BMMB1074 (TUGASAN 2) by
NAMA: ALICIA ANAK HENRY
ANGKA GILIRAN: 2023042310028
NO. KAD PENGENALAN: 040620131244
KUMPULAN: BAHASA MELAYU (SK 2) PPISMP
KOD DAN NAMA KURSUS: BMMB 1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
NAMA PENSYARAH: PUAN ALICE PU TING ANAK KOSIN
TARIKH HANTAR: 8 OKTOBER 2023
Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu
Pengenalan:
Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972.
Sistem ini merupakan cetusan daripada perjanjian penyatuan ejaan Rumi bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang dasarnya dipersetujui pada tahun 1967.
Sistem ejaan Rumi yang dilaksanakan pada tahun 1972 itu ialah hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia bagi pihak kerajaan Malaysia dan pemerintah Republik Indonesia.
Badan yang ditugaskan menyusun pedoman ejaan Rumi di Malaysia ialah Jawatankuasa ini diletakkan di bawah pengurusan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sistem ejaan rumi:
ABJAD
Abjad yang digunakan dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada huruf-huruf yang disenaraikan di bawah dan sebutan tiap-tiap huruf disertakan di sebelahnya.
HURUF VOKAL
Huruf vokal dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada a, e, i, o, dan u. Terdapat dua versi huruf e iaitu, e pepet dan e taling.
HURUF DIFTONG
Dalam bahasa Melayu, diftong dilambangkan dengan gabungan dua huruf vokal (ai, au, dan oi) yang dilafazkan sebagai bunyi geluncuran.
HURUF KONSONAN
Huruf konsonan dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada huruf-huruf b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t, v, w, x, y, dan z.
GABUNGAN HURUF KONSONAN
Dalam bahasa Melayu, terdapat lima gabungan huruf konsonan, iaitu gh, kh, ng, ny, dan sy yang tiap-tiap satu gabungan itu melambangkan satu bunyi konsonan.
Penulisan unsur serapan:
menyerap unsur daripada pelbagai bahasa lain, sama ada daripada bahasa daerah mahupun bahasa asing. Contohnya bahasa Sanskrit, Tamil, Cina, Arab, Portugis, Belanda, dan Inggeris.
Pertama, bagi unsur asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu.
Kedua, bentuk visual kata asing yang pengucapan dan penulisannya sudah terserap ke dalam bahasa Melayu, hendaklah diutamakan.
Ejaan Rumi Kongres
Pengenalan:
Pada tahun 1956, melalui Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga(KBPM), satu ejaan rumi bahasa Melayu telah dipersetujui.
Sistem ejaan in tidak jadi digunakan kerana terdapat penerapan lambang fonetik.
Ejaan rumi bahasa Melayu ini diberi nama Sistem Ejaan Kongres.
Kongres ketiga KBPM berlangsung pada 16-21 September 1956 di Johor Bahru dan Singapura yang dihadiri oleh lebih kurang 500 orang perwakilan dan pemerhati dari 59 buah badan bahasa dan persuratan Melayu dari seluruh Malaya pada waktu itu.
Dalam perbahasan ini, empat dasar pengejaan Bahasa Melayu dengan huruf rumi telah dirumuskan.
Sistem Ejaan Kongres:
SISTEM EJAAN ASAS 50:
Vokal kembar (diftong ai, au, oi menjadi ay, aw, oy)
contoh: gulay, gurau, amboy
Konsonan ng dan ny dalam tulisan fonetik
contoh: parang, nyonya, nona
Huruf f, q, v, x dan z boleh digantikan menggambarkan fonem-fonem asing
SISTEM EJAAN PBMUM:
Menolak huruf kembar dan diganti dengan fonem lain
contoh: ch-c, ny, ng, sh-
Ejaan Melayu disatukan dengan ejaan Indonesia
contoh: kerana-karena, kurnia-karunia
EJAAN KONGRES 1956:
Hasil kongres yang diguna pakai ialah :
*ch-c, ng, ny, sh
*aw, ay, oy menggantikan au, ai, oi
Sistem Ejaan Za'ba
Pengenalan:
Sistem Ejaan Za'ba merupakan sistem yang pertama dalam sistem ejaan rumi Bahasa Melayu yang disusun oleh orang berbangsa Melayu pada tahun 1933 dan telah tersiar dalam Sistem Ejaan Melayu Jawi-Rumi 1949.
Sistem Ejaan Wilkinson yang dipakai sebelum ini terdapat beberapa kelemahan. Maka, sistem Ejaan Rumi Za'ba telah diperkenalkan untuk memantapkan lagi sistem ejaan Rumi dalam bahasa Melayu.
Sistem ejaan ini telah dihasilkan di SITC (Maktab Perguruan Sultan Idris).
Sistem ejaan ini juga telah disusun dan diperkemas dalam jangka masa beberapa tahun dan termuat dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SIT seperti Ilmu Bahasa Melayu Penggal I (1926), Pelita Bahasa Melayu Penggal I (1941) dan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi)(1949).
Ciri-ciri:
Tidak menggunakan teori dan teknik linguistik kerana ia hanya melambangkan bunyi- bunyi bahasa Melayu melalui huruf-huruf rumi yang digunakan dalam Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu.
Za'ba tidak menggunakan tanda sirkumfleks atau aksen sebagai penanda panjang atau pendek bunyi bagi mana-mana grafem vokal dalam sistem ejaannya.
