Sofiyah Binti Yazid (GB 03375) by Institusi Kekeluargaan Muslim

Dalil Peristiwa Siddiq Rasulullah saw
Ketika Abu Salamah wafat, aku beristirja. Dan berdoa, “Ya Allah berilah pahala atas musibahku ini. Dan gantikanlah dengan yang lebih baik darinya.” Setelah itu, aku renungkan ucapanku dan bertanya pada diriku, “Adakah untukku yang lebih baik dari Abu Salamah?” Setelah iddahku selesai, Rasulullah meminta izin padaku. Saat itu aku sedang menyamak kulit. Kucuci tanganku dan kuizinkan beliau masuk. Aku pun membentangkan alas duduk dari kulit yang berisi serat. Beliau pun duduk di atasnya dan meminangku untuk dirinya.

Setelah beliau selesai berbicara, aku berkata, “Wahai Rasulullah, siapa aku ini untuk tidak menerimamu. Tapi aku adalah seorang wanita yang sangat pencemburu. Aku khawatir Anda melihat pada diriku sesuatu yang menyebabkan aku diadzab oleh Allah. Dan aku adalah wanita yang sudah berusia dan memiliki anak-anak.”

Rasulullah menanggapi,

أَمَّا مَا ذَكَرْتِ مِنَ الْغَيْرَةِ فَسَوْفَ يُذْهِبُهَا اللَّهُ مِنْكِ، وَأَمَّا مَا ذَكَرْتِ مِنَ السِّنِّ فَقَدْ أَصَابَنِي مِثْلُ الَّذِي أَصَابَكِ، وَأَمَّا مَا ذَكَرْتِ مِنَ الْعِيَالِ فَإِنَّمَا عِيَالُكِ عِيَالِي

“Yang engkau sebut berupa kecemburuan, Allah akan menghilangkan hal itu darimu. Tentang umurmu, aku pun telah berumur sebagaimana engkau. Dan tentang anak-anakmu, anak-anakmu juga anak-anakku.”

Ummu Salamah menjawab, “Aku terima lamaran Anda, Rasulullah.”

Kemudian ia mengatakan, “Sungguh Allah telah menggantikan untuk diriku seseorang yang lebih baik dari Abu Salamah, yakni Rasulullah.” (Ibnu Katsir” as-Sirah an-Nabawiyah, 3/175)

Melalui kisah ini, dapat disimpulkan bahawa Nabi Muhammad saw mengatakan perkara yang haq dan benar biarpun kepada wanita yang bakal dikahwini. Hal ini untuk mengelakkan sebarang kegusaran hati seorang wanita yang telah menjadi janda. Sifat yang ditonjolkan amat mulia dan wajar dijadikan tauladan bagi para lelaki kerana tidak merendahkan martabat seorang balu yang lebih berumur malahan mempunyai anak bersama suami terdahulu.

Dalil Peristiwa Amanah Rasulullah saw.
Rasulullah SAW merupakan contoh teladan yang baik dalam semua perkara, termasuklah juga dalam hal ini. Baginda SAW bersabda dalam hadith yang diriwayat oleh Ibn ‘Abbas:

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِي

Maksudnya: Sebaik-baik daripada kalangan kamu ialah yang paling baik terhadap isterinya. Dan aku adalah yang terbaik terhadap isterinya. (Hadith riwayat Ibn Majah, 9:2053)

Rasulullah SAW memberi nafkah dan keperluan secukupnya kepada ahli keluarganya mengikut kemampuan Baginda SAW. Rasulullah SAW menyediakan untuk isteri-isteri Baginda SAW tempat tinggal, makanan, pakaian dan semua keperluan dengan mencukupi dengan tidak berlebihan. Ini bersesuaian dengan kehidupan Rasulullah SAW yang memilih zuhud dan tidak bermewah-mewah. Dalam pemberian nafkah, Rasulullah SAW memberikan 20 wasaq gandum dan 80 wasaq kurma kepada isteri-isterinya pada setiap tahun. (Rujuk Nail al-Awthar, 5:221)

Hal ini menunjukkan sifat amanah yang ditunjukkan oleh Rasulullah kepada isteri baginda. Meskipun baginda saw merupakan seorang pemimpin dan Rasul yang sangat sibuk pada waktu itu. Keutamaan sebagai suami memberi nafkah dan menjaga amanah seorang isteri itu tidak pernah dilupakan dan diabaikan.

Isu semasa yang berkaitan Sifat Amanah Rasulullah saw
Isu suami tidak berkerja ini selalu diperhangatkan.

