Karangan Semangat Kejiranan by MOHAMAD FUAD HAKIMI BIN MAT ISA Moe

FUAD
Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang. Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, kita hendaklah sentiasa menjaga hubungan kejiranan tanpa mengira agama dan bangsa. Kehidupan berjiran memerlukan semangat kejiranan yang utuh kerana jiran sepakat membawa berkat.

Wan
Semangat kejiranan harus dipupuk di dalam diri setiap masyarakat di negara ini. Sebagai negara yang berbilang kaum kita haruslah menjaga hubungan antara jiran tidak mengira bangsa dan agama. Kehidupan berjiran juga perlu dipelihara bersama kerana bersatu teguh bercerai roboh.

Danish akmal
Dalam kehidupan bermasyarakat,jiran adalah orang atau golongan yang tinggal berhampiran dengan kita.semangat kejiranan amat penting dalam sesebuah masyarakat bagi merapatkan lagi hubungan sesama jiran.Terdapat pelbagai cara untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha memupuk semangat kejiranan termasuklah mengamalkan amalan ziarah-menziarahi.Amalan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran.Hal ini seterusnya akan melahirkan rasa hormat dan kasih sayang  sesama individu.

Selain itu,semangat kejiranan dapat dipupuk dengan mengadakan gotong-royong.Amalan ini dapat sememangnya membawa banyak manfaat kepada masyarakat sekeliling.Mereka bukan sahaja dapat memelihara kebersihan kawasan kediaman mereka malah dapat mengeratkan hubungan sekaligus memupuk semangat kerjasama.Di samping itu,amalan ini dapat mewujudkan nilai kerjasama dan masyarakat yang prihatin.Dengan itu masuarakat mestilah melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini untuk kebaikan diri sendiri dan masyarakat sekelliling.

Kesimpulannya,kita wajarlah menganggap semangat kejiranan ini sebagai satu perkara yang amat penting dalam masyarakat.Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin kita haruslah melakukan usaha-usaha yang boleh mengukuhkan lagi perpaduan dalam masyarakat di negara kita.

Daniel Khoo
Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada kepelbagaian kaum dan agama, semangat kejiranan memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan keamanan dan mengeratkan hubungan di antara semua penduduk.

Tetapi, kini, kesibukan mengejar kerjaya dan urusan harian telah menyumbang kepada kemerosotan budaya berziarah antara jiran tetangga yang merupakan tradisi nenek moyang kita. Jadi, kita perlulah mengambil masa untuk berkunjung ke rumah jiran tetangga, untuk memupuk semangat kejiranan dan mengeratkan hubungan dengan jiran kita.

Untuk memastikan semangat kejiranan dapat dipupuk dan keamanan negara dijaga, setiap individu perlulah berkerjasama dengan sesama lain seperti kata pepatah, bersekutu bertambah mutu.

Ezarell
Dalam kehidupan bermasyarakat,jiran adalah golongan yang tinggal berhampiran dengan kediaman kita.Malah,pembentukan sebuah masyarakat adalah berperanan daripada wujudnya kejiranan, iaitu orang yang tinggal bersebelahan atau sekeliling rumah kita.Oleh itu,semangat kejiranan harus dipupuk dalam kalangan masyarakat tidak kira bangsa atau agama kerana bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat.

fariz
Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, atau di belakang rumah kita. Sama ada kita tinggal di taman ataupun di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat baik kita dan yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Di dalam pepatah melayu ada mengatakan "Jiran sepakat membawa berkat”. Dengan ini, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan yang berbilang kaum supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara.

imran
Cara-cara memupuk semangat kejiranan yang paling pragmatik ialah ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa merupakan guru pertama dan guru terbaik kepada anak-anak. Jika ibu bapa menunjukkan teladan  yang baik kepada anak-anak maka mereka akan mencontohi teladan yang ditunjukkan kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.  Sebagai contoh, ibu bapa haruslah mengunjungi atau menziarahi jiran tetangga walaupun mereka berada dalam keadaan yang baik atau tidak. Selain itu, ibu bapa haruslah tidak sombong dengan jiran dan sering bertegur-sapa agar dapat memupuk semangat kejiranan. Kesannya, semangat kejiranan dapat dipupuk antara jiran dalam kalangan anak-anak dan ibu bapa sekali gus dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni.