Rose Anak Jo: Tugasan 2 (EDUP 3163) by ROSE ANAK JO IPG-Pelajar

Pendidikan merupakan sebuah sektor yang sangat penting dalam menentukan keberhasilan dan kelangsungan kualiti masyarakat di Malaysia. Semua insan yang terbentuk kini adalah hasil daripada tuaian didikan yang diterima sama ada dari rumah sehingga ke peringkat sekolah. Selain ibu bapa, guru merupakan ibu bapa kedua bagi murid-murid untuk terus dibimbing menjadi seorang manusia yang lengkap dari aspek akhlak dan akademik. Oleh yang demikian, seiring dengan perkembangan pendidikan di zaman globalisasi kini, guru-guru mengalami perubahan tugas yang dinamik dan mendadak sehingga menuntut guru mempersiapkan diri untuk menjadi agen perubahan kepada pendidikan di Malaysia (Mohd Aizat & Kamarudin, 2019).

Bagi menghasilkan seorang guru terbaik dan berkualiti serta memberi kesan terhadap amalan pendidikan, ia perlu melalui peningkatan dalam pembangunan profesionalisme guru yang digariskan berdasarkan Standard Guru Malaysia (SGM) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2016), pembangunan profesionalisme keguruan merupakan keperluan dalam usaha memantapkan keupayaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dalam melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan dalam pelbagai peringkat kerjaya. KPM telah membangunkan Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) iaitu dokumen bagi membantu PPP merancang pembangunan kerjaya dan pembangunan profesionalisme berterusan. Oleh itu, sebagai seorang guru yang mempunyai tahap profesionalisme terbaik, mereka perlulah mempunyai Pelan Pembangunan Diri dan Kerjaya untuk dijadikan panduan dan tujuan untuk terus berbakti dalam bidang pendidikan sebagai agen perubahan kepada murid-murid dan masyarakat sekeliling.

Menurut Khair (2007), model peringkat perkembangan guru KPM untuk pembangunan guru adalah sejajar dengan model pertumbuhan profesional yang menghuraikan tentang enam peringkat perkembangan tugas dan tanggungjawab PPP bermula daripada gred DG41 sehingga Gred Khas seperti dalam rajah di di bawah:

Sebagai seorang guru baharu yang telah ditempatkan di sebuah sekolah kawasan pedalaman yang belum pernah mencapai kejayaan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum, saya telah menyediakan satu Pelan Pembangunan Diri dan Pembangunan Kerjaya berpandukan enam peringkat perkembangan guru KPM yang telah dinyatakan dalam rajah di atas. Pelan yang telah dirangka ini juga selari dengan konsep 'guru sebagai agen perubahan' bagi membantu membangunakan imej sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang cemerlang.

Peringkat Permulaan (DG41)
Pada peringkat permulaan, guru yang baru memulakan perkhidmatannya di sekolah dikenali sebagai guru novis dan berperanan sebagai 'pelaksana'. Menurut Mohammed Sani et al (2006), guru novis merupakan guru sandaran terlatih yang ditempatkan di sekolah-sekolah dan berada di gred DG41. Pada peringkat ini juga, guru baharu masih memerlukan bimbingan serta penyeliaan dalam proses PdPc dan berada dalam proses memahami bidang tugas dalam kurikulum mahupun kokurikulum.

Apabila saya ditempatkan di sekolah pedalaman, saya akan mempersiapkan sebuah Pelan Pembangunan Diri di mana saya akan mempraktikkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran dalam PdPc yang telah dipelajari di IPG. Umumnya, di kawasan pedalaman, murid- murid tidak terlalu terdedah dengan kepelbagaian kaedah belajar dan lebih kepada kaedah pembelajaran tradisional. Perkara ini tidak sepatutnya dibiarkan berlarutan kerana setiap murid berhak untuk mendapat kesamarataan akses pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa tanpa mengira kaum dan tempat tinggal (Siti Masayu, 2008).

Antara kaedah pengajaran abad-21 yang boleh dilaksanakan seperti Gallery Walk, Pembelajaran Berasaskan Projek dan One Stay Three Strays. Di samping mengajar, saya dapat memantapkan ilmu dan kemahiran dalam pedagogi sebagai persiapan masa hadapan. Bagi Pelan Pembangunan Kerjaya pula, pada peringkat ini saya akan membantu pihak sekolah dalam mengusulkan cadangan pelaksanaan program-program yang menerapkan pelbagai aktiviti dalam bidang Sains dan Teknologi di sekolah ini terutamanya dalam bidang kokurikulum. Sepanjang pelaksanaan program, saya juga akan dapat menimba ilmu pengelolaan daripada guru-guru sedia ada yang lebih berpengalaman untuk diaplikasikan dalam peringkat perkembangan seterusnya. Antara aktiviti yang boleh dicadangkan ialah aktiviti STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dan ROBOTIK yang menggunakan bahan semula jadi namun masih mengekalkan konsep sains teknologi.

