KRITERIA DALAM PEMILIHAN ABM DAN BBM SUBJEK HIFZ AL-QURAN by PDPPTHFZM0621 Abdul Shomad Bin Mohd Isa

KRITERIA ABM
Alat bantu mengajar (ABM) haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Isi kandungannya haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajarkan.

Alat bantu mengajar (ABM) harus mengandungi idea-idea dan reka bentuk yang asli dan tersendiri.

Alat bantu mengajar (ABM) boleh membantu guru dalam aktiviti pengajaran atau boleh juga digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dengan perkataan lain guru boleh menyampaikan konsep dengan lebih mudah, tepat dan cepat lagi dengan adanya alat bantu mengajar (ABM). Murid-murid pula dapat mempelajari konsep itu dengan tepat, penuh minat dan lebih kekal dalam ingatan.

Reka bentuk alat bantu mengajar (ABM) hendaklah menarik dan berkesan untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid, alat ini harus disediakan dengan menggunakan gambar yang berwarna.

Alat bantu mengajar (ABM) harus disediakan dengan perbelanjaan yang rendah dan dalam masa yang berpatutan. Tiada gunanya membuat Alat bantu mengajar (ABM) dengan perbelanjaan yang terlalu tinggi dan menggunakan masa yang lama untuk menyediakannya.

Alat bantu mengajar (ABM) harus disediakan dalam saiz dan berat yang sesuai supaya ia mudah dibawa, diguna dan disimpan. Alat bantu mengajar (ABM) yang terlalu berat dan besar akan mengganggu kelancaran penyampaian guru atau penggunaan murid.

Sumber pengajaran-pembelajaran haruslah mengandungi nilai-nilai murni yang tinggi. Guru tidak harus menggunakan bahan-bahan seperti gambar yang tidak sopan, misalnya memakai baju yang menjolok mata atau menggunakan bahan-bahan yang mengandungi unsur negatif seperti berjudi dan merokok

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
Alat bantu mengajar (ABM) adalah alat yang dapat membantu seseorang guru dalam proses pengajaran. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku teks, papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pelajaran yang dapat dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. Alat mengajar merupakan apa-apa saja yang dialami oleh murid (Kamaruddin hj. Hussin, 1986)

*ABM : alat, kelengkapan atau perkakasan yang digunakan. "tools"

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
BBM adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran.
Kategori dan penjelasan bahan bantu mengajar:
Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu:
- Bahan bantu mengajar bukan elektronik
- Bahan bantu mengajar elektronik
- Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan
sebenar

*BBM : perisian @ isi kandungan yang pengajar hendak disampaikan.

PENGENALAN
Umumnya menghafaz Al-Quran memerlukan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang tersusun bagi meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap ayat-ayat Al-Quran yang dihafaz.

Menghafal Al-Quran memerlukan seseorang untuk memaksimumkan penggunaan pancainderanya supaya ingatan kekal lama di ingatan. Contohnya, melihat (mata), mendengar (telinga), berfikir (mentadabbur-akal) dan lain-lain.

Al-Ahwani (1955), menegaskan proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz harus melalui empat perkara iaitu melihat, mendengar membaca dan menulis.

ALAT BANTU HAFAZAN (asas)
- mushaf Al-Quran

- buku rekod tasmi’ serta

- mushaf kecil (poket)

~Mendengar : mendengar melalui audio, rakaman. Teknik mendengar bacaan guru dan mengikut bacaan membantu proses menghafaz Al-Quran.

~Melihat : paparan video bacaan qari atau huffaz murattal.

atau bertarannum dari laman sesawang atau internet. Selain itu paparan mushaf yang boleh dilihat di dalam skrin seperti flash Quran dan Al-Quran.

PERHATIAN !
ABM adalah alat sokongan bukan sebagai pengganti guru sepenuhnya.

-Alat dikendalikan oleh guru. Jika guru dapat merancang segalanya dengan baik, maka segala kelemahan akan dapat diatasi.
-"Kecekapan komputer bergantung kepada si pengendalinya" -Pepatah Arab