Isteri dan anak-anak adalah amanah dan tanggungjawab pada suami. Malah ia menjadi kewajipan sebagai suami untuk menyediakan nafkah keperluan pada isteri dan anak.

Tidak berkerja bukan tiket untuk culas memberi nafkah. Sekurang-kurangnya adalah keselesaan tempat tidur atau berlindung, pakaian dan makanan untuk kehidupan harian.

Rasulullah juga menggalakkan untuk kita bersifat amanah dan tidak mengkhianati tanggungjawab yang telah diberikan.

Dalil Peristiwa Tabligh Rasulullah saw
Nabi Muhammad saw merupakan seorang Rasul utusan terakhir. Maka, segala yang diperkatakan, dilakukan itu adalah panduan dan contoh tauladah kepada umat manusia hingga hari ini.

Seperti dalam riwayat Sunan Abu Daud;

Diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah R.A

حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ كَعْبٍ الْأَنْطَاكِيُّ وَمُؤَمَّلُ بْنُ الْفَضْلِ الْحَرَّانِيُّ قَالَا حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ عَنْ سَعِيدِ بْنِ بَشِيرٍ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ خَالِدٍ قَالَ يَعْقُوبُ ابْنُ دُرَيْكٍ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتْ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ قَالَ أَبُو دَاوُد هَذَا مُرْسَلٌ خَالِدُ بْنُ دُرَيْكٍ لَمْ يُدْرِكْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا

Maksudnya; Telah menceritakan kepada kami [Ya'qub bin Ka'b Al Anthaki] dan [Muammal Ibnul Fadhl Al Harrani] keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami [Al Walid] dari [Sa'id bin Basyir] dari [Qatadah] dari [Khalid] berkata; Ya'qub bin Duraik berkata dari ['Aisyah radliallahu 'anha], bahwa Asma binti Abu Bakr masuk menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dengan mengenakan kain yang tipis, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pun berpaling darinya. Beliau bersabda: "Wahai Asma`, sesungguhnya seorang wanita jika telah baligh tidak boleh terlihat darinya kecuali ini dan ini (beliau menunjuk wajah dan kedua telapak tangannya)." (Sunan Abu Daud, No 3580)

Kisah ini jelas menunjukkan sifat tabligh Rasulullah pada keluarganya. Menyampaikan tentang aurat seorang wanita yang telah baligh. Agar tidak menampakkan susuk tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Teguran itu dibuat kepada Asma' Binti Abu Bakar yang berpakaian tipis ketika bertemu dengan Baginda saw.

Dalil Peristiwa Fatonah Rasulullah saw
Ada sebuah hadis yang menceritakan tentang bagaimana Rasulullah menguruskan sifat cemburu yang ada pada Saidatina Aisyah r.a.

حَدَّثَنَا عَلِيٌّ حَدَّثَنَا ابْنُ عُلَيَّةَ عَنْ حُمَيْدٍ عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ بَعْضِ نِسَائِهِ فَأَرْسَلَتْ إِحْدَى أُمَّهَاتِ الْمُؤْمِنِينَ بِصَحْفَةٍ فِيهَا طَعَامٌ فَضَرَبَتْ الَّتِي النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَيْتِهَا يَدَ الْخَادِمِ فَسَقَطَتْ الصَّحْفَةُ فَانْفَلَقَتْ فَجَمَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِلَقَ الصَّحْفَةِ ثُمَّ جَعَلَ يَجْمَعُ فِيهَا الطَّعَامَ الَّذِي كَانَ فِي الصَّحْفَةِ وَيَقُولُ غَارَتْ أُمُّكُمْ ثُمَّ حَبَسَ الْخَادِمَ حَتَّى أُتِيَ بِصَحْفَةٍ مِنْ عِنْدِ الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا فَدَفَعَ الصَّحْفَةَ الصَّحِيحَةَ إِلَى الَّتِي كُسِرَتْ صَحْفَتُهَا وَأَمْسَكَ الْمَكْسُورَةَ فِي بَيْتِ الَّتِي كَسَرَتْ

Maksudnya; Telah menceritakan kepada kami Ali telah menceritakan kepada kami Ibnu Ulayyah dari Humaid dari Anas ia berkata; Suatu ketika Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berada di tempat isterinya. Lalu salah seorang Ummahatul Mukminin mengirimkan hidangan berisi makanan. Maka isteri Nabi yang beliau saat itu sedang berada dirumahnya memukul piring yang berisi makanan, maka beliau pun segera mengumpulkan makanan yang tercecer ke dalam piring, lalu beliau bersabda: "Ibu kalian rupanya sedang terbakar cemburu." Kemudian beliau menahan sang Khadim (pembantu) hingga didatangkan piring yang berasal dari rumah isteri yang beliau pergunakan untuk bermukim. Lalu beliau menyerahkan piring yang bagus kepada isteri yang piringnya pecah, dan membiarkan piring yang pecah di rumah isteri yang telah memecahkannya. (Hadis Bukhari, No 4824)

Rasulullah menyebut perbuatan Aisyah tersebut sebagai bentuk cemburu. Lalu beliau berdiri dan menyatukan piring yang terbelah menjadi dua tersebut dan meletakkan makanan yang tercicir diatas piring tersebut kemudian mengajak para sahabat untuk memakannya.