Menurut Fazurawati (2018), aktiviti STEM dapat memudahkan kehidupan masyarakat. Pelbagai penciptaan baharu dapat dihasilkan menerusi penerokaan STEM, tanpa melupakan aspek akal budi yang juga teras ketamadunan bangsa terutamanya bagi masyarakat luar bandar. Pelaksanaan aktiviti sedemikian secara tidak langsung mempamerkan kualiti guru sebagai agen perubahan yang telah mengubah corak ilmu yang lebih berkembang di sekolah pedalaman.

Peringkat Beraspirasi (DG44)
Pada peringkat ini, guru berperanan sebagai 'penggerak dan telah mempunyai beberapa kemahiran dalam menyelesaikan masalah PdPc. Guru akademik pada peringkat beraspirasi ini juga sedang berusaha meningkatkan tahap profesionalisme dengan melaksanakan penyelidikan untuk melahirkan lebih banyak idea bernas sebagai penambahbaikan PdPc. Di samping itu, menurut Wong Kiet Wah et al (2018), guru penggerak sepatutnya sudah bersedia untuk memberikan bimbingan dan berperanan sebagai mentor kepada guru baharu.

Pelan Pembangunan Diri yang telah dirangka pada peringkat perkembangan beraspirasi ini ialah saya akan melanjutkan pelajaran dalam Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) ke peringkat Sarjana dalam pengkhususan Sarjana Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi (A9450) di universiti awam seperti UiTM. Hal ini kerana, kelak segala pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi sepanjang proses pembelajaran sarjana akan dapat diaplikasi dan diterapkan di sekolah pedalaman ini. Sebagai contoh, saya dapat mengaplikasikan pembelajaran kontekstual secara maya dalam bilik darjah untuk memberi pengalaman belajar kepada murid pedalaman.

Dapatan kajian Mahyuddin & Maizura (2014) membuktikan bahawa majoritinya sekolah luar bandar tidak mempunyai amalan pengajaran berasaskan teknologi terbaik disebabkan kemahiran guru yang lemah. Oleh yang demikian, saya bertanggungjawab dalam mencipta perubahan dengan menerapkan kemahiran TMK dalam PdPc dan kokurikulum supaya pendidikan bergerak ke arah pembangunan modal insan murid yang berteraskan kemahiran abad ke-21 dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan dalam sistem pendidikan di sekolah.

Dalam konteks Pelan Pembangunan Kerjaya pula, saya akan mengelola dan membimbing program besar di sekolah yang berasaskan Project Based Approaches melibatkan murid Tahap 1 dan 2. Antara contoh program ialah 'Program Reka Cipta Kitar Semula' di mana murid perlu mencipta sebuah projek yang berasaskan barang kitar semula seperti botol, tin, kayu dan sebagainya. Meskipun bilangan murid di sekolah pedalaman lebih sedikit berbanding sekolah bandar, namun program sedemikian tetap boleh dijalankan dengan bantuan guru sebagai fasilitator. Program tersebut akan memberi murid pengalaman untuk belajar secara hands-on dan melihat hasil kreativiti sendiri.

Sebagai guru gred DG44, saya akan berupaya untuk membimbing guru baharu dalam membantu melaksanakan program tersebut dan secara tidak langsung program yang menggunakan pendekatan penghasilan projek dapat membantu menyelesaikan masalah PdPc yang berlaku di sekolah. Program sedemikian juga boleh dianjurkan antara sekolah pedalaman dan menjadi penyumbang kepada graf kecemerlangan kokurikulum sekolah.

