AKTIVITI MINGGU 8 by SEJ0621 Nur Izzatul A La Binti Syahrulmubin

Kumpulan 1
NUR IZZATUL A'LA BINTI SYAHRULMUBIN
NUR HUMAIRAH BINTI MISRAL
PEMBANGUNAN EKONOMI TAMADUN MELAYU

Kumpulan 3 (TAMADUN INDUS)
Farrah Diyana Binti Mukri
Nurin Nabihah Binti Azlan

1) Zaman Veda
- Masyarakatnya duduk di kampung dan melakukan kegiatan pertanian

- Mereka juga melakukan kegiatan perdagangan dan maritime

- Pedagang akan pergi berdagang di tempat yang lebih jauh (di luar negeri) untuk mendapat keuntungan yang banyak

- Mereka menjalankan hubungan komersial dengan Babylon dan negeri-negara lain di Asia Barat.

- Mereka menggunakan system barter.

- Lembu dijadikan sebagai sesuatu yang berharga.

- Medium pertukarannya ialah kepingan emas yang digelar ‘mishka’.

- Perdagangan diuruskan oleh kumpulan yang digelar sebagai ‘Pani’.

2) Tamadun Indus
-Sistem pengangkutan pada peringkat awal ialah dengan menggunakan unta, gajah, kuda, keldai iaitu secara kafilah menggunakan jalan darat.
-Apabila perdagangan berkembang, jalan laut yang menggunakan kapal digunakan.
-Perdagangan dijalankan dengan Mesopotamia.
-India terkenal dengan sistem timbangannya yang seragam sejak zaman tamadun awal lagi.
-Dari segi cukai, pada zaman Asoka dari Dinasti Maurya, Asoka telah memperkenalkan cukai tanah dan cukai ke atas hasil seperti cukai pengeluaran pertanian, cukai pengeluaran barang-barang dagangan, cukai jalan, dan cukai pinjaman.
-Cukai-cuckai itu ditetapkan dengan kadar tertentu.
-Misalnya, cukai pengeluaran ditetapkan 1/6 daripada jumlah pengeluaran dan mungkin akan berubah kadarnya.
- Hasil cukai itu digunakan untuk pembinan sistem pengairan, jalan raya, bangunan-bangunan, tempat-tempat adat di samping sebagai sumber kepada raja.

KUMPULAN 4
Nor Izzati Hazirah binti Nor Azman
Nurul Rafiqah binti Rosdi
Hafatin Zulaikha binti Zulkepli

TAMADUN YUNANI
~Tamadun Yunani merupakan sebuah wilayah yang terletak di sekitar kawasan utara dan timur Laut Mediterranean.
~Tamadun Yunani mengalami peningkatan ekonomi yang bermula dari pertanian, perdagangan dan berkembang menjadi perindustrian.

- Aktiviti ekonomi lebih tertumpu ke arah perdagangan di hampir sema negara kota di Yunani, kecuali Sparta kerana mempunyai bentuk permukaan bumi yang bergunung-ganang.

PERTANIAN

~Pertanian merupakan aktiviti utama yang bertujuan untuk menyara diri. Penduduk  menjalankan aktiviti menanam gandum, barli, anggur dan buah zaitun di sekitar kawasan lembah-lembah sungai yang subur.

-Namun, kawasan yang berbukit bukau dan tanah berbatu menjadikan mereka sukar untuk membajak dan menanam.

- Manakala di kawasan lereng bukit, kegiatan menternak kambing dan biri-biri telah dijalankan secara kecil-kecilan.

- Keadaan muka bumi Yunani yang kurang sesuai untuk aktiviti pertanian telah membawa ke arah aktiviti perdagangan.

