SELASA: REFLEKSI TOPIK KULIAH FIQH KEPENGGUNAAN M2-M6 by Ainna Rashid

Nurul Ainna bt Che Mohd Rashid (17165319)
Berdasarkan dari kuliah yang lepas, saya telah mempelajari beberapa topik iaituu... Melalui topik (sekian2) saya dapat memahami....

Mohamad Muaaz Bin Mohamad Nasar (U2000336/2)
Berdasarkan dari kuliah minggu 2 hingga 6 yang telah dijalankan, pada permulaannya saya telah mempelajari prinsip-prinsip,etika fiqh kepenggunaan dan juga tingkat-tingkat Maqasid Al-Syariah.Selain itu, terdapat juga penerangan mengenai pengharaman haiwan-haiwan, cara-cara mengenai penyembelihan yang sebenarnya mengikut syarak. Sebagai contoh cara penyembelihan yang digunakan di Malaysia bagi memudahkan skop kerja petugas bagi memastikan kelancaran penyembelihan dan lebih efisien dari segi masa serta tenaga. Yang terakhir adalah garis panduan yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi di setiap negara atau negeri masing-masing mengikut kesesuaian tempat. Turut dipelajari juga adalah penggunaan bahan yang tidak halal,cara mengesannya,kesannya dan hukumnya agar dapat diteliti sendiri dan mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam perkara yang tidak diredhai Allah.

Ahmad Hanif bin Mohd Azman (U2000213/2)
Berdasarkan sesi kuliah yang telah dijalankan, saya telah mempelajari kriteria-kriteria asas, ciri-ciri, falsafah dan prinsip fiqh kepenggunaan. Dalam fiqh kepenggunaan juga menitik beratkan prinsip kesederhanaaniaitu penggunaan adalah pada tahap yang minimum dan prinsip ihsan iaitu melakukan sesuatu ibadah dengan baik dan tepat sebagaimana diperintahkan syarak bertujuan mendapat keredaan Allah. Satu lagi prinsip iaitu prinsip kebajikan berasaskan kemanfaatan dan kemaslahatan yang mana menitikberatkan penggunaan segala sumber alam kurniaan Allah selagi memberi kebajikan dan manfaat kepada individu, keluarga dan masayarakat. Antara 3 tujuan utama Allah menciptakan segala sumber alam iaitu:

Bagi membangunkan kerohanian manusia dengan membuktikan kewujudan, keesaan, kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah swt.

Bagi membangunkan keintelektualan manusia.

Bagi kegunaan dan kebaikan manusia serta semua hidupan yang wujuddi alam semesta.

Pada minggu yang berikutnya, telah dipelajari kepentingan, konsep dan prinsip halal dan haram dalam islam. Al-Qaradawi telah membahagikan prinsip halal dan haram dalam islam kepada 8 prinsip iaitu:

الاصل فى الأشياء الإباحة

asal kepada sesuatu adalah harus.

التحليل والتحريم حق الله

Menghalal dan mengharam sesuatu adalah hak Allah swt.

التحريم يتبع الخبيث والضرر

Pengharaman sesuatu adalah sesuai dengan keburukan dan kemudaratan.

ما أدى الى الحرام فهو حرام

Sesuatu yang membawa kepada hukum haram adalah haram hukumnya.

التحايل على الحرام حرام

Membuat helah terhadap sesuatu yang haram hukumnya adalah haram.

النية الحسنة لا تبرر الحرام

Niat yang baik tidak boleh membersihkan yang haram.

اتقاء الشبهات خشية الوقوع من الحرام

Berhati-hati dari syubhah bagi mengelakkan sesuatu yang haram.

الضرورات تبيح المحظورات

Keadaan terpaksa membolehkan sesuatu yang dilarang.

Seterusnya, turut dipelajari kriteria-kriteria berkaitan pemakanan halal dan tayyib serta kepentingan dan hikmah pengambilan makanan halal dan tayyib. Pemakanan yang halal juga berkait rapat dengan sembelihan yang sah. Sembelihan yang dilakukan perlulah mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak. Turut dibincangkan rukun, syarat, alat sembelihan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sembelihan yang perlu dipatuhi supaya sembelihan itu sah dan halal untuk dimakan.

Ida Thaqifah Binti Baderol Iskandar (U2000129/2)
Daripada kuliah minggu 2 hingga minggu 6, saya telah mempelajari beberapa topik. Topik pertama yang dikupaskan di dalam kuliah adalah mengenai konsep fiqh kepenggunaan. Tauhid merupakan tunjang bagi falsafah FK. Prinsip FK pula meliputi prinsip kebajikan yang mana manusia boleh menggunakan sumber alam selagi ia memberi manfaat kepada pengguna. Prinsip kesederhanaan pula mendidik kita untuk meminimumkan penggunaan yang mana kita tidak akan membazir akan tetapi tidaklah sampai kepada bakhil. Prinsip yang terakhir adalah ihsan yang bertujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. FK mempunyai 3 tingkat yang berasaskan maqasid syariah:

1.       Daruriyyah

2.       Hajiyyah

3.       Tahsiniyyah

Topik seterusnya adalah tentang konsep halal. Setiap insan dituntut oleh Allah SWT untuk makan makanan yang halal lagi tayyib. Antara kriteria pemilihan makan tersebut iaitu hendaklah dari sumber yang halal, bahan makanan yang halal&tayyib dan kaedah pengambilan yang baik serta bersesuaian.

Selain itu, saya juga mempelajari mengenai penyembelihan. Penyembelihan dilakukan bagi membolehkan haiwan seperti lembu, ayam,itik halal untuk dimakan. Kaedah penyembilahan wajiblah mengikut hukum syara’ iaitu memenuhi rukun serta syarat penyembelihan jika tidak mengikut hukum syarak’ maka haiwan tersebut dianggap sebagai bangkai dan najis.

Elmy Insyirah binti Mohd Ngali (U2000085/2)
Berdasarkan dari kuliah yang lepas, saya telah mempelajari beberapa topik. Melalui topik yang pertama, saya dapat memahami fiqh kepenggunaan dengan lebih mendalam. Fiqh kepenggunaan dapat difahami sebagai satu cabang ilmu berkenaan makanan atau bukan makanan yang terdiri daripada persoalan sama ada ia halal atau haram di mana melibatkan pengguna, pengusaha dan barang gunaan. Ia juga untuk memahami sesuatu hukum syarak tentang barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh penjual dan cara barang atau perkhidmatan itu digunakan oleh pengguna. Fiqh kepenggunaan mempunyai etikanya tersendiri iaitu etika halal dan berkualiti. Semua orang Islam wajib mematuhi etika ini kerana ia merupakan perintah daripada Allah SWT.

Topik seterusnya pula membincangkan mengenai makanan dan minuman halal. Topik ini sangat penting kerana ia merangkumi garis panduan dalam pemakanan. Antaranya ialah mengambil makanan yang tidak memudaratkan kesihatan seperti makanan halal. Konsep halal adalah berbeza bagi setiap negara kerana adanya perspektif yang berbeza dari badan pensijilan halal.

Kefahaman saya pada topik yang berikutnya adalah mengenai halal dan tayyib. Halal adalah sesuatu yang dibenarkan oleh Allah kerana ia tidak terkandung dari sesuatu yang haram manakala tayyib pula bermaksud bersih atau suci. Bahan makanan, sumber dan kaedah pengambilan kesemuanya perlulah halal untuk memenuhi  kriteria pemakanan halal dan tayyib.

Seterusnya apa yang saya faham dengan lebih dalam berkenaan topik penyembelihan adalah berkaitan penggunaan alat dan teknik penyembelihan moden yang pelbagai. Antaranya sembelihan dengan alatan mekanikal elektrik (mesin), kaedah stunning seperti ‘electrical stunning (shock and waterbath)’, ‘pneumatic percussive’, ‘mechanical stunning’ dan ‘drug and carbon dioxide smoke’. Kesemua teknik ini mestilah dilaksanakan mengikut syarat-syarat yang dituntut agar sembelihan sempurna sekali gus menghasilkan daging yang halal dimakan.

AMIRA MARWATY BINTI AHMAD MOKHTAR (U2003516/1)
Berdasarkan daripada kuliah yang lepas bermula dari minggu 2 hingga minggu 6, saya telah mempelajari beberapa topik. Topik pertama yang dikupaskan di dalam kuliah adalah mengenai konsep dan prinsip-prinsip fiqh kepenggunaan. Prinsip Fiqh Kepenggunaan pula meliputi prinsip kebajikan yang mana manusia boleh menggunakan sumber alam selagi ia memberi manfaat kepada pengguna. Prinsip kesederhanaan pula mendidik kita untuk meminimumkan penggunaan yang mana kita tidak akan membazir akan tetapi tidaklah sampai kepada bakhil. Prinsip yang terakhir adalah ihsan yang bertujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Selain itu, topik yang telah saya pelajari adalah tentang konsep halal iaitu tentang makanan dan minuman halal mengikut garis panduan Islam. Antara kriteria pemilihan makanan hendaklah dari sumber yang halal, bahan makanan yang halalan tayyiban dan kaedah pengambilan yang baik serta bersesuaian. Terdapat juga beberapa isu halal yang diberi pendedahan yang berlaku di negara Malaysia mahupun luar negara.

