikan berbagai budaya dan kelompok untuk mengilustrasikan konsep asas, generalisasi dan teori dalam mata pelajaran disiplin ilmu.

The knowledge construction process = membawa pelajar untuk memahami implikasi budaya ke dalam sebuah mata pelajaran.

An equity pedagogy = menyesuaikan kaedah pengajaran dengan cara belajar para pelajar dalam rangka membimbing prestasi akademik pelajar yang pelbagai baik dari segi ras, budaya ataupun sosial

Prejudice reduction = mengenal pasti kriteria dan ciri-ciri budaya pelajar dan menentukan kaedah pengajaran yang sesuai untuk mereka. Ini adalah bagi mengurangkan perasaan prejudis terhadap budaya kaum lain.

An empowering school Culture and Social Structure = melatih kelompok untuk menyertai dalam kegiatan olahraga, berinteraksi dengan seluruh staf dan pelajar yang berbeza etnik dan ras dalam membentuk dan memperkasakan budaya sekolah dan struktur masyarakat.

Dalam pengajaran pendidikan pelbagai budaya, pengajaran yang dilakukan haruslah fleksibel dan disesuaikan mengikut suasana pembelajaran dan kesesuaian pelajar. Hal ini kerana, bagi membolehkan proses pembelajaran yang menyatukan pelbagai budaya dapat dilaksanakan dengan harmoni.

Kesimpulannya, pelaksanaan pendekatan pendidikan pelbagai budaya haruslah disesuaikan dengan suasana pembelajaran dan keperluan pelajar. Sebagai seorang pendidik, guru juga perlulah sentiasa bersikap jujur dan menghargai alternatif budaya daripada aspek bahasa, kepercayaan, nilai dan tingkah laku. Kepelbagain budaya dan adat resam di Malaysia telah pun menjadi kebanggan di negara kita yang berbilang bangsa. Keharmonian bukan sahaja dapat dilihat sewaktu di dalam sekolah tetapi juga dapat dilihat dalam kalangan masyarakat di luar sekolah. Sekolah yang merupakan rumah pendidikan memiliki tanggungjawab untuk terus menyemai semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda.

RUJUKAN

Kamus Dewan. (2005). Kepelbagaian budaya. Edisi keempat. Muka surat 102.

https://docplayer.info/67422697-Kepelbagaian-budaya-menurut-kamus-dewan-2005-edisi-keempat-muka-surat-102-kepelbagaian-ialah-perihal-berbagai-bagai-jenis-kepelbagaian-merangkumi.html

Sabri Salleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. (1996). Pendidikan Inklusif. Jurnal.
https://www.coursehero.com/file/37958273/pendidikaninklusif-130509204343-phpapp01pdf/

TOPIK 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
Pengurusan pelbagai upaya merupakan topik yang membincangkan tentang pengurusan keupayaan pelajar yang berbeza-beza sama ada dari segi gaya pembelajaran mahupun bentuk kecerdasan semulajadi yang dimiliki oleh pelajar. Pengurusan pelbagai upaya bagi setiap pelajar adalah penting bagi memastikan setiap pelajar tidak akan ketinggalan dalam pembelajaran.

Di Malaysia, terdapat suatu program pendidikan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah di bawah KPM iaitu program pemulihan. Program ini merupakan program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas iaitu membaca, menulis, dan mengira yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus. Murid pemulihan merupakan “Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas ini disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”. Program ini dapat dilihat sebagai usaha kerajaan dalam memastikan setiap kanak-kanak tidak akan ketinggalan dalam pendidikan ilmu pengetahuan.

Secara umumnya, setiap pelajar memiliki gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran tersebut biasanya terdiri daripada gaya pembelajaran visual, auditori, dan kinestetik. Pelajar dengan gaya pembelajaran visual ini biasanya cenderung untuk belajar dengan melihat teks berbentuk perkataan ataupun ayat dalam buku, papan putih atau komputer. Pelajar dengan gaya pembelajaran ini biasanya lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan teks. Seterusnya, bagi pelajar dengan gaya pembelajaran auditori pula, belajar dengan mendengar perkataan ataupun ayat yang disebut dan juga arahan lisan. Pelajar dengan gaya pembelajaran auditori ini biasanya dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru. Selain itu, bagi pelajar dengan gaya pembelajaran kinestetik pula biasanya belajar melalui pengalaman menerusi penglibatan aktif dalam aktiviti di kelas. Pelajar dengan gaya pembelajaran kinestetik dapat mengingati sesuatu dengan baik dan berkesan apabila melakukan aktiviti secara “hands-on” ataupun melibatkan pergerakan fizikal.

