REFLEKSI by NUR MAISARAH BINTI ABDU RASHID IPG-Pelajar

NUR SYAFIQAH ATHIRAH
Belajar Sirah Nabawiyah membuka mata saya tentang perjuangan dan akhlak mulia Rasulullah SAW. Saya sangat terinspirasi dengan kesabaran dan kebijaksanaan Baginda dalam menyampaikan dakwah walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Ia mengajar saya untuk lebih tabah, ikhlas dan berstrategi dalam menghadapi ujian hidup. Mata pelajaran ini bukan sahaja mengajarkan kita tentang sejarah tetapi ia juga menggalakkan untuk mengambil iktibar daripada sejarah yang telah berlaku. Akhir sekali, dapat menyemarakkan semangat muslimin untuk mempertahankan agama Islam.

Pembelajaran Sirah Nabawiyah memberikan kesan yang mendalam dalam diri saya, bukan sekadar sebagai pengetahuan sejarah, tetapi sebagai pedoman hidup yang relevan dengan cabaran masa kini. Melalui pengkajian perjalanan hidup Rasulullah SAW, saya dapat memahami nilai-nilai murni seperti kesabaran, keikhlasan, keberanian, dan kebijaksanaan dalam menyampaikan dakwah. Ustaz sangat menerangkan pembelajaran dengan sangat jelas dan mudah difahami

NURUN NAJWA
Subjek Sirah banyak memberikan inspirasi dan pengajaran berharga kepada saya melalui kisah perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat. Saya dapat melihat bagaimana keimanan, kesabaran dan strategi dakwah digunakan dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Pensyarah menyampaikan isi pelajaran dengan penuh semangat dan jelas  dengan  menggunakan pendekatan penceritaan yang menarik, tayangan video serta nasyid yang menjadikan bembelajaran lebih menarik. Hal ini menjadikan saya lebih mudah memahami dan menghayati peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Islam.

Subjek ini menguatkan lagi rasa cinta saya terhadap Rasulullah SAW dan memberi motivasi untuk mencontohi akhlak dan semangat juang baginda dalam kehidupan seharian.

NURUL NATASHA BINTI ABDULLAH
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, alhamdulillah pertamanya saya mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu ustaz Fuad. Melalui kursus sirah nabawiyyah ini saya dapat mengetahui pelbagai ilmu yang tidak atau kurang saya ketahui selama ini. Dimana ianya bermula dengan perjalanan kisah hidup baginda nabi muhammad S.A.W dan berakhir dengan tentang pemerintahan-pemerintahan setiap kerajaan sehinggalah kerajaan uthmaniyyah. Melalui kursus ini, ianya mengajarkan saya akan kepentingan mempelajari daripada sirah bukan hanya mempelajari sirah. Selain itu, pendekatan yang digunakan oleh pensyarah juga amat berkesan antaranya perbincangan bersama yang menghasilkan pemikiran critical thinking, pemanfaatan digital dan sebagainya. Oleh itu, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada ustaz Fuad atas segala tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang kursus ini berlangsung.

UMMU ZAINAB
Sepanjang pembelajaran subjek Sirah Nabawiyyah, saya telah banyak belajar tentang sejarah dan pengajaran yang berlaku pada zaman Rasulullah. Pendekatan pengajaran yang pelbagai seperti perbincangan kumpulan penggunaan multimedia dan kuiz interaktif sangat membantu dalam meningkatkan kefahaman dan minat saya terhadap ilmu ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Ustaz yang telah membimbing kami dengan penuh kesabaran dan dedikasi. Semoga Allah membalas segala jasa dan ilmu yang dicurahkan dengan ganjaran yang terbaik.

SITI NUR SYAZWANI BINTI ROSLI
Sepanjang saya belajar subjek PIMK1104 Pengantar Ulum Al Quran dan Hadis ini saya dapat belajar banyak perkara yang berkaitan dengan ilmu al quran dengan lebih mendalam dan terperinci.Selain itu,saya juga dapat menambah ilmu tentang ilmu hadis yang mana terbahagi kepada beberapa bahagian yang mana telah membantu saya untuk membezakan hadis sahih dan hadis palsu untuk diamalkan dalam kehidupan.Bukan itu sahaja,ustaz juga telah banyak memberikan penjelasan yang terang dan baik bagi menyelesaikan kekeliruan dan persoalan kami.Dengan itu,kami dapat memahami subjek ini dengan lebih baik dan terperinci.Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Fuad atas ilmu yang dicurahkan kepada kami.

