TUGASAN 2 by Nabila Fakhirah

1.0 SISTEM PALLAVA
Menurut Nik Safiah Karim (2010) , tulisan pallava ini dibawa oleh orang Hindu semasa tiba di Srivijaya dan Palembang.Tulisan pallava ini lebih banyak menerima pengaruh bahasa Sanskrit berbanding bahasa lain kerana bahasa Sanskrit pada ketika itu menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan.Tulisan pallava ini tidak tersebar luas dan terhad kepada  golongan istana sahaja kerana orang biasa tidak mempunyai kemudahan asas untuk membaca dan menulis.Penemuan terawal tulisan tulisan Pallava adalah pada tiang batu persembahan (Yupa) di daerah Muara Kaman iaitu pertemuan di antara Sungai Mahakam dengan Kedang Kepala.Tulisan Pallava jauh lebih kompleks berbending tulisan rumi.Hal ini kerana adanya sistem simbol yang menggabungkan bunyi serta huruf konsonan yang terdapat pada tulisan ini tidak menandakan huruf semata - mata tetapi juga membawa bunyi yang berbeza

2.0 SISTEM KAWI
Sistem Kawi merupakan tulisan terawal di Nusantara yang merupakan pemula sebelum aksara-aksara yang lebih moden muncul.Nama Kawi di ambil daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud penyajak atau penyair.Sistem Kawi mula berkembang daripada tulisan Pallava dari Selatan India.Keunikan yang terdapat pada tulisan Kawi ialah huruf yang ada pada tulisan unu hanyalah A,Ka,Me,Ti,Sa dan lain - lain yang lebih kurang sama namun hanya sebutannya yang berbeza. Menurut penelitian yang dijalankan oleh sejarawan, orang - orang melayu kuno biasanya menulis tulisan kawi di atas kulit - kulit kayu,daun - daun lontar,kepingan - kepingan logam dan batu - batu.Tulisan Kawi ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu nisan orang Melayu yang dikenali dengan nama Ahmad Majnun di Pengkalan Kempas,Sungai Ujung, Negeri Sembilan

3.0 SISTEM TULISAN JAWI
Kedatangan pedagang - pedagang Islam yang datang dari Parsi dan beberapa kawasan Timur Tengah membawa kepada perkembangan tulisan ke tulisan Jawi. Terdapat pelbagai abjad Arab diperkenalkan dan diubah suai supaya sesuai dengan bahasa Melayu klasik untuk digunakan secara lisan mahupun tulisan.

Tulisan Jawi berasal dari skrip Arab yang sampai ke Kepulauan Melayu serta agama Islam

Pada akhir abad ke 8 Hijrah , Pengasas Kerajaan Melayu Melaka mula muncul yang memeluk agama Islam menyebabkan Melaka dan Pasai saling berhubungan.

Terdapat 4 tahap dalam perkembangan sistem ejaan jawi peringkat pertama iaitu menggunakan tulisan dan sistem ejaan Arab sepenuhnya ,menghilangkan tanda baris tapi mengekalkan ejaan dan huruf sedia ada, mewujudkan huruf - huruf saksi dan menggunakan huruf saksi pada suku kata pertama dan kedua.

4.0 SISTEM ZA'BA
SEJARAH SISTEM EJAAN ZA'BA

Sistem ejaan Za'ba merupakan sistem yang pertama dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu oleh bangsa Melayu sendiri pada tahun 1933.

Sistem ejaan Za'ba diperkenalkan kerana sistem ejaan Wilkinson mempunyai banyak kelemahan

Sistem ejaan Za'ba ini dihasilkan di SITC (Maktab Perguruan Sultan Idris )

Sistem  ejaan ini telah dijadikan sebagai sistem ejaan rasmi dalam kerajaan Malaysia ,sekolah - sekolah dan institusi pengajian

CIRI - CIRI SISTEM TULISAN ZA'BA

Tidak menggunakan teori dan teknik linguistik kerana ia melambangkan bunyi - bunyi bahasa Melayu melalui huruf- huruf rumi yang digunakan dalam Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu

Tidak menggunakan tanda sirkumfleks atau aksen sebagai penanda panjang atau pendek bunyi

Terdapat kekurangan huruf jawi dan rumi untuk melambangkan bunyi - bunyi yang terdapat dalam bahasa Melayu

Setiap perkataan yang dieja adalah berdasarkan bunyi

5.0 SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
SEJARAH SISTEM EJAAN KONGRES 1956

Pada tahun 1956, melalui Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga (KBPM),satu ejaan rumi bahasa Melayu telah dipersetujui

Sistem ejaan ini tidak digunakan kerana terdapat penerapan lambang fonetikm

Kongres ketiga KBPM berlangsung di Johor yang dihadiri oleh lebih kurang 500 orang perwakilan dan pemerhati dari 59 buah badan bahasa dan persuratan Melayu dari seluruh Malaya pada waktu itu.

empat dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf rumi telah dirumuskan

PEJABAT KARANG MENGARANG
PERANAN PEJABAT KARANG MENGARANG SEBELUM MERDEKA

Ditubuhkan pada tahun 1924

Bertujuan untuk menghasilkan penerbitan ilmiah dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta memperbanyakkan sumber rujukan kepada semua golongan masyarakat.

