Budget 2019 by Dr. Vally Senasi

Bajet 2019
Nurul Farhana binti Ahmad (253262)
Tema : Kebajikan Rakyat
Belanjawan 2019 betemakan " Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera". Belanjawan 2019 menumpukan kepada 3 fokus dengan 12 strategi utama bagi mengembalikan kedudukan ekonomi Malaysia sebagai Harimau Asia. Tiga fokus tersebut ialah melaksanakan reformasi institusi, memastikan kesejahteraan rakyat dan memupuk budaya negara keusahawanan.

Dalam huraian ini, saya memfokuskan kepada aspek kebajikan rakyat yang menarik perhatian saya untuk membincangkan aspek ini. Terdapat beberapa strategi yang kerajaan usahakan. Pertama, kerajaan akan meneruskan dan menambahbaikkan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada B40 dengan memberikan bantuan secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah mulai Januari 2019. Isi rumah berpendapatan bulanan RM 2000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM 1000 manakala isi rumah berpendapatan bulanan dari RM 2001 hingga RM 3000 akan menerima bantuan berjumlah RM750 dan isi rumah berpendapatan bulanan dari RM 3001 hingga RM 4000 akan menerima bantuan berjumlah RM500. Selain itu, kerajaan akan memperkenalkan kadar tambahan BSH sebanyak RM 120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada 4 orang kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka. Sebagai contoh, sekiranya isi rumah berpendapatan bulanan RM 2000 ke bawah dan mempunyai 4 orang anak, maka jumlah BSH yang akan diterima adalah sebanyak RM 1480. Ini adalah lebih banyak daripada jumlah sedia ada sebanyak RM 1200. Strategi seterusnya ialah untuk golongan suri rumah di bawah program e-Kasih. Kerajaan telah memperkenalkan sebuah skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-SURI. Melalui skim ini, kerajaan akan menyediakan geran padanan RM40 setiap bulan sebagai insentif kepada suami penyayang yang mencarum dengan kadar minimum RM 5 sebulan kepada simpanan persaraan isteri.

Pada pandangan saya, strategi yang diusahakan oleh kerajaan untuk kebajikan rakyat adalan sangat baik kerana semua golongan dan peringkat terpelihara. Hal ini demikian kerana, jika dilihat balik dari aspek Bantuan Sara Hidup (BSH) yang diperkenalkan oleh kerajaan mampu mengurangkan jurang pendapatan antara golongan miskin dan kaya kerana BSH memberikan bantuan ini mengikut tingkat pendapatan serta saiz isi rumah. Dengan bantuan sebegini dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat di negara ini. Selain itu, golongan OKU jugak tidak terekcuali. Mereka juga mempunyai hak dalam membela nasib mereka. Oleh itu, pemberian bantuan oleh kerajaan sebanyak RM 120 kepada golongan OKU akan meringankan beban mereka. Hal ini demikian kerana, golongan seperti ini selalunya memakan  kos  perbelanjaan yang tinggi terutamanya dalam kos perubatan , peralatan bantuan dan sebagainya. Dengan bantuan ini, mereka dapat mengurangkan kos yang ditanggung. Seterusnya,   i_SURI yang diperkenalkan oleh kerajaan ini juga mampu membuatkan masa depan golongan suri rumah terpelihara dalam jangka masa hadapan. Oleh itu, usaha-usaha yang diperkenalkan oleh kerajaan jelaslah membuktikan bahawa belanjawan 2019 yang baru dibentangkan ini seimbang dalam semua aspek dan peringkat.

MUHAMMAD AZMAN BIN OMAR DIN (245767)
BAJET 2019: SEKTOR PENDIDIKAN

Baru-baru ini kerajaan telah membentangkan bajet bagi tahun 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Ia boleh dikatakan sebagai satu sejarah baharu di mana buat pertama kali bajet persekutuan dibentangkan oleh kerajaan baharu sejak mencapat kemerdekaan pada tahun 1957. Isu yang menarik perhatian saya adalah berkaitan dengan sektor pendidikan. Dalam pembentangan tersebut, Kementerian Pendidikan telah menerima peruntukan terbesar  dalam belanjawan tahun 2019. Hal ini dipersetujui oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang menyifatkan bahawa pendidikan di Malaysia perlu menerima penelitian yang lebih mendalam kerana banyak hal yang masih belum dipelajari. Saya memetik penyataan Tun Dr Mahathir pada ketika itu " Sebelum ini, kita hanya belajar sejarah empayar British atau geografi England. Tetapi kini kita belajar tentang teknologi maklumat, teknologi, sains, matematik dan algoritma (algorithm). Semua perkara ini kita perlu tahu, jika tidak kita akan ketinggalan." Sektor pendidikan telah menerima peruntukan sebanyak RM60.2billion iaitu 19.1 peratus daripada peruntukan tahun hadapan.

Melalui peruntukan belanjawan yang telah dibentangkan oleh kerajaan terhadap sektor pendidikan, saya berpendapat bahawa ia merupakan salah satu usaha baik kerajaan dalam meningkatkan kualiti dan taraf pendidikan di Malaysia. Peruntukan yang besar ini diberikan untuk memastikan isu infrastruktur di sekolah-sekolah luar bandar mahupun di bandar dapat diselesaikan.  Pendidikan adalah tonggak utama yang telah diberi perhatian oleh kerajaan dalam membentuk generasi Malaysia baru yang lebih berdaya saing dan memacu kegemilangan Harimau Asia di persada dunia. Saya juga percaya dengan penambahbaikkan sistem dan kualiti pendidikan di Malaysia dapat menjadikan kita setanding dengan negara-negara yang maju. Keseluruhan saya menganggap sektor pendidikan layak diberi tumpuan yang lebih berbanding sektor-sektor yang lain. Hal ini kerana, pendidikan merupakan satu-satunya kunci kepada kemajuan sesebuah negara. Bagi tujuan menaiktaraf infrastruktur di kawasan sekolah, peruntukan sebanyak RM652 juta telah disediakan oleh kerajaan persekutuan. Oleh hal yang demikian, kerajaan negeri juga haruslah  memberi tumpuan pembangunan aspek keceriaan sekolah dan menampung keperluan yang tidak ditangani kerajaan Persekutuan. Penyediaan pendidikan yang baik kepada masyarakat jelas akan memberi jaminan masa panjang terhadap negara Malaysia.

NUR NAJIHAH JAFFAR (255474)
Sektor: Pendidikan

Kementerian Pendidikan adalah penerima peruntukan yang terbesar dalam belanjawan 2019 iaitu RM 60.2 bilion atau 19.1% daripada keseluruhan perbelanjaan Kerajaan  tahun 2019. Terdapat sebanyak 14 perkara yang dibentangkan. Antarnya adalah menyediakan peruntukkan bantuan bagi bantuan pendidikan berjumlah RM 2.9 bilion untuk membantu golongan yang miskin melalui bekalan makanan, buku teks dan bantuan tunai. Selain itu, memastikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kekal mampan dengan memperkenalkan pembayaran balik dengan cara potongan gaji berjadual daripada pendapatn bulanan bergantung kepada paras pendapatan peminjam dan ia terpakai kepada peminjam melebihi pendapatan RM 1000 sebulan, pelepasan cukai kepada syarikat yang membantu menyelesaikan baki pinjaman pekerja bagi tahun berakhir 2019, layanan pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan daripada RM 6000 kepada RM 8000, potongan pinjaman kepada pelajar daripada isi rumah B40 yang mendapat kelas pertama dan menghapus kira baki hutang kepada peminjam yang berusia 60 tahun dan ke atas dan berpendapatan  kurang daripada RM 4000 sebulan, yang memanfaatkan 350 peminjam dengan kos RM 70 juta. Yang ketiga adalah, meneruskan pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran meneusi pelbagai agensi seperti MARA, Jabatan Perkhidmatan awam dan Kementerian Kesihatan dengan peruntukkan RM 3.8 bilion dimana RM 2 bilion diperuntukkan khusus kepada pelajar Bumiputera tajaan MARA.

Peruntukkan yang tertinggi sewajarnya diberikan kepada sektor pendidikan kerana ia merupakan sektor yang terpenting dalam membangunkan sesebuah negara. Bagi perkara yang pertama, golongan miskin akan terpelihara dan mempunyai hak untuk mendapat pendidikan yang sama rata walaupun sesetengah keluarga yang tidak mampu memberi pendidikan kerana ketidakcukupan sara hidup. Ini juga memberi suntikan kepada golongan miskin melanjutkan pelajaran serta mengubah cara hidup sedia ada dan pada masa yang sama tiada jurang antara golongan miskin dan golongan yang berada untuk mendapatkan pendidikan yang sama rata. Seterusnya adalah berkenan PTPTN, dimana kerajaan meringankan beban graduan yang mula bekerja selepas tamat pembelajaran yang membuat pinjaman PTPTN. Walaupun tidak sepenuhnya akan dibiayai oleh pihak kerajaan, tapi ini cukup menyedapkan hati para peminjam PTPTN untuk menghadapi masa hadapan dengan perkeara pembayaran hutang dengan berjadual. Seterusnya adalah berkenaan biasiswa dan pinjaman, terdapat peningkatan di mana pada 2018 adalah sebanyak 2.2 bilion dan pda 2019 sebanyak 3.8 bilion. Ini menunjukkan kerajaan Malaysia sangat menitik berat terhadap golongan yang dapat menghabiskan pelajaran dengan keputusan yang cemerlang dimana dapat memberi sumbangan kepada perkhidmatan awam. Ini juga secara tidak langsung memberi suntikan semangat kepada rakyat untuk berjaya dalam pendidikan.

NUR HASYIMAH BINTI NOOR HASHIM (250770)
Among those announcement that was made by Finance Minister Lim Guan Eng, the things that attract my attention in budget 2019 is tax reform proposal for improvement measures tax system that are more progressive and effective. According to our Finance Minister, this departure levy (tax) is similar to other countries and the proposed rate is consistent or not more than what many other countries are charging. For instance Thailand’s departure levy is US$20 (around RM83), while the taxes for Hong Kong and Japan are US$15 (around RM62) and US$10 (around RM42) respectively. Besides that, Malaysians will have to pay a new departure levy (tax) when they are travelling abroad. He also stated that this tax will be implemented on 1 June 2019. The proposed rate is divide into two tiers, RM20 for outbound travellers to ASEAN countries and RM40 to countries other than ASEAN. In addition, the government is imposing this tax to encourage domestic tourism. A secondary measure for this is also to declare Pangkor Island as a duty-free island, and also expand Langkawi's duty-free status. Finally, Port Swettenham in Penang will also feature as a duty-free shops.

In my opinion, there was advantages and disadvantages of departure levy (tax). The advantages is this tourism tax can contribute to national income. Through the advent of foreign tourists, our country can easily obtain many of exchange rate of foreign exchange. Every traveller will carries foreign currency for shopping and pays for the cost of their stay while staying at a destination. Travellers will also use public utilities, buy souvenirs, food, drinks and so on. Those activities can increase the national income. Furthermore, the money that obtained by the government can be used for economic development, tourism facilities and the physical development of the country. Next, the disadvantages of departure levy (tax) is Malaysian travellers will feel overwhelmed. This tax will be included directly in the price of the airline ticket when they make a ticket purchase. That makes the airplane tickets will be expensive compared to the year before being taxed. Lastly, I hoped that the domestic tourism sector will also move in tandem with the overseas tourism sector such as providing good infrastructure and reducing tourism tax for local people if it is true that the government wants to promote tourism in the country.

SITI AISHAH BINTI ADNAN (253721)
SEKTOR: PERKHIDMATAN KESIHATAN

Berdasarkan pembentangan bajet 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan iaitu Lim Guan Eng, perkara yang menarik perhatian saya ialah sektor perkhidmatan kesihatan. Kerajaan akan memperuntukkan hampir RM29 billion untuk perkhidmatan kesihatan iaitu merupakan peningkatan sebanyak 7.8% berbanding tahun lepas dan peruntukan ini termasuklah pembelian ubat-ubatan serta kelengkapan hospital dan juga klinik. Selain itu, kerajaan juga akan memperkenalkan Skim Perlindungan Kesihatan dengan projek perintis pelaksanaan saringan kesihatan bagi golongan B40 yang berumur 50 tahun ke atas. Seterusnya, kerajaan juga akan meneruskan program saringan percuma pengesanan kanser payudara, program vaksinasi HPV dan ujian saringan Pap Smear di hospital dan klinik kerajaan. Kerajaan juga akan memperluaskan program usahasama awam-swasta iaitu kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur kesihatan manakala pihak swasta pula membantu menambah dana untuk melaksanakan program kesejahteraan rakyat. Kerajaan juga bercadang untuk memperkenalkan duti eksais pada kadar 40 sen per liter ke atas minuman bergula bagi menggalakkan amalan pemakanan dan gaya hidup yang lebih sihat dalam kalangan masyarakat. Tambahan pula, Kementerian Kesihatan turut mensasarkan Malaysia ke arah Bebas Asap Rokok pada tahun 2045. Oleh itu, Kementerian akan memperluaskan kawasan larangan merokok sama ada melibatkan kedai makanan mahupun restoran dan ia akan diwartakan mulai 1 Januari 2019. Kerajaan juga akan menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi rawatan penyakit jarang jumpa seperti Hepatitis C, program menangani masalah pertumbuhan bantut kanak-kanak dalam negara dan sebagainya.

Melalui pembentangan bajet yang dilakukan pada 2 November yang lepas, ia dapat menunjukkan bahawa kerajaan baharu sangat menitikberatkan tahap kesihatan penduduk dalam negara. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai alternatif bagi menjamin tahap kesihatan masyarakat sama ada dari segi persekitaran, makanan dan juga penyakit-penyakit yang akan sentiasa dikawal oleh Kementerian Kesihatan. Hal ini akan dapat meningkatkan lagi jangka hayat masyarakat di dalam negara kita di mana ia dapat menjamin bahawa Malaysia adalah negara yang terkawal dan selamat dari penyakit berbahaya. Selain itu, aspek-aspek lain seperti ekonomi, pendidikan, kebajikan rakyat, hutang negara dan sebagainya turut dibincangkan dalam pembentangan bajet 2019. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan baharu berusaha untuk meningkatkan lagi taraf hidup penduduk dalam negara supaya menjadi lebih baik dari sebelumnya. Rakyat juga akan dapat menikmati manfaat dari pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan negara.

MUHAMMAD NAZRUL BIN AZMAN (250636)
SEKTOR PENDIDIKAN:

Pada 2 November 2018 yang lalu, Malaysia telah diumumkan dengan intipati belanjawan untuk tahun hadapan. Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah dianalisis oleh pelbagai pihak. Terdapat beberapa reformasi atau perubahan dalam belanjawan kali ini terutamanya pada sektor pendidikan. Kerajaan Pakatan Harapan jelas amat menitikberatkan sektor pendidikan dengan memperuntukkan sebanyak RM60.2 bilion iaitu 19.1 peratus daripada perbelanjaan keseluruhan. Ia merupakan peruntukan terbesar berbanding dengan sektor-sektor yang lain. Antara intipatinya adalah, bantuan diberi kepada pelajar golongan miskin seperti buku teks dan makanan. Semua jenis sekolah diberi bantuan dalam menaik taraf dan menyelenggara serta pembinaan sekolah daif. Kerajaan memberi peruntukan untuk memperkasakan program-program kemahiran seperti TVET, politeknik dan kolej komuniti. Ini menunjukkan bahawa sektor pendidikan menjadi keutamaan kerajaan.

Belanjawan kali ini dapat disifatkan amat bersesuaian dengan tema 'Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’. Terdapat banyak impak yang dapat dinikmati oleh semua jenis pelajar terutamanya pelajar dari golongan miskin. Ia dapat mengurangkan jurang antara pelajar berkemampuan dengan yang tidak berkemampuan. Ia merupakan satu perkembangan yang baik dalam isu infrastruktur dan penyelenggaraan sekolah yang sering dibangkitkan oleh kerajaan-kerajaan negeri terutamanya di Sabah dan Sarawak. Ia dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang kondusif dan produktif kepada guru dan pelajar. Guru juga mendapat kemudahan dalam penyediaan bahan-bahan pembelajaran yang lebih berkualiti. Selain itu, belanjawan 2019 menyaksikan setiap jenis sekolah diberi bantuan yang adil dan saksama terutamanya sekolah tahfiz dan pondok yang sering menjadi isu di kalangan rakyat. Perubahan dalam sektor pendidikan sangat diperlukan pada masa kini. Ia memerlukan penilitian yang lebih dari kerajaan supaya pelajar dapat bersedia dengan perubahan yang akan dilakukan dari segi teknologi maklumat dan sains. Justeru itu, segala bantuan dan perhatian kerajaan dalam sektor pendidikan akan membentuk generasi Malaysia baharu yang lebih berdaya saing serta dapat memacu matlamat kerajaan dalam menjadi Harimau Asia semula.