AUNI SYAFIQA
Sepanjang mengikuti subjek Sirah Nabawiyyah, saya merasakan satu pengalaman yang sangat bermakna dan menyentuh hati. Subjek ini bukan sahaja membuka mata saya terhadap perjalanan hidup Rasulullah SAW, tetapi juga menyedarkan saya betapa pentingnya mengambil ibrah daripada setiap peristiwa yang berlaku dalam sejarah Islam.

Melalui bimbingan Ustaz Fuad, pengajaran menjadi lebih menarik dan mudah difahami. Ustaz menyampaikan dengan penuh semangat, menggunakan pendekatan yang dekat dengan jiwa pelajar. Beliau tidak hanya bercerita, tetapi mengajak kami berfikir dan merenung bagaimana perjuangan Rasulullah boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian kita. Ustaz juga sering mengaitkan kisah sirah dengan cabaran semasa, menjadikan ia lebih relevan dan berkesan.

Antara perkara yang paling memberi kesan kepada saya ialah kisah ketabahan Rasulullah ketika menghadapi tentangan di Makkah, serta strategi baginda dalam menyebarkan dakwah secara hikmah. Ia mengajar saya untuk lebih sabar, berstrategi, dan sentiasa bergantung kepada Allah dalam setiap ujian.

Secara keseluruhan, subjek ini telah memperkukuh iman saya dan meningkatkan rasa cinta saya kepada Rasulullah SAW. Saya amat menghargai usaha Ustaz Fuad dalam menyampaikan ilmu ini dengan penuh dedikasi. Semoga Allah membalas segala jasa beliau dan memberi kekuatan kepada saya untuk terus mengamalkan pengajaran daripada sirah dalam kehidupan seharian.Syukran jazilan Ustaz Fuad!!!

Aslm w.b.t,

Sejujurnya, sebelum ni saya rasa sirah Nabi ni macam cerita lama je — macam kita baca sejarah, ingat fakta, lepas tu lupa. Tapi bila saya betul-betul luangkan masa untuk faham perjalanan hidup Rasulullah SAW, baru saya sedar… banyak benda sebenarnya kita boleh ambil pengajaran.

Yang paling buat saya terkesan, Nabi SAW sabar gila walaupun orang-orang sekeliling banyak yang benci dan lawan dia. Bayangkan, dia dihina, dicaci, dibaling batu masa berdakwah, tapi dia tetap tenang dan teruskan perjuangan.  Tapi Nabi tak pernah putus asa sebab dia yakin dengan apa yang dia buat.

Apa yang membuatkan pembelajaran lebih menarik ialah apabila belajar dengan Ustaz Fuad. Beliau akan menerangkan sesuatu perkara dengan begitu teliti dan kami dpat membayangkan situasi sesuatu perkara sebagai contoh, perang sultan muhammad al fateh dan Hijrah nabi.

-Wan Nur Zakirah

Nurina Faqihah
Sepanjang mengikuti subjek Sirah Nabawiyyah dan Tarikh Islami, saya memahami bahawa sejarah Rasulullah SAW dan perkembangan awal Islam bukan sekadar kisah, tetapi sumber inspirasi dan panduan hidup. Peristiwa seperti Hijrah, Perang Badar, dan Piagam Madinah mengajarkan nilai kesabaran, strategi, dan kepimpinan yang bijaksana. Saya juga sedar bahawa dakwah Islam berkembang melalui akhlak mulia, bukan hanya kekuatan. Dalam Tarikh Islami, saya melihat bagaimana tamadun Islam menyumbang besar dalam bidang ilmu, sains dan masyarakat. Subjek ini membuka mata saya terhadap kehebatan Islam sebagai sistem hidup yang lengkap. Ia menyedarkan saya bahawa sejarah bukan sekadar untuk dikenang, tetapi perlu dihayati dan dijadikan panduan dalam menghadapi cabaran semasa. Untuk menjadi Muslim yang berkesan, kita perlu mencontohi perjuangan generasi terdahulu dengan semangat dan akhlak yang tinggi.