Menerbitkan hasil penyelidikan warga akademik dalam bentuk buku,jurnal dan lain- lain

Menganjurkan bengkel-bengkel penulisan serta kursus penterjemahan

Membuka peluang kepada warga akademik menyebarkan kepakaran mereka dalam bidang yang diceburi

PERANAN ASAS PEJABAT KARANG MENGARANG

Memperluaskan dan mempertinggikan martabat kesusasteraan dan kebudayaan Melayu

Melindungi hak - hak muslihat seluruh ahli dan pengarangnya.

PERANAN PEJABAT KARANG MENGARANG SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

Pejabat ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu di Tanjung Malim dan berpusat di Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur.

Peranannya semakin kecil daan akhirnya dibubarkan terus pada tahun 1957 apabila Dewan Bahasa dan Pustaka dipindahkan dari Johor Bharu ke Kuala Lumpur

Perkembangan dan penerbitan buku bahasa Melayu diambil alih oleh DBP

Sehingga tahun 1957 , sebanyak 44 buah buku telah diterbitkan dan daripada jumlah itu 34 buah diterbitkan sebelum tahun 1936

Tujuh daripadanya adalah cerita kanak - kanak

Selepas perang sebanyak 24 buah telah diterbitkan,empat buah daripadanya adalah hasil daripada peraduan mengarang anjuran pejabat pelajaran

PERANAN PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA
Pakatan ditubuhkan di Johor Bharu yang diasaskan oleh Abdul Rahman Andak.

merupakan badan bahasa yang terawal di negara ini

Pada 7 April 1934,pakatan ini dikenali dengan nama Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku - Buku Diraja,dengan tunjangan tahunan daripada Sultan Ibrahim

Pakatan ini berjaya menerbitkan majalah Peredar serta menerbitkan buku - buku antaranya Jalan Basa Melayu (1937),Buku Katan(1936-1937),Perihal Tanah Jawa (1939) dan Peribahasa (1930)

ANGKATAN SASTERAWAN 50 (ASAS 50)
Ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 di Singapura dan didaftarkan pada tahun 1951

Antara pengasasnya ialah Muhammad Arif Ahmad (Mas),Kamaludin Muhammad(Keris Mas),Hamzah Hussein,Jimmy Asmara dan Rosmera

ASAS 50  menggubah dan membaharui perkataan - perkataan untuk memperkaya bahasa,dan turut menjayakan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu (KBPM)1

Pertubuhan ini menyokong penggunaan tulisan Rumi sebagai tulisan bahasa Melayu moden untuk memperkembangkan kesusasteraan Melayu dalam KBPM II ,membentangkan kertas kerja tentang ejaan dalam KBPM III dan mencadangkan sebuah badan bahasa seperti Balai Pustaka di Indonesia, yang kemudiannya mewujudkan Dewan Bahasa dan Pustaka di Johor Bharu(1956)

Tujuan ASAS 50 ditubuhkan adalah untuk memperjuangkan dan mempertinggi bahasa , kebudayaan dan kesusasteraan Melayu.Ahli - ahli mempelajari dan menulis karangan - karangan sastera,pengetahuan dan peradaban,mengadakan syarahan dan perdebatan tentang sastera dan bahasa.Pertubuhan ini berjuang dalam bidang kesusasteraan dengan konsep "Seni untuk Masyarakat".

BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN
ZAMAN PRAMERDEKA (SEBELUM 1957)

Timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan,beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan empat laporan.

Antara laporan yang dihasilkan ialah laporan Barnes 1951,laporan Fenn-Wu 1951,Ordinan Pelajaran 1952 dan laporan Razak 1956

Laporan Barnes 1951 dihasilkan adalah untuk menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu

Laporan Fenn-Wu 1951 dihasilkan untuk menyemak pendidikan kaum Cina

Ordinan Pelajaran 1952 diwujudkan untuk mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan

Laporan Razak1956 diwujudkan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua,bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan,sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

ZAMAN PASCAMERDEKA(1957-1970)

Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan Laporan Razak 1956 yang lebih mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan .

Pelan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan bahasa Melayu menyebabkan Laporan Razak 1956 dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib 1960.

