SYED AHMAD JAMAL & REDZA PIYADASA by

BIODATA SYED AHMAD JAMAL
Seniman Negara 1995, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal meninggal dunia di kediamannya di

Gombak. Allahyarham berusia 82 tahun dan meninggalkan balu,

Datin Hamidah Mohd Noor dan dua anak lelaki.

Allahyarham yang berasal dari Muar, Johor mendapat pendidikannya di Maktab Sultan Abu

Bakar, Johor Bahru sebelum melanjutkan pengajian di Birmingham School of Architecture pada

1950 hingga 1951. Allahyarham kemudian menyambung pengajian di Chelsea School of Art,

London pada 1951 hingga 1955.

Pada 1955 hingga 1956, Allahyarham meneruskan pengajian di Institute of Education,

University of London bagi mengambil sijil pengajaran dalam bidang seni disusuli dengan

pengajian di School of Art Institute of Chicago, Illinois, Amerika Syarikat pada 1963 hingga

1964 sebelum mengikuti pengajian Sarjana di University of Hawaii dalam bidang seni pada 1973

hingga 1975.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya dari

tahun 1979 hingga 1982 serta pensyarah di Malayan Teachers Training College, Kirkby, England

dari 1958 hingga 1959.

Allahyarham antara tokoh memainkan peranan penting dalam perkembangan Balai Seni Lukis Negara dan memegang jawatan Pengarah Balai Seni Lukis Negara dari 1983 hingga 1991.

ARTWORK KRITIKAN SENI SYED AHMAD JAMAL
LANGIT DAN BUMI 1998
AKRILIK ATAS KANVAS
203CM X 274.5CM

BIODATA REDZA PIYADASA
Mohd Redza Piyadasa atau dikenali sebagai Redza Piyadasa
lahir pada tahun 1939 di Kuantan, Pahang dan telah meninggal dunia
pada 7 Mei 2007 di Kuala Lumpur. Berpendidikan awal
di Sekolah Abdullah, Kuantan dari 1945 hingga 1956 dan menerima
anugerah Cambridge Overseas School Certificate(Grade One) dalam
tahun 1957. Dari tahun 1958 hingga 1959, beliau
menyambung pelajaran di Malayan Teachers' College, Brinsford Lodge,England
dan menerima ‘Certificate in Education’ dari Institute of Education,
University of Birmingham, England. Pengajiannya diteruskan di Hornsey College of Art
, London, England dari 1963 hingga 1967 sehingga dianugerahkan
Diploma in Art and Design (U.K.).Beliau kemudiannya menjalani
Post-Graduate Studies at the Art Department of the
University of Hawaii, at Honolulu, Hawaii dari tahun 1975-1977 dengan pengkhususan
dalam bidang Asian Art History Studies dan Graduate Sculpture Studies sebelum dianugerahkan Master of Fine Arts Degree (M.F.A.).Selain itu,Piyadasa juga merupakan Graduate-Student Participant Culture Learning Institute, East-West Center, Honolulu dari tahun 1975-1977 yang di akhirnya memberi anugerah Graduate Certificate of the East-West Center. Antara pencapaian tertinggi beliau adalah menerima Anugerah “PRINCE CLAUSAWARD” pada tahun 1998.Pada tahun 60an dan 70an, Redza Piyadasa bertanggungjawab mengisi suatu kelompongan seni yang serius, tatkala di waktu itu hampir tiada perdebatan tentang subjek sejarah atau kritikan seni di Malaysia. Manifesto beliau adalah memperkenalkan teori kontemporari yang bertolak daripada peradaban dan falsafah Asia bertujuan membebaskan seni Malaysia daripada pengaruh dan pemikiran Barat.