Syukran ustaz fuad atas penerangan yang jelas, semoga allah membalas jasa ustaz dengan sebaik-baik ganjaran

NUR WIRHANA SOFEA
Sepanjang saya mempelajari Sirah Nabawiyyah, saya semakin sedar bahawa kisah perjuangan dan kehidupan Rasulullah SAW bukan hanya sekadar sejarah, tetapi merupakan panduan hidup yang amat bermakna. Ketabahan Baginda menghadapi pelbagai ujian seperti boikot, penghinaan, serta kehilangan insan tersayang memberikan inspirasi kepada saya untuk menjadi individu yang cekal, sabar, dan berprinsip dalam kehidupan seharian.

Pembelajaran ini sangat selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menekankan pembangunan insan secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Rasulullah SAW merupakan contoh teladan yang sempurna dalam aspek tersebut. Sifat Baginda yang lemah lembut, sabar, dan penuh kasih sayang mencerminkan ciri kesejahteraan diri seperti yang ingin dibentuk dalam sistem pendidikan negara.

Dalam konteks nilai murni, Sirah Nabawiyyah telah mendidik saya untuk lebih menghargai nilai kejujuran, kesabaran, kasih sayang, toleransi, dan keberanian. Nilai-nilai ini perlu diterapkan dalam diri sebagai asas pembentukan sahsiah yang unggul, terutamanya dalam profesion perguruan yang saya ceburi kini. Seorang guru bukan hanya menyampaikan ilmu, tetapi juga membentuk akhlak dan jiwa pelajar. Semangat perjuangan Rasulullah dalam menegakkan Islam di tanah Arab memberi saya semangat untuk memperjuangkan ilmu dan kebenaran dalam konteks negara kita sendiri.

Kesimpulannya, Sirah Nabawiyyah adalah satu cabang ilmu yang amat penting untuk membentuk jati diri Muslim sejati. Saya berazam untuk terus menjadikan sirah sebagai panduan dalam hidup, serta menyampaikan kisah-kisah ini kepada anak-anak murid kelak agar mereka turut meneladani akhlak Rasulullah SAW dan menjadi generasi yang berilmu dan beriman.

NURDANIA SAFIAH
Alhamdulillah, terima kasih saya ucapka kepada Ustaz Fuad kerana sudi mengajar kami sekelas kursus Sirah Nabawiyah dan Tarikh Islami. Melalui pembelajaran sirah, saya dapat melihat betapa tinggi nilai akhlak, kepimpinan, kebijaksanaan serta kesabaran yang dimiliki oleh Rasulullah SAW dalam menghadapi cabaran dakwah. Ia memberi inspirasi kepada saya untuk mencontohi baginda dalam menghadapi cabaran hidup dan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Selain itu, kursus ini juga mendedahkan saya kepada peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah perkembangan Islam seperti zaman Khulafa’ ar-Rasyidin, perluasan wilayah Islam, serta sumbangan tokoh-tokoh besar dalam bidang keilmuan, pemerintahan dan ketamadunan. Saya sedar bahawa umat Islam memiliki sejarah yang sangat gemilang dan penuh dengan nilai kepimpinan, keadilan, dan ketamadunan.

Kursus ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk terus mendalami sejarah Islam dan menilai kembali kedudukan umat Islam masa kini berdasarkan pencapaian masa silam. Ia juga mendidik saya supaya lebih peka terhadap isu-isu semasa yang melibatkan umat Islam, dan menggalakkan saya untuk memainkan peranan dalam menyumbang ke arah kebangkitan ummah.

Secara keseluruhannya, kursus ini bukan sahaja memberi ilmu tetapi juga menyentuh hati saya sebagai seorang Muslim. Saya berharap agar segala ilmu yang dipelajari dapat saya amalkan dan sampaikan kepada orang lain, agar semangat perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat terus hidup dalam diri kita sebagai generasi penerus.

NUR FATIN SYAFIQAH BINTI MOHAMMED
Hasil pembelajaran sirah nabawiyah telah membuka minda saya terhadap kepentingan memahami ilmu sirah.

Pensyarah juga sangat berdedikasi dan memberi ruang kepada pelajar untuk bertanya dan berbincang. Saya berasa lebih yakin dalam memahami ilmu sirah ini dengan mendalam. Pengajaran sirah ini bukan sahaja meningkatkan ilmu saya, malah menyedarkan saya tentang tanggungjawab menyampaikan ilmu dengan tepat malah menambah kefahaman yang lebih mendalam sebagai bakal guru pendidikan islam. Syukran kathir ustaz atas segala bimbingan, kesabaran dan kesungguhan dalam memastikan kami semua faham dengan jelas mengenai ilmu sirah ini, maaf segala salah silap dari saya. Semoga dipermudahkan segala urusan ustaz.