Seterusnya, saya juga mempelajari mengenai Sembelihan. Proses penyembelihan dilakukan bagi membolehkan haiwan seperti lembu, ayam, itik dan haiwan yang halal untuk dimakan. Beberapa metod sembelihan turut dipelajari dan ianya perlulah dipandukan dengan syarak supaya haiwan itu halal untuk dimakan.

Nur Aina Sofiah binti Mohamad Rosli (u2003519)
Berdasarkan dari kuliah minggu 2 hingga minggu 6, saya telah mempelajari pelbagai topik yang dirangkumi oleh subjek Fiqh Kepenggunaan. Melalui pembelajaran yang dilakukan ketika kuliah, berikut adalah refleksi dan ringkasan topik yang dibincangkan setiap minggu.

REFLEKSI WEEK 2 - WEEK 6

WEEK 2 :

a) Konsep umum FK –

Satu ilmu yang membincangkan tentang halal haram sesuatu perkhidmatan, pengusaha, pengguna dan juga produk yang dihasilkan.

Terdapat juga perbincangan tentang sumber, kriteria, prinsip dan juga matlamat akhir FK.

b) Prinsip-prinsip Fiqh Kepenggunaan seperti –

i - Kepentingannya pada masyarakat

ii – perbincangan isu baru dan isu lama

iii -  etika perkhidmatan, pengeluar dan pengguna

WEEK 3 :

Hak Pengguna dan pengusaha

i) apakah hak pengguna

Sama produk atau perkhidmatan yang diterima pengguna tidak mencapai matlamat akhir ataupun ia tidak lengkap prosesnya, dan apa yang perlu dilakukan sebagai pengguna. Juga, apakah perkara yang boleh dituntut/dibangkitan oleh pengguna sekiranya pengusaha melanggar etika.

ii) Etika sebagai pengusaha

Apakah garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pengusaha? Perbincangan yang lain juga antaranya termasuklah pandangan umum tentang hak mematenkan produk atau rekaan dan tentang perkara yang boleh dituntut/dibangkitkan oleh pengusaha sekiranya pengguna melanggar peraturan perkhidmatan atau produk.

iii) pihak yang bertanggungjawab menguruskan hak-hak pengguna dan pengusaha sekiranya timbul sebarang isu

WEEK 4 :

a)  berkenaan halalan Tayyiban

Maksud dan konsep halal & tayyiban, Beza halal dan halal tayyiban, bagaimana sesuatu perkara itu dianggap halal/haram/tayyiban/mudharat dalam islam, syarat dan kriteria halal tayyiban serta kepentingan mengamalkan halalan tayyiban.

WEEK 5 :

a) Konsep bahan lain dalam makanan

Apakah perkara yang dimaksudkan dengan syubhah, makanan yang seimbang menurut islam, standard pensijilan halal dari negara Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei serta budaya masyarakat Malaysia berkaitan produk/perkhidmatan dari sudut halal dan haram.

WEEK 6 :

a) Berkenaan isu sembelihan

Syarat menyembelih dan binatang sembelihan, hukum menggunakan cara selain sembelihan untuk mematikan binatang, bahagian binatang yang dianggap halalan tayyiban, pengurusan binatang dari sudut pemprosesan dan penyimpanan, perbezaan antara kaedah sembelihan dan kaedah selain sembelih,  serta isu-isu berbangkit berkaitan sembelihan.

Melalui topik-topik di atas, saya dapat memahami kepentingan Fiqh kepenggunaan kepada umat islam seluruhnya, setiap aspek perbuatan manusia ada sudut halal dan haramnya walaupun pada bahagian muamalat sesama manusia. Dapat saya rumuskan bahawa isu halal haram ini bukanlah perkara remeh dan berkaitan dengan makanan minuman sahaja, bahkan ia adalah unsur penting dalam setiap perbuatan manusia. Maka, sebagai umat islam yang terpelajar, telah menjadi misi kami untuk menyebarkan perkara yang betul dan terbaik kepada setiap umat islam yang lain.

Ahmad Muaz Bin Baharudin (U2104282/1)
Berdasarkan kepada kuliah yang lalu, saya telah mempelajari beberapa perkara mengenai Fiqh Kepenggunaan (FK).

Antaranya ialah mengenai asas bagi FK. Fiqh Kepenggunaan ialah satu prinsip ilmu yang membincangkan tentang pengguna, pengusaha serta barangan gunaan sama ada melibatkan makanan atau bukan makanan yang merangkumi persoalan halal dan haram dalam setiap urusan harian manusia. Dengan kata lain, ia adalah hukum Syarak mengenai barang dan khidmat yang ditawarkan oleh pembekal dan cara bagaimana barangan dan perkhidmatan itu digunakan oleh pengguna. Di samping itu, saya juga mempelajari tentang kriteria-kriteria asas FK. Kriteria yang pertama ialah Falsafah FK di mana ianya bertunjangkan kepada Falsafah Tauhid. Kriteria yang kedua ialah Prinsip FK iaitu Prinsip Kebajikan berasaskan Kemanfaatan dan Kemaslahatan, Prinsip Kesederhanaan dan Prinsip Ihsan. Kriteria yang ketiga pula ialah Etika FK iaitu Kepenggunaan yang Halal & Berkualiti, Seimbang dan Kepenggunaan yang mengutamakan keadilan serta tanggungjawab. Kriteria yang  keempat ialah Tingkat FK di mana Daruriyah, Hajiyyah dan Tahsiniyyah dijadikan sebagai ukuran keperluan.

Kriteria yang terakhir pula ialah Matlamat Akhir FK di mana ianya bermatlamatkan untuk mencapai keredhaan Allah SWT pada akhirnya.

Di samping itu, saya turut mempelajari mengenai makanan & minuman halal. Topik ini penting sebagai garis panduan dalam pemakanan seperti makanan itu mestilah halal serta seimbang serta galakan mengelakkan budaya pemakanan yang tidak sihat dalam kalangan masyarakat seperti pembaziran dan sebagainya. Selain itu, konsep halal & haram turut di sebutkan. Halal adalah perkara yang diharuskan atau dibolehkan oleh syarak. Haram pula adalah perkara yang ditegah oleh syarak untuk melakukannya dengan larangan yang pasti dan syubhah pula adalah kesamaran kerana tidak jelas hukum halal dan haram.

Di samping itu juga, saya turut mempelajari mengenai topik halal & toyyib. Yang pertama, konsep halal & toyyib. Mengikut Yusuf al-Qaradawi, halal adalah perkara yang dibolehkan atau diharuskan yang telah gugur ikatan larangan dan dibenarkan oleh syarak. Di samping itu, Tayyib pula ialah setiap sesuatu yang melazatkan deria atau diri atau tidak mendatangkan mudharat dan bebas kotoran najis. Seterusnya ialah kepentingan halal & toyyib. Ianya merupakan tuntutan agama. Dinyatakan tentang perkara ini di dalam Surah al-Baqarah ayat ke-168 dan ayat ke-172. Selain itu, terdapat beberapa kriteria pemakanan halal & tayyib iaitu mestilah daripada sumber yang halal tidak daripada sumber yang haram seperti rasuah, bahan makanan yg halal & tayyib iaitu jelas kehalalannya tidak syubhah mahupun haram dan juga kaedah pengambilan yang baik dan sesuai.

Muhammad Iqbal Bin Mohd Nasiruddin (U2000283/2)
Berdasarkan dari kuliah minggu 2 hingga minggu 6, Saya telah mempelajari beberapa topik iaitu yang pertama adalah kriteria-kriteria asas FK. Kriteria yang pertama adalah tentang falsafah FK di mana kita tahu Allah SWT pencipta, pemilik dan Penguasa segala sesuatu. Kedua adalah prinsip FK yang mana penggunaan yang memberikan manfaat kepada individu dan masyarakat. Ketiga adalah etika FK yang menerapkan penggunaan yang halal serta berkualiti dan seimbang. Keempat adalah tingkat FK berasaskan Maqasid Al-Syariah yang mempunyai tiga tingkat iaitu Daruriyyah, Hajiyyah dan Tahsiniyyah. Kelima Adalah matlamat akhir FK iatu Penggunaan untuk tujuan dunia dan akhirat serta untuk mencapai reda Allah SWT.

Selain itu, saya juga telah mempelajari konsep halal dan tayyib di mana Halal bererti keluar dari sesuatu yang haram dan tayyib adalah setiap sesuatu yang melazatkan deria atau tidak mendatangkan mudharat dan bebas kotoran najis. Kesimpulan yang boleh dibuat adalah halal perkara yang dibolehkan dan diharuskan oleh syarak. Haram pula adalah perkara yang ditegah oleh syarak.

Di samping itu, saya turut mempelajari kriteria-kriteria berkaitan pemakanan halal dan tayyib. Pemakanan yang halal juga berkait dengan sembilihan yang sah. Sembilihan yang dilakukan perlulah patuh pada hukum ketetapan syarak. Terdapat perbincangan berkaitan dengan rukun,syarat alat sembelihan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sembelihan yang perlu dipatuhi supaya sembelihan itu sah dan halal untuk dimakan.

Ahmadmuttaqin Bin Abdulatif (17199671/2)
Kuliah 1 Minggu 2

-Untuk Kuliah 1,kami didedahkan tentang fiqh kepenggunaan di bawah Tajuk PENGENALAN : KONSEP DAN PRINSIP-PRINSIP FIQH KEPENGGUNAAN.

-Dalam tajuk ini kami mengetahui tentang apa itu fiqh kepenggunaan iaitu ” bererti memahami hukum Syarak yang berkait dengan isu-isu pembekalan, sama ada barangan atau pun perkhidmatan, dan isu-isu penggunaan, iaitu gelagat pengguna sama ada sesuai dengan objektif Syariah yang berkaitan dengannya atau sebaliknya.

-Kami juga didedahkan berkenaan isu-isu viral berkenaan status halal sebuah produk,makanan atau perkhidmatan.Berdasarkan analisis bagi produk,hanya 15% sahaja yang betul-betul berlakunya masalah manakala 85% lagi merupakan fitnah atau kes palsu/recycle.

Bagi analisis pensijilan halal hanya 3% sahaja kes yang mempunyai asas.

-Oleh itu,kita perlu berhati-hati terhadap sebarang berita yang timbul dan melakukan pencerahan terlebih dahulu dan jangan disebar melulu.

KULIAH 2 MINGGU 3

-HAK PENGGUNA DAN PENGUASA

1)HAK PENGGUNA - ialah satu bentuk peraturan yang dibuat oleh kerajaan bagi melindungi hak serta kepentingan para pengguna. Sebagai contoh, penjual-penjual diwajibkan menunjukkan tanda harga sebagai tanda pemberitahuan kepada pengguna.

2)HAK PENGUSAHA-Etika perniagaan adalah prinsip-prinsip moral yang standard kelakuan perniagaan yang diterima oleh komuniti peniaga dan dunia perniagaan. Ia merupakan satu set nilai dan peraturan yang merangkumi peraturan yang baik atau buruk di dalam operasi perniagaan. Pada kebiasaannya pihak kerajaan, orang ramai, pesaing dan individu menentukan apa yang boleh diterima umum. Sebagai contoh, seorang usahawan yang beretika pada kebiasaannya adalah seorang yang jujur dan amanah.

Di sini,kita dapat lihat bahawa hak pengguna yang dilindungi adalah apanbila kerajaab atau badan agama berfungsi dengan baik bagi melindungi hak pengguna.Manakal hak pengusaha adalah terikat pada etika-etika kerja dan moral sesuatu tempat YANG diterima masyarakat.

KULIAH 3 MINGGU 4

KONSEP HALALAN TOYYIBAN

-Dalam tajuk ini,kita didedahkan dengan satu lagi konsep makanan selain dari makanan yang halal iaitu tayyib.Semua umat Islam akan sentiasa memerhatikan tentang status halal tapi kurang perhatian untuk status tayyib.Tayyib menurut al-kafawi membawa makna al-tahir,al-halal,al-mustalidh.Dengan itu kita dapat lihat bahawa makanan yang tayyib itu mesti halal kerana perlu berstatu halal baru dinamakan Tayyib tetapi tak semua yang halal itu Tayyib.

KULIAH 4 MINGGU 5

GARIS PANDUAN ISLAM DALAM PEMAKANAN HALAL

-Tajuk ini mendedahkan kepada kami tentang konsep halal dan haram iaitu :

1.Halal adalah perkara yang diharuskan/dibolehkan oleh syarak .

2.Haram adalah perkara yang ditegah oleh syarak untuk melakukannya dengan larangan yang pasti .

3.Syubhah adalah kesamaran kerana tidak jelas hukum halal dan haram.

Manakala dari perspektif Badan pensijilan Halal di Malaysia,Brunei dan Singapura umumnya sama sahaja iaitu produk tidak mengandungi sumber haram,najis,bahan penydiaan adalah bersih dan suci dan berasal dari sumber yang halal,serta proses-proses di kilang diasingkan drpd najis atau bahan yang haram.

KULIAH 5 MINGGU 6

SEMBELIHAN DALAM ISLAM

-Beberapa Permasalahan dalam Penyembelihan

1.Dua tindakan serentak

Memotong halkum dan mari’ haiwan dan pada masa yang sama mengeluarkan isi perutnya : haiwan itu tidak halal dimakan.

2.Dua tindakan secara susulan

Makruh mengeluarkan isi perut haiwan selepas menyembelihnya dan   rohnya masih ada.

3.Menyembelih dari belakang leher

1) Jika sembelihan itu disegerakan seperti diputuskan halkum dan mari’ ketika haiwan masih mempunyai  حياة مستقرة maka halal memakannya.

2) Jika tidak mempunyai  حياة مستقرة pada masa itu maka haram memakannya kerana ia telah menjadi bangkai sebelum sempat disembelih.

Pada masa kini terdapat teknik sembelihan menggunakan mesin elektrik yang mana pisau sembelihan di kawal oleh mesin:

Hukumnya harus dengan syarat:

1) Islam / ahli kitab yang berakal

2) Niat untuk sembelih

3) Membaca bismillah setiap kali sembelihan, kalau haiwan banyak, cukup sekali baca.

4)Single blade yang tajam digunakan

5) Pemotongan dilakukan secara sempurna ke atas trakea (halqum) dan esofagus (mari’) dan kedua2 arteri karotid dan vena jugular (wadajain)

6) Jika ada yang terlepas dari sembelihan, penyembelih akan menyembelih secara manual

Nur Batrisyia binti Liman (17206051/2)
Berdasarkan dari kuliah yang lepas, saya telah mempelajari beberapa topik iaitu pertama tentang konsep fiqh kepenggunaan , kedua mengenai halal dan haram dan ketiga tentang isu penyembelihan.

Pertama tentang konsep Fiqh Kepenggunaan iaitu aktiviti kepenggunaan yang selari dengan ketetapan syariat Islam. Antara isu yang berkaitan adalah berkaitan persijilan halal yang sering menjadi isu terutamanya di Malaysia. Contohnya seperti peniaga yang tidak mempunyai kesedaran dalam menyediakan barangan yang halalnya mungkin diragui untuk mengaut keuntungan. Dalam Fiqh Kepenggunaan juga terdapat beberapa etika yang ditetapkan oleh Allah yang patut dipatuhi semua.Terdapat tingkat fiqh kepengguaan yang berasaskan maqasid al-Syariah iaitu daruriyah , hajiyyah dan tahsiniyah.

Kedua tentang halal dan tayyib. Dalam bab ini menerangkan konsep ,prinsip dan kriteria serta kepentingan pemakanan halal dan tayyib.Seperti diketahui dalam Islam , menjaga kehalalan suatu benda atau makanan atau perkara itu adalah satu tuntutan. Hal ini kerana ia berkait rapat dengan kesejahteraan sebagai seorang Muslim. Mendapatkan sumber yang halal merupakan syarat kesempurnaan amalan seseorang. Ia juga mampu menjauhkan kita dari azab api neraka. Menjaga sumber halal terutama dalam makanan adalah penting kerana ia akan menjadi darah daging kita .

Ketiga dan terakhir untuk topik minggu 2 hingga 6 ialah berkenaan isu-isu penyembelihan. Dalam topik ini saya belajar beberapa perkara seperti kaedah penyembelihan yang dibenarkan , sunat-sunat dalam penyembelihan dan juga permasalahan yang berkait dengan penyembelihan terutama dalam zaman serba moden ini. Pelbagai jenis alatan penyembelihan yang lebih canggih telah diperkenalkan seperti stunning, menggunakan asap karbom dioksida dan lain-lain. Namun bukan semua alatan ini boleh digunakan kerana ada sebahagian alatan boleh menyebabkan penyembelihan itu menjadi tidak sah.Dalam topik ini juga ada membincangkan berkenaan pandangan ulama dalam penggunaan alatan moden ini.

Mohamad Ikhwan Bin Mashrol (U2104243/1)
Bertitik tolak dari kuliah beberapa minggu yang lalu, saya telah mendapatkan input yang pelbagai mengenai Fiqh Kepenggunaan serta isu-isu yang berkaitan dengannya.