Tulisan Jawi
Penenalan:
Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui.
Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17 manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir abad ke-19.
Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British.
Tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.
digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadatdan perdagangan.
Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris.
Sejarah perkembangan tulisan Jawi:
Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negeri-negeri kesultanan Melaka, Johor, Brunei, Sulu, Patani, Acheh dan Ternate seawal abad ke-15.
Pada akhir abad ke 8 H dan muncul satu kuasa iaitu Melaka yang ditegakkan oleh Parameswara yang kemudiannya memeluk agama islam dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah pada 812 H.
Di Pulau Jawa Islam mula didakwahkan sejak 803 H oleh seorang pendakwah yang juga seorang wali yang bernama Maulana Malik Ibrahim.
Kedatangan Islam bukan sahaja berupaya mengubah agama dan kepercayaan masyarakat di kepulauan Melayu tetapi juga aspek yang lain seperti budaya yang lain turut berubah.
Di samping pengayaan istilah dengan kemasukan istilah Arab/Parsi - Islam, bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan penyampaian Islam di seluruh kepulauan Melayu.
Bagi sistem ejaan pula:
Peringkat pertama
Menggunakan tulisan dan sistem ejaan Arab sepenuhnya
Hilangkan tanda baris tetapi kekalkan ejaan dan huruf
Mewujudkan huruf-huruf saksi
Menggunakan huruf saksi pada suku kata pertama dan kedua.
Peringkat kedua:
Berkembang kepada beberapa pedoman dan panduan yang dirangka oleh orang perseorangan atau pertubuhan:
Hejaan P.Bm.P.B. Diraja
Ejaan Jawi Za'ba
SIstem Ejaan Dian
Pedoman Ejaan Jawi yang DIsepurnakan.
Tulisan Kawi
Pengenalan:
Aksara Kawi (Bahasa Sanskrit : कवि kavi, "pujangga") yang bermaksud penyair.
Tulisan Kawi atau Aksara Jawa Kuno adalah turunan aksara Brahmi Pallava yang pernah digunakan di wilayah Asia Tenggara.
Digunakan oleh orang Melayu sejak abad ke-8 hingga ke-16.
Aksara ini digunakan untuk menulis bahasa Sanskrit serta bentuk-bentuk kuno bahasa-bahasa Kuno, Sunda dan Melayu.
Tulisan Kawi berkembang daripada tulisan Pallava dari selatan India & digunakan untuk menulis bahasa Sanskrit dan Jawa Kuno.
Perbezaan antara tulisan Kawi dan tulisan Jawi ialah mementingkan suku kata berbanding huruf.
Ciri-ciri:
Setiap hurufnya mewakili atau melambangkan sebutan bunyi sebuah suku kata bervokal lalai /a/ yang dapat diubah dengan penggunaan tanda baca tertentu.
Memiliki sekitar 47 huruf, namun ada segelintir huruf yang bentuk dan penggunaannya kurang dikenal pasti.
Aksara ini ditulis tanpa jarak antara kata-kata lengkap.
Aksara Kawi memiliki bentuk subskrip huruf yang digunakan dalam menulis konsonan.
Tulisan Pallava
Pengenalan:
Tulisan Pallava berasal dari Dinasti Pallava yang pernah berkuasa di Selatan India sekitar abad ke-4 hingga abad ke-9.
Dinasti Pallava merupakan sebuah dinasti yang memeluk aliran Jaimisme dan diasaskan daripada sistem tulisan abad pertama masyarakat India yang bernama Vatteluttu.
Di India, aksara Pallava berkembang menjadi aksara Tamil dan aksara Grantha.
Pallava merebak ke Asia Tenggara dan berkembang menjadi aksara tempatan seperti aksara Bali, aksara Kawi, aksara Khmer, aksara Taitham, aksara Lao, aksara Mon, aksara Tailu, aksara Sunda, dan aksara Thai.
Tulisan Pallava juga merupakan sistem tulisan paling awal digunakan untuk menulis dalam bahasa melayu Kuno, yang mana banyak menerima pengaruh daripada Sanskrit.
Tulisan Pallava dan bahasa Hindu hanya terhad kepada golongan istana.
Ciri-ciri:
Tulisan Pallava terbahagi kepada dua penggunaan simbol huruf iaitu konsonan dan vokal.
Setiap konsonan mempunyai bunyi /a/, yang akan dibunyikan jika tiada tanda vokal diltambahkan.
Setiap konsonan tidak menandakan huruf semata-mata, ia hanya membawa bunyi yang berbeza.
Simbol bagi gabungan bunyi -au, -ai, pa, ya, kka dan nnca diperkenalkan.
Asas 50
Peranan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa
Pengenalan:
Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBMPB) ditubuhkanpada tahun 1888.
Pengasas ialah Dato' Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi.
PBMPB merupakan satu perhimpunan belajar-mengajar dan siasat-menyiasat tentang pengetahuan dan peraturan bahasa Melayu.
Sultan Johor telah menganugerahkan gelaran "Diraja" kepada Pakatan ini pada 14 April 1935 dan pertubuhan ini menggunakan nama baharunya iaitu Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor tetapi mengekalakan singkatan PBMPB.
Tujuan:
Mengendalikan perbincangan-perbincangan tentang bahasa Melayu.
Mewujudkan perpustakaan.
Memelihara, melengkapkan dan memodenkan bahasa Melayu dan memelihara tulisan jawi.
Menstandardkan ejaan dan perkataan.