Laporan ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan

LAPORAN RAHMAN TALIB DAN AKTA PELAJARAN 1961

Jawatankuasa pendidikan 1960 yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib ,Menteri Pelajaran

Jawatankuasa tersebut diantik oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Februari 1960 berhubung dengan cadangan Jawtankuasa Pendidikan 1956

Jawatankuasa ini  mencadangkan supaya bahasa kebangsaan diajar mulai Darjah Satu dalam semua sekolah rendah Cina, Tamil dan Inggeris, sama ada bantuan separuh atau sekolah persendirian

Mata pelajaran kursus Bahasa Melayu dijadikan wajib untuk memperoleh  Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia

ZAMAN DASAR EKONOMI BARU(1971-1990)

Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990.

Akta 1961, sekolah rendah bantuan kerajaan yang menggunakan Bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar diteruskan.

Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantap sistem pendidikan

Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi kursus-kursus peringkat awal di maktab perguruan sejak tahun 1957.

Pada tahun 1973, Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar tunggal dalam latihan perguruan.

Sejak tahun 1983 hingga tahun 1991, penggunaan Bahasa Melayu dalam pendidikan – baik pada peringkat sekolah rendah, menengah, maktab dan universiti – terlaksana dengan lancar.

BAHASA MELAYU MODEN
KONSEP BAHASA MELAYU MODEN

Merupakan lanjutan daripada bahasa Melayu Klasik

Perkembangan bahasa Melayu Moden bermula pada abad ke - 19 dengan bermulanya karya - karya Abdullah Munsyi

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang memikul tugas sebagai bahasa rasmi,pentadbiran,perhubungan ,penghantar dan bahasa ilmiah di sekolah dan universiti.

Satu perancangan bahasa bai meningkatkan status bahasa Melayu moden telah dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

Tahap Perkembangan bahasa Melayu Moden terbahagi kepada dua iaitu bahasa Melayu moden pramerdeka dan bahasa Melayu moden pascamerdeka.

BAHASA MELAYU PRAMERDEKA

Pada peringkat awal pemerintahan Inggeris,kedudukan bahasa Melayu tidak tergugat

Bahasa Melayu tetap digunakan dalam urusan rasmi kerajaan British,maka lahirlah sarjana bahasa berbangsa barat seperti R.O Winsted , R.J Wilkinson dan O.T Dusek.

Kedudukan bahasa Melayu mula tergugat selepas Perang Dunia ke-2 apabila kerajaan Inggeris mula menjadi bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar dan bahasa rasmi.

Terdapat pejuang bahasa Melayu yang memperjuangkan bahasa Melayu melalui karya mereka

BAHASA MELAYU PASCAMERDEKA

PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa "Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa - apa tulisan sebagaimana yangg diperuntukkan dengan undang - undang oleh Parlimen".

Perkataan yang digunakan dalam Perkara 152 Perlembagaan ialah bahasa kebangsaan bukan bahasa rasmi.

Perlembagaan ini kemudiannya dipinda dengan memasukkan Fasal(6) yang berbunyi

"(6) Dalam perkara ini, maksud rasmi ertinya apa - apa maksud kerajaan,sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan termasuklah apa - apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam".

AKTA DEWAN BAHASA DA PUSTAKA 1959(PINDAAN 1995)

Diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1959

Awalnya dikenali sebagai Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka

Tujuan ditubuhkan ialah untuk memperkembang dan memperkaya bahasa kebangsaan serta memperkembang bakat sastera khususnya dalam bahasa kebangsaan

PENUBUHAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)

Awalnya dikenali sebagai Balai Pustaka yang ditubuhkan di Johor Bahru pada 22 Jun 1956

Pada peringkat awal ,DBP telah ditubuhkan sebagai sebuah jabatan di bawah Kementerian Pelajaran yang menguruskan hal - hal yang berkaitan dengan kebahasaan

Pada 1959, DBP telah dinaikkan statusnya sebagai badan berkanun sebbaik sahaja Ordinan DBP

Matlamat penubuhan DBP ialah untuk memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaan ,memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan serta mencetak dan menerbitkan buku,risalah dan bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa - bahasa lain

CABARAN BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Kajian oleh Juriah Long et al. (2002) mendapati beberapa kekangan ditemui dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Antaranya ialah tidak semua guru yang mengajar bahasa Melayu mendapat latihan khusus dalam bidang bahasa.Ini akan menjejaskan kualiti pengajaran dan hasil pembelajaran murid

PENJENAMAAN BAHASA MELAYU

Berlaku krisis identiti antara istilah bahasa Melayu dan bahasa Malaysia

Proses penjenamaan semula kepada bahasa Malaysia telah mengikis kewibawaan dan mencabar kredibiliti bahasa itu sendiri

BAHASA MELAYU DALAM AKTA PENDIDIKAN

Bahasa Melayu telah menghadapi cabaran yang tidak diduga iaitu apabila Akta Pendidikan 1996 dan akta IPTS 1996 diluluskan,maka semua IPTS dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar

CABARAN DALAM BIDANG EKONOMI
Bahasa Melayu dalam urusan perniagaan

Dokumen perniagaan syarikat swasta masih menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua

Bahasa Inggeris mendominasi 100 % industri perhotelan,syarikat jualan kereta,barangan elektrik dan komputer

BAHASA MELAYU DALAM PELUANG KERJAYA

Graduan boleh memilih kerjaya dalam bidang perguruan atau pendidikan sebagai guru bahasa Melayu dengan mengikuti kursus-kursus seperti PISMP

Graduan bahasa Melayu boleh memilih bidang penulisa kreatif pengacaraan , editor dan penterjemah

CABARAN DALAM BIDANG PENTADBIRAN KERAJAAN
Kerajaan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am bilangan 1 tahun 2006 tentang langkah - langkah memperkasakan penggunaan bahasa Kebangsaan dalam perkhidmatan.Antara kandungannya ialah

1.Urusan Rasmi dalam Negara

Surat rasmi dalam negara oleh agensi kerajaan menggunakan bahasa kebangsaan

Semua dokumen perjanjian dalam negara oleh agensi kerajaan menggunakan bahasa kebangsaan

2.Urusan Rasmi Antarabangsa

Surat rasmi antarabangsa oleh agensi kerajaan kepada pihak luar digalakkan menggunakan bahasa kebangsaan dan disertakan lampiran dalam bahasa Inggeris.

Semua dokumen perjanjian antarabangsa oleh agensi kerajaan hendaklah menggunakan bahasa Inggeris.

Terjemahan dalam bahasa kebangsaan diperlukan bagi tujuan rekod dan semakan

Pengiklanan kekosongan jawatan dalam Perkhidmatan Awam hendaklah dalam bahasa Kebangsaan

Perkhidmatan kaunter hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan dan boleh menggunakan bahasa lain yang difahami oleh pelanggan

MASA DEPAN BAHASA MELAYU
1. Bidang Pendidikan

Memperkasakan kurikulum bahasa Melayu Standard di semua jenis sekolah dan aliran

Menambah baik dan menyemak kurikulum bahasa Melayu sekolah rendah dan sekolah menengah dari semasa ke semasa

Memperkukuh kemahiran lisan bahasa Melayu di peringkat prasekolah,sekolah rendah dan sekolah menengah

Memantapkan Program LINUS Bahasa Melayu 3

Meningkatkan ketrampilan berbahasa guru bahasa Melayu dengan melaksanakan latihan dalam perkhidmatan berdasarkan Garis Pandusan Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan Guru Bahasa Melayu

2. BIDANG EKONOMI

Penyampaian maklumat oleh kerajaan,aktiviti pengajaran dan pembelajaran,penjualan dan pembelian secara dalam talian serta penggunaan sistem pembayaran digital adalah nroma baharu dalam masyarakat

Perkara ini pastinya akan memberikan cabaran terhadap pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama.

PENTADBIRAN KERAJAAN

Bahasa Melayu telah dimaktubkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia sejak 1957 setelah dilumpuhkan secara sistematik semasa penjajahan Inggeris pada tahun 1785 hingga 1957.

Kerajaan berusaha mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.

Usaha kerajaan ketika itu jelas dapat dilihat dalam bidang pentadbiran dengan mengadakan matlamat selepas sepuluh tahun negara mencapai kemerdekaan iaitu semua urusan rasmi melibatkan penulisan surat,perbicaraan dalam mesyuarat dan penyediaan laporan hendaklah dalam bahasa Melayu.

KERANCUAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL
Pengguna media sosial sering kali mengabaikan ejaan yang betul untuk menulis dengan cepat atau berdasarkan sebutan.

Simbol grafik yang digunakan untuk menggantikan perkataan atau menyampaikan emosi dan makna dengan lebih visual.

Istilah atau frasa yang popular dalam tempoh tertentu dan sering kali diulang-ulang di media sosial.

Penggunaan bahasa yang tidak tepat dan tidak konsisten boleh menyebabkan kekeliruan dan mengurangkan keupayaan individu untuk menulis dan berkomunikasi dengan betul dalam bahasa formal.

NAMA : NABILA FAKHIRAH BINTI MUHAMAD SUHAIDI

KUMPULAN : PPISMP BM SK 1

KOD & KURSUS : BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

NAMA PENSYARAH :PUAN HALIFAH BINTI AHMAD