NOOR FAIRUZ BINTI JASNI (250724)
Sector: Pekerjaan

Apa yang menarik perhatian saya dalam pembentangan belanjawan 2019 ialah salah satu strategi utama dalam mengembalikan kedudukan ekonomi Malaysia sebagai Harimau Asia iaitu dengan meningkatkan peluang pekerjaan dan kebolehpasaran. Malaysia merupakan negara yang mempunyai kadar pengangguran sebanyak 3.4% dan kadar pengangguran itu kebanyakannya dari kalangan belia. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan telah mengambil langkah seperti melaksanakan dua program yang dibiayai melalui dana Pembangunan Sumber Manuisa Berhda (HRDF) iaitu Apprenticeship dan Graduate Enhancement Programme For Employability (GENERATE). Program ini dijangkan dapat mengurangkan kadar pengganguran dan meningkatkan peluang pekerjaan bagi seramai 4,000 orang belia lepasan sekolah dan graduan dengan peruntukan RM20juta berbentuk gerak sepadan.

Seterusnya dalam pembentangan belanjawan 2019 juga boleh disifatkan sebagai membuka peluang baru kepada bekas bandua. hal ini kerana bekas banduan boleh turut sama membantu dalam arus pembangunan yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Syarikat yang mengambil bekas banduan sebagai pekerja akan dikenakan potongan cukai tambahan dengan had jumlah saran sebanyak RM4,000 sebulan. Hal ini sedikit sebanyak boleh membantu memberikan peluang kedua kepada bekas banduan untuk memulakan kehidupan baru dan membantu menjana pendapatan ekonomi negara. Stigma masyarakat yang mengatakan setiap pesalah yang dijatuhkan hukuman penjara tidak layak diberikan peluang kedua harus diubah.

NOOR SYAZWANIE BT MOHAMAD
(254862)
BAJET 2019
SEKTOR KESEJAHTERAAN RAKYAT

Belanjawan 2019 bertemakan "MALAYSIA WIBAWA, EKONOMI DINAMIK, RAKYAT SEJAHTERA"
Belanjawan 2019 berfokuskan kepada melaksanakan reformasi institusi, memastikan kesejahteraan rakyat dan memupuk budaya negara keusahawanan. saya memfokuskan kepada aspek kesejahteraan rakyat dimana dalam aspek ini ada membincangkan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan. Pertama, kerajaan menambahbaik dan meneruskan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan B40 dengan peruntukkan yang lebih tersasar. Kadar BSH yang ditentukan ialah sebanyak RM 1000 untuk isi rumah yang berpendapatan bulanan RM 2000 ke bawah. Isi rumah yang berpendapatan RM 2001 hingga RM 3000 pula akan menerima sebanyak RM 750 dan bagi yang berpendapatan RM 3001 hingga RM 4000 akan menerima RM 500. Di samping itu, kerajaan memperkenalkan kategori tambahan BSH sebanyak RM 120 disediakan untuk setiap anak yang berumur 18 tahun ke bawah namun terhad kepada 4 orang sahaja dalam sesebuah keluarga kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.

Pada pandangan saya, setiap strategi dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk kesejahteraan rakyat dapat membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat terutama mereka yang berpendapatan rendah. Jurang pendapatan anatara golongan yang miskin dan yang kaya dapat dikurangkan kerana BSH berperanan memberi bantuan mengukur saiz pendapatan yang diterima oleh isi rumah.  Jelaslah bahawa belanjawan 2019 adalah seimbang dalam semua aspek.

NUR AIDA SYAFIQAH BT ABU BAKAR (254052)
Bajet 2019: SEKTOR PENDIDIKAN

1. Peruntukan terbesar sebanyak RM60.2 bilion bersamaan 19.1% dari keseluruhan bajet 2019.

NUR ALIAH AFIQAH BT ZULKIFLI (257101)
SEKTOR : TEKNOLOGI

Berdasarkan Bajet 2019, dari sektor Teknologi, untuk menggalakkan perkembangan ekonomi digital, Kerajaan akan melaksanakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) dengan peruntukan RM1 bilion. Pelan ini bertujuan membangunkan infrastruktur jalur lebar dalam usaha memastikan pengagihan spektrum dilaksanakan dengan lebih efektif. Di samping itu, perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi disasarkan mencapai 30 Mbps di kawasan luar bandar serta kawasan terpencil dalam tempoh 5 tahun bagi membolehkan Malaysia mencapai infrastruktur bertaraf dunia dengan harga yang berpatutan. Kerajaan juga akan menguatkuasakan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) yang dijangka akan menurunkan harga jalur lebar talian tetap sekurangnya 25% pada hujung tahun 2018.

Selain  itu, Kerajaan memperuntukkan RM210 juta bagi tahun 2019 hingga 2021 untuk menggalakkan peralihan kepada Industri 4.0. Perbadanan Produktiviti Malaysia akan menjalankan program Readiness Assessment untuk membantu 500 buah syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) beralih kepada teknologi Industri 4.0. Tambahan pula, bagi terus menggalakkan pelaburan industri teknologi hijau, dana sebanyak RM2 bilion akan disediakan di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau dengan Kerajaan menampung subsidi kadar faedah 2% bagi tempoh lima tahun pertama.

ASMA BINTI MUHAMAD TILEA (256960)
BAJET 2019 :  WANITA DALAM TENAGA KERJA

Tema untuk belanjawan 2019 ialah 'MALAYSIA WIBAWA, EKONOMI DINAMIK, RAKYAT SEJAHTERA'. Peruntukan bajet untuk tahun 2019 ialah sebanyak RM 314.5 billion. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilapor menyifatkan Bajet 2019 sebagai belanjawan yang sukar bagi Kerajaan Persekutuan kerana perlu membetulkan kedudukan fiskal dan pada masa sama perlu juga meningkatkan kesejahteraan rakyat. Bajet 2019 dijangka bermula dengan ‘zero base’ dan selepas itu peruntukan akan tambah satu persatu mengikut apa yang dipohon mana-mana bahagian atau kementerian. Dalam pembentangan Bajet 2019 ini, pelbagai fokus telah dibentangkan. Salah satu fokus yang dibentangkan ialah wanita dalam tenaga kerja.

Pada tahun 2017, penyertaan wanita dalam tenaga kerja ialah 53.3% manakala lelaki pula ialah 77.7%.  Daripada jumlah yang tidak bekerja, 60% atau 2.6 juta wanita memaklumkan bahawa bebanan kerja di rumah adalah sebab utama mereka tidak menyertai pasaran kerja.  Institut Penyelidikan Khazanah menyatakan bahawa jika tahap penyertaan wanita dalam tenaga kerja ditingkatkan sebanyak 30%, ianya akan meningkatkan KDNK Malaysia antara 7% hingga 12%. Oleh itu, Kerajaan akan merangka dasar untuk menggalakkan penyertaan wanita terlibat dalam pasaran kerja Kerajaan akan memberi peruntukan RM10 juta untuk menambah 50 Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di bangunan Kerajaan ke arah meringankan bebanan kerja ibu yang bekerja. Kerajaan juga akan terus menggalakkan dan memberi insentif kepada sektor swasta ke arah memastikan peluang pekerjaan yang saksama bagi wanita. Selain itu,  kerajaan komited ke arah meningkatkan penglibatan wanita di peringkat kepimpinan selaras dengan sasaran 30% daripada pembuat dasar dan keputusan. Kerajaan juga telah mencatat sejarah melantik seorang wanita sebagai Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri di samping 4 Menteri wanita. Pada masa ini, hampir 36% daripada penjawat awam Kumpulan Pengurusan Tertinggi adalah terdiri daripada wanita. Seterusnya,  kerajaan akan menggalakkan penglibatan golongan wanita di peringkat pembuat keputusan sektor swasta kerana hanya 23.2% wanita menjadi ahli lembaga pengarah bagi 100 syarikat utama yang tersenarai di Bursa Malaysia. Oleh itu, syarikat swasta disarankan untuk meningkat penglibatan wanita di peringkat pembuat keputusan, ke arah mencapai sasaran 30% menjelang tahun 2020. Oleh itu, pada pandangan saya, usaha kerajaan dalam melaksanakan fokus ini amat diperlukan untuk para wanita yang berkerjaya dan tidak dapat menguruskan hal keluarga pada waktu kerja dengan baik malah akan membuka lebih banyak ruang pekerjaan kepada para wanita yang tiada pekerjaan hingga kini.