Secara asasnya, perkara yang menjadi fundamental dalam fiqh kepenggunaan adalah mengenai konsep serta prinsip fiqh kepengggunaan. Pemahaman terhadap konsep serta prinsip fiqh kepengggunaan membolehkan segala masalah hukum yang timbul daripada sesuatu isu berkaitan kepenggunaan dapat diatasi. Fiqh kepenggunaan juga menjadi suatu keperluan kerana ia mampu mendidik dan menjaga diri seseorang Muslim daripada perkara yang haram dalam kehidupan. Dengan mempelajari kedua-dua aspek fiqh kepenggunaan ini, saya telah memahami betapa pentingnya penekanan fiqh kepenggunaan untuk diamalkan dalam kehidupan seorang Muslim.

Seterusnya, saya telah mempelajari konsep halal pada minggu ketiga kuliah. Konsep halal dan tayyib merupakan suatu tuntutan dalam Islam selaras dengan firman Allah:

يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ كُلُوْا مِمَّا فِى الْاَرْضِ حَلٰلًا طَيِّبًاۖ

Konsep halal dan tayyib ini tidak terpakai untuk Muslim sahaja bahkan untuk seluruh umat manusia. Ini kerana ungkapan يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ كُلُوْا membawa maksud semua golongan manusia dan ayat ini merupakan galakan untuk mempraktikkan pemakanan halal dan tayyib. Ayat ini juga membuktikan nikmat Allah untuk semua hamba Nya baik yang beriman mahupun kufur.

Untuk memperoleh konsep halal dan tayyib, terdapat aspek yang perlu ditepati iaitu kriteria pemakanan yang halal dan tayyib. Pemakanan yang halal dan tayyib perlu:

i. bersumberkan sumber yang halal; suci dan halal serta tidak berasal dari punca rezeki yang haram

ii. bahan makanan yang halal dan tayyib;

iii. kaedah serta kadar pengambilan yang baik

Dengan mempelajari konsep halal dan tayyib juga saya dapat memperoleh hikmah pengamalan makanan halal dan tayyib kepada seseorang Muslim.

Pada minggu keempat pula, saya telah mempelajari garis panduan Islam dalam makanan Halal. Dalam kuliah ini, saya tertarik pada topik Halal pada perspektif badan persijilan halal. Ini kerana persijilan halal merupakan suatu proses yang penting dalam memastikan suatu produk yang dihasilkan itu mematuhi standard, dihasilkan melalui proses dan persekitaran yang terjaga dari sebarang perkara yang boleh menjatuhkan kualiti suatu produk serta menepati konsep halal dan tayyib. Sebagai sebuah negara hab halal, Malaysia merupakan negara yang terkehadapan dalam persijilan halal. Persijilan halal di Malaysia perlu melalui pelbagai proses yang ketat untuk membolehkan sijil halal dikeluarkan untuk sesuatu produk.

Pada minggu kelima kuliah, saya telah mempelajari halal dari perspektif umum. Terdapat tiga pembahagian untuk konsep ini:

i. Untuk orang Islam, konsep halal merupakan perintah agama yang membenarkan seseorang makan dan minum mengikut apa yang dibenarkan allah;

ii. Untuk orang bukan Islam, adalah untuk memberi kefahaman bagi mereka bahawa orang Islam diharamkan makan makanan yang dianggap najis seperti babi dan arak;

iii. Untuk pengusaha industri makanan, makanan halal adalah makanan yang tidak mengaundungi unsur babi dan arak ketika proses penyediaan, di samping memberi manfaat dari sudut ekonomi.

Seterusnya, untuk minggu keenam pula saya telah mempelajari dan memahami isu-isu sembelihan moden. Dalam topik ini, saya telah memahami mengenai konsep sembelihan dalam Islam. Antara isu-isu semasa mengenai sembelihan yang dibawa dalam kuliah ini ialah mengenai penggunaan proses stunning untuk tujuan penyembelihan. Pada akhir kuliah ini, saya mempelajari bahawa hanya kaedah waterbath stunning sahaja yang dibenarkan untuk haiwan bukan ruminan seperti ayam dan itik. Kaedah itu dibenarkan untuk digunakan ketika penyembelihan dengan syarat proses stunning itu dikawal selia oleh penyembelih beragama Islam yang berautoriti, haiwan masih mempunyai hayat mustaqirrah, haiwan sembelihan hanya mengalami kejutan sementara dan haiwan masih hidup setelah melalui proses stunning.

Nurul Huda binti Azhari (17203415/2)
Berdasarkan kuliah minggu 2 sehingga minggu 5, saya telah mempelajari beberapa topik dibawah subjek Fiqh Kepenggunaan yang telah disampaikan oleh Dr. Norhidayah.

Topik pertama yang dikupas adalah Pengenalan: Konsep dan Prinsip-prinsip Fiqh Kepenggunaan. Saya mempelajari bahawa Fiqh Kepenggunaan adalah memahami hukum syarak yang berkait dengan isu-isu pembekalan, sama ada barangan atau pun perkhidmatan, dan isu-isu penggunaan, iaitu gelagat pengguna sama ada sesuai dengan objektif syariah yang berkaitan dengannya atau sebaliknya. Terdapat 3 elemen asas dalam kepenggunaan iaitu pengusaha, pengguna dan produk. Saya juga mempelajari tentang isu-isu berkaitan Fiqh Kepenggunaan seperti produk berstatus halal palsu, ternakan diberi makan najis babi, barangan halal disimpan bercampur dengan barangan tidak halal, dan sebagainya.

Pada minggu seterusnya, Dr. Norhidayah tidak dapat mengadakan kuliah dan mengarahkan kami para pelajar untuk menonton siaran Live Studio Halal dengan topik "KENAPA TIDAK BOLEH". Panel jemputan iaitu Ustaz Hanan menghuraikan mengenai beberapa perkara yang menyebabkan pengusaha premis atau produk tidak layak memohon pensijilan Halal Malaysia.

Antara kriteria produk yang tidak layak memohon pensijilan Halal adalah:

Produk atau menu yang dihasilkan tidak halal

Perkhidmatan yang membawa makanan yang tidak halal

Penggunaan jenama yang berkongsi dengan jenama yang tidak halal

Lokasi jenama produk dari sumber yang tidak halal

Produk atau perkhidmatan yang tidak mengikut standard halal

Premis yang menyediakan menu tidak halal

Produk semula jadi yang tidak belaku sebarang proses seperti buah kelapa dan sayu-sayuran

Produk yang ada unsur penyelewengan akidah atau ada unsur penipuan

Topik kedua yang dikupas di dalam kuliah Fiqh Kepenggunaan adalah Konsep Halalan Tayyiban. Halal menurut Yusuf al-Qaradawi bermaksud perkara yang dibolehkan atau diharuskan yang telah gugur ikatan larangan dan dibenarkan oleh syarak. Manakala, tayyib bermaksud setiap sesuatu yang melazatkan deria atau diri serta tidak mendatangkan mudharat dan bebas dari kotoran najis.

Terdapat 8 prinsip halal dan haram dalam Islam:

Asal setiap sesuatu adalah harus.

Menghalal dan mengharam sesuatu adalah hak Allah SWT.

Pengharaman sesuatu adalah sesuai dengan keburukan dan kemudaratan.

Sesuatu yang membawa kepada hukum haram adalah haram hukumnya,

Membuat helah terhadap sesuatu yang haram hukumnya adalah haram.

Niat yang baik tidak boleh membersihkan yang haram.

Berhati-hati dari syubhah bagi mengelakkan sesuatu yang haram.

Keadaan terpaksa membolehkan sesuatu yang dilarang.

Topik ketiga adalah Makanan dan Minuman Halal: Garis Panduan Islam dalam Pemakanan Halal. Dalam istilah Bahasa Arab, makanan diistilahkan sebagai at'imah iaitu jamak kepada ta'am yang bermaksud merasai sesuatu sama ada manis, pahit, masam, manis dan sebagainya. Manakala, minum pula ialah perbuatan meneguk, menghirup sesuatu yang cair seperti susu, air dan madu yang tidak perlu dikunyah atau dimamah. Dalam topik ini, saya mempelajari tentang halal dari perspektif Badan Pensijilan Halal dari pelbagai negara seperti Malaysia, Brunei dan Singapura.

Akhir sekali, topik keempat yang saya pelajari adalah topik Sembelihan. Penyembelihan bermaksud menghilangkan nyawa haiwan yang halal dimakan dengan menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan oleh orang Islam. Hukum penyembelihan adalah wajib dilakukan untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan.

Terdapat 4 rukun dan syarat penyembelihan iaitu:

Penyembelih

Binatang sembelihan

Alatan menyembelih

Tempat disembelih

Pada masa kini, terdapat banyak alatan dan teknik penyembelihan moden. Antaranya adalah penyembelihan menggunakan:

Alatan mekanikal elektrik (mesin)

Kaedah stunning

Elektrical shock

Electrical (Waterbath stunning)

Pneumatic Percussive

Nur Hanani Binti Azmi (17205978/2)
Berdasarkan kepada kuliah yang lepas dari minggu 2 hingga minggu 6, saya telah mempelajari beberapa topik iaitu konsep fiqh kepenggunaan,  konsep halalan tayyiban, makanan minuman halal dan sembelihan.