ARTWORK KRITIKAN REDZA PIYADASA
KELUARGA BABA 1986
MEDIA CAMPURAN
70CM X 50CM

KRITIKAN SENI KARYA REDZA PIYADASA (KELUARGA BABA)
1) DESKRIPSI KARYA ARTIS
Karya diatas merupakan karya Redza Piyadasa iaitu Keluarga Baba yang dihasilkan pada tahun 1986 dengan menggunakan media campuran. Berdasarkan karya tersebut, kelihatan sebuah keluarga  yang mementingkan hubungan kekeluargaan dan sikap mereka menghormati dan menyayangi orang yang lebih tua. Seterusnya,terdapat imej dominan berada di bahagian tengah, yang sedang mengambil foto keluarga, iaitu imej enam figura manusia. Selain itu, imej juga diolah secara separa dan masih dapat dikenal pasti dengan baik separa abstrak dan. Imej figura-figura tersebut mengenakan pakaian kaum yang berbeza tradisional. Warna panas iaitu warna merah merupakan warna yang dominan di dalam karya yang digunakan. Karya tersebut mempunyai imbangan yang simetri. Kesan ruang dan perspektif juga dapat dilihat melalui karya tersebut.

2) ANALISIS KARYA ARTIS
Penggunaan campuran warna sejuk dan warna panas menimbulkan suasana yang harmoni pada olahan imej yang terdapat di dalam karya. Seperti  warna sejuk iaitu warna biru dan warna hijau pada baju figura manusia yang dihasilkan oleh pengkarya.Figura manusia dengan warna sejuk iaitu campuran warna putih dan biru pada latar belakang menghasilkan kesan kontra dan penegasan pada karya dalam mengfokuskan enam imej manusia di dalam karya tersebut. Selain itu, olahan imej figura manusia, daun, pasu dan latar belakang mewujudkan ruang yang dapat membezakan bahagian depan dan bahagian belakang . Terdapat tulisan cina yang digantung pada dinding manakala di bahagian tengah terdapat satu keping gambar yang diletakkan pada bahagian kiri karya pada kerangka gambar yang berada di atas meja. Walau bagaimanapun, pengkarya ingin menunjukkan dan menceritakan sebuah keluarga yang gembira. Kemudiannya, karya tersebut melambangkan hubungan kekeluargaan yang sangat rapat. Seterusnya, komposisi yang terdapat dalam karya tersebut adalah seorang lelaki dewasa sedang berdiri dan seorang budak sedang duduk bersila di tengah - tengah. Selain itu keseimbangan di bahagian kiri dan kanan mempunyai imej orang dewasa berada di ruang tersebut.  Walau bagaimanapun, perkarya dapat mengaplikasikan prinsip rekaan iaitu melalui kajian unsur seni.

3)INTERPRESTASI KARYA ARTIS
Karya yang dihasilkan oleh Redza Piyadasa iaitu keluarga Baba menggambarkan enam figura manusia yang datang daripada keturunan yang berbeza kerana perbezaan identiti dapat dilihat dari segi pemakaian figura tersebut. Karya ini juga mempunyai olahan garisan yang menampilkan reaksi wajah manusia dalam kedudukan bersedia untuk mengambil gambar. Kepelbagaian perasaan manusia dapat menimbulkan pelbagai reaksi dan emosi melalui penampilan wajah yang dapat dilihat melalui kepelbagaian warna yang ada pada imej wajah manusia di dalam karya tersebut. Keluarga baba mengambarkan perkahwinan campur antara masyarakat cina dan masyarakat melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat perbezaan dari segi pemakaian yang dipakai oleh figura manusia di dalam karya Redza Piyadasa. Walaupun begitu, perbezaan ini tidak menghalang hubungan silaturahim terjalin antara dua buah kaum.

4)PENILAIAN KARYA ARTIS
Karya yang dihasilkan menampilkan gaya separa abstrak berdasarkan olahan garisan mudah yang menggambarkan wajah manusia dan objek-objek di dalam karya. Pengkarya berjaya menyampaikan maksud tersurat dan tersirat dalam dalam konteks hubungan kekeluargaan yang wujud melalui perkahwinan campur antara masyarakat cina dan masyarakat melayu. Seterusnya, maksud tersirat yang terdapat di dalam karya dapat dilihat melalui penghasilan olahan imej figura manusia dan tulisan cina yang tergantung pada bahagian atas sebelah kiri karya membawa maksud hubungan yang wujud antara masyarakat berlainan bangsa dapat terjalin sekiranya sikap saling menghormati wujud dalam diri seseorang individu. Selain itu, pengkarya menggunakan media campuran bersesuaian untuk menghasilkan imej yang terperinci yang dapat mewujudkan bentuk wajah manusia dan suasana yang sesuai sebagai latar belakang untuk mengambil gambar keluarga.