Mencipta perkataan baharu.
Mengembangkan pengetahuan melalui ceramah-ceramah dan penyelidikan.
Peranan:
Mengkaji dan mempelajari bahasa Melayu agar pengetahuan bahasa Melayu lebih mudah disebarkan kepada orang ramai.
Memelihara, memperlengkap dan mempermodenkan bahasa Melayu.
Memelihara tulisan jawi.
Menstandardkan ejaan dan perkataan.
Mencipta perkataan baharu.
Mengembangkan pengetahuan melalui ceramah dan penyelidikan.
Mengadakan perpustakaan.
Memajukan bahasa Melayu secara berkumpulan.
Mengendalikan perbincangan tentang bahasa Melayu.
Memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu.
Sumbangan:
Menerbitkan buku-buku tentang bahasa Melayu, nahu Melayu, sejarah dan lain-lain cabang ilmu pengetahuan
Menerbitkan majalah berjudul Peredar, Buku Peribahasa, Jalan Bahasa Melayu dan lain-lain.
Pejabat Karang Mengarang
Pengenalan:
Sebuah badan terjemahan yang ditubuhkan pada tahun 1923 di Maktab Perguruan Sultan Iris, Tanjung Malim.
Ditubuhkan oleh hasil cadangan Zainal Abidin bin Ahmad serta O. T Dussek.
Antara tokoh penulis dan penterjemah yang bertanggungjawab ialah Abdul Kudus Muhamed, Abdul Rahman Yusuf, Ahmad Murad Nasaruddin dan Yazid Ahmad.
Pejabat karang-mengarang ini dipindahkan ke Kuala Lumpur antara tahun 1945-1955 serta diletakkan di bawah jabatan Pelajaran. Dan akhirnya, diletakkan di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956.
Rancangan:
Rancangan jangka pendek:
-Menerbitkan sebanyak mungkin bahan-bahan bacaan umum
-Menerbitkan sebanyak mungkin buku-buku Sekolah Melayu (buku-buku pelajaran).
Rancangan jangka panjang:
-Menerbitkan jurnal-jurnal bergambar.
-Mengadakan perpustakaan bergerak yang mampu membawa buku-buku ke kampung untuk dijual atau mendirikan sebuah perpustakaan yang besar bagi mengisi buku-buku dalam bahasa Melayu.
Tujuan:
Menghasilkan penerbitan ilmiah dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta memperbanyakkan bahan rujukan kepada semua golongan masyarakat.
Membuka peluang kepada warga Akademik untuk menyebarkan kesemua kepakaran yang mereka ada dalam bidang masing-masing untuk meningkatkan budaya penulisan dalam kalangan masyarakat di universiti.
Menganjurkan bengkel-bengkel penulisan serta kursus penterjemahan kepada masyarakat.
Menerbitkan hasil penyelidikan warga akademik dalam bentuk buku, jurnal dan sebagainya.
Sumbangan:
Membina asas pengetahuan bahasa Melayu dan ilmu karang-mengarang.
Menerbitkan 85 buah buku untuk bacaan sekolah di bawah "Siri Buku Teks Sekolah".
Buku-buku teks yang diterbitkan mencakup bidang ilmu penulisan, ejaan, tatabahasa bahasa Melayu, sejarah, ilmu hisab, ilmu alam, dan kesihatan.
Contoh : Pelita Bahasa Melayu, Ilmu Mengarang Melayu, Pelita Mengarang, dan Daftar Ejaan Melayu.
The Malay Home Library Series/Siri Perpustakaan Sekolah dan Umum.
Sebanyak 64 buah buku untuk bacaan umum diterbitkan pada tahun 1929 hingga 1957.
Kebanyakan buku yang diterbitkan merupakan karya terjemahan daripada bahasa Inggeris.
Contohnya : Sang Maharaja Singa, Hikayat Taman Ajaib, Ali Baba dengan 40 Orang Penyamun, Lagu-lagu keroncong Melayu dan Julius Caesar.
Laporan Razak
Pengenalan:
Pada hari 6 Mei 1956, Dato' Abdul Razak bin Dato' Hussein Menteri Pelajaran Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran telah mengumumkan cadangan-cadangan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran 1956.
Mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan & laporan in dikenali sebagai salah satu usaha bagi membentuk persekutuan Tanah Melayu.
Cadangan Jawatankuasa Pelajaran ini, beberapa cadangan yang membawa perubahan yang besar kepada dasar pelajaran bagi Tanah Melayu telah dikemukakan. Antara cadangan itu termasuklah (Penyata Razak 1956, 2008):
-Sekolah-sekolah Rendah dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar akan ditubuhkan di samping memberi peluang kepada sekolah-sekolah rendah yang menggunakan Bahasa Inggeris, Tamil dan Cina untuk terus maju.
-Mengadakan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah, juga untuk menyusun semula sistem pengajaran di Tanah Melayu.
Perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu sekolah rendah kebangsaan SJK & sekolah rendah jenis kebangsaan serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi SK.
Matlamat:
membentuk semula sistem pendidikan di Malaya.
Tujuan:
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pengantar dan bahasa perpaduan.
mewujudkan masyarakat yang terlatih, progresif dan bertoleransi.
untuk memenuhi keperluan negara yang merdeka dan menyumbangkan perkembangan dalam sistem pendidikan.
Ordinan Pelajaran
Pengenalan:
Ordinan Pelajaran 1952 juga dikenali sebagai penyata pelajaran 1952.
