Hmt 411: Shazwan Naziri by Shazwan Naziri

Analisis etika penyelidikan dan penulisan
Artikel 1181 (Pembangunan Dan Pergantungan: Khor Kok Peng
Di dalam artikel ini pengkaji mengkaji beberapa aspek dari pergantungan ekonomi Malaysia ke atas pasaran dan ekonomi dunia terutama ke atas negara-negara perindustrian. Selain itu artikel ini membincangkan masalah-masalah imbangan pembayaran dan hutang luaran.
Etika penyelidikan
Pengkaji mendapatkan data melalui temu bual bersama pemilik syarikat-syarikat besar di Malaysia bagi mendapatkan data tentang pertumbuhan ekonomi syarikat masing-masing.
Penulisan penyelidikan
Penulisan artikel ini menekankan tiga aspek penting iaitu
a)Kelemahan dalam Imbangan Pembayaran
b)Implikasi Terhadap Rancangan Malaysia keempat dan kelima
c)Cadangan untuk membaiki keadaan.
Di samping itu, merujuk data dari Bank Negara Malaysia tahun 1983 sebagai perbandingan ekonomi tahun lalu dan tahun terkini.

Analisis Etika Penyelidikan dan Penulisan
Rahsia Dan Keunukan Personaliti Kanak-Kanak Autistik Di Malaysi(Norfishah Mat Rabi)
Buku ini berkaitan ciri kanak-kanak autistik yang mempunyai kepelbagaian tingkah laku menerusi kaedah kajian lapangan.
Etika Penyelidikan
Penyelidikan ini dilakukan secara pemerhatian bersama kanak-kanak yang berusia 7 hingga 12 tahun untuk mengenalpasti tahap-tahap perkembangan kanak-kanak menguasi kemahiran berbahasa, menulis dan sebagainya.Di samping itu, mengesan ciri-ciri autistik yang ada. Pengkaji memerlukan masa yang lama untuk membina hubungan dengan kanak-kanak bagi mendapatkan data.
Etika Penulisan
Penulisan buku ini menekankan tiga aspek iaitu:
a)Mengenali sindrom Autisme
b)Bahasa,komunikasi kanak-kanak
c)Kehidupan Sosial
Penulisan ini mengunakan sumber rujukan yang ilmiah dan perakui oleh ahli akademik.

Pameran Terjemahan(Bati)
AHMAD AIZAT BIN MUHD NOR (01)
AZROL BIN AZMI (04)
MUHAMMAD SHAZWAN BIN NAZIRI (09)

Pada 14 November 2018, kami telah menghadirkan diri ke satu pameran yang telah diadakan di Perpustakaan Hamzah, Universiti Sains Malaysia. Pameran ini merupakan anjuran daripada Kelab BATI untuk pelajar tahun akhir membentangkan hasil projek tahun akhir mereka. Kami telah melawat beberapa pameran. Berikut merupakan hasil lawatan kami yang telah diperolehi.
Kami tertarik dengan satu pameran yang dibuat oleh dua orang pelajar ini iaitu Indah Shafina binti Mohd Saipudin dan Nor Ariffah binti Zali. Mereka telah membuat terjemahan daripada bahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Mereka memilih buku yang bertajuk “Warisan Seni BIna Melayu Terengganu” hasil tulisan Mohd. Yusuf Abdullah.
Mereka telah membuat analisis teks sumber berkenaan faktor instratekstual teks sumber. Analisis ini boleh dijadikan panduan untuk menentukan kebolehlaksaan tugas, kerelevanan unik teks sumber dan strategi yang perlu digunakan semasa menterjemahan.
Dapatan seterusnya, adalah iktisar terjemahan. Semasa pameran ini, mereka fokuskan iktisar terjemahan yang terdiri daripada faktor-faktor ekstratektual seperti fungsi teks, pembaca sasaran, masa dan tempat penerimaan teks, medium penyampaian teks serta motif perhasilan atau penerimaan teks.
Mereka menggunakan poster sebagai medium untuk menyampaikan maklumat. Bagi kami, poster yang digunakan sangat menarik dan isi kandungan juga dihurai dengan jelas. Mereka juga menceritakan kekangan yang dihadapi semasa membuat terjemahan. Antara isu yang dihadapi adalah istilah khusus seni bina, elemen keagamaan dan pepatah atau peribahasa Melayu. Walaupun isu ini dihadapi oleh mereka, penyelesaian terhadap isu ini dapat ditangani. Bagi kami isu yang diceritakan oleh mereka berdua merupakan antara ciri yang unik dalam poster mereka.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
Ahmad Aizat bin Mohammad Nor (1)
Azrol bin Azmi (4)
Muhammad Shazwan bin Naziri (9)

ETIKA PENYELIDIKAN
Azrol bin Azmi. (4)

Muhammad Shazwan bin Naziri. (9)

Nurasikin binti Mohd Rusli. (25)

Nurul Nadia Ashikin bt Mohamad Rafi. (28)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum kuliah minggu kesebelas bermula, tenaga pengajar kursus Teori dan Kaedah dalam Penyelidikan Linguistik (HMT411) iaitu Dr. Radiah Yusoff telah meminta kami untuk meminjam buku daripada Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia berkaitan kajian kualitatif dalam pelbagai bidang tidak semestinya dalam bidang bahasa dan linguistik sahaja.

Selepas mendapatkan buku tersebut kami diarahkan untuk membuat satu penyampaian dalam bentuk yang kreatif tentang etika dalam penyelidikan. Tugasan ini dilakukan dalam bentuk berkumpulan. Setelah buku-buku ini dikumpulkan oleh setiap ahli kumpulan, kami telah bersetuju untuk memilih dua buah buku yang bertajuk Qualitative Research oleh Rosaline Barbour dan Qualitative Research in IS: Issues and Trends oleh Eileen M. Trauth.

Berikut merupakan infografik yang telah kami hasilkan, fokusnya kepada etika penyelidikan seperti meminta kebenaran, mengekalkan hubungan dengan peserta, kerahsiaan identiti peserta dan memberi penghargaan kepada peserta.

Sekian, terima kasih.