KRITIKAN SENI KARYA DATUK SYED AHMAD JAMAL (LANGIT DAN BUMI)
1) DESKRIPSI KARYA ARTIS
Karya Langit dan Bumi yang dihasilkan oleh Syed Ahmad Jamal pada tahun 1998 dengan penggunaan akrilik di atas kanvas ini mempunya nilai-nilai estetiknya yang tersendiri. Subjek, rujukan isi dan bentuknya memenuhi ruang kanvas dan padat. Syed Ahmad Jamal menggunakan subjek alam tabii atau alam semulajadi sebagai tema dan teras karya tersebut. Syed Ahmad Jamal menggunakan gaya abstrak dalam penghasilan karya ini, jika dilihat pada kanvas dari atas sehingga bawah, pengkarya telah bahagikan kepada empat bahagian. Bahagian pertama, terdiri daripada lapisan bumi, bahagian kedua, tumbuh-tumbuhan dan bukit-bakau, Seterusnya pada bahagian ketiga terdapat awan, jalur cahaya dan hujan dan akhir sekali bahagian keempat iaitu langit dan bintang-bintang. Selain itu, sapuan garisan secara spontan pada bahagian kedua karya ini telah memaparkan penghasilan imej tumbuh-tumbuhan. Jika diamati, tumbuhan seperti lalang ataupun di kawasan padang dihasilkan secara sapuan pantas dengan dominasi garisan condong. Terdapat juga garisan melintang yang membentuk tanah yang berlapis-lapis di bahagian pertama atau bahagian bawah karya.

2) ANALISIS KARYA ARTIS

Karya Langit Dan Bumi menekankan pelbagai unsur-unsur seni seperti unsur garisan, rupa,   ruang dan warna. Antara jenis sifat garisan yang terdapat dalam karya ini adalah garisan perlahan, sederhana, pantas, dan tegas. Gabungan daripada pelbagai jenis garisan ini telah membentuk beberapa jenis jalinan “texture” sekaligus menghidupkan lagi karya beliau. Selanjutnya, penggunaan jenis garisan halus secara condong dan selari di bahagian kiri karya membentuk imej hujan. Manakala pada bahagian sebelah kanan karya jenis garisan spontan yang tebal digunakan. Selain itu, penggunaan unsur rupa, unsur ini amat ketara di bahagian bawah karya iaitu rupa tanah merah yang berlapis-lapis. Dari segi unsur warna, Syed Ahmad Jamal menggunakan warna panas ke warna sejuk dalam pengolahan karya ini. Warna panas di bahagian bawah karya sehingga ke atas karya dengan warna sejuk. Warna panas iaitu seperti warna merah, kuning memenuhi sebahagian kawasan bumi, manakala warna sejuk seperti biru muda diadaptasi pada bahagian ketiga iaitu kawasan awan dan biru tua digunakan pada langit dan bintang-bintang.  Penggunaan imej dan bentuk seakan-akan lalang, tanah, gunung, hujan, awan dan bintang-bintang pula membentuk struktur karya ini kepada titik fokus mencapah (keseimbangan kristal grafik) ataupun tidak memusat. Titik fokus mencapah tersebut selari dengan pandangan saujana dalam kesenian Islam. Keseluruhan format karya ini menggunakan `rentak tidak senada’ kecuali pada bahagian tepi sebelah kiri, di antara langit dengan bumi. Di bahagian tepi sebelah kiri ini `rentak tersusun’ (regular rhythm) pula digunakan terutamanya pada bahagian yang digambarkan seperti hujan. Gabungan elemen unsur dan prinsip rekaan dalam karya beliau ini telah membentuk satu prinsip kesatuan yang cukup kukuh. Penyatuan elemen-elemen dengan komposisi telah menimbulkan kepelbagaian dalam karya. Hal ini menjadikan karya Syed Ahmad Jamal ini sebuah karya yang sarat dengan nilai-nilai falsafah dan budaya dan menjadi satu kahzanah peradaban yang sangat berharga.