Peringkat Kompeten (DG48)
Menurut Saedah & Mohamed Sani (2012), kompetensi guru adalah perkara yang berkaitan profesional dan sosial seperti kepakaran subjek, kepakaran teori pengajaran dan pembelajaran, dan kepakaran dalam pengurusan. Definisi tersebut sesuai dengan peringkat perkembangan guru gred DG48 yang dikira sebagai guru berpengalaman yang berkebolehan dalam memberikan arahan dan peraturan dalam pelaksanaan PdPc. Beliau juga boleh menyelia, menilai dan membimbing rakan sekerja serta berupaya melakukan educated guess terhadap setiap masalah dalam PdPc..
Sebagai guru berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam banyak hal, Pelan Pembangunan Diri yang akan dirangka ialah saya akan mengasah kemahiran kepimpinan dalam diri. Hal ini kerana, di peringkat ini saya sepatutnya sudah boleh menyelia dan membimbing rakan sekerja dalam pelaksanaan tugasnya di sekolah. Saya perlu memperbanyakkan pengetahuan dan pengalaman dalam memimpin dan mengelola sesebuah pasukan sehingga mampu menjadi peneraju kepada segala penambahbaikan dalam PdPc. Semasa berada di peringkat ini, saya boleh menyertai Latihan Dalam Perkhidmatan Guru (LADAP) yang menyampaikan ilmu berkaitan profesion kegurun di samping memberikan latihan yang mampu membentuk keyakinan diri, pengetahuan dan kemahiran baharu dalam meneruskan tanggungjawab sebagai agen perubahan dalam bidang pendidikan (Noor Lela et al., 2014).

Justeru itu, Pelan Pembangunan Kerjaya pula, saya akan memohon untuk menjadi Guru Cemerlang. Permohonan Guru Cemerlang ini juga dijadikan sebagai salah satu alternatif untuk memendekkan laluan kerjaya saya sebagai guru atau dikenali sebagai 'fast track'. Sepanjang proses permohonan, saya akan melaksanakan pelbagai kaedah pengajaran dalam PdPc serta menguruskan pelbagai program di sekolah dan secara tidak langsung beberapa pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum dapat dikecapi. Contohnya, saya akan mengadakan Program Pecut Minda yang memperkenalkan pelbagai teknik menjawab soalan karangan UPSR. Keberkesanan program tersebut akan dapat dilihat melalui kenaikan peratus cemerlang bagi keputusan peperiksaan Bahasa Melayu murid-murid di sekolah pedalaman ini.

Maka, peningkatan prestasi saya sebagai guru cemerlang juga dapat ditunjukkan. Selain itu, saya juga akan mempelbagaikan skop tugas guru untuk menambah pengalaman dalam bidang pengajaran, pengurusan dan pentadbiran sekolah. Guru Cemerlang ini juga memiliki takrif sebagai guru berkesan yang mempunyai disposisi cemerlang dalam segala hal dan sepatutnya menjadi idola dan model ikutan setiap murid dan rakat sejawatnya (Khairul Anuar, 2012).

Peringkat Profisien (DG52)
Menurut Wong Ah Kiet et.al (2018), guru pada peringkat profesion merupakan peneraju dan penggerak perubahan berkaitan PdPc serta berkebolehan untuk mencetuskan kreativiti dan inovasi dalam PdPc. Pada peringkat ini, guru berkebolehan untuk menjadi pakar rujuk, mentor, pembimbing serta menjadi pemimpin yang mampu melaksanakan perubahan berterusan dan penambahbaikan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

Pelan Pembangunan Diri saya apabila berada di gred DG52 ialah saya akan mempelajari ilmu inovasi dalam pendidikan berdasarkan pemerhatian terhadap masalah dalam pengajaran selama saya berada di sekolah pedalaman ini. Menurut Yahya & Lailinanita (2012), penemuan inovasi adalah untuk menangani masalah dan ia merupakan usaha untuk menaik taraf mutu profesionalisme guru. Saya akan cuba menghasilkan inovasi pendidikan dalam bidang Matematik yang dianggap sukar oleh segelintir murid seperti penggunaan kit permainan dam ular dan binggo dalam operasi penambahan dan penolakan. Pengetahuan dalam amalan inovasi ini juga akan saya jadikan sebagai falsafah PdPc peribadi yang dibangunkan untuk setiap pelaksanaan PdPc mengikut tahap dan kesediaan murid. Ia juga membantu saya dalam membentuk keperibadian kepimpinan kreatif dan kritis yang sistematik dan boleh dijadikan ikutan oleh rakan sejawat yang lain untuk mendorong serta menilai penambahbaikan PdPc.
Peringkat profesien ini juga mengamalkan bidang latihan bagi budaya pengurusan pentadbiran. Oleh yang demikian, Pelan Pembangunan Kerjaya saya pada peringkat ini ialah saya akan menyertai Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Pejabat untuk dilantik sebagai Guru Penolong Kanan (GPK) yang akan dikelolakan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB). Sepanjang kursus ini, saya akan diberi pengetahuan dalam kandungan kursus Bhg I: Pengurusan Am Pejabat yang berkaitan dengan tadbir urus pengurusan sekolah dengan efisien sehingga menjadi pemangkin kepada kelicinan jentera pentadbiran sekolah (Institut Aminuddin Baki, 2019).