Ordinan pelajaran 1952 merupakan laporan sebuah jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh kerajaan British di tanah melayula/Malaya untuk mengkaji Laporan Barnes (1950) & Fenn-Wu(1951).
Pada 21 November 1962, Ordinan Pelajaran 1952 telah diluluskan oleh majlis perundangan persekutuan dengan sebulat suara.
Matlamat Penyata Pelajaran 1952:
Untuk membekalkan dan mengekalkan pengetahuan, kemahiran dan perwatakan yang baik untuk tiap-tiap individu.
Untuk menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum menyesuaikan diri dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
Untuk berusaha membentuk warganegara yang bersatu di seluruh negara yang terdiri dari berbagai kaum.
Usaha yang dilakukan untuk mencapai matlamat Penyata Pelajaran 1952:
Menubuhkan dan mendirikan sekolah-sekolah kebangsaan yang mengandungi dua jenis; Sekolah aliran Inggeris dan mata pelajaran Bahasa Malaysia dijadikan mata pelajaran wajib dan sekolah aliran Melayu dengan Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa kedua.
Sungguhpun begitu, sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa perantara Kua-Yu (Cina) atau Tamil boleh disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih di dalam salah satu darjah mengikut keperluan bahasa perantaraan masing-masing.
Kerajaan akan memberi pelajaran percuma selama 6 tahun dan diwajibkan kepada tiap-tiap warganegara yang berumur dari 6 tahun hingga 12 tahun. Murid-murid yang tamat di peringkat sekolah rendah ini akan diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dan vokasional menurut kemampuan dan kelayakan masing-masing.
Dalam perbahasan untuk meluluskan Penyata Pelajaran 1952, Datuk E.E.C. Thuraisingam menyatakan penyata pelajaran itu adalah bertujuan untuk mengukuhkan asas perpaduan negara serta menggambarkan sistem pendidikan "vernacular" moden dan membentuk kurikulum pelajaran mengikut keperluan dan keadaan ketika itu (Penyata Pelajaran 195, 2008).
Laporan Fenn-Wu
Pengenalan:
Tujuannya mengkaji & menilai semula kewajaran Laporan Barnes 1950.
Diadakan sebagal reaksi tidak pas hati masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes 1950.
Masyarakat Cina pada ketika itu menganggap laporan lersebut bertujuan menghapuskan bahasa Cina & kebudayaan Cina.
Pandangan & kajian laporan ini kemudian diserap dalam Ordinan Pelajaran 1952.
Laporan ini mencadangkan agar usaha merapatkan jurang perbezaan dilakukan dengan menggantikan sistem persekolahan yang berasaskan kaum kepada pendidikan yang tidak bercorak perkauman.
Bahasa Inggeris & bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar manakala bahasa lain sebagai pilihan.
Laporan Fenn-Wu dipertimbangkan bersama-sama dengan Laporan Barnes oleh satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian kepada cadangan yang dikemukakan.
Laporan Barnes
Pengenalan:
Laporan Barnes ditentang hebat oleh kaum Cina dan India dan terbentuklah laporan Fenn-Wu 1951.
Laporan ini disediakan oleh L. J. Barnes pengarah latihan sosial di University Oxford.
Tujuannya untuk menyiasat kedudukan dan memperbaiki pendidikan orang Melayu.
Laporan ini juga mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Sekolah Melayu bertujuan untuk memupuk perkembangan individu kearah kecemerlangan yang boleh dicapai dari segi pengetahuan dan kemahiran serta membolehkan komuniti melayu mencapai kedudukannya dalam perhubungan kaum.
Laporan Barnes tidak mendapat sambutan baik daripada masyarakat Cina yang menentang pembubaran pendidikan vernakular Cina.
Pekara ini telah membawa kepada pembentukan jawatankuasa yang menghasilkan laporan Fenn-Wu.
Kerjasama Serantau dan Pengantarabangsaan
Pengenalan:
Perkembangan bahasa Melayu yang merentasi benua mempunyai kaitan dengan bidang pendidikan bahasa khususnya strategi pengajaran bahasa Melayu dengan penutur asing.
Peranan:
Menubuhkan Pusat Pengajian Melayu yang pertama di Leiden, Belanda pada tahun 1876.
Penubuhan Kursi Pengajian Melayu di Eropah.
Menubuhkan Kursi Pengajian Melayu di Universiti. Pengajian Asing Beijing (BFSU), China.
Menubuhkan Kursi Pengajian di Universirti Victoria, Wellington.
Menjalin dan melestarikan merangsangkan minat para pengkaji, persefahaman budaya serta sarjana, pakar dan cendekiawan.
Mengakrabankan kerjasama antara berminat dalam bidang sosiologi, Dunia Melayu dengan rantau Eropah.
Mengembangkan bahasa, budaya Melayu dan promosi pengetahuan pelbagai bidang tentang Malaysia khasnya dan Dunia Melayu atau rantau itu amnya.
Kepentingan penubuhan kursi pengajian bahasa Melayu:
Menjalin persefahaman budaya dan mengakrabkan kerjasama antara dunia Melayu dengan rantau Eropah.
Memperjelas arah perkembangan bahasa, sastera dan budaya Melayu di peringkat antarabangsa.
Mencetuskan iklim sosioekonomi dan sosiopolitik yang lebih kondusif.