Melalui topik konsep fiqh kepenggunaan , saya dapat memahami bahawa:

fiqh kepenggunaan merupakan suatu ilmu yang membincangkan tentang pengguna, pengusaha serta barangan gunaan sama ada melibatkan makanan atau bukan makanan yang merangkumi persoalan halal dan haram dalam setiap urusan harian manusia.

konsep fiqh kepenggunaan bersumberkan dari al-quran dan as-sunnah.

terdapat 5 kriteria-kriteria asas fiqh kepenggunaan antaranya falsafah fk,prinsip fk, etika fk, tingkat fk (Daruriyyah,Hajiyyah,Tahsiniyyah) dan matlamat fk.

mengetahui prinsip-prinsip serta etika fiqh kepengggunaan.

memahami hukum syarak berkaitan dengan isu pembekalan dari segi barangan ataupun perkhidmatan dan isu-isu penggunaan.

Melalui topik konsep halal, saya dapat memahami bahawa:

Mengikut Yusuf al-Qaradawi, halal adalah perkara yang dibolehkan atau diharuskan yang telah gugur ikatan larangan dan dibenarkan oleh syarak.

Manakala tayyib ialah setiap sesuatu yang melazatkan deria atau diri/ tidak mendatangkan mudharat dan bebas kotoran najis.

pemakanan halal dan tayyib merupakan suatu tuntutan dari Allah secara universal kepada manusia. Bukan khusus kepada umat Islam sahaja.

Terdapat 8 prinsip-prinsip halal dan haram dalam islam iaitu:

Asal setiap sesuatu adalah harus

Menghalal dan mengharam sesuatu adalah hak Allah s.w.t

Pengharaman sesuatu adalah sesuai dengan keburukan dan kemudaratan.

Sesuatu yang membawa kepada hukum haram adalah haram hukumnya

Membuat helah terhadap sesuatu yang haram hukumnya adalah haram.

Niat yang baik tidak boleh membersihkan yang haram.

Berhati-hati dari syubhah bagi mengelakkan sesuatu yang haram.

Keadaan terpaksa membolehkan sesuatu yang dilarang

3 kriteria pemakanan halal dan tayyib ialah sumber yang halal, bahan makanan yang halal dan tayyib serta kaedah pengambilan yang baik dan bersesuaian.

Melalui topik makanan & minuman halal: garis panduan islam dalam pemakanan halal , saya dapat memahami bahawa:

kita perlu mengambil makanan yang memberikan kesihatan iaitu dengan memilih makanan yang halal dan menjauhi makanan yang meragukan.

memahami konsep halal dan haram iaitu:

Halal adalah perkara yang diharuskan/dibolehkan oleh syarak

Haram adalah perkara yang ditegah oleh syarak untuk melakukannya dengan larangan yang pasti

Syubhah adalah kesamaran kerana tidak jelas hukum halal dan haram

selain itu, halal dari perspektif badan pensijilan halal dari Malaysia, Brunei dan Singapura secara umumnya produk tidak mengandungi sumber yang haram, najis yang mengikut hukum syarak dll.

Semasa penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan atau pengangkutan, makanan tersebut secara fizikalnya mestilah bersih dan suci serta diasingkan dari makanan lain yang tidak menepati keperluan/sumber yang haram.

Melalui topik sembelihan dalam islam , saya dapat memahami bahawa:

sembelihan bermaksud menghilangkan nyawa haiwan yang halal dimakan dengan menggunkan alat yang tajam selain kuku,gigi dan tulang untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan oleh orang islam.

hukum pemyembelihan adalah wajib dilakukan untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan. haiwan yang tidak disembelih adalah bangkai dan najis menurut hukum islam.

Terdapat 4 rukun dan syarat penyembelihan iaitu:

1. Penyembelih

2. binatang sembelihan

3. alatan menyembelih

4. tempat sembelihan

berdasarkan topik ini juga, saya dapat mengetahui penggunaan alatan dan teknik penyembelihan moden, antaranya:

1. Alatan mekanikal elektrik (mesin)

- digunakan untuk memengsankan ayam dan  itik sahaja

2. Kaedah Stunning:

Electrical Shock

- digunakan untuk memengsankan lembu, kambing dan biri-biri sahaja

- hanya kaedah head only yang halal

Electrical Waterbath

- untuk melemahkan haiwan kecil (ayam dan itik)

Pneumatic Percussive

Mechanical Stunning- Captive Bolt (Penetrative or Non-Penetrative)

Drug and Carbon Dioxide smoke

LIYA ZAFIRAH BINTI BADRULHISAM (17205956/2)
Sepanjang sesi kuliah yang dijalankan bermula dari minggu 2 sehingga minggu 6 ini, ada beberapa perkara yang saya dapat rumuskan daripada hasil pembelajaran yang berlangsung. Pertamanya, saya dapat mempelajari konsep, prinsip-prinsip asas yang ada dalam fiqh kepenggunaan dan perkara-perkara berkaitan Maqasid Syariah. Konsep asas fiqh kepenggunaan ini ialah ia adalah suatu ilmu yang berkait rapat dengan makanan atau benda bukan makanan serta kehalalan atau haram suatu perkara tersebut bermula daripada pengeluarnya sehinggalah ke penggunanya.

Keduanya, saya mempelajari berkenaan konsep halal yang mana sesi kuliah ini adalah sangat penting kerana ia menerangkan berkenaan ciri-ciri, garis panduan serta kepentingan makanan halal kepada manusia. Antara garis panduan pemilihan makanan halal ialah makanan yang tidak memudaratkan kesihatan penggunanya serta berasal dari sumber yang halal dan bersih. Perkara ini sangat dititikberatkan kerana memakan makanan yang halal dan bersih adalah suatu tuntutan dari Allah SWT ke atas umat manusia sekaliannya.

Ketiganya, saya juga turut mempelajari berkenaan penyembelihan. Tajuk ini sangat penting untuk kita fahami kerana suatu daging itu hanya sah dimakan sekiranya ia disembelih dengan cara sembelihan yang mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak sahaja. Sepanjang topik ini dipelajari, telah diterangkan berkenaan rukun, syarat dan alat-alat yang boleh digunakan untuk sembelihan. Maka dengan itu, segala garis panduan ini hendaklah diikuti supaya daging yang diperolehi daripadanya adalah sah dan dapat dimakan oleh pengguna yang beragama Islam.

Seterusnya, melalui hasil pembentangan di dalam kelas tutorial pula, saya dapat mendalami ilmu berkaitan haiwan yang halal dan haram untuk dimakan mengikut pandangan pelbagai mazhab yang berlainan. Selain itu, turut diterangkan juga bahan yang tidak halal untuk dimakan di mana saya mempelajari bahan tidak halal yang biasa digunakan di dalam industri makanan, cara untuk mengesannya dengan betul serta kesan apabila kita memakan makanan yang tidak halal.

NAQIYATUL KHALIDAH BINTI HANAFIAH (U2003529)
Berdasarkan sesi kuliah bermula minggu kedua sehingga minggu keenam, terdapat beberapa topik yang telah saya pelajari.

Pada awal minggu pembelajaran, kami diajarkan mengenai konsep dan asas dalam fiqh kepenggunaan. Bermula perihal konsep fiqh kepenggunaan, ciri-ciri, elemen dan asas penting dalam fiqh kepenggunaan. Kemudian, kami dibentangkan mengenai dalil yang berkaitan serta dikaitkan dengan perihal maqasid syariah.

Lebih menyeronokkan ialah apabila setiap topik yang dikupaskan pasti terdapat isu-isu menarik yang berkaitan dengan hukum hakam yang mana ia berlaku sendiri di Malaysia mahupun di negara serantau.

Konsep halal dan taiyyib dibentangkan pada minggu-minggu berikutnya oleh Dr. Hidayah. Saya dapat mempelajari bahawa tidak semua makanan halal itu bersifat taiyyib. Makanya di sini, konsep halalan taiyyiba adalah bergantung kepada situasi dan keadaan semasa. Pada pendapat saya, kupasan ini adalah sangat menarik kerana saya lebih memahami konsep yang dimaksudkan dengan halalan taiyyiba.

Kemudian, kami mempelajari kaedah-kaedah fiqh yang boleh diaplikasikan dalam isu-isu yang berkaitan dengan kepenggunaan. Dari sini, saya lebih nampak tentang perkaitan di antara fiqh dan kepenggunaan itu sendiri.

Setelah itu, kami mempelajari tentang penyembelihan. Bermula dengan konsep asas seperti rukun dan syarat sembelihan. Setelah itu, kami dibentangkan mengenai cara-cara moden dalam penyembelihan haiwan ternakan. Saya mempelajari bahawa tidak semua tempat penyembelihan itu mempunyai permis yang halal, terdapat banyak prosedur yang perlu dipatuhi dalam menghasilkan jualan daging di pasaran.

