Aktiviti 4.1 (Padlet) by

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Hubungan perdagangan dan politik yang dijalin oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang sultan di Tanah Melayu.  Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab membuat persetujuan dagangan dua hala itu. Catatan sejarah menyebut, Parameswara (Sultan Iskandar Shah) merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan neger-negeri yang berhampiran. |   |  Sultan Melaka sendiri telah meminta Negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang kebanyakannya beragama Islam.

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Islam sebagai suatu kekuatan yang diperhitungkan dimasapra kolonialisme dan dalam batas tertentu perjuangan kemerdekaan dalamabad ke-20, kekuatan dan sumbangan islam bagi perubahan social politik selama ini sering diabaikan, sehingga muncullah pergolakan-pergolakan didunia islam mengalami kebangkitan termasuk di malaysia.

Malaysia adalah kerajaan faderal diasia tenggara yang terletak dimenanjung malaka dan sebagian di Kalimantan timur yang penduduknya mayoritas islam dan konstitusi sebagai agama resmi Negara, sehingga syariat islam ditegakkan dengan baik dan benar. Maka muncullah islam di Malaysia berkatjasa para pedagang yang mempunyaisemangat yang tinggi dalam menyiarkan dan mengembangkan islam di Arab melalui Malaka.

Nusantara  dengan Asia Barat sejak zaman islam dikatakan berlaku sejak abad ke-17 Masehi. Ahli-ahli sejarah berpendapat terutama sejarahan daerah berpendapat kedatangan islam ke Nusantara berlaku pada abad kedatangan islam ke Nusantara berlaku pada abad ke-7 dan ke -8 Masehi. Sedangkan sejarawan barat berpendapat kedatangannya berlaku sekitar abada ke -13 Masehi.

Walau bagaimanapun penyebaran secarah lebih pesat dan menyeluruh didapati berlaku dalam abad ke-15 dan ke-16 masehi. Terdapat beberapa faktor yang mendorong penyebaran islam secara lenih positif di saat ini di mana antara faktor-faktor tersebut ada perkaitan atau pengaruh mempengaruhi antara satu sama lain.

Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam
Batu Bersurat di Terengganu suatu prasasti dan artifak tertua di Malaysia yang dikaitkan dengan sejarah perkembangan pemikiran Syariah Islam di zaman terkemudian. Sebagai premis asas, dapat dikatakan bahawa pencatat Batu Bersurat di Terengganu ini memang terdiri daripada seorang yang berpengetahuan dalam bidang perundangan Islam. Hal ini akan cuba dibuktikan dengan meneliti segala butiran hukum Islam yang terkandung di dalam Batu Bersurat di Terengganu. Atas dasar ini, artikel ini dirangka khusus mengandungi beberapa bahagian yang utama; metodologi kajian, analisis logistik, analisis kandungan hukum Islam dalam Batu Bersurat di Terengganu dan akhirnya diikuti dengan implikasi Batu Bersurat di Terengganu terhadap sejarah perkembangan pemikiran Syariah Islam di Malaysia.
Metodologi Tafsiran
Memang diakui terdapat beberapa artifak yang menunjukkan Islam bertapak di Tanah Melayu. Ianya terdiri daripada Batu Bersurat di Terengganu, teks Hukum Kanun Melaka dan kitab ‘Aqa’id al-Nasafi. Ketiga-tiganya saling melengkapi antara satu sama lain dalam usaha mengetahui nisbah pemahaman dan pengamalan ajaran Islam di Tanah Melayu. Tetapi sayangnya hanya teks Hukum Kanun Melaka dan kitab ‘Aqa’id al-Nasafi
109
Batu Bersurat Di Terengganu: Satu Tafsiran Terhadap Pelaksanaan Syariah Islam
yang sering dijadikan bahan kajian, memandangkan Batu Bersurat di Terengganu hanya mempunyai keterangan yang ringkas dan kabur. Bagi penulis, hal ini sepatutnya tidak menjadi masalah kerana proses tafsiran masih boleh dilakukan menggunakan beberapa kaedah utama; 1) Kaedah fenomenologi, iaitu dengan memasuki dalam pemikiran objek dan masyarakat yang dikaji. 2) Kaedah hermeneutik, iaitu tafsiran terhadap sesuatu karya dengan melihat kepada aspek pengarang, mesej dan khalayak.1 3) Kaedah pensejarahan, iaitu dengan mengaitkan pelbagai fakta dalam objek yang dikaji, khususnya yang membabitkan kronologi (urutan sejarah), hukum sebab musabab dan manfaat yang terhasil daripadanya.2 4) Penggunaan ilmu usul al-fiqh sebagai alat bantu dan penetapan beberapa teori daripada disiplin hukum Islam – dibandingkan dengan fakta yang terdapat di dalam Batu Bersurat di Terengganu.

BATU BERSURAT TERENGGANU