Merangsang minat pengkaji, sarjana, pakar dan cendekiawan yang berminat dalam bidang sosiologi, antropologi, bahasa, sastera dan budaya Melayu.
Usaha mengantarabangsakan bahasa melalui kerjasama negara:
Mewujudkan forum- forum kerjasama seperti Majlis Bahasa Brunei Darussalam-inonesia-malaysia (MABBIM), Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA), Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dan Forum Kerjasama Penerbitan Serantau (FOKEPS).
Usaha memperkenalkan kesusasteraan melayu ke peringkat antarabangsa disokong oleh pelbagai institusi seperti Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Malaysia dan Brunei, Pusat Bahasa Indonesia melalui seminar, pertemuan, dialog, persidangan penulis, pengucapan puisi dan program satera di luar negara.
Peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka
Pengenalan:
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),telah ditubuhkan secara rasminya di Johor Bharu, pada 22 Jun 1956.
Pada awalnya DBP terletak di bawah Bukit Timbalan, Johor Bahru. Di pejabat yang pertama tersebut pihak dbp memulakan segala perancangan dan pengurusan yang berkaitan dengan bahasa Melayu yang sekali gus menjadi bahasa rasmi negara.
Pada tahun 1957, DBP kemudiannya telah berpindah dari Johor ke Kuala Lumpur untuk tujuan memudah dan melicinkan segala urusan dari segi pentadbiran.
Dengan penubuhan tersebut, DBP telah diberikan kuasa autonomi untuk menggubal dasarnya yang khusus, menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera, dan menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara kompetitif.
Matlamat:
Membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan.
Membakukan ejaan dan sebutan serta membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.
Membina dan memperkaya bahasa dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi.
Memajukan bakat kesusteraan terutama dalam bahasa kebangsaan.
Menggalakan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuatkuasa.
Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.
Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap dan berkesan dalam semua bidang.
Sumbangan:
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) banyak menjalinkan hubungan dengan negara lain seperti:
Forum Kerjasama Penerbitan Serantau(FOKEPS)
-melalui satu memorandum persefahaman yang dijalin antara DBP dengan Balai Pustaka, la bertujuan untuk memasarkan penerbitan buku yang telah dihasilkan dan diterbitkan di negara anggota untuk pasaran serantau.
Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM)
-menyelaraskan segala aktiviti yang menjurus pembinaan dan pengembangan Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa dan menaungi jawatankuasa Bahasa yang ada di pelbagai peringkat Menurut Awang Sariyan (2013), MABM menganjurkan progan pertukaran pelajar dan pelbagai pertandingan yang sekaligus memperkembangkan Bahasa Melayu.
Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA)
-majlis yang ditubuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan sastera pada peringkat nasional Melibatkan Indonesia, Brunel dan Malaysia, Diwujudkan demi membina dan mengembangkan sastera dan mengenal pasti karya sastera yang bermutu tinggi dalam pelbagai genre untuk diterjemahkan ke dalam Bahasa negara anggota.
Kerancuan Bahasa di Media Sosial
Pengenalan:
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan rancu adalah tidak teratur, campur-aduk, kacau (bahasa) dan kekacauan penggunaan bahasa yang salah.
Kerancuan bahasa adalah penggunaan bahasa yang tidak mengikuti peraturan sama ada dari segi sintaksis, morfologi, kosa kata, maksud dan lain-lain.
Oleh yang demikian, bahasa rancu dapat ditafsirkan sebagai bahasa Melayu yang bercampur-aduk dengan penggunaan bahasa lain seperti bahasa Inggeris.
Cabaran:
Penggunaan kata singkatan berleluasa menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang rancu.
Guru yang menggunakan dialek daerah sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Perkembangan dan ledakan era digital mengakibatkan kebanyakan medium bahasa bercampur aduk dan didominasi oleh bahasa Inggeris.
Bahasa rancu menghalang memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi di Malaysia.
Pentadbiran Kerajaan
Cabaran:
Perpaduan agak sukar dicapai kerana Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan perbezaan budaya, bahasa serta kepercayaan.
Perlembagaan telah membuat peruntukan untuk menyamatarafkan kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam tempoh masa hampir 10 tahun.
Situasi ini akan mengakibatkan kesukaran terhadap usaha memperluas penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Pengaruh penjajahan British sebelum merdeka dapat dikaitkan dengan kurangnya keyakinan terhadap bahasa kebangsaan.
Kesukaran berbahasa bukannya berpunca dari segi bahasa mahupun pelaksanaan tetapi kerana individu tertentu yang tidak mahir dalam sesuatu bahasa.
Sikap dan tindakan yang kurang tegas kerajaan serta pemimpin menyebabkan kesukaran untuk memperluas penggunaan bahasa kebangsaan. Pegawai-pegawai pentabiran enggan menggunakan bahasa kebangsaan dalam urusan surat-menyurat dengan alasan tiada kerani Melayu.
Semua bahasa yang sedang berkembang di dunia mengalami masalah linguistik.
Kekurangan istilah dalam pelbagai bidang dan istilah yang sering kali berubah merupakan masalah yang selalu dibangkitkan.
Masa Depan:
Kerajaan telah mengeluarkan:
1) Surat Pekeliling Am Bilangan 1 (2006)
2) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 (2011)
berkaitan Panduan Pengguna Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam.
Urusan Rasmi dalam Negara.
Bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) mesti digunakan dalam surat rasmi oleh agensi kerajaan.