NUR AIDA SYAFIQAH BT ABU BAKAR (254052)
Bajet 2019: Sektor Pendidikan

- Peruntukan terbesar kerajaan keluarkan iaitu sebanyak RM60.2 bilion bersamaan 19.1%
- Rm2.9 bilion: bantu golongan miskin dalam pemberian bekalan makanan, buku teks dan bantuan tunai.
- Peminjam PTPTN perlu bayar balik dengan cara potongan gaji berjadual (2%-15%) dari gaji bulanan ikut paras pendapatan (1K ke atas sebulan). Pelepasan cukai syarikat yang bantu selesai baki pinjaman pekerja bagi tahun berakhir 2019.

Secara keseluruhannya, pelbagai peruntukan telah disediakan  kepada rakyat Malaysia dalam pelbagai aspek. Walaupun pelbagai rintangan berlaku pada Malaysia sehingga dianggap tidak banyak perkara akan dilaksanakan menerusi bajet 2019 kepada rakyat namun masih kerajaan komited dalam menyediakan bonus, bantuan kepada isi rumah dan naik taraf infrastruktur bagi mencapai strategi negara iaitu "Malaysia Wibawa, Malaysia Dinamik, Rakyat Sejahtera".

NURHANIS SYAMILAH BINTI ROSLAN (256251
SEKTOR: PENGANGKUTAN AWAM
Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak 240 juta dalam sektor pengangkutan awam. Hal yang paling menarik bagi saya dalam sektor ini ialah pas bulanan bernilai RM100 tanpa had perjalanan meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Januari 2019. Selain itu, pas bulanan RM50 tanpa had perjalanan untuk bas RapidKL juga disediakan. Perkara ini sudah pasti telah menyenangkan banyak pihak terutamanya para pekerja di kawasan Kuala Lumpur yang menggunakan pengangkutan awam setiap hari untuk ke tempat kerja. Hal ini juga boleh menjimatkan duit seharian bagi masyarakat kerana ia telah mengurangkan kos hari-hari mereka. Kesimpulannya, perkara ini akan membawa kebaikan kepada maysarakat dan juga dapat lebih memajukan sektor perkhidmatan rel dan rapidKL di negara kita.
Seterusnya ialah mengenai pembinaan LRT3 dan MRT2. Kos pembinaan LRT3 dan MRT2 dikurangkan, manakala projek landasan berkembar Lembah Klang 2 ditawarkan secara tender terbuka . Laluan LRT3 sepanjang 37 km kini melibatkan kos RM16.6 billion daripada kos asal berjumlah RM31.6 billion. Bagi laluan MRT2 pula, kontrak pembinaan berjaya menurunkan kos kepada RM30.5 billion daripada kos asal RM39.3 billion. Projek Landasan Berkembar Lembah Klang 2 yang bernilai kira-kira RM5.2 billion ditender semula berbanding penganugerahan melalui kaedah rundingan terus pada kerajaan lalu. Projek MRT3 bernilai RM60 billion dibatalkan sehingga projek MRT2 siap sepenuhnya. Belanjawan dan perunutkan yang teliti bagi setiap projek ini dapat memastikan agar projek boleh berjalan dengan lancar dan boleh memudahkan rakyat segera. Projek MRT3 yang dibatalkan sehingga MRT2 siap juga adalah keputusan yang tepat kerana mempunyai prioriti yang baik adalah penting dalam menjada kewangan negara sekarang. Diharapkan kerajaan berjaya melaknsakan projek-projek ini walaupun peruntuknnya telah dikurangkan dengan mengelakkan berlakunya sebarang penyalahgunaan dan penyelewangan wang.
Kesimpulannya, pada pendapat saya, Budget 2019 telah menetapkan prioriti dengan baik dengan menekankan tentang sektor pendidikan, pengangkutan awam dan bantuan khas kepada rakyat berpendapatan rendah. Walaupun, saya kurang bersetuju dengan pembatalan biasiswa PTPTN kepada pelajar first class degree, saya berharap keputusan yang dibuat ini telah diteliti dengan baik supaya dapat memberi impak yang baik kepada negara pada masa hadapan.

ANIS THAQIFAH BINTI MAT HABIB (256661)
Bajet 2019: Sektor Pendidikan

Berdasarkan pembentangan bajet 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan iaitu Lim Guan Eng, saya tertarik dengan beberapa peruntukan yang diberikan oleh pihak kerajaan terutamanya dalam sektor pendidikan di mana saya lihat segala peruntukan yang diberikan oleh kerajaan akan memberikan impak yang postif kepada para pelajar di sekolah mahupun mahasiswa dan mahasiswi di Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta. Antara peruntukan yang diberikan oleh pihak kerajaan ialah Kementerian Pendidikan menerima peruntukan yang terbanyak berbanding sektor lain iaitu sebanyak RM 60.2 bilion atau 19.1 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan yang diperuntukan oleh kerajaan pada tahun 2019. Selain itu, peruntukan juga diberikan sebagai bantuan pendidikan berjumlah RM 2.9 bilion bagi membantu golongan yang miskin melalui pemberian bekalan makanan, buku teks dan bantuan wang secara tunai. Bantuan yang diberikan ini bukan sahaja dapat meringankan beban ibu bapa malah dapat dijadikan suntikan semangat kepada para pelajar untuk hadir ke sekolah dan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan dalam peperiksaan.

Di samping itu, kerajaan juga memberi peruntukan dengan menaikkan taraf dan menyelenggara semua sekolah menggunakan peruntukan sebanyak RM 652 juta. Justeru, dengan adanya peruntukan yang diberikan ini, pihak sekolah dapat menyediakan infrastruktur yang lebih selesa dan selamat kepada para pelajar agar mereka dapat menimba ilmu dengan lebih selesa serta selaras dengan perkembangan dunia teknologi masa kini. Selain daripada itu, kerajaan juga menyediakan peruntukan sebanyak RM 100 juta bagi tujuan pembinaan semula sekolah daif di seluruh negara.

NOOR ASNIZA BINTI ABD RAZAK (253661)
BELANJAWAN 2019
Dengan bertemakan " Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera" Belanjawan akan memumpukan kepada 3 fokus utama iaitu yang pertama melaksanakan reformasi institusi
yang kedua memastikan kesejahteraan rakyat
dan yang ketiga ialah memupuk budaya negara keusahawanan.

Dalam Fokus kedua iaitu memastikan kesejahteraan rakyat, kerajaan telah memeruskan dan melakukan penambahbaikan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan B40 dengan memberikan bantuan secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah. Antaranya ialah, isi rumah berpendapatan bulanan RM2000 dan kebawah akan terima bantuan berjumlah RM1000, isi rumah berpendapatan RM2001 hingga RM3000 akan menerima RM750 manakala isi rumah berpendapatan RM3001 hingga RM4000 akan terima RM500. Kerajaan juga memperkenalkan kadar tambahan BSH untuk setiap anak berumur 18 tahun kebawah dan dihadkan kepada 4 orang sahaja. Seterusnya caruman KWSP i-SURI kerajaan menyediakan geran padanan RM40 setiap bulan sebagai insentif kepada suami penyayang yang mencarum dengan kadar minimum RM5 sebulan.  Kerajaan juga telah menstabilkan bekalan dan menyeragamkan harga barangan keperluan asas terutama di Sabah dan Sarawak.  Disamping itu kerajaan juga turut menperkenal kan satu aplikasi baru iaitu Price Catcher agar rakyat sama-sama terlibat dalam pemantauan harga barang.
Apa yang ingin saya katakan semoga segala usaha yang bakal dijalankan oleh kerajaan yang baru ini dapat meningkatkan lagi kebajikan rakyat Malaysia. Secara tidak langsung dapat melakukan penambahbaikan lagi kualiti hidup rakyat.