3) INTEPRESTASI KARYA ARTIS

Catan Langit Dan Bumi ini adalah sebuah karya yang memberi makna-makna secara tersurat dan tersirat dalam penghasilan abstrak ini. Jika dilihat, penggunaan dari imej tanah secara berlapis-lapis ini dapat menegaskan sifat geografik bumi yang berlapis-lapis. Tumbuh-tumbuhan, bukit dan padang ini juga dipersembahkan secara abstrak dan hal ini telah mengingatkan kita tentang penciptaan Sang Pencipta dan kebesaranNya melalui penghasilan karya bertemakan alam ini. Dari sudut warna, penggunaan warna panas ke warna sejuk dapat membuat audiens ini berfikir sejenak tentang kebesaran dan kehebatan alam ciptaan Tuhan. Warna merah seperti fenomena senja, kuning seperti petang, hijau seperti siang, biru seperti fajar dan biru tua kegelapan seperti malam mencerminkan ketelitian dan kehalusan Syed Ahmad Jamal dalam menghasilkan karya “Langit Dan Bumi I” ini. Selain itu, beliau sentiasa mengaitkan karyanya dengan unsur Islam dimana elemen  warna yang dihubung melalui komposisi catan dari atas ke bawah bermula dengan warna gelap (malam) mewakili warna sejuk waktu isyak, warna biru muda (fajar) mewakili waktu subuh, warna hijau (siang) mewakili waktu zohor dan kuning (petang) mewakili waktu asar. Akhir sekali warna merah (senja) mewakili waktu mahrib. Kelima-lima masa dan waktu secara berperingkat ini menjadi nadi penting dan tiang utama bagi kehidupan orang Islam.

4) PENILAIAN KARYA ARTIS

Kajian mencungkil ciri intrinsik dalam karya Syed Ahmad Jamal ini adalah bertujuan untuk mengisi makna modenisme dalam seni lukis moden Malaysia. Dari segi penilaian karya “Bumi Dan Langit” amat berjaya dalam menyampaikan mesej secara tersirat kepada audiens melalui dari segi bentuk, komposisi, dan isinya. Gabungan pelbagai budaya keilmuan berstrukturkn format kesenian Melayu-Islam telah meletakkan karya beliau ini ke hadapan, malah merentasi masa. Jika diteliti di setiap sudut karya ini,  penghasilan warna-warna yang menujukkan waktu dan masa solat bagi agama Islam ini menjadikan audiens berfikiran sejenak tentang keindahan disebalik waktu-waktu yang menjadi tiang utama. Jika mengabaikan salah satu waktu dari lima waktu ini maka tidak sempurnalah tiang tonggak seseorang itu. Warna-warna yang melambangkan seharian kehidupan manusia dari subuh sehingga malam yang indah dengan gambaran imej bintang-bintang dilangit menjadikan audiens dapat merasai pergerakan warna ini. Catan yang dilukis dalam gaya abstrak ekspressionis dihasilkan dengan rujukan berfokuskan alam tabii dan diterjemahkan dalam bentuk karya seni. Karya ini jelas memaparkan nilai, kedamaian, kemurnian dan keindahan alam semula jadi sebagai suatu bentuk keajaiban terhadap kebesaran Allah S.W.T. sebagai pencipta seluruh alam.

BAHAN RUJUKAN

1. https://en.wikipedia.org/wiki/Redza_Piyadasa
2. https://ir.unimas.my/id/eprint/20566/1/seni%20tampak%20sebagai%20dokumentasi%2024pgs.pdf
3. https://dokumen.tips/documents/tokoh-seni-cetakan.html
4. https://www.academia.edu/11383400/SENI_CETAKAN
5. http://malaysian-artist.blogspot.com/2005/05/redza-piyadasa.html
6.  Nur Nazirah Musa dan Harozila Ramli (2014), INTERPRETASI INTRINSIK DALAM KARYA CATAN SYED AHMAD JAMAL, Diperoleh dari https://core.ac.uk/download/pdf/153211479.pdf
7.  The Star (2009), The Art Of Life, Diperoleh daripada https://www.thestar.com.my/lifestyle/women/2009/10/04/the-art-of-life
8.  Unknown (2012), Art, A Way Of Life, Diperoleh dari http://senishukri.blogspot.com/2012/12/syed-ahmad-jamal.html
9.  Zainon Abdullah (2009), Studio Kawtsar (telagafakir) - Zainon Abdullah, Diperoleh dari http://www.arkib.gov.my/web/guest/datuk-syed-ahmad-bin-syed-jamal