Bahasa kebangsaan mesti digunakan untuk semua perjanjian dalam negara oleh agensi kerajaan.
Bahasa kebangsaan digunakan untuk urusan surat-menyurat, minit mesyuarat dan nota pembentangan.
Urusan Rasmi Antarabangsa.
Penggunaan bahasa kebangsaan dan serta dengan lampiran dalam bahasa Inggeris digalakkan untuk urusan surat rasmi antarabangsa oleh agensi kerajaan kepada pihak luar.
Dokumen dalam bahasa Inggeris dan terjemahan dalam bahasa kebangsaan bertujuan untuk merekod dan semakan.
Bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris noleh digunakan untuK urusan surat- menyurat, minit mesyuarat dan nota pembentangan.
Pengiklanan jawatan kosong untuk perkhidmatan awam hendaklah dalam bahasa kebangsaan.
Penggunaan bahasa kebangsaan dan bahasa lain yang boleh difahami pelanggan di perkhidmatan kaunter.
Bahasa kebangsaan digunakan untuk maklum balas aduan di akhbar atau isu media sosial.
Bahasa Melayu dalam dasar-dasar kerajaan :
1) Gagasan 1 Malaysia
- Program Transformasi Kerajaan
2) Dasar Model Ekonomi Baru
- Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia
3) MBMMBI
-Menggunakan bahasa Melayu dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
4)Program Transformasi Kerajaan
-Semua kanak-kanak mempunyai asas literasi dalam bahasa Melayu.
-Menjalankan program pembangunan dan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat
5)Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia
-Kementerian Pelajaran mengkaji semula sistem Pendidikan Malaysia secara menyeluruh pada Oktober 2011
Pendidikan
Cabaran:
Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar diguna pakai selepas Akta pendidikan dan IPTS 1996 diluluskan.
-Pada 2003, penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek matematik dan sains berkuat kuasa.
Penjenamaan bahasa Melayu.
-Krisis identiti antara istilah bahasa Melayu dengan bahasa Malaysia berlaku.
Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu:
-Kebergantungan penggunaan buku teks oleh guru.
-Kemahiran lisan dan bukan lisan diajar secara berasingan.
-Perbezaan pengetahuan asas murid-murid.
-Jumlah masa pengajaran yang berbeza untuk SK & SJK.
Masa Depan:
Masyarakat Malaysia perlu mengamalkan penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian.
Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang difahami oleh penduduk Malaysia untuk berinteraksi serta berdiskusi dalam memupuk perpaduan hidup sejagat.
Bahasa Melayu yang selalu dipinggirkan dalam pendidikan amat bertentangan dengan perlembagaan Malaysia.
Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi iaitu bahasa pendidikan dan kebangsaan.
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan memberi kesempatan untuk berkembang dalam bahasa ilmu.
Bukti penggunaan tulisan Pallava
Bukti penemuan tulisan Kawi
Contoh buku terbitan daripada PBMPB
Asas 50
Pengenalan:
Semenjak pengisytiharan Undang-undang Darurat tahun 1948, penduduk Malaysia berhijrah ke Singapura kerana Singapura mempunyai kemudahan pekerjaan dan keselamat yang kukuh.
Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50) wujud apabila perbualan dan perbincangan informal berlaku pada 6 Ogos 1950 yang melibatkan Usman Awang, Abdul Samad Ismail, Keris Mas, Jimy Asmara, Masuri SN, Mas dan Asraf.
Tujuan Penubuhan:
Memperluas dan mempertingkatkan martabat kesusasteraan dalam bahasa Melayu.
Memperkenalkan bidang karangan sastera seperti cerita, lakonan, rencana, pengetahuan, buku, peradaban melayu dan kebudayaan.
Melahirkan pembaharuan dalam bidang sastera.
Melindungi hak ahli anggota dan pengarang.
Mengadakan syarahan dan perdebatan tentang segala lapangan sastera menyatakan sebarang usaha karang-mengarang tentang bahasa dan sastera.
Sumbangan:
Sajak ASAS 50 membawa persoalan perjuangan kemerdekaan , nasib kaum buruh, dan kemiskinan petani yang selari dengan slogannya ”Seni Untuk Masyarakat”.
Cerpen-cerpen penulis ASAS 50 tersiar dalam akhbar dan majalah Hiburan, Juita,Mutiara, Mastika, Utusan Zaman.
Penghasilan tulisan kritikan sastera ASAS 50 memperjuangkan slogan ”Seni Untuk Masyarakat” dan fungsi kesusasteraan kepada masyarakat.
Penulisan novel. Persoalan utama penulisan novel ASAS 50 ialah percintaan muda-mudi, kemiskinan dan ketidak adilan sosial.
Penulis ASAS 50 gigih berusaha bagi memperkembangkan dan mendaulatkan bahasa Melayu di sekitar tahun 50-an.
Berhasil menjadikan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi dengan tidak melupakan tulisan jawi.
Bukti penggunaan tulisan Jawi
Bukti penggunaan tulisan Jawi
Penemuan pertama batu nisan yang bertulis dalam bahasa Arab di Sumatera bertarikh 55 Hijrah (674M) dan di Kedah bertarikh 290 Hijrah jelas menunjukkan bahawa tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang kemudiannya diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf tambahan kepada huruf Arab bagi menyesuaikannya dengan gaya bahasa orang Melayu yang telah menyumbang kewujduan Tulisan Jawi.