NUR SHAHINDAH
Sepanjang mengikuti subjek ini, saya lebih memahami perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat dalam menyebarkan Islam. Kisah-kisah dalam sirah memberi inspirasi kepada saya untuk meneladani akhlak Baginda yang mulia. Selain itu, saya juga belajar tentang kebangkitan dan kejatuhan tamadun Islam yang memberi banyak pengajaran tentang kepimpinan, ilmu dan keteguhan iman. Subjek ini meningkatkan rasa cinta saya terhadap agama serta semangat untuk terus memperbaiki diri sebagai seorang Muslim. Terima kasih kepada ustaz Fuad yang banyak berkongsi ilmu dan mengajar mengenai sirah Islam.

NURSYAMIMI BINTI ZAINUDIN
Sepanjang proses pembelajaran bagi kursus PIMK1124 iaitu sirah nabawiyah dan tarikh islami ini, saya dapat belajar dan faham dengan lebih mendalam berkenaan perjalanan hidup seorang rasul mulia dan perjuangan dakwah baginda setelah melalui pelbagai ujian dan dugaan yang berliku-liku akhirnya diteruskan oleh para sahabat sehingga ke hari ini. Ustaz Fuad sentiasa menekankan bahawa "kita nak belajar daripada sejarah bukan nak belajar sejarah". Dengan pendekatan seperti ini, membuktikan bahawa pedagogi pengajaran yang digunakan sangat berkesan kerana setiap peristiwa sejarah rasulullah, para sahabat dan tabiin yang telah berlalu amat sinonim dengan isu yang ada kini dan semua persoalan telah terjawab dan diceritakan dengan terperinci dalam kitab-kitab sirah yang sahih sehinggakan kita boleh membangunkan kembali khilafah islamiyah jika kita betul-betul belajar daripada sejarah. Dapat disimpulkan bahawa sepanjang pembelajaran ini, Ustaz Fuad telah mendidik kami dengan penuh ikhlas dan kesabaran yang tinggi serta tidak pernah lupa untuk menyelitkan soalan-soalan KBAT bagi melahirkan para pelajar yang sentiasa berpikiran kritis dan responsif. Jutaan terima kasih untuk Ustaz Mohd Fuad

NUR MAISARAH BINTI ABDU RASHID
Subjek Sirah Nabawiyyah telah memberikan saya peluang untuk menyelami perjalanan hidup Rasulullah SAW yang penuh dengan nilai-nilai murni, pengorbanan, dan perjuangan dalam menyampaikan risalah Islam. Setiap peristiwa yang dipelajari bukan sahaja membuka mata terhadap sejarah perkembangan Islam, tetapi juga menyuntik semangat untuk meneladani akhlak, kepimpinan, dan keperibadian Baginda dalam kehidupan seharian. Ia memperlihatkan bagaimana Rasulullah SAW menghadapi cabaran dengan penuh hikmah dan kesabaran, menjadikan sirah sebagai sumber inspirasi yang tidak ternilai.

Melalui pengajian ini, saya sedar bahawa Sirah Nabawiyyah bukan sekadar catatan sejarah, tetapi merupakan panduan hidup yang sangat relevan untuk membentuk jati diri sebagai seorang Muslim. Ia mengajar saya tentang pentingnya kesatuan, keikhlasan, dan kesungguhan dalam memperjuangkan kebenaran. Terima kasih diucapkan kepada ustaz fuad yang telah membimbing dan menyampaikan ilmu ini dengan penuh dedikasi dan kesungguhan, menjadikan pembelajaran sirah satu pengalaman yang bermakna dan menyentuh jiwa.