PERDAGANGAN

~Perdagangan di Negara Kota Athens merupakan aktiviti utama kerana kawasan negara kota tersebut berdekatan dengan laut menjadikan Negara Kota Athens memiliki keistimewaan pelabuhan yng baik.
~Secara tidak langsung menjadikan satu perdagangan itu berjalan dengan baik.
~Buktinya, Athens telah mengimport sebanyak 75% gandum pada abad keempat S.M.
~ Selain itu, ikan, daging, garam, buah-buahan, galian, kain bulu dan pakal yang diperbuat daripada damar turut diimport.
~Di samping itu, hamba, barangan mewah juga turut diimport dari negara luar.
~Manakala bagi pengeksportan, Athens telah mengeksport minyak zaitun, perak, batu marmar dan lukisan.
~Oleh itu, kegiatan perdagangan akan dikenakan cuka import dan eksport yang rendah bagi meningkatkan hasil negara.
~Namun, perkembangan perdagangan di Athens diperlihatkan selepas kedatangan Solon yang merupakan antara pemerintah yang bijaksana.
~Antara pembaharuan yang telah dilakukan ialah mengurangkan kos roti terima kasih kepada eksport dan jualan di luar negara minyak zaitun serta pengharaman eksport bijirin.
~Jadi, ini membantu kepada peningkatan dan kemajuan perdagangan.
~Hal ini kerana di dalam ilmu ekonomi, semakin rendah sesuatu harga, semakin tinggi permintaan isi rumah.
~Jadi, faktor inilah penyumpang kepada kemajuan ekonomi.
~Di samping itu, kemudahan pelabuhan yang terdapat di Athens turut memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi seperti insurans,sistem pembankan dan lain-lain lagi.
~Bahkan, wujudnya institusi bank, sistem mata wang dan isnurans telah merangsang kegiatan ekonomi pada zaman Grace-Roman.

PERINDUSTRIAN

NEGARA KOTA ATHENS

~Separuh abad ke-19 menandakan pertumbuhan ekonomi yang pesat di Athens.  Selepas bandar tersebut menjadi ibu negara, terdapat perusahaan perindustrian.
~Di Athens, lebih separuh daripada penduduk bekerja dalam industri pembuatan. Terdapat tekstil, kulit dan kasut, pakaiaan, makanan, kimia, logam dan keluli, percetakan dan industry yang lain. Shipyard, logam dan minyak penapisan di sekitar Athens dikekalkan selepas peperangan berlaku.
~Bandar yang mengendalikan lebih daripada 2.5 juta tan minyak diangkut melalui majoriti import (sebanyak 70%) dan eksport (sebanyak 40%). Bank-bank Greek terbesar adalah di Athens.
~Selain itu, perindustrian kraftangan juga aktif di kawasan Athens. Antara cawangan yang paling penting dalam pengeluaran kraftangan boleh dikenal pasti pembinaan dan pembinaan kapal, banyak perhatian telah dibayar kepada seramik dan tenunan, perlombongan dan kraf besi.
~Terdapat beberapa bengkel kecil, yang dipanggil ergasteria. Hasilnya, permintaan semakin meningkat untuk asas bahan mentah dan tidak mencukupi di wilayah-wilayh tempatan.
~Hal ini kerana kesesakan di pasaran tempatan wain dan minyak, perkembangan bidang pengeluaran kraftangan telah menolak orang Yunani untuk perdagangan asing yang aktif.

NEGARA KOTA SPARTA

~Masyarakat Sparta tidak digalakkan untuk menjalani aktiviti ekonomi dari aspek perdagangan dan perniagaan walaupun kebanyakkan negeri mereka subur dengan bahan mentah yang lumayan seperti bijih timah.
~Setiap warga Sparta diwajibkan untuk dibesarkan dalam masyarakat ketenteraan. Kerajaan lebih menggalakkan rakyatnya terlibat dengan latihan ketenteraan dan peperangan. Oleh itu, masyarakat diarahkan untuk menumpukan kepada aktiviti pertanian dan ekonomi sara diri.
~Hal ini kerana kerajaan beranggapan bahawa aktiviti perdagangan dengan dunia luar akan menyebabkan moral penduduk tercemar. Di Sparta moden pula, aktiviti utama yang dijalankan adalah pemprosesan pokok buah-buahan, zaitun dan mengeksport sitrus.
~Dalam abad ke-19, sebahagian besar Sparta dibangunkan semula. Sparta Moden lebih tertumpu dalam sektor perlancongan. Mereka melaburkan modal yang banyak untuk menarik pelancong datang ke mereka.
~Kebanyakkan wilayah memperuntukkan bergiat dalam aktiviti pertanian. Oleh itu, ramai penduduk tempatan terlibat dalam bidang pertanian. Namun, aktiviti ini terkenal lagi sejak zaman purba Sparta.
~Pada musim panas anda juga boleh melihat perayaan sebagai penghormatan kepada buah zaitun. Dengan proses pemprosesan buah pokok ini boleh didapati di muzium bandar. Kimia, tembakau, tekstil dan industri makanan diwakili dalam perniagaan kecil Sparta moden.