Secara kesimpulan, saya amat berminat dalam mempelajari fiqh kepenggunaan kerana terdapat pelbagai ilmu pengetahuan dan isu-isu hangan yang dapat saya pelajari sekaligus membuka minda kami sebagai seorang pelajar ilmu agama.

HELVIANA BINTI HERMAN SANTARA (U2000415/2)
Berdasarkan sesi kuliah minggu kedua hingga keenam, saya telah mempelajari beberapa topik fiqh kepenggunaan yang merangkumi ilmu halal dan haram dalam makanan dan juga haiwan sembelihan.

Berdasarkan kuliah, saya memahami konsep asas fiqh kepenggunaan dimana ia berkait rapat dengan hukum halal dan haram sesuatu yang diambil oleh seseorang dalam hidupan harian terutamanya makanan. Pengambilan makanan itu perlulah dijaga termasuklah dari bermula pengeluarannya hingga waktu penggunaannya. Makanan merupakan sesuatu yang penting untuk kita titik beratkan kerana ia sesuatu keperluan yang kita ambil dalam hidupan harian dan ia akan mengalir di dalam badan kita dan menjadi sebahagian dari kita.

Bermula dari pemilihan haiwan halal dimakan seterusnya pada kaedah penyembelihan, semua ini telah diberikan panduan oleh agama Islam dalam Quran dan Hadith. Setiap haiwan yang dilarang makan itu mempunyai sebab tersendiri yang memudaratkan diri kita. Dalam penyembelihan juga, garis panduan telahpun ditetapkan agar daging yang kita makan itu dalam keadaan yang baik dan suci untuk diri kita.

Topik-topik yang saya pelajari juga saya dapat memahami dengan lebih mendalam melalui pembentangan tutorial oleh sahabat-sahabat kelas sekalian. Dalil dan contoh yang disertakan memberi pengetahuan yang lebih jelas dalam konsep fiqh kepenggunaan ini.

Ummu Mukminah Binti Norawi [U2000111/2]
Berdasarkan kuliah Fiqh Kepenggunaan dari minggu 2 hingga minggu6 banyak ilmu yang telah saya perolehi. Fiqh pengguna bukan Sahaja menumpu kepada halal haram sesuatu makanan namun ia juga meliputi tentang hak pengguna,  hak pengusaha dan perkara lain yang melibatkan hukum syarak.

Seterusnya, saya mempelajari tentang konsep halal toyyiban dan  garis panduan dalam pemakanan halal yang mana perkara ini sangat penting untuk diteliti kerana sebahagian daripada Masyarakat kini ada yang mengambil remeh tentang perkara halal haram dalam kehidupan seharian. Oleh itu, dalam tajuk ini didedahkan tentang halal toyyiban dengan terperinci. Secara mudah, arahan Allah s.w.t supaya kita makan bukan terhenti setakat memakan makanan yang halal semata-mata, bahkan ia melangkaui ke satu tahap yang lebih daripada itu. Justeru kita disuruh memakan makanan yang halal yang bersifat elok atau tinggi mutunya. Begitu juga dengan sumber rezeki yang kita usahakan bagi mendapatkan makanan halal. Ia sepatutnya terhasil daripada usaha yang halal lagi berkualiti.

Selain itu, saya turut didedahakan tentang sembelihan dalam islam, cara sembelihan, bahagian Binatang yang dianggap halal toyyiban serta kaedah penyimpanan haiwan sembelihan. Beberapa permasalahan timbul dan hukum untuk makan haiwan tersebut juga dibincangkan.

AFIQAH FARHANA BINTI MOHD NASIR (U2000279/2)
Berdasarkan dari kuliah minggu 2 sehingga mingu 6, saya dapat mempelajari bahawa fiqh kepenggunaan ini amat berkait rapat dengan hukum syarak dalam isu makananan atau benda bukan makanan serta status halal sesuatu perkara dari isu pengeluaran, pembekalan seterusnya kepada pengguna.

Seterusnya, saya dapat memahami lebih dalam mengenai konsep halalan toyyiban. Halal adalah sesuatu yang díbenarkan oleh Allah kerana ia tidak terkandung dari sesuatu yang haram manakala tayyib pula bermaksud bersih atau suci. Melalui topik ini saya dapat mengetahui bahawa sesuatu makanan yang halal itu tidak semestinya toyyiban. Jika disebut halalan toyyiban maka ia memberi maksud bahawa sesuatu makanan atau perkara tersebut merupakan sesuatu yang halal dan bersifat baik atau elok.

Perkara ini amat berkait rapat dengan isu sembelihan kerana ia melibatkan pemakanan harian kita dan proses sembelihan yang dilakukan perlulah mengikuti syarak yang telah ditetapkan. Oleh itu, kita bukan sahaja perlu memastikan makanan yang halal itu telah disembelih, malahan proses penyediaan makanan itu juga perlu bersih dan selamat.

Nurul Ezza Azaharah Binti Abd Rahman (17203190)
Berdasarkan sesi kuliah bermula minggu kedua sehingga keenam, saya telah mempelajari beberapa topik.

-Konsep fiqh kepenggunaan.

Maksud gabungan antara fiqh dan kepenggunaan ialah satu prinsip ilmu yang membincangkan tentang pengguna,pengusaha serta barangan gunaan sama ada melibatkan makanan atau bukan makanan yang merangkumi persoalan halal dan haram dalam setiap harian manusia.

-Konsep halalan tayyiban

Prinsip-prinsip Halal dan Haram Dalam Islam:

Asal setiap sesuatu adalah harus.

Menghalal dan mengharam sesuatu adalah hak Allah

Pengharaman sesuatu adalah sesuai dengan keburukan dan kemudaratan

Sesuatu yang membawa kepada hukum haram adalah haram hukumnya.

Membuat helah terhadap sesuatu yang hukumnya adalah haram.

Niat yang baik tidak boleh membersihkan yang haram.

Berhati-hati dari syubhah bagi mengelakkan sesuatu yang haram.

Keadaan terpaksa membolehkan sesuatu yang dilarang.

-Makanan Minuman Halal

Halal dari Perspektif Umum:

Bagi orang Islam = Konsep halal adalah perintah agama yang mengharuskan seseorang makan makanan yang dibenarkan oleh Allah.

Bagi orang bukan Islam = Konsep halal bertujuan memberikan kefahaman kepada mereka bahawa orang Islan diharamkan makan makanan yang dikategorikan sebagai najis seperti khinzir dan arak.

Bagi pengusaha makanan = Makanan halal adalah makanan yang tidak mengandungi khinzir ataupun arak apabila dilabel atau dipasarkan, di samping memberi faedah dari sudut ekonomi.

-Sembelihan

Hukum dan Syarat Penyembelihan

Penyembelih

Binatang sembelihan

Alatan menyembelih

Tempat disembelih

Konklusinya, fiqh kepenggunaan berkait rapat dengan kehidupan kita. Oleh itu, kita harus cakna dengan pengambilan makanan seharian kita supaya lebih terjamin dari aspek sembelihan, halal haram dan sebagainya.

Siti Hajar Binti Alias (17199817/2)
Berdasarkan dari kuliah fiqh kepenggunaan pada minggu ini dan minggu-minggu lepas saya telah mempelajari pelbagai topik antaranya ialah konsep fiqh kepenggunaan, konsep halalan toyyiban, makanan dan minuman halal, dan sembelihan dalam islam.

A) Konsep fiqh kepenggunaan

Pada minggu ini, kami mempelajari mengenai konsep fiqh kepenggunaan iaitu suatu ilmu  yang membincangkan tentang pengguna, pengusaha serta barangan gunaan sama ada melibatkan makanan atau bukan makanan yang merangkumi persoalam halal dan haram dalam setiap urusan harian manusia.

Terdapat tiga elemen asas dalam kepenggunaan iaitu pengusaha, pengguna dan produk. Secara umumnya, ialah suatu ilmu bagi memahami hukum syarak yang berkait dengan isu-isu pembekalan, sama ada barangan atau perkhidmatan dan isu-isu penggunaan.

Terdapat juga isu-isu berkaitan fiqh kepenggunaan yang disentuh seperti makanan yang didakwa mengandungi unsur babi seperti golden churn, auntie anne’s dan oreo, isu barangan halal yang disimpan dengan barangan tidak halal, dan isu syarikat yang menggunakan status halal palsu.

B) Konsep halalan toyyiban

Dalam topik ini kami mempelajari konsep halal menurut Yusuf Al-Qardawi iaitu perkara yang dibolehkan atau diharuskan yang telah gugur ikatan larangan dan dibenarkan oleh syarak.

Manakala tayyib pula ialah setiap sesuatu yang melazatkan deria atau diri serta tidak mendatangkan mudharat dan bebas dari kotoran najis.