Nurul Afrina
Alhamdulillah, kursus Sirah Nabawiyah dan Tarikh Islami bersama Ustaz Fu’ad telah membuka minda saya untuk lebih memahami perjuangan Rasulullah SAW serta perkembangan sejarah Islam secara mendalam. Penyampaian beliau yang jelas, penuh semangat dan diselitkan dengan pengajaran hidup serta ilmu-ilmu baharu yang berkaitan dengan kursus ini menjadikan setiap sesi sangat bermakna.Saya lebih menghargai pengorbanan tokoh-tokoh Islam serta mengambil iktibar daripada peristiwa bersejarah yang dibincangkan. Kursus ini menguatkan lagi semangat saya untuk menghayati Islam dalam kehidupan seharian. Akhir kata,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Fu’ad atas ilmu yang disampaikan dengan penuh hikmah.

TUAN AINUL AFIQAH
Subjek Sirah Nabawiyah dan Tarikh Islami merupakan antara subjek yang sangat memberi kesan dalam diri saya sepanjang semester ini. Mempelajari kisah kehidupan Rasulullah SAW serta perkembangan sejarah Islam sejak awal penubuhannya memberi saya satu kefahaman yang lebih mendalam tentang perjuangan dakwah dan nilai-nilai Islam yang tulen.

Ustaz Fuad berjaya menyampaikan pengajaran dengan cara yang sangat tersusun dan menarik. Setiap kali kuliah, beliau akan mengaitkan kisah sirah dengan situasi semasa, menjadikan pelajaran itu lebih relevan dan mudah dihayati. Saya amat terkesan dengan cara beliau menghidupkan kembali sejarah melalui penyampaian yang penuh semangat dan nilai tarbiah.

Saya sangat menghargai kesungguhan Ustaz Fuad dalam menyampaikan ilmu ini dengan penuh dedikasi. Syukran Jazilan Ustaz !

RAJA ZARIFAH
Alhamdulillah, sepanjang saya mengikuti subjek Sirah Nabawiyah dan Tarikh Islam, banyak ilmu dan pengajaran yang saya dapat pelajari. Kami belajar dan mendalami kisah perjalanan hidup Rasulullah SAW sejak kecil, waktu kerasulan, hijrah, sehinggalah kepada perjuangan Baginda dalam menyebarkan Islam.  Ustaz juga turut sering mengajukan soalan-soalan yang membuka minda kami untuk berfikir lebih jauh tentang topik yang dibincangkan. Cara penyampaian yang santai dan jelas menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik dan mudah difahami. Akhir sekali, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang penuh kesabaran sepanjang semester ini.

YUMNA HUMAIRA’
Pembelajaran subjek sirah nabawiyyah ini telah memberi saya banyak ilmu atau sirah yang saya belum tahu. Saya dapat menegtahui sirah yang banyak serta dapat ambil pengajaran daripada sirah sirah ini..Terima kasih kepada ustaz kerana banyka mencurahkan ilmu yang tak terhingga kerana istaz banyak menceritakan sirah yang saya tak pernah tahu berserta bukti ayat al quran atau hadis…dan terima kasih jugak atas kesabaran usyaz dalam mengajara saya dan rakan sekelas saya

Sepanjang mengikuti subjek Sirah Nabawiyah, saya berpeluang memahami perjuangan dan kehidupan Rasulullah SAW dengan lebih mendalam. Setiap peristiwa yang dipelajari membuka mata saya tentang nilai kesabaran, kepimpinan dan cinta terhadap agama. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Fuad atas segala bimbingan dan ilmu yang disampaikan dengan penuh hikmah dan kesungguhan. Semoga Allah membalas jasa Ustaz dengan sebaik-baik ganjaran.

PUTERI AMIRAH EL-ALIA
Pembelajaran subjek Sirah Nabawiyyah dan Tarikh Islam telah membuka mata saya terhadap kepentingan memahami perjuangan Rasulullah SAW serta sejarah perkembangan Islam sejak awal. Melalui kisah-kisah perjuangan baginda dan para sahabat, saya menyedari nilai keikhlasan, kesabaran dan kebijaksanaan dalam menyebarkan Islam. Selain itu, penghayatan terhadap sejarah Islam membentuk kefahaman yang lebih mendalam tentang jati diri umat Islam serta cabaran yang telah dihadapi untuk menegakkan syiar Islam. Ilmu ini turut mengajar saya untuk menilai peristiwa semasa berdasarkan panduan sejarah dan sunnah. Saya insaf bahawa sebagai seorang penuntut ilmu, tanggungjawab saya bukan hanya memahami fakta sejarah, tetapi juga menghayatinya dalam kehidupan seharian sebagai panduan akhlak, kepimpinan, dan kecintaan terhadap agama