KUMPULAN 5
-Syarifah Nabilah
-Anis Syakirah
-Puteri Anis

TAMADUN ROM

Sistem Ekonomi
a)Bersifat laissez-faire dan menjalinkan hubungan perdagangan dengan dunia luar

Laissez-faire berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud ‘tinggalkan kita sendiri’
Ia merujuk kepada ideologi politik yang menolak campur tangan pemerintah dalam ekonomi
Tujuannya untuk mempromosikan pasaran bebas dan berdaya saing yang menuntut pemulihan ketertiban dan keadaan kebebasan semula jadi dari mana manusia muncul
Prinsip laissez-faire :
- Individu adalah unit asas masyarakat iaitu, standard pengukuran dalam sosial
- Individu menikmati hak kebebasan semula jadi
- Urutan fizikal alam adalah sistem yang harmoni & mengatur diri

b)Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama penduduk Rom pada Zaman Republik

c)Pada zaman Empayar Augustus , perniagaan bebas wujud antara Laut Hitam dengan Sepanyol. Pada zaman ini kebebasan penuh diberikan kepada pelayar dan pedagang tanpa sekatan warna kulit, tarif dan sebagainya

d)Bandar-bandar pada zaman ini bersifat kosmopolitan dan menjadikannya tumpuan pedagang Syria, Greek , Sepanyol dan Afrika

Pada Kamus Dewan , kosmopolitan bermaksud terdiri daripada orang atau unsur-unsur dari seluruh dunia, bersifat sejagat, bebas daripada prasangka kebangsaan , menggunakan tema universal.
Menurut J. R. Saul, kosmopolitanisme adalah pandangan dunia dan orientasi budaya yang bertujuan untuk memahami perpaduan dunia , universalisme

e)Maharaja Nero dianggap sebagai Bapa Perdagangan Bebas kerana telah mengambil tindakan menghapuskan amalan lam Empayar Rom

f)Gading, emas, bulu binatang, batu ambar dan lilin diimport dari timur Afrika . Hamba diimport dari Rusia dan Jerman ;  daerah Asia Kecil , Itali, dan Gaul berperanan menghasilkan barangan dagangan bulu dan mutiara, batu permata, kain kapas , kulit penyu , rempah ratus , pokok jati , ebony, lada hitam , dan sutera dibawa dari India

g)Timah hitam , besi tiram dan anjing perburuan dibawa dari Britain . Logam , emas, perak , bahan pencelup , linen  & minyak zaitun diimport dari Sepanyol. Hamba , serbuk emas dan batu marmar diimport dari Afrika Timur manakala Asia Kecil dan Syria membekalkan kain bulu, fabrik , permaidani , kain bertekat , barangan kulit dan keluli

h)Dasar ekonomi Augustus yang bersifat laissez-faire beri kebebasan kepada saudagar untuk berdagang.Langkah penting yang diambil termasuk :

Menyusun semula sistem mata wang kepada emas , perak dan logam
Menubuhkan angkatan tentera bagi melawan lanun
Memperkenalkan sistem cukai yang tidak membebankan.