Setelah itu Rasulullah mengirim piring milik Aisyah untuk diberikan kepada isteri beliau yang telah mengirim makanan melalui seorang pembantu tadi sebagai ganti atas piringnya yang dipecahkan oleh Aisyah Radliyallahu ‘anha. Sabda beliau dalam hadits riwayat at-Tirmidzi ; طعام بطعام، وإناء بإناء “(merusakkan makanan diganti dengan makanan, bejana diganti dengan bejana)”. Lalu selesailah perkara. Yang demikian ini karena sikap santun dan bijaksana yang dimiliki oleh Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassallam.

Isu semasa yang berkaitan Sifat Siddiq Rasulullah saw
Baru-baru ini telah tular cerita dua pasangan artis yang telah berhijrah. Isu yang telah dibangkitkan oleh netizen mengenai cara Shuib meminta izin isterinya, Sarah untuk membeli motor.

Kesan dari posting dari laman Instagram itu, Shuib telah mendapat kecaman dari netizen dengan mengatakan

"Tidak terlalu tunduk dengan isteri."

"Bersikap tegas dengan isteri."

Berdasarkan isu yang tular ini dapat kita lihat sebenarnya sifat jujur dan terus terang antara suami isteri sebenarnya dapat menambah rasa kepercayaan dalam hubungan. Rentetan daripada itu, pasangan suami atau isteri lebih percaya tanpa menimbulkan sebarang keraguan antara satu sama lain. Seperti yang dianjurkan oleh Nabi kita iaitu Nabi Muhammad saw iaitu jujur dan terus terang antara suami isteri. Jangan berselindung dan berpura pura apatah lagi menipu.

Namun, adat masyarakat pada hari ini adalah isteri tidak berhak atau tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bersama suami dalam menentukan apa apa keperluan mahupun kehendak dalam kehidupan. Situasi dan budaya sebegini lah yang akan menjadikan seorang isteri itu semakin mundur dan tidak berkembang bahkan tertindas. Sedangkan isteri juga mempunyai peranan yang sangat penting dalam perhubungan kekeluargaan.

Isu semasa yang berkaitan Sifat Tabligh Rasulullah saw
Ustaz Ebit Liew terkenal sebagai seorang pendakwah bebas yang suka berdakwah dikawasan lorong, pusat beli belah, sekolah dan lain-lain lagi.

Sifatnya yang lembut dalam penyampaian dakwah menjadikan beliau seorang Ustaz yg mudah didekati oleh golongan yang lemah seperti pelacur, pondan, mak nyah dan lain-lain.

Waktu sibuk beliau bukan alasan untuk beliau mengabaikan keluarga. Malahan dengan isteri beliau juga beliau muliakan dan menjadikannya sebagai bidadari.

Ini bermakna penyampaian dakwah yang lembut dan tenang itu telah menambat hati pelbagai pihak termasuk orang yang bukan Islam.

Malahan, masyarakat juga mengenali beliau bukan hanya terkenal ditelevisyen atau media. Tetapi kerana layanan kepada isteri dan anak-anak.

Begitulah penyampaian dakwah yang hebat. Sebenar-benar dakwah Rasulullah. Menunjukkan akhlak yang baik. Menjadi contoh tauladan kepada masyarakat dan menyampaikan perkara yang baik.

Isu semasa yang berkaitan Sifat Fatonah Rasulullah saw
Kebijaksanaan seorang suami dapat dilihat ketika dia menguruskan rumahtangganya.

Seringkali berlaku dalam masyarakat pada hari ini ialah masalah rumahtangga yang melibatkan curang, tidak amanah dalam beri nafkah, abaikan tanggungjawab dan lain-lain.

Namun, berbeza pada entri kali ini apabila lelaki tersebut mengikuti sunnah Rasulullah berpoligami. Malahan, hidup berpoligami beliau dapat diuruskan dengan sebaiknya. Mahupun isteri muda dan isteri tua. Keduanya bahagia dan terima seadanya.