Ejaan Jawi Za'Ba:
Pada tahun 1938, Za'Ba telah menulis Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) yang telah dicetak pada tahun 1949.
Za'Ba telah menghuraikan tentang sistem Ejaan Jawi dalam daftar ejaan Jawi ini, merupakan huraian dan analisis yang paling terperinci.
Tujuannya:
Terdapat kekacauan dalam ejaan Jawi. Seperti yang dinyatakan oleh beliau bahawa walaupun kaedah yang dicuba ikutinya ialah "menurut kecenderungan ahli-ahli sekolah semenjak 40 tahun yang lalu serta kecenderungan penulis-penulis Melayu yang lebih ramai" tetapi beliau juga mengatakan bahawa yang dikatakan "kebiasaan penulis-penulis yang ramai" itu pun "ada banyak tentangnya yang berlain-lain pada lain-lain orang".
Merupakan usaha hendak menghidupkan semula "ejaan lama yang telah atau beransur mati" oleh Wilkinson dan Winstedt serta setengah-setengah penolong Melayunya.
Terdapat ketidak-sepakatan di antara kamus-kamus karangan orang Melayu, terutamanya, sehubungan dengan penggunaan huruf qauf,kaf, hamzah,ta dan ta bulat dihujung kalimah dan beberapa huruf lagi. Dalam sistem ejaannya itu, Za'ba mengemukakan 20 "undang-undang", atau hukum, bagi ejaan Jawi untuk kata-kata dasar, dan 20 "undang-undang" pula bagi kata-kata yang berimbuhan.
Tahap perkembangan Ejaan Jawi:
Tahap Pertama:
-Ejaan Jawi yang menggunakan tanda-tanda baris dan syaddah.
Tahap Kedua:
-Ejaan Jawi itu mengekalkan ejaan pada tahap pertama tetapi menanggalkan penggunaan tanda.
Tahap Ketiga:
-Ejaan Jawi cara Melayu yang menggunakan huruf saksi pada suku kata pertama.
Tahap Keempat:
-Pengenalan huruf saksi pada suku kata kedua pula bila terdapat ejaan yang hanya menggunakan huruf saksi pada suku kata pertama itu mengelirukan kerana ejaan yang sama boleh mewakili dua perkataan.
Ejaan Rumi Za'Ba:
Za’ba telah menyusun sistem ejaan Rumi bahasa Melayu pada tahun 1933 dan tersiar dalam Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi 1949 kerana Sistem Ejaan Wilkinson yang dipakai sebelum ini terdapat beberapa kelemahan.
Sistem Ejaan Rumi Za’ba telah diperkenalkan untuk memantapkan lagi sistem ejaan Rumi dalam bahasa Melayu.
Antara pembaharuan dalam Ejaan Za’ba adalah membahagikan huruf-huruf bahasa Melayu kepada huruf saksi dan huruf benar. Huruf saksi merupakan vokal yang terdiri daripada enam abjad, iaitu a, e, e, i, o dan u. Huruf benar pula merupakan konsonan yang terdiri daripada 21 huruf.
Sistem Ejaan Rumi Za'Ba:
Disusun oleh orang melayu pada tahun 1933 dan dihasilkan di SITC (Maktab Perguruan Sultan Idris).
Menjadi sistem ejaan rasmi Malaysia.
Tidak menggunakan teori.
Melambangkan bunyi-bunyi bahasa Melayu melalui huruf-huruf rumi yang digunakan.
Setiap perkataan yang dieja adalah berdasarkan bunyi.
Terdapat kekurangan huruf jawi dan rumi untuk menlambangkan bunyi-bunyi yang terdapat dalam bahasa Melayu.
Contohnya, dalam rumi ng, ny, ch, kh, sh, th,gh, dha, dz, dan tanda-tanda seperti (') adalah untuk melambangkan bunyi-bunyi yang dilambangkan oleh huruf-huruf jawi seperti ع (a'in) dan ء (hamzah).
Dalam sistem ejaan ini juga mempunyai 3 bunyi diftong yang telah diistilahkan sebagai bunyi berkait iaitu bunyi-bunyi (ai), (ao), dan (oi).
Dalam penggunaan paertikel (pun) dalam sistem ejaan ini mestilah dipisahkan. Contohnya, (ada pun) dan (atau pun).
Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan
Pengenalan:
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan di Sekolah Melayu semasa pemerintahan Inggeris.
Di sekolah menengah pula, terdapat dua bahasa yang digunakan, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dan mata pelajaran kursus di maktab perguruan sejak tahun 1900. Siri buku tulisan Za’ba dalam bentuk tiga jilid, iaitu Ilmu Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan Melayu digunakan sebagai rujukan.
SENARAI
Sejarah Perkembangan Sistem Tulisan Bahasa Melayu
- tulisan Pallawa
- tulisan Kawi
- tulisan Jawi
- sistem Ejaan Za'ba
- Ejaan Rumi Kongres
- Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Pramerdeka dan Pascamerdeka
- Pejabat Karang-Mengarang
- Peranan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa
- Asas 50
Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan
- Laporan Barnes
- Laporan Fenn-Wu
- Ordinan Pelajaran
- Laporan Razak
Bahasa Melayu Moden
- Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
- Kerjasama serantau dan pengantarabangsaan
Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu
- pendidikan
- pentadbiran kerajaan
- kerancuan bahasa di media sosial
Tugasan 2: e-Portfolio (50%)
Anda dikehendaki untuk menginterpretasikan sejarah perkembangan tulisan dalam bahasa Melayu, sejarah perkembangan bahasa Melayu semasa era pramerdeka sehingga pascamerdeka serta cabaran masa depan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu.