Konsep Ekonomi
> antara kegiatan ekonomi dalam tamadun awal manusia termasuklah bercucuk tanam, menternak binatang dan menghasilkan barang untuk perdagangan.
• pada tahap awal, kegiatan ekonomi yang paling utama ialah penanaman dan penternakan binatang yang bertujuan untuk menyara diri.
• tetapi apabila tamadun itu berkembang dan diikuti dengan kemunculan bandar, kegiatan tersebut telah membawa penghasilan yang melebihi keperluan mereka sendiri.
• hasil yang berlebihan itu dipasarkan dan ditukarkan dengan barangan perusahaan tempatan seperti barangan tembikar, peralatan memotong daripada logam dan perhiasan yang terdapat di bandar.

Pembangunan Ekonomi
> Rom terkenal dengan sistem jalan rayanya yang baik dan ini membolehkan perdagangan berjalan lancar. Di setiap daerah, maharaja membaiki dan membina rangkaian jalan raya yang diturap.  Pada awalnya,pembangunan ekonomi tamadun Rom dipengaruhi dengan pertanian dan penternakan dimana mereka menghasilkan makanan seperti bijirin,minyak zaitun,arak dan sebagainya.  Bahan-bahan seperti kayu,besi,tekstil dan sebagainya telah digunakan sebagai bahan binaan dan pembuatan.

Pada zaman Augustus iaitu zaman Rom berada dalam keadaan aman, perdagangan berjalan dengan baik. Perdagangan berlaku antara Laut Hitam dengan Sepanyol. Bandar-bandarnya berbentuk kosmopolitan. Bandar-bandar di Rom menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari Syria, Greek, Sepanyol dan Afrika. Laut Mediterranean menjadi lebuh raya penting menghubungkan kawasan tengah Empayar Rom. Pelabuhan-pelabuhan Rom menyediakan limbungan kapal dan kemudahan pelabuhan yang baik untuk kapal-kapal yang berlabuh. Rom telah mengenakan cukai ke atas kawasan-kawasan yang ditawan.

Kumpulan 2
Nama Ahli Kumpulan :
- Amirah Syakirah
- Imanina Arissha
- Nurhidayah Solehah

PEMBANGUNAN EKONOMI TAMADUN MESIR PURBA

-Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian, perdagangan dan perusahaan.

Mesir terkenal dengan kegiatan pertanian kerana Lembah Sungai Nil memberikan tanah yang subur dan anugerah Allah yang tidak ternilai memandangkan kawasan sekitarnya yang lain merupakan kawasan padang pasir yang tidak memberikan apa-apa hasil.

-Pada mulanya penduduk tamadun Sungai nil ini mengusahakan rami, gandum, barli, fleks, sayur-sayuran, kacang, lobak, kurma, menanam pokok pyprus (untuk membuat bot, tali dan sender), ternakan kambing, biri-biri dan lembu hanya untuk sara diri.

- Lama kelamaan kegiatan ini bertukar menjadi komersil apabila hasil bertambah hingga melebihi keperluan diri dan keluarga. Ini berlaku apabila mereka mula menggunakan teknologi dalam bidang ekonomi ini.

-Bagi menambahkan hasil, bajak,dan syaduf (alat mengangkut air dari Sungai Nil) digunakan.

-Terusan bagi mengairi tanaman juga dibina.

-Perusahaan utama yang dijalankan ialah pembinaan kapal, menguari, membuat bir dari barli dan wain dari anggur, membuat tembikar, gelas dan membuat kain dari rami.

- Perlombongan tembaga juga diusahakan. Pada mulanya perniagaan dijalankan melalui sistem barter, kemudian berkembang kepada perdagangan hingga ke peringkat antara bangsa menggunakan jalan darat (melalui Sinai) menggunakan sistem kafilah dan jalan laut.