Tiga kriteria pemakanan halal dan tayyib;

i) Sumber yang halal

ii) Bahan makanan yang halal dan tayyib

iii) Kaedah pengambilan yang baik dan bersesuaian

C) Makanan dan minuman halal

Pada minggu ini kami mempelajari mengenai konsep halal, konsep haram, dan konsep syubhah iaitu kesamaran kerana tidak jelas hukum halal dan haram

Dalam topik ini turut menyentuh mengenai halal dari perspektif badan pensijilan halal bukan hanya dari Malaysia, juga dari negara jiran seperti Brunei dan Singapura.

Terdapat beberapa proses yang perlu dilalui bagi mendapatkan persijilan halal. Hal ini bagi memastikan suatu produk yang dihasilkan itu mematuhi standard, dan melalui proses dan persekitaran yang terjaga.

D) Sembelihan dari perspektif islam

Pada minggu ini, kami mempelajari mengenai konsep sembelihan iaitu menghilangkan nyawa haiwan yang halal dimakan dengan menggunkan alat yang tajam selain kuku,gigi dan tulang untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan oleh orang islam.

Di topik ini turut menyentuh mengenai hukum penyembelihan iaitu wajib dilakukan untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan. Hal ini kerana haiwan yang tidak disembelih adalah bangkai dan najis menurut hukum islam.

Pada topik ini juga kami mempelajari mengenai teknik penyembelihan moden iaitu menggunakan mesin eletrik, kaedah stunning dan dr turut menyentuh isu-isu berkait iaitu antaranya isu kartel daging, juga turut menayangkan video pembuatan sosej darah yang digemari oleh orang-orang korea yang menimbulkan persoalan mengenai kemana perginya darah bagi haiwan yang telah disembelih di syarikat-syarikat.

MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MOHD HARMIZI (U2000114/2)
Melalui sesi kuliah minggu ke-2 hingga minggu ke-6, saya telah mempelajari topik yang menarik dan berikut adalah rangkuman perkara yang dipelajari bagi setiap minggu.

Apakah Fiqh Kepenggunaan (الاستهالك فقه) ?

-          Suatu perbuatan kepenggunaan (berkaitan individu memperoleh/membeli suatu barang untuk kegunaan diri,rumah tangga dan isi rumah) yang selari dengan ketetapan syariat islam yang juga dipertimbangkan dengan aspek halal haram.

3 Elemen terikat dengan fiqh kepenggunaan,

- Pengusaha

- Produk

- Pengguna

Terdapat banyak kes yang berkaitan dengan aspek kepenggunaan yang dihadapai oleh masyarakat yang banyak terlepas pandang dan kurang prihatin akan kepentingan aspek fiqh kepenggunaan ini atas faktor ketiadaannya dalam pengajaran rasmi dan hanya eksklusif kepada pengajian tahap tinggi. Namun perbuatan kepenggunaan ini dihadapai oleh semua lapisan masyarakat bukan sahaja yang berpengajian tinggi sahaja.

Seterusnya, selingan luar kuliah pada minggu kedua di FB Live Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang bertajuk KENAPA TIDAK BOLEH, yang banyak membincangkan isu berkaitan halal dan haram yang seringkali tidak dititk beratkan oleh masyarakat oleh sebab :

-          Ramai orang melayu di situ

-          Pekerjanya kata halal

-          Pekerjanya Muslim

-          Viral di TikTok dan ramai orang melayu yang pergi.

-          Logo Halal palsu

Antara isu yang diperkatakan di dalam live tersebut berkaitan Nasi Kandar yang menjadi viral dan dikunjungi ramai orang islam namun lauk yang disajikan bersama nasi tersebut adalah dari daging babi. Dan ramai yang tidak perasan atas faktor yang di atas. Namun demikian tiada logo halal di kedai tersebut dan kawasan tersebut berada di kawasan kedai dan perindustrian berbangsa cina dan tidak boleh dipersalahkan tuan kedai tersebut kerana pengguna/pelanggan yang cuai.

Topik Seterusnya berkaitan Konsep Halal.

1.       Halal dan Tayyib :

Halal : Apa yang dibolehkan  oleh Allah berpandukan nas, dan juga perkara yang diharuskan yang telah digugurkan ikatan larangan.

Tayyib : suci atau bersih

Prinsip Halal & Haram dalam Islam.

-          االصل فىاألشياءاألباحة

-          التحليل والتحريم حق الله

-          التحريم يتبع الخبيث والضرر

-          ما أدى الى الحرام فهو حرام

-          التحايل على الحرام حرام

-          النية الحسنة ال تبرر الحرام

-          اتقاء الشبهات خشية الوقوع من الحرام

-          الضروراتتبيح املحظورات

Dalam topik ini banyak menunjukkan konsep halal yang perlu saya fahami dan amati. Ini kerana ini merupakan garis panduan kepada setiap apa yang digunakan untuk masyarakat seharian, dan konsep ini menjadi kayu ukur kepada fatwa bagi isu-isu berkaitan halal haram dalam hidupan masyarakat yang akan diselidik oleh golongan yang berilmu dan ahlinya.

Topik yang terkini yang dipelajari di dalam kuliah adalah berkaitan Penyembelihan.

1.       Rukun dan Syarat Penyembelihan

-          Penyembelih (Islam,Ahli Kitab, Berakal,Bukan ketika Ihram)

-          Binatang Sembelihan

(Haiwan Darat yang dihalalkan : Bukan Babi/Anjing/disembelih tidak ikut syara’/bertaring/burung kuku tajam/diperintah untuk bunuh/dilarang untuk bunuh/kotor/hidup dua alam)

(Haiwan Laut : semua halal kecuali, beracun/memabukkan apabila dimakan)

-          Alatan Menyembelih (Tajam/melukakan/mengalirkan darah, Bukan gigi/tulang/kuku)

-          Tempat Menyembelih

Cara Menyembelih :

-          Niat

-          Memotong SELURUH Halqum dan mari’

-          Mati degan asbab sembelihan dan bukan sebab lain.

Teknik Moden : Stunning

-          Electrical (Direct/Waterbath)

-          Pneumatic Percussive

-          Mechanical(Captive Bolt)

-          Drug/Carbon Dioxide

AMIRAH SYAHIDA BINTI RAZALI (17203093)
Berdasarkan daripada kuliah-kuliah yang lepas, saya telah mempelajari beberapa topik iaitu;

1. konsep fiqh kepenggunaan

2. konsep halalan toyyiban

3. makanan dan minuman halal

4. sembelihan

Melalui topik konsep fiqh kepenggunaan, saya dapat mempelajari bahawa fiqh kepenggunaan itu sendiri adalah satu prinsip ilmu yang membincangkan tentang pengguna, pengusaha serta barangan gunaan sama ada melibatkan makanan atau bukan makanan yang merangkumi persoalan halal dan haram dalam setiap urusan harian manusia. Topik ini bagi saya dapat membantu individu untuk mengaplikasikan nilai-nilai Islam dalam kehidupan mereka seharian.

Dalam topik konsep halalan toyyiban pula, saya belajar mengenai prinsip-prinsip Islam yang berkaitan dengan kehalalan dan kebersihan makanan. Pembelajaran ini membantu umat Islam menjalani kehidupan harian dengan mematuhi nilai-nilai Islam dalam pemilihan dan penggunaan barang yang halal dan bersih.

Seterusnya adalah tajuk makanan dan minuman halal. Dalam kuliah ini, saya mempelajari tentang aspek kehalalan dan kebersihan makanan dan minuman dalam Islam. Ringkasnya, pembelajaran ini dapat membantu umat Islam untuk memahami dan mempraktikkan prinsip-prinsip Islam dalam pemilihan dan pemakanan makanan dan minuman yang halal.

Akhir sekali adalah sembelihan. Saya mempelajari tentang prinsip-prinsip penting dalam Islam yang terkait dengan penyembelihan dan kehalalan daging. Tajuk ini dapat membantu umat Islam dalam memastikan kehalalan dan kebersihan daging yang mereka makan dan meningkatkan kesedaran moral dan etika mereka ketika dalam proses penyembelihan.

Muhammad Ikmal bin Mohd Nizam (17203939)
Daripada kuliah Fiqh Kepenggunaan minggu-minggu yang lepas, saya telah mempelajari beberapa perkara berkaitan dengan subjek Fiqh Kepenggunaan.

Pertama sekali, saya mempelajari mengenai Konsep Umum Fiqh Kepenggunaan dan prinsip-prinsipnya. Selain itu, kami juga didedahkan dengan isu isu yang telah lama bergelumang dalam kehidupan seharian masyarakat di Malaysia, namun begitu amat besar peratusan bagi mereka yang tidak sedar bahawa apa yang mereka lalui setiap hari itu tidak bertepatan dengan syarak contohnya dari segi jual beli, dari segi makanan dan sebagainya. Sebagai contoh, banyak restoran dan kedai makan di Malaysia yang mempunyai status halal yang meragukan. Ini telah menimbulkan syubhah dalam kalangan masyarakat terutama sekali yang beragama Islam.