Dalam teori kecerdasan pelbagai yang diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983 yang menyatakan bahawa kecerdasan bukanlah diwarisi semata-mata tetapi turut dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan dan suasana pembelajaran. Beliau telah memperkenalkan 9 Teori Kecerdasan iaitu Kecerdasan Logik-Matematik, Kecerdasan Verbal-Linguistik, Kecerdasan Muzik, Kecerdasan Kinestetik Badan, Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan Intrapersonal, Kecerdasan Ruang Visual, Kecerdasan Naturalis, dan Kecerdasan Eksistensialis. Kesemua jenis kecerdasan ini ditentukan berdasarkan kebolehan dan potensi seseorang individu daripada aspek kecenderungan dan tingkah laku semula jadi.  Setiap individu sewajarnya menceburi bidang ilmu bersesuaian dengan potensi, minat dan kecenderungan mereka. Hal ini demikian, bagi mencungkil kebolehan dan potensi semula jadi yang ada pada diri sendiri. Kesannya, potensi dan kebolehan seseorang individu dapat dikembangkan bersesuaian dengan potensi dan bakat mereka.

Kesimpulannya, setiap individu memiliki hak untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan. Setiap individu juga memiliki bakat dan potensinya sendiri dalam sesuatu bidang. Oleh yang demkian, jelaslah bahawa setiap bidang ilmu memiliki kecerdasan dan kepakarannya yang tersendiri. Individu yang sedar akan jenis kecerdasan yang dimilikinya wajarlah berusaha untuk mengembangkan bakat dan potensi mereka dalam bidang tersebut dalam usaha untuk mengembangkan potensi diri secara menyeluruh.

RUJUKAN

Nur Fatin Liyana. (2018). Pengurusan Murid Pelbagai Upaya. Diperoleh daripada https://fatinlilyana.wordpress.com/2018/12/06/tajuk-tugasan-pengurusan-murid-pelbagai-upaya

TOPIK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
Hubungan sekolah dan masyarakat adalah melibatkan Interaksi sekolah yang berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah. Dalam bentuk jalinan tiga dimensi interaksi antara sekolah ini melibatkan pentadbir, murid, guru, ibu bapa, penjaga dan komuniti.

Faktor-faktor dalaman sekolah iaitu gaya kepimpinan, peranan guru, dan bentuk interaksi merupakan faktor-faktor dalaman yang saling berhubungan dan mempengaruhi sahsiah dan pencapaian murid. Faktor-faktor luar sekolah dan dalaman sekolah yang saling berhubungkait pula iaitu gender, kelas sosial, dan etnik pula mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru merupakan persatuan yang diwujudkan di setiap sekolah  dan dianggotai oleh guru-guru, ibu bapa, dan penjaga yang mempunyai anak-anak di sekolah berkenaan. PIBG sekolah berfungsi untuk menyokong perkembangan murid melalui sumber kewangan dan saluran komunikasi dan hubungan. Selain itu, PIBG juga berfungsi untuk menjaga kebajikan murid iaitu dengan meningkatkan kemudahan sekolah, menjayakan pelbaai aktiviti dan program dan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif melalui pembiayaan yang diasalurkan daripada yuran PIBG.

Hubungan sekolah dengan persekitaran dapat dibahagikan kepada dua iaitu persekitaran fizikal dan persekitaran sosial. Dari aspek persekitaran fizikal, hubungan persekitaran fizikal dengan sekolah adalah melibatkan hubungan seklah dengan prasarana yang terdapat di sekolah seperti bangunan dan kemudahan yang disediakan di sekolah. Persekitaran sosial pula adalah melibatkan hubungan sosia di antara warga sekolah sesame warga sekolah mahupun warga sekolah dengan masyarakat bukan warga sekolah. Sebagai contohnya, hubungan guru dengan murid, hubungan murid dengan masyarakat, hubungan guru dengan ibu bapa, dan sebagainya.

Kesimpulannya, hubungan sekolah dengan persekitaran adalah sangat berkait rapat antara satu sama lain apabila kita melihat dari perspektif pencapaian sekolah tersebut dan hubungkaitnya dengan faktor luaran dan faktor dalaman sekolah. Persekitaran fizikal dan persekitaran sosial sangat mempengaruhi pencapaian sesebuah sekolah sama ada dari aspek kokurikulum mahupun akademik. Oleh yang demikian, setiap sekolah haruslah sentiasa menguruskan persekitarannya dengan baik.