- Mesir telah mengeksport gandum, kain linen, tembikar, barang-barang kemas dan mengimport kayu perabut (kayu gergaji), emas, perak,dan gading. Urusan perdagangan dijalankan dengan Babylonia,Syam, Crete (Yunani), Afrika, Asia dan Rom

TEKNOLOGI

Inovasi di banyak kawasan membolehkan Mesir menjadi kuasa kuno. Oleh kerana perdagangan adalah aktiviti ekonomi yang penting. Orang Mesir memerlukan kapal-kapal yang berfungsi dengan baik. Tamadun Mesir menggunakan pengetahuan sains aerodinamik untuk membina kapal yang menangkap angin dan boleh didorong melalui air. Orang-orang mesir mengembangkan banyak layar yang boleh diselaraskan terhadap angin dalam kapal yang berlainan. Pada mulanya bot-bot kecil dibuat daripada papyrus, kemudian kapal-kapal besar mula dibina daripada kayu cedar.

SISTEM PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

• Pembangunan ekonomi Mesir dikatakan bermula dengan sistem pengangkutan dan perhubungannya.

• Mesir banyak melakukan aktiviti perdagangan melalui laut. Kedudukan Mesir berhampiran Laut Mediterranean.

• Masyarakat di Mesir mahir membuat kapal, menyusuri Sungai Nil dengan menggunakan sampan-sampan yang dibuat daripada kayu dengan kain layar dan dayung.

• Pada zaman kerajaan lama, barang-barang dagangan diangkut menggunakan perhubungan darat melalui Sinai
Barang-barang dagangan seperti tembaga, gading emas, gam wangi, bulu kasuari dan kayu telah dibawa masuk ke Mesir dari Nubia.

• Pada zaman pembentukan empayar, mereka mula menggunakan kapal-kapal yang lebih besar untuk tujuan urusan perdagangan. Ini telah memudahkan pengangkutan barang terutama dari daerah-daerah selatan.

PENGURUSAN EKONOMI

~ Antara lainnya ialah pengurusan ekonominya. Pihak pemerintahan Mesir (Firaun) telah dilantik Canselor untuk mengawasi hal ehwal ekonomi negara.

~ Tugasnya ialah menetapkan dan menguruskan sistem percukaian memadangkan cukai merupakan antara sumber penadapatan negara yang penting dan utama.

~ Firaun mengenakan cukai kepada institusi-institusi yang memiliki tanah-tanah pertanian.

~ Cukai-cukai dikenakan ke atas tanah pertanian memandangkan tanah-tanah pertanian ini mendatangkan hasil yang agak lumayan.

~ Cukai-cukai dibayar dalam bentuk barangan ekonomi. Firaun telah menyediakan gudang-gudang yang agak besar untuk menyimpan barangan cukai tersebut.

~ Pada masa itu, Mesir telah mengenakan pelbagai cukai seperti cukai mati, cukai jualan hamba abdi, cukai lembu, cukai pengundian, cukai eksport dan import diperlabuhan.

~ Salah satu kemajuan dari pembangunan ekonomi ialah kepakaran mereka dalam mempraktikkan elemen-elemen sistem perakaunan dan simpan kira semasa menjalankan aktiviti jual beli atau perdagangan.

~ Pedagang-pedagang Mesir mula menggunakan resit dalam setiap urusan perdagangan mereka.

~ Selain itu, mencipta dokumen pemilikan harta, kontrak atau perjanjian bertulis dan wasiat.

MATA WANG

- Penggunaan mata wang hanya bermula dengan penjajahan Parsi keatas Mesir iaitu dengan pengenalan kepada sistem mata wang perak yangg dikenali sebagai shekel.

- Sistem ekonomi yang menggunakan wang adalah semasa zaman Remesside.

- Gelang-gelang yang diperbuat daripada emas, perak yang sama berat dan standardnya telah dijadikan sebagai bahan pertukaran semasa berjual beli.

- Menggunakan wang hanya bagi perdagangan yang dijalankan secara besar dan bagi perdagangan kecil hanya terus mengamalkan sistem barter.

KUMPULAN 6 (TAMADUN MESOPOTAMIA)
AHLI KUMPULAN:
1) HUMAIRAH BINTI MOHAMMAD FADZIL
2) KAY NAJLA NADHIRA BINTI HEMKI
3) ANIS LIYANA BINTI IBRAHIM