Apabila saya berjaya dilantik sebagai GPK, saya dapat mengaplikasikan ilmu kepimpinan dan pengurusan. Saya juga dapat membimbing dan menjadi pakar rujuk dalam penghasilan idea inovasi yang kritis dan melaksanakan penambahbaikan berterusan dalam bidang yang merentas kurikulum sehingga boleh diperluas ke peringkat sekolah pedalaman yang lain. Apabila budaya inovasi diamalkan oleh pemimpin pentadbiran tertinggi sekolah, ia akan dijadikan contoh dan mampu memberikan kecemerlangan terhadap imej sekolah pedalaman.

Pelan Pembangunan Diri Dan Pembangunan Kerjaya Guru Berpandukan Enam Peringkat Perkembangan Guru Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Peringkat Strategis (DG54)
Menurut Faizah (2016), guru berpengalaman mengalami pertambahan kemahiran menyelesaikan masalah pengajaran yang bercorak kepelbagaian, multidimensi dan spesifik kepada konteks. Guru pada peringkat ini dijadikan ikutan dan role model kepada guru-guru lain ekoran daripada kepakarannya sebagai pemikir strategis dalam bidang kreativiti dan inovasi sebagai penambahbaikan PdPc. Oleh yang demikian, pada peringkat ini, Pelan Pembangunan Diri yang akan saya dasarkan ialah saya meletakkan fokus dan berhasrat untuk menjadi seorang pemimpin guru yang serba boleh (multitasking) dan dicontohi oleh masyarakat sekeliling. Saya akan membina imej kepimpinan dalam diri sendiri sebagai 'role model' sehingga ke peringkat yang lebih tinggi luar daripada kawasan sekolah pedalaman saya. Di samping membina imej kepimpinan, saya akan menghasilkan penulisan ilmiah berkaitan dengan metadologi dan pedagogi PdP untuk dijadikan panduan serta nukilan diri sendiri sepanjang berkhidmat sebagai seorang guru sehingga ke peringkat strategis ini. Dalam penulisan itu juga saya akan selitkan setiap pencapaian dan kepakaran dalam bidang pendidikan yang telah dikecapi selama berada di sekolah pedalaman ini untuk dijadikan suri teladan kepada guru di luar sana. Saya ingin membuktikan bahawa meskipun ditempatkan di sekolah pedalaman, namun sebagai guru, saya masih mampu memberikan imej yang terbaik kepada sekolah melalui kecemerlangan akademik dan kokurikulum yang dikecapi.

Bagi Pelan Pembangunan Kerjaya pula, sekiranya diberikan tawaran oleh pihak JPN, saya akan menghadiri latihan sebagai guru besar pula. Hal ini adalah untuk menguruskan perubahan sekolah secara cekap dan berkesan dalam mentaksir reka bentuk program yang diadakan di sekolah-sekolah pedalaman. Saya juga akan komited dalam skop tugas pemimpin sebagai guru besar sehingga mampu menjadi contoh pemimpin terbaik antara sekolah. Hal ini kerana, apabila kita menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin dengan baik, sumbangannya dalam pendidikan amat diperlukan untuk menyediakan dan memacu budaya kerja yang dapat memenuhi keperluan rakan sejawatan dalam kluster sekolah-sekolah pedalaman (Khair 2007). Selain itu, apabila saya menjadi guru besar, saya dapat bertindak sebagai guru pakar dalam bidang pendidikan yang mampu merangka strategi dan idea baharu dalam pelaksanaan PdP.