RUJUKAN

Ahmed, T. (2019). The Relationship between School and Society. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/TasneemKhokhar/the-relationship-between-school-and-society-schools-as-social-agents-and-social-critics

Akta Pendidikan 1996. (1997). Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Diperoleh daripada http://docplayer.info/48289894-Akta-pendidikan-1996-akta-550.html

Asyikin. (2018). Bab 13 Sekolah dan Persekitaran. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/Asyikin4996/bab-13-sekolah-dan-persekitaran

International Bureau of Education. (2020). The Psychosocial Environment. Diperoleh daripada http://www.ibe.unesco.org/en/geqaf/annexes/technical-notes/psychosocial-environment

Lynch, M. (2016).  Focus on These Four Areas to Create a Classroom Environment Conducive to Learning. Diperoleh daripada https://www.theedadvocate.org/focus-four-areas-create-classroom-environment-conducive-learning/

Siti Amirah. (2018). Sekolah dan Persekitaran. Diperoleh daripada http://kpspengurusanpembelajaran.blogspot.com/2018/11/sekolah-dan-persekitaran.html

TOPIK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas. Tujuan pengajaran ialah untuk menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu kepada pelajar. Corak pengajaran banyak berubah mengikut perkembangan semasa. Pengajaran (guru) pemindahan ilmu pembelajaran (pelajar). Matlamat pengajaran ialah bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia. Keberkesanan pengajaran dinilai berdasarkan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai melalui proses pengajaran yang dilaksanakan. Oleh itu, proses pengajaran hendaklah dirancang dengan baik seterusnya dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Objektif yang perlu dicapai adalah terbahagi kepada dua iaitu objektif implist, dan objektif eksplisit. Objektif Pengajaran OBJEKTIF IMPLISIT (UMUM/AM) merupakan objektif yang perlu dihasilkan dengan merangkumkan mata pelajaran tersebut secar keseluruhan.  Objektif ini menggunakan kata kerja bagi menerangkan pencapaian murid yang dihsratkan dari aspek kognitif, afektif, dan psikomotor. Sebagai contohnya, kata kerja domain kognitif adalah terdiri daripada mengetahui, memahami, mentafsir, menggunakan/mengplikasi, menyelesaikan masalah, bertutur, berucap, menulis, merancang dan menilai.

Objekti Pengajaran OBJEKTIF EKSPLISIT (KHUSUS/KHAS) pula merupakan objektif pengajaran yang dinyatakan secara khusus iaitu berbentuk eksplisit. Objektif ini menerangkan secara terperinci objektif umum, ditulis dalam bentuk perlakuan yang boleh dicerap atau diukur yang menggambarkan kedalaman bidang kajian. Sebagai contohnya, kata kerja domain kognitif adalah terdiri daripada melabel, mendefinisi, menyenarai, menerang, memberi contoh, mengira, menggunakan, membandingkan, memilih, mengelaskan, merumus, mengkritik, menyokong.

Buku Rekod Mengajar. Guru yang mengajar mata pelajaran akademik diwajibkan mencatat semua aktiviti kerja mereka dalam buku rekod mengajar dan wajib menghimpunkan pelan tindakan guru sebelum mengajar melalui buku ini. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting : Rancangan Pelajaran Tahunan,

Rancangan Pelajaran Harian. Buku Rekod Latihan mengajar. DSKP, RPT, RPH (latihan mengajar). Berdasarkan kenyataan ini, kita sedar bahawa pengajaran guru sentiasa dipantau oleh pihak KPM bagi memastikan pengajaran guru adalah selari dengan panduan yang dikeluarkan oleh KPM. Dari perspektif refleksi pengajaran, guru perlu membuat refleksi pengajaran selepas guru selesai melaksanakan pengajaran agar dapat memperbaiki kekurangan dan kelemahan dalam pengajaran pada masa akan datang. Aspek refleksi yang perlu diambilkira ialah pencapaian objektif, disiplin kelas, penglibatan murid, dan keazaman guru bagi membaiki pengajarannya.

Sebagai kesimpulan, pengajaran dan pembelajaran adalah saling bekaitrapat anatara satu sama lain di mana pembelajaran dialami oleh pelajar melalui pengajaran yang dilaksanakan oleh guru. Pengurusan alam pembelajaran sangat memperincikan dan menitikberatkan objektif pengajaran. Hal ini demikian kerana, keberkesanan pengajaran dinilai berdasarkan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai melalui proses pengajaran yang dilaksanakan. Oleh itu, semakin tinggi pencapaian objektif pembelajaran, semakin tinggi keberkesanan proses pengajaran yang dilaksanakan oleh guru.

Rujukan

Then Moli A/P Kanippan (2013) Kemahiran dan Alam Penulisan Refleksi dalam Kalangan Guru Di Tiga Buah Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru.

http://eprints.utm.my/id/eprint/41888/5/ThenMoliKanippanMFP2013.pdf