Seterusnya, kuliah membincangkan berkaitan topik penyembelihan haiwan, bermula dengan konsep asas seperti peraturan dan syarat yang mengawal proses tersebut.  Selepas itu, kami meneroka kaedah kontemporari atau moden yang digunakan dalam penyembelihan haiwan ternakan.  Ia menjadi jelas bahawa tidak semua rumah penyembelihan memiliki pensijilan halal, menekankan keperluan untuk mematuhi prosedur khusus untuk memastikan pengeluaran daging untuk jualan pasaran. Perkara ini menimbulkan kebimbangan kepada Umat Islam terutama sekali apabila ingin makan daging sembelihan kerana tidak ditekankan secara tegas dalam undang-undang.

Dalam kuliah juga saya mempelajari mengenai haiwan yang halal dan tidak halal untuk dimakan. Terdapat pelbagai jenis kategori apabila topik ini disentuh. Ini menunjukkan  bahawa Islam amat menitikberatkan isu kebersihan dalam pemakanan umatnya bergantung kepada situasi semasa.

Akhir sekali,  Fiqh Kepenggunaan secara keseluruhannya amatlah penting dalam kehidupan seharian supaya dapat mewujudkan masyarakat pengguna Muslim yang celik halal.

Selain itu, isu2 viral halal yang berlaku kebanyakannya

disebabkan masyarakat tidak mempunyai ilmu asas

fiqh halal. Tiba masanya untuk masyarakat pengguna Muslim dididik dengan ilmu kepenggunaan halal dalam

bentuk dan sifat yang realistik.

MOHAMAD RASHIDI BIN MOHAMED ZUBIR (U2104222/1)
Berkenaan kuliah Fiqh Kepenggunaan selama 6 minggu yang telah ditempuh, terdapat beberapa topik yang menarik minat saya terhadap apa yang tealh dipelajari.

Pertamanya ialah Konsep Umum Fiqh Kepenggunaan yang memperlihatkan kepada kita prinsip-prinsip asas yang kita jalani dalam kehidupan seharian. Ianya di mana pengusaha, produk dan pengguna sanagt berkait rapat dengan elemen di dalam Fiqh Kepenggunaan ini. Selain itu, isu-isu hangat seperti seperti restoran yang tidak mempunyai sijil halal, namun ramai pengunjung beragama Islam yang menjamu selera di sana. Hal ini boleh menimbulkan keragua bagi kita umat Islam.

Selain itu, di dalam konsep topik halalan  toyyiban, saya dijelaskan bahawa tidak semua makanan yang halal itu adalah toyyiban. Oleh itu, saya perlu lebih berhati-hati dalam pengambilan makanan teutamnaya di restoran-restoran luar.

Tambahan pula, kuliah yang bertajuk penyembelihan haiwan. Di dalam kuliah ini, diterangkan kepada saya apakah itu rukun-rukun serta syarat-syarat sembelihan yang halal. Terdapat juga segelintir premis makanan yang tidak melakukan penyembelihan yang betul. Ini akan menyebabkan daging itu tidak sah untuk di makan.

Secara kesimpulanyya, terdapat banyak perkara yang telah saya pelajari dan juga baharu untuk saya hadami. Oleh itu, kelas Fiqh Kepenggunaan ini amat penting bagi kita kerana ianya melibatkan kehidupan seharian kita.

Nurasmazatul Nadiah Bt Shaperi (17200778)
Berdasarkan daripada kuliah-kuliah lepas, dapat saya kongsikan dapatan saya sepanjang mengikuti kelas fiqh kepenggunaan dari minggu ke-2 sehingga ke-6. Topik yang saya pelajari, iaitu:

1. Konsep dan prinsip-prinsip Fiqh Kepenggunaan:

Fiqh Kepenggunaan merupakan suatu aktiviti kepenggunaan yang selari dengan ketetapan syariat Islam yang perlu ditimbangi dengan prinsip halal dan haram.

Prinsip-prinsip fiqh kepenggunaan:

-Kebajikan berasaskan manfaat dan maslahat

-Kesederhanaan

-Ihsan

2. Konsep halalan toyyiban

Perkara yang dapat disimpulkan adalah pemilihan makanan yang halal dan tayyib adalah suatu tuntutan Allah SWT kepada manusia bukan kepada umat Islam sahaja.

Kriteria makanan halal dan tayyib:

1.sumber yang halal

2.bahan makanan yang halal dan tayyib

3.kaedah pengambilan yang baik dan bersesuaian

3. Sembelihan

Telah diketahui bahawa penyembelihan adalah menghilangkan nyawa haiwan yang halal dimakan dengan menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang. Selain itu, saya mempelajari mengenai haiwan yang halal dan tidak halal dimakan.

NUR AIDAH BINTI YAKUB (17097237)
Berdasarkan kuliah Fiqh Kepenggunaan sepanjang 6 minggu pengajian, terdapat beberapa topik yang telah saya pelajari.

KONSEP UMUM FIQH KEPENGGUNAAN

Fiqh adalah memahami hukum-hukum amali syarak berasaskan dalil yang terperinci. Manakala Kepenggunaan merupakan perlakuan yang menggunakan barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan semasa. Gabungan Fiqh Kepenggunaan : satu prinsip ilmu yang membincangkan tentang pengguna, pengusaha serta barangan gunaan sama ada melibatkan makanan atau bukan makanan yang merangkumi persoalan HALAL dan HARAM dalam setiap urusan harian manusia. Sumber Fiqh Kepenggunaan adalah berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

FIQH KEPENGGUNAAN BERASASKAN MAQASID AL-SYARIAH :

(a) Daruriyyah : keperluan asas seperti makanan minuman , tempat tinggal dan banyak lagi yang melibatkan lima perkara asas iaitu memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara keturunan dan memelihara harta.

(b) Hajiyyah : tambahan keperluan asas untuk memudahkan urusan kehidupan manusia secara lebih baik dan teratur seperti makanan yang lazat, alat komunikasi dan seumpamanya.

(c) Tahsiniyyah : pelengkap keperluan yang telah sedia ada seperti golongan kaya yang membeli pakaian dan barang kemas yang mahal.

KONSEP HALALAN TOYYIBAN

Halal adalah perkara yang dibolehkan dan dibenarkan oleh syarak. Tayyib adalah setiap sesuatu yang melazatkan deria atau diri/tidak mendatangkan mudarat dan bebas kotoran najis.

PRINSIP HALAL DAN HARAM :

(a) Asal setiap sesuatu adalah harus.

(b) Menghalal dan mengharam sesuatu adalah hak Allah SWT.

(c) Pengharaman sesuatu adalah sesuai dengan keburukan dan kemudaratan.

(d) Sesuatu yang membawa kepada hukum haram adalah haram hukumnya.

(e) Membuat helah terhadap sesuatu haram hukumnya adalah haram.

(f) Niat yang baik tidak boleh membersihkan yang haram.

(g) Berhati-hati dari syubhah bagi mengelakkan sesuatu yang haram.

(h) Keadaan terpaksa membolehkan sesuatu yang dilarang.

Garis panduan makanan yang memberikan kesihatan iaitu dengan memilih makanan yang halal.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُلُوا۟ مِن طَيِّبَـٰتِ مَا رَزَقْنَـٰكُمْ وَٱشْكُرُوا۟ لِلَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ ١٧٢

Maksudnya : wahai orang yang beriman! Makanlah daripada benda-benda yang baik (halal) yang kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah sekiranya kamu hanya menyembah kepadaNya.
<var>Surah Al-Baqarah : 172</var>

SEMBELIHAN

Hukumnya WAJIB dilakukan untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan.

CARA-CARA PENYEMBELIHAN:

(a) Niat yang menyembelih ketika melakukan penyembelihan.

(b)Memotong keseluruhan halqum (saluran nafas) dan seluruh mari’ (saluran makanan dan minuman).

(c) Binatang sembelihan mati semata-mata disebabkan oleh penyembelihan.

PENGGUNAAN ALATAN DAN TEKNIK PENYEMBELIHAN MODEN :

(a) Alatan mekanikal elektrik (mesin) digunakan untuk memengsankan ayam dan itik sahaja.

(b) Penggunaan Kaedah Stunning :

Electrical Shock Stunning mengenakan renjatan elektrik ke otak haiwan untuk memengsankan lembu, kambing dan biri-biri.

Electrical Waterbath Stunning digunakan untuk melemahkan haiwan kecil (ayam dan itik)

Pneumatic Percussive menggunakan sejenis alat dengan hentakan dari air pressure.

Mechanical Stunning - Captive Bolt (Penetrative OF Non-Penetrative)

Drug dan Carbon Dioxide Smoke