Peringkat Berwawasan (Gred Jusa C)
Pada peringkat berwawasan ini, guru adalah seorang penjawat awam yang menjadi contoh kepimpinan dalam profesionalisme bidang PdPc. Beliau juga merupakan pakar dan perunding cara yang berkualiti sehingga dinobatkan sebagai ikon berautoriti dalam profesion keguruan (KPM, 2016). Pendek kata, pada peringkat ini, guru tersebut telah mempunyai ilmu dan kemahiran yang mantap dalam segala hal berkaitan profesion keguruan dan dijadikan tokoh guru terbaik. Meskipun saya telah berada pada Gred Jusa C, namun saya masih memilih untuk tetap berkhidmat di sekolah. Hal ini kerana saya merasakan bahawa sekolah-sekolah pedalaman masih perlu dibantu untuk mencapai kecemerlangan yang optimum dari aspek akademik dan kokurikulum. Berdasarkan peta laluan latihan yang dikeluarkan oleh KPM, PPP yang berada di Gred Khas Jusa C masih boleh memilih laluan kerjaya dalam bidang PdPc berbanding kepimpinan dan pentadbiran di Jabatan Pelajaran Negari (JPN) atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) (KPM, 2016).

Pelan Pembangunan Diri yang akan saya laksanakan apabila berada di Gred Khas adalah saya akan terus mencari ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang pengkhususan saya iaitu Bahasa Melayu sehingga mampu menjadi pakar rujuk bahasa. Bahasa Melayu merupakan ilmu sepanjang hayat yang perlu dipelajari meskipun telah berada di peringkat gred tertinggi (Mohd Salihin et al., 2018).

Sebagai seorang pemimpin berwibawa dan berkaliber, saya perlu berfikiran holistik serta memiliki ilmu, kepakaran sehingga berkebolehan menjadi pakar rujuk dalam merangka strategi komprehensif khususnya dalam bidang bahasa, pedagogi PdPc dan kepimpinan dalam pentadbiran. Antara contoh amalan yang akan dipraktikkan adalah saya akan mendalami ilmu bahasa sehingga mampu menjadi seorang pakar Munsyi meskipun hanya berada di sebuah sekolah pedalaman. Pakar Munsyi sememangnya akan dijadikan ikon berautoriti dan menjadi contoh kepimpinan dalam profesionalisme keguruan. Saya akan dapat mengasah idea berkualiti yang memberi impak terhadap pendidikan negara. Secara tidak langsung, imej baik sebagai sekolah pedalaman dapat dijadikan penanda aras bagi pencapaian dan kecemerlangan sekolah-sekolah pedalaman yang dianggap mundur.

Bagi Pelan Pembangunan Kerjaya pula, saya meletakkan fokus untuk menjadi seorang pakar perunding pedagogi masa kini misalnya saya berupaya merangka pelan terhadap penggunaan strategi pengajaran yang diamalkan oleh guru-guru pedalaman. Sebagai guru besar, saya akan menjadikan sekolah saya sebagai pusat penghasilan dan pencetus budaya inovasi bagi sekolah- sekolah pedalaman. Saya akan bertindak sebagai pakar rujuk dan melatih guru-guru sekolah sebagai ikon inovasi yang melibatkan amalan penyelidikan dalam kebitaraan PdPc dan bidang kokurikulum yang menyumbang kepada pembinaan budaya bertaraf antarabangsa. Sekolah pedalaman saya juga akan diiktiraf sebagai sekolah berprestasi terbaik meskipun tidak terdedah dengan kemajuan pola pendidikan kini.

Sebagai seorang guru yang akan berkhidmat kepada negara, kita hendaklah menetapkan hala tuju bagi profesion keguruan yang diceburi agar skop tugas sebagai guru dapat dipelbagaikan dan memperoleh pelbagai pengalaman dalam penerapan kemahiran. Saya sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) akan sentiasa menggarap peluang yang ditawarkan oleh pihak Kementarian Pendidikan Malaysia (KPM) demi mengembangkan laluan kerjaya bagi profesionalisme keguruan ini.

Pada zaman kemajuan kini, guru tidak boleh berada ditakuk yang sama dan hanya memberikan komitmen terhadap pelaksanaan PdPc semata-mata. Hal ini kerana, tanpa pengetahuan dan kemahiran yang sentiasa diperbaharui, guru tersebut mampu memenuhi keperluan pendidikan semasa lebih-lebih lagi guru berhadapan dengan cabaran bebanan tugas yang berat terutamanya apabila kini murid-murid sebagai pelanggan utama guru semakin maju seiring dengan perkembangan dunia. Rumusannya, apabila sudah berada dalam dunia keguruan, ia terpulang kepada PPP sama ada ingin mengambil langkah serius dengan melibatkan diri secara aktif dalam perkembangan laluan kerjayanya atau hanya berada dalam kelompok dan persekitaran yang sama dari peringkat Gred DG41 sehingga Gred 54.