Hasil Interpretasi anda hendaklah dalam bentuk e-Portfolio. e-Portfolio hendaklah merangkumi perkara-perkara berikut;
Sejarah perkembangan sistem tulisan dalam bahasa Melayu
Pejabat Karang-Mengarang, Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa dan ASAS 50
Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan
Bahasa Melayu moden
Cabaran dan masa depan bahasa Melayu dalam pendidikan, pentadbiran kerajaan dan kerancuan bahasa di media sosial
Pengenalan:
Bahasa Melayu, sebagai bahasa yang kaya dengan sejarah dan warisan budaya, telah mengalami perkembangan yang luar biasa seiring berjalannya waktu. Perkembangan tulisan bahasa Melayu membawa kita melalui perjalanan yang penuh warna, dari aksara Pallawa dan Kawi pada zaman purba, hingga penggunaan aksara Jawi yang diilhamkan oleh nilai-nilai Islam. Sistem ejaan seperti Ejaan Za'ba dan Ejaan Rumi Kongres mencerminkan usaha untuk menyempurnakan kekayaan bahasa ini.
Era pramerdeka menjadi tonggak penting dalam sejarah bahasa Melayu, dengan kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957 yang memandang bahasa ini sebagai aset kebangsaan. Di sinilah terbentuknya Pejabat Karang-Mengarang dan penekanan terhadap pengajaran bahasa Melayu dalam pendidikan. Asas 50, sebagai dasar bahasa kebangsaan, menjadikan bahasa Melayu sebagai medium pengajaran utama.
Seterusnya, Pascamerdeka, bahasa Melayu terus mengukir sejarahnya, terutamanya melalui peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memajukan sastera dan pengembangan bahasa. Namun, di tengah kemodenan, bahasa Melayu berdepan dengan cabaran baru, terutamanya dalam konteks globalisasi dan teknologi. Sejauh mana kita mampu memelihara dan memartabatkan bahasa Melayu dalam era ini akan menjadi penentu identiti dan keberlanjutan warisan budaya kita.
Dalam perjalanan pendidikan, laporan Barnes, Fenn-Wu, dan Razak mencerminkan perubahan penting dalam pendekatan pengajaran bahasa Melayu. Selain itu, era moden juga menyaksikan kerjasama serantau dan pengantarabangsaan untuk memperkukuh bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa.
Namun, cabaran dan masa depan bahasa Melayu tidak boleh diabaikan. Di peringkat pendidikan, pentadbiran kerajaan, dan dalam dunia digital dan media sosial, bahasa Melayu berhadapan dengan ujian keberlanjutan dan kemurniannya.
Kesimpulan:
Kesimpulannya, perjalanan perkembangan bahasa Melayu adalah sebuah naratif yang kaya dan menarik, melibatkan evolusi sistem tulisan, usaha pemerkasaan melalui pendidikan, dan adaptasi dalam menghadapi cabaran zaman moden. Sejarah bahasa Melayu membuktikan daya ketahanan dan keupayaannya untuk terus bersinar dalam pelbagai konteks budaya, agama, dan politik. Era pramerdeka pula menyaksikan langkah-langkah penting untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, manakala era pascamerdeka menuntut kreativiti dan ketangkasan dalam menangani cabaran globalisasi. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka, bersama-sama dengan kerjasama serantau, menonjolkan usaha serius untuk melestarikan dan memajukan bahasa Melayu dalam komuniti antarabangsa. Namun, perjalanan ini tidak terlepas daripada cabaran. Di era digital, bahasa Melayu diuji oleh dinamik media sosial dan kerancuan bahasa. Kesedaran dan usaha kolektif adalah kunci kejayaan untuk memastikan kelestarian dan keberlanjutan bahasa Melayu di alaf baru ini. Oleh itu, sebagai penutur bahasa Melayu, tanggungjawab kita adalah memahami, menghargai, dan menyumbang kepada pemerkasaan bahasa ibunda ini. Dengan kepelbagaian sistem tulisan, pengajaran bahasa, dan inisiatif pemajuan, kita boleh memastikan bahasa Melayu terus berkembang sebagai alat komunikasi yang dinamik, merentasi sempadan dan masa. Kesempurnaan bahasa Melayu adalah refleksi keunggulan budaya dan peradaban kita, dan tugas kita adalah menjaga agar cahayanya sentiasa bersinar.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj.Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raminah Hj Sabran, Nawi Ismail, Zulkarnain Farihin Abdullah. (2021) Bahasa Melayu Topikal STPM Semester 1. Mutiara Suria Ilmu Resources.
Khaled Nordin, M. (2020). PENGAJIAN MELAYU DAN MASA DEPAN: KEPERLUAN MEMBANGUN NARATIF BARU. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 3(1), 1–20. Retrieved from https://ajap.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/27628
Bin Jambi, J. (2008). CABARAN DAN PROSES PEMANTAPAN BAHASA MELAYU: CHALLENGES AND ESTABLISHMENT PROCESS OF MALAY LANGUAGE. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 19(1), 68–90. Retrieved from https://jml.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9721
Asmah Haji Omar. (1992). Kajian Dan Perkembangan Bahasa Melayu. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kamus Dewan (Edisi Keempat), (2010). Dewan Bahasa Dan Pustaka.