HAZWANI AWATIF BINTI ZAMRI (253850)
Bajet 2019 : Kesihatan
Tema bagi belanjawan 2019 ialah Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera.
Kerajaan akan memperuntukkan hampir RM 29 billion untuk perkhidmatan kesihatan yang merupakan peningkatan sebanyak 7.8% berbanding tahun lepas. Peruntukkan ini termasuk RM10.8 bilion bagi membaik pulih klinik dan hospital serta membeli ubat ubatan dan kelengkapan.

seterusnya, memperkenalkan skim perlindungan Kesihatan (PEKA) dengan projek perintis pelaksanaan saringan kesihatan bagi golongan B40 berumur 50 tahun ke atas melibatkan 800,000 orang.

Kemudian kerajaan akan meneruskan program saringan percuma pengesahan kanser payudara, program vaksinasi HPV dan ujian saringan Pap Smear di hospital dan klinik kerajaan dengan peruntukkan sebanyak RM20 juta.

Di samping itu, kajian kementerian kesihatan telah menunjukkan bahawa hampir 1 daripada 2 rakyat Malaysia mengalami berat badan berlebihan atau obesiti. Bagi menggalakkan amalan pemakanan dan gaya hidup yang lebih sihat, Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan duti eksais mulai 1 April 2019 pada kadar 40 sen per liter ke atas dua kategori minuman bergula dikilangkan dalambentuk pembungkusan yang sedia diminum dengan nilai ambang kandungan gula.

Akhir sekali, kementerian kesihatan telah mensasarkan tahun 2045 ke arah Malaysia Bebas Asap Rokok. oleh itu, kawasan larangan merokok diperluaskan dengan melibatkan semua restoran atau kedai makanan yang akan diwartakan mulai 1 Januari 2019

NUR HIDAYU BINTI JAMALUDIN (260603)
BELANJAWAN 2019: MENGGALAKKAN PENGGUNAAN PENGANGKUTAN AWAM

Pada pendapat saya, satu aspek yang akan memberi impak besar dalam pembentangan belanjawan 2019 baru-baru ini ialah peruntukan sebanyak RM 240 juta untuk pas bulanan berjumlah RM 100 tanpa had perjalanan meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Januari 2019 telah diperkenalkan dalam belanjawan 2019. Selain itu juga, pas bulanan sebanyak RM 50 tanpa had perjalanan bagi bas RapidKL juga disediakan. Kempen ini juga akan diperluaskan bagi meliputi syarikat bas lain secara berperingkat. Saya berpendapat bahawa peruntukkan yang diperkenalkan ini sangat baik dan akan memberi kesan yang baik terutama untuk isi rumah kerana tidak perlu menggunakan kenderaan sendiri untuk kemana sahaja yang sudah tentu akan menggunakan minyak dan perlu megeluarkan wang. Dengan pas ini dapat memberi manfaat kepada pelajar, pekerja dan seisi keluarga yang bercadang untuk beriadah menggunakan pengangkutan awam tanpa perlu memandu sendiri. Secara keseluruhan dengan peruntukkan ini dapat menjimatkan perbelanjaan isi rumah sebanyak beberapa ratus ringgit dalam sebulan.

Selain itu, pengenalan pas ini dapat menggalakkan pertambahan penggunaan pengangkutan awam sekali gus dapat mengurangkan jumlah kenderaan di dalam pusat bandar serta dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas kerana pertambahan jumlah kenderaan dari sehari ke sehari, selain dapat merealisasikan aspirasi kerajaan ke arah bandaraya Kuala Lumpur bebas karbon.

SAFIYYAH BT BAKHTIAR 250767 Sektor ekonomi Pada pendapat saya, gaji minimum adalah berpatutan apabila dinaikkan daripada RM900 kepada RM1100 kerana cukai yang dikenakan adalah tinggi daripada sebelum ini. Hal ini kerana cukai SST adalah cukai yang terdapat caj tersembunyi yang tidak semua diketahui rakyat berbanding GST cukai yang ditetapkan pada peratusan yang tetap.Pada pendapat saya, ekonomi negara akan melonjak naik kerana tindakan kerajaan bagi melangsaikan hutang adalah amat mantap. Contohnya, kerajaan menangguhkan pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura yang dijangka melibatkan kos sekurang-kurangnya RM110 bilion. Selain itu, Projek Landasan Berkembar Lembah Klang 2 bernilai RM5.2 bilion yang telah dianugerahkan melalui kaedah rundingan terus sebelum pilihanraya umum yang telah ditamatkan. Hal ini kerana untuk penjimatan kos, projek ini akan ditender semula melalui tender terbuka.

NURAIN BINTI RAMLY (254817)

BAJET 2019: PENDIDIKAN

Peruntukan bajet bagi Kementerian Pendidikan adalah peruntukan yang yang terbesar iaitu 60.2 billion atau 19.1 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan pada tahun 2019. Melalui bajet tersebut Kementerian akan menyediakan peruntukan berjumlah RM 2.9 billion bagi bantuan pendidikan  untuk membantu golongan miskin melalui bekalan makanan, buku teks dan bantuan tunai. Selain itu, peruntukan sebanyak RM 652 juta berbanding RM 615 juta pada tahun 2018 untuk menaik taraf dan menyelenggara semua sekolah di negara. Peruntukan sebanyak RM 100 juta untuk pembinaan semuala sekolah daif di negara dan pembinaan sekolah tamabahan dibiayai melalui kaedah pertukaran tanah secara tender terbuka. Dengan peruntukan tersebut rakyat akan dapat menikmati pendidikan yang sempurna ubtuk menjamin masa depan dan kemajuan negara. Melalui pendidikan yang sempurna rakyat dapat meningkatkan taraf hidup dan negara maju akan dapat dicapai.

Pada pandangan saya, bajet 2019 merupakan salah satu langkah kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara. Melalui bajet 2019 kerajaan berusaha untuk mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Melalui bajet 2019 kerajaan juga komited untuk menurangkan hutang negara .

NUR AZIATUL ASHIKIN BINTI ZAHARI (252969)
BAJET 2019: PENDIDIKAN

Menerusi belanjawan 2019, dari aspek pendidikan, Kementerian Pendidikan telah  menerima peruntukan terbesar berbanding sektor-sektor lain. Hal ini kerana, sektor itu akan mengalami banyak perubahan. Perdana Menter Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata bidang pendidikan memerlukan penelitian yang lebih kerana lebih banyak perkra yang perlu dipelajari berbanding sebelum ini. Peningkatan peruntukan ini adalah selaras dasar kerajaan bagi menghasilkan suasana pendidikan yang lebih berkualiti  serta menaik taraf dan menyelenggara semua sekolah di seluruh negara.

Impak daripada belanjawan ini membolehkan, rakyat menikmati tahap pendidikan pada tahap kepuasan yang maksimum. Hal ini kerana, sekolah-sekolah atau seluruh pusat pendidikan negara akan dinaiktaraf dan diselenggara supaya dapat menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada rakyat. Menerusi inisiatif ini membolehkan negara melahirkan rakyat yang berdaya saing yang boleh menyumbang kearah negara maju. Malah, penaiktarafan dalam sektor pendidikan menjadikan institut pendidikan negara setaraf dengan pendidikan antarabangsa.

MUHAMMAD ASYRAF WAJDI BIN ZAKARIA
BAJET 2019: PENDIDIKAN & EKONOMI

Menerusi belanjawan yang telah dibentangkan, satu perubahan drastik telah dibuat seiring dengan tema belanjawan 2019 iaitu Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera. Melalui sektor pendidikan, antara yang saya ingin fokuskan adalah peruntukan penajaan bagi para pelajar yang menyambung pengajian yang mana pihak kerajaan telah menyediakan sebanyak RM3.8 billion. Ini merupakan satu jumlah yang begitu besar dan RM 2 billion adalah khas kepada Bumiputera. pada pendapat saya, langkah ini adalah sangat efektif kerana ini akan menjadi satu perangsang kepada bumiputera untuk lebih berusaha dan bersaing bersama dengan bangsa-bangsa lain.

namun begitu, dari sudut ekonomi tiada dinyatakan berkenaan tangga gaji buat graduan melainkan hanya menyebut mengenai kenaikan minima gaji kepada RM1100 sahaja. Apa yang ingin diketengahkan ialah kerajaan sepatutnya memberikan minima khas gaji kepada para graduan untuk membezakan antara graduan universiti dan juga yang bukan graduan. Hal ini penting kerana terdapat sesetengah organisasi atau syarikat mengambil kesempatan hanya dengan memberikan minima gaji kepada pekerjanya tanpa mengambil kira mengenai kelulusan atau taraf pendidikan yang dimiliki oleh seseorang itu.  Tambah lagi, para graduan telah berusaha dengan  bersungguh-sungguh ketika di alam universiti untuk meningkatkan taraf mereka melalui ijazah yang dimiliki namun apabila masuk ke alam pekerjaan, mereka telah disamakan dengan pekerja yang tidak mempunyai sebarang kelulusan.

NURAINA WAFA BINTI ABD WAHAB (250600
BAJET 2019 : PENGANGKUTAN AWAM

Menerusi belanjawan 2019 yang telah dibentangkan pada hari Jumaat , 2 November 2018 oleh Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng , kita dapat melihat bahawa banyak perubahan yang positif yang dibentangkan. Di sini saya ingin menyentuh perihal berkaitan pengangkutan awam. Bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, Kerajaan memperuntukkan RM240 juta untuk memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan yang meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Januari 2019. Kita tak perlu rasa ragu ragu untuk menggunakan perkhidmatan awam dengan lebih kerap dengan adanya pas bulanan tersebut.

Selain itu , Tabung Pengangkutan Awam dengan dana RM500 juta yang menawarkan insentif subsidi kadar faedah sebanyak 2% kepada teksi dan syarikat bas serta pengendali pengangkutan awam. Kerajaan juga akan membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuhraya dalam bandar pada tahun 2019 yang melibatkan implikasi kewangan yang dianggarkan sebanyak RM700 juta.  Di samping itu, kerajaan bakal memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang, serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor dengan implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20 juta setahun mulai 1 Januari 2019. Hal ini amat menguntungkan rakyat bagi mencapai strategi negara bertemakan "Malaysia Wibawa, Malaysia Dinamik, Rakyat Sejahtera".

SAIYIDAH NAFISAH BINTI BUDIN(252998)
BAJET 2019:KESEJAHTERAAN RAKYAT

Kerajaan memperuntukkan RM5 billion untuk program Bantuan Sara Hidup (BSH), dahulunya dikenali sebagai BR1M, dan dianggarkan sebanyak 4.1 juta isi rumah akan terus menerima bantuan kewangan daripada kerajaan. Peruntukan itu sejajar dengan keputusan kerajaan menambahbaik BSH kepada kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40) dengan memberikan bantuan secara lebih bersasar. penambahbaikan yang dilakukan adalah pembayaran dibuat secara penuh terus kepada akaun penerima berbanding secara berperingkat sebelum ini.Dalam belanjawan kali ini juga, tiada golongan dan kaum tercicir dan tiada sentimen merendahkan martabat Bumiputera. Begitu juga dengan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang ditambah baik dan diteruskan kepada golongan B40 dengan peruntukan lebih bersasar.

Kadar BSH yang ditentukan ialah RM1,000 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah, manakala isi rumah berpendapatan bulanan RM2,001 hingga RM3,000 pula akan menerima RM750 dan bagi yang berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000, akan menerima RM500.Tambahan BSH sebanyak RM120 juga disediakan untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah, namun terhad kepada empat orang, memberikan khabar gembira kepada golongan sasar. Dana ini memberi manfaat besar golongan B40

WAN NOR AZIMAH BINTI WAN MUKHTAR (256959)
BAJET 2019: KESEJAHTERAAN RAKYAT

Bagi meningkatkan peluang pekerjaan dan kebolehpasaran rakyat, kerajaan telah meningkatkan kadar gaji minimum daripada RM1000 kepada RM1100 yang akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2019. kenaikan kadar gaji ini berikutan daripada kos sara hidup yang semakin meningkat. hal ini kerana kerajaan prihatin terhadap kebajikan rakyat. selain itu, kerajaan sedia mendengar keluhan dan rungutan yang disuarakan oleh pesara kerajaan. oleh itu, kerajaan telah memperuntukan bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada pesara yang layak.

seterusnya, kebajikan bekas banduan juga tidak diketepikan. bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan dan pertumbuhan ekonomi, kerajaan telah mencadangkan potongan cukai tambahan diberi kepada syarikat yang mengaji pekerja dengan jumlah had saraan adalah sebanyak RM4,000 sebulan.

WAN MUHAMMAD FAIZ BIN WAN MAHAZELI (254337)
BAJET 2019:
Strategi 8: Pendidikan bagi Masa Hadapan Yang Lebih Baik
(E-SPORT)

KEEMPAT BELAS: Kerajaan akan memperuntukkan RM10 juta kepada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk membangun dan menggalakkan E-Sports, sebagai sebuah aktiviti dan industri yang diminati oleh generasi muda, yang melibatkan jurutera perisian dan pemaju permainan digital.

Bagi pendapat saya, ini adalah satu berita gembira kepada semua pemain sukan e-sport terutama golongan muda professional dan golongan muda yang baru untuk memulakan aktiviti sukan e-sport ini. Aktiviti e-sport ini semakin popular di kalangan belia di negara kita, dan banyak pertandingan e-sport ini yang dilangsungkan pada setiap hujung minggu. Pada pembaentangan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan Lim Guang Eng menyatakan bahawa kerajaan akan melabur sebanyak RM10 juta untuk mengembangkan industri e-sport tempatan. Pelaburan yang dibuat ini akan disalurkan kepada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk membangunkan industri e-sport sebagai satu aktiviti riadah yang seronok dan sihat untuk golongan belia dan akan menjadi sebuah industri yang menguntugkan,

Selalunya bajet untuk pembangunan sukan diletakkan dibawah Majlis Sukan Negara atau agensi lainnya di bawah Kementerian Belia dan Sukan namun kali ini ianya berbeza. Peruntukan ini diberi kepada MDEC melalui pembentangan bajet 2019. MDEC adalah agensi yang lebih kepada pembangunan perisian. Namun peruntukan yang dibuat kerajaan ini keliru sama ada ia akan digunakan untuk pembangunan perisian ataupun pembangunan atlet sukan e-sport. Walaubagaimanapun ianya bukanlah satu masalah kerana perkara ini akan meningkatkan lagi pembangunan e-sport di Malaysia. Untuk keseluruhannya belanjawan kali ini banyak mementingkan Reformasi kearah pembagunan negara dan tidak banyak kepentigan untuk rakyat terutama golongan berpendapatan rendah seperti dalam belanjawan tahun-tahun sebelumnya.

HAZWANI NADIAH BT AHMAD (256962)
BAJET 2019: PENDIDIKAN

Pada 2 november yang lalu, pakatan harapan telah membentangkan bajet pertama sebagai kerajaan baharu yang bertemakan Malaysia wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat sejahtera. Terdapat 3 fokus utama iaitu melaksanakan reformasi institusi, memastikan kesejahteraan rakyat dan memupuk budaya Negara keusahawanan.

Perbentangan bajet yang lalu telah mengemukakan bahawa hanya golongan B40 yang memperoleh keputusan first class dikecualikan dari membayar balik pinjaman PTPTN. Manakala golongan M40 dan T20 yang memperoleh first class perlu untuk membayar balik pinjaman tersebut. Ketidakadilan ini sedikit sebanyak menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan mahasiswa yang berusaha dengan gigih untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Pihak PTPTN yang memberi pinjaman kepada para pelajar juga meminjam daripada bank komersial untuk dengan kadar bunga sebanyak 3% hingga 4% tetapi mengenakan kadar bunga hanya sebanyak 1% kepada pembayar balik pinjaman PTPTN.

Pada pendapatan saya, Bajet 2019 mengenai bayaran balik pinjaman PTPTN tidak adil terhadap pelajar yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang. Namun, masyarakat juga perlu memikirkan bebanan yang ditanggung oleh PTPTN yang terpaksa menanggung kadar bunga dari bank komersial.

KANG SWEE YING (250755)
BAJET 2019: PENDIDIKAN

Bajet 2019 oleh kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Yang Berhormat Lim Guan Eng pada 2 November lepas yang bertemakan Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera. Terdapat 3 fokus utama belanjawan 2019 iaitu melaksanakan reformasi institusi, memastikan kesejahteraan rakyat dan memupuk budaya negara keusahawanan. Sektor pendidikan menjadi sektor utama yang dititikberatkan. Satu-satunya mekanisme yang terjamin dan mampan bagi mencapai pertumbuhan yang lebih tinggi adalah melalui pendidikan yang lebih berkualiti di semua peringkat.

Peruntukan yang disediakan adalah bagi bantuan pendidikan untuk membantu golongan yang miskin, menaikkan taraf dan menyelenggara semua sekolah, pembinaan semula sekolah daif, membangun dan menyediakan program latihan di politeknik dan kolej komuniti, memperkasa aktiviti penyelidikan di IPT kerana pendidikan adalah sektor yang mempunyai masa hadapan yang lebih baik. Di samping itu, kerajaan juga memperkenalkan pembayaran balik PTPTN dengan cara potongan gaji berjadual antara 2% hingga 15% daripada pendapatan bulanan peminjam dan jadual pembayaran balik hanya terpakai kepada peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan. Pada pendapat saya, pembayaran balik PTPTN dengan cara potongan gaji berjadual mengikut kadar yang ditetapkan adalah relevan seiring dengan kenaikan gaji minimum kepada RM1,100 di seluruh Malaysia mulai Januari 2019. Ini adalah kerana kita sebagai peminjam mempunyai tanggungjawab untuk membuat pembayaran balik

NURUL AFIQAH BINTI MUHAMMAD AMIN (246634)
BAJET 2019: SEKTOR LOGISTIK DAN PENGANGKUTAN

Dalam bajet yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Yang Berhormat Lim Guan Eng pada 2 November 2018 lalu banyak pembaharuan yang telah dilakukan oleh kerajaan baru bagi mencorak Malaysia untuk mencapai negara maju. Namun, yang menjadi fokus saya adalah dalam sektor logistik dan pengangkutan. Dalam pembentangan bajet 2019, kerajaan akan memperuntukkan RM2.46 bilion bagi kerja menaik taraf dan memulihara landasan kereta api untuk mempertingkatkan infrastruktur pengangkutan negara. Pada pandangan saya, ini adalah salah satu langkah baik kerajaan untuk membantu dalam memudahkan urusan seharian rakyat. Saban hari, semakin ramai rakyat yang berhijrah untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih cerah dan kereta api adalah salah satu pengangkutan yang membantu mereka. Usaha kerajaan dalam memastikan penyediaan pengangkutan yang terbaik terutama bagi kereta api adalah sedikit sebanyak memudahkan urusan seharian rakyat. Akhir-akhir ini, kita juga sering dengar kerosakkan yang dialami oleh kereta api yang digunakan oleh rakyat untuk urusan harian. Justeru itu, langkah ini adalah amat perlu bagi memastikan kecekapan infrastruktur ini dipertingkatkan.

Secara keseluruhannya, banyak perubahan dilakukan oleh kerajaan dalam bajet 2019 yang dibentangkan baru-baru ini. Disebabkan oleh banyak masalah-masalah dalam pentadbiran kerajaaan sebelum ini, maka kerajaan baru ingin memastikan masalah-masalah tersebut diatasi dengan merangka strategi-strategi baru untuk menjadikan Malaysia negara maju.

UMI ATIKAH BINTI HAT 256961
BAJET 2019 dalam sektor pendidikan

Dalam bajet 2019 yang dibentangkan pada 2 november lepas bertemakan Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera menjadi pemangkin dalam membangunkan ekonomi negara pada masa hadapan. Sektor pendidikan menjadi sektor yang paling diutamakan. Peruntukan terbesar dalam sektor ini adalah sebanyak  RM60.2 bilion daripada perbelanjaan keseluruhan kerajaan.
Melalui peruntukan yang diberikan seperti bantuan pendidikan kepada golongan miskin, penyelengaraan sekolah-sekolah dan pembinaan semula sekolah daif, membangunkan dan menyediakan program latihan di Politeknik dan Kolej Komuniti, Pembangunan (TVET) dan aktiviti penyelidikan di IPT dapat membantu memajukan sektor pendidikan pada masa hadapan agar lebih baik. Namun dalam isu PTPTN, keputusan memperkenalkan pembayaran balik melalui potongan gaji berjadual secara automatik antara 2% hingga 15% untuk peminjam berpendapatan melebihi RM1000 sebulan membebankan pekerja terutamanya pelajar yang baru bekerja kerna sememangnya mereka menerima gaji yang rendah terutamanya golongan B40 . oleh itu kerajaan seharusnya telus dalam  melaksanakan fokus utamanya iaitu melaksanakan reformasi institusi, memastikan kesejahteraan rakyat dan memupuk budaya negara keusahawanan.

LOKE CHIA CHIEN A/L LOKE HENG FATT (246288)
BAJET 2019: SEKTOR PELANCONGAN

Berdasarkan pembentangan bajet 2019 baru-baru ini, di bawah sektor pelancongan kerajaan baharu akan menyediakan geran sepadan sebnayak RM100 juta kepada syarikat swasta untuk mengadakan program promosi dan pemasaran pelancongan antarabnagsa bagi meningkatkan kemasukan pelancong asing. Selain itu, kemudahan bebas cukai diberikan kepada kedai bebas cukai di Pelabuhan Swettenham, Pulau Pinang bagi menggalakkan penyinggahan kapal persiaran. Tidak ketinggalan Pulau Pangkor bakal dijadikan pulau bebas cukai di samping memperkembangkan lagi taraf Pulau Langkawi sebagai pulau bebas cukai. Berkaitan dengan Pelancongan kesihatan, kerajaa telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta kepada Malaysia Healtcare Tourism Council (MHTC)diberikan bagi menjalin usahasama dengan hospital swasta terkemuka untuk menjenamakan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan terkenal.

Kesimpulannya, Kerajaan Baharu melihat bahawa Negara Malaysia mempunyai potensi dalam sektor pelancongan bagi meningkatkan sumber pendapatan kepada kerajaan tersebut. Secara keseluruhan Bajet yang dibentang, pada pendapat saya Kerajaan Baharu dilihat mengambil inisiatif dalam memperkasa dalam semua aspek pembangunan dan pengurusan yang ditinggalkan oleh kerajaan sebelum ini. Ini bermakna setiap kekurangan daripada bajet yang dibentang untuk tahun 2018 akan ditambahbaik untuk bajet 2019.

NOOR AZITA BINTI IZHAR (256964
BAJET 2019: KESIHATAN

Bajet 2019 telah dibentangkan pada 2 November 2018 oleh Menteri Kewangan iaitu Yang Berhormat Lim Guan Eng baru-baru ini yang bertemakan 'Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera'. Dalam bajet 2019 mengenai sektor kesihatan. Kerajaan melaksanakan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dan kerajaan membantu isi rumah untuk memperkukuh kedudukan kewangan melalui perlindungan insurans dan takaful. Kerajaan usahasama dengan syarikat insurans swasta memperkenalkan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional B40 yang memberi perlindungan percuma ke atas 4 penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital.

Selain itu, perkhidmatan kesihatan ini diberikan peruntukan hampir RM29 billion. Ini kerana RM10.8 billion bagi kos membaik pulih hospital dan klinik serta pembelian ubat-ubatan dan kelengkapan yang lain. Pengenalan Skim Perlindungan Kesihatan (PEKA) dengan projek pelaksanaan saringan kesihatan untuk golongan B40 yang berumur 50 tahun ke atas. Kerajaan meneruskan program saringan percuma pengesanan kanser payudara di hospital dan klinik kerajaan. Bagi rawatan penyakit jarang jumpa (rare disease), rawatan virus Hepatitis C,  program menangani masalah pertumbuhan bantut di kalangan kanak-kanak, saringan dan perluasan rawatan heamodialisis serta Enhanced Primary Healthcare (EnPHC).  Seterusnya, pengenalan duti eksais  kadar 40 sen  per liter ke atas minuman bergula dalam dua kategori yang ditentukan. Kemudian sasaran ke arah Malaysia Bebas Asap Rokok dimana kementerian memperluaskan kawasan larangan merokok meliputi semua restoran atau kedai makanan. Kerajaan memgambil pelbagai inisiatif supaya rakyat Malaysia berada dalam keadaan yang sihat serta tidak membebankan.

KHAZIMAH@FAUZIAH BINTI MOHAMAD FAUZI (254316)
Bajet 2019: sektor pendidikan

Berdasarkan pembentangan bajet 2019,  sektor pendidikan merupakan tonggak utama kerajaan dalam membentuk generasi Malaysia baru yang lebih berdaya saing dan memacu kegemilangan Malaysia. Peruntukan terbesar adalah dalam sektor pendidikan iaitu sebanyak RM60.2 billion atau 19.1% daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan.
Oleh itu, daripada jumlah keseluruhan peruntukan belanjawan terhadap sektor pendidikan ini, sebanyak RM652 juta diperuntukan oleh kerajaan untuk menaik taraf dan menyelenggara semua sekolah di seluruh negara. Selain itu, memperuntukan RM250 juta kepada Sekolah Kebangsaan(SK), RM50 juta untuk kedua-dua Sekolah jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Mubalighh dan Sekolah Tahfiz. Seterusnya, Sekolah Pondok berdaftar diperuntukan sebanyak RM25 juta, Sekolah Jenis Kebangsaan(SMJK) atau Conforming School sebanyak RM15 juta dan Sekolah Menengah Persendirian Cina sebanyak RM12 juta. Kerajaan juga memperuntukan RM100 jita bagi pembinaan  semula sekolah daif di seluruh negara Malaysia.

NURRAFIDAH BINTI KAMARUDDIN [246468]
BAJET 2019: SEKTOR KESIHATAN

Belanjawan Negara bagi tahun 2019 telah dibentangkan di Parlimen pada 2 November 2018. Dalam pembentangan tersebut Yang Berhormat Menteri Kewangan telah  mengumumkan bahawa bajet 2019 memberi peruntukan tertinggi kepada kementerian kesihatan iaitu sebanyak RM29 billion berbanding bajet sebelumnya. Peruntukan kepada Kementerian Kesihatan tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 7.8 peratus berbanding bajet 2018 (26.5 billion). Perangkaan ini membuktikan Kerajaan yang baharu memandang serius masalah atau isu berkaitan kesihatan yang dihadapi oleh rakyat.

Tahap perkhidmatan dan kualiti kesihatan rakyat merupakan faktor penting untuk menjamin kesejahteraan hidup rakyat. Individu yang sihat akan menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan Negara. Peningkatan peruntukan yang dibuat oleh kerajaan terutamanya dalam pengenalan Skim Perlindungan Kesihatan (PEKA) dalam Bajet Negara  2019 telah menarik perhatian rakyat terutamanya golongan B40 yang masih belum mempunyai insurans kesihatan diri dan anggota keluarga. Antara sebab peningkatan peruntukan diberikan kepada Kementerian Kesihatan adalah untuk menampung kos membaik pulih hospital dan klinik serta pembelian ubat-ubatan dan kelengkapan bagi memudahkan rakyat mendapat kemudahan kesihatan yang terbaik.

Pada pandangan saya, peruntukan yang dirancang oleh Kerajaan dalam sektor kesihatan adalah langkah yang bijak kerana sektor kesihatan sedang menghadapi cabaran besar dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih baik. Disamping itu juga, Kerajaan berazam untuk menyediakan kemudahan kesihatan yg lebih efiksen terutamanya di kawasan luar bandar. Tujuan lain ialah bagi menangani penyakit-penyakit merbahaya dan penyakit jarang jumpa (rare disease) termasuk kadar kematian yang meningkat disebabkan oleh jangkitan penyakit. Peruntukan yang diberi oleh Kerajaan diharap mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Kesimpulannya, peningkatan bajet 2019 dalam sektor  kesihatan berjaya membuktikan Kerajaan prihatin dengan kurangnya kemampuan sebahagian besar rakyat Malaysia dalam mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang baik.

NURFARHAH DIYANA BINTI AB RAHIM (246647)
Bajet 2019: Kesejahteraan Rakyat

Bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam jangka masa panjang terutama dalam kalangan belia, kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi meningkatkan peluang pekerjaan dan juga kebolehpasaran. Langkah pertama yang diambil oleh kerajaan adalah dengan melaksanakan sebanyak dua program yang dibiayai melalui dana Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) iaitu Apprenticeship dan Graduate Enhancement Programme For Employability (GENERATE). Program ini dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan kemahiran belia bagi lepasan sekolah dan kebolehpasaran graduan. Dengan peruntukan sebanyak RM20 juta berbentuk geran sepadan daripada kerajaan, ianya dijangkakan dapat meningkatkan peluang pekerjaan kepada seramai 4000 orang belia khususnya lepasan sekolah dan graduan.

Seperti mana yang dapat dilihat, golongan belia khususnya lepasan graduan, kebanyakan daripada mereka menganggur selepas menamatkan pengajian. Tambahan pula, dengan masalah lambakan graduan oleh kerana bilangan graduan yang terus meningkat pada setiap tahun. Dengan wujudnya program-program seperti ini daripada kerajaan, ianya dapat membantu lepasan sekolah dan graduan yang menganggur bagi meningkatkan peluang mereka dalam mendapatkan pekerjaan dan kebolehpasaran sekaligus ianya dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara terutama dalam golongan belia. Secara keseluruhannya, dapat dilihat banyak pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan dalam bajet 2019 bagi mengembalikan semula kedudukan ekonomi negara dalam usaha untuk mencapai negara maju. Dapat dilihat juga sektor pendidikan merupakan sektor yang menerima peruntukan yang terbesar iaitu sebanyak RM60.2 bilion atau 19.1% daripada keseluruhan perbelanjaan sejajar dengan sasaran kerajaan bagi mencapai pertumbuhan pendapatan yang lebih tinggi melalui pendidikan yang berkualiti pada setiap peringkat.

NORAMIRA BINTI HASSAN BASRI (246676)
Bajet 2019: Perumahan untuk semua

Di dalam perbentangan bajet 2019 yang lalu, Bank Negara akan memperuntukkan dana sebanyak RM1 billion bagi membiayai pembelian rumah pertama bagi golongan yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM2300. Bermula I januari 2019, kerajaan akan memperuntukkan dana bagi pembelian rumah mampu milik yang bernilai sehinggga RM150 000. Kadar pembiayaan terkurang sehingga 3.5 peratus tersedia di Ambank, CIMB Bank, Maybank, RHB Bank dan juga Bank Simpanan Nasional. Peminjam dapat mengurangkan jumlah bayaran ansuran bulanan dan juga lebih mudah untuk mendapatkan pembiayaan. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata dana itu disediakan untuk tempoh dua tahun atau sehingga peruntukan habis.

Pada pendapat saya, pihak kerajaan seharusnya memperbanyakkan lagi dana untuk golongan muda untuk memiliki rumah pertama. Kebanyakkan golongan muda mendapat gaji kurang daripada gaji minimum yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Selain itu, para graduan yang baru bekerja terpaksa berhempas pulas untuk membayar pinjaman pelajaran dan tidak mampu untuk membuat simpanan untuk membeli rumah pertama mereka. Pihak kerajaan seharusnya menawarkan rumah mampu milik yang harganya kurang daripada RM150 000 berdasarkan kemampuan mereka yang hendak memilik rumah pertama.

KANNAN A/L MOHAN (253902)
BAJET 2019: SEKTOR PENDIDIKAN

Pada 2 November yang lalu, Belanjawan 2019 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat yang memberi penekanan kepada sektor terpenting negara kita iaitu bidang pendidikan walaupun berhadapan dengan usaha untuk memulihkan ekonomi negara kita.  Sektor pendidikan merupakan antara sektor terpenting di negara kita dan wajar diberikan peruntukan yang lebih dan Bajet 2019 telah memberi peruntukan sebanyak RM 60.2 bilion atau 19.1% daripada keseluruhan perbelanjaan pada tahun hadapan bagi kerajaan Malaysia. Ini membuktikan kerajaan komited dalam membangunkan sektor pendidikan di negara kita dalam melahirkan modal insan kelas pertama yang seterusnya dapat merangsang ekonomi negara di masa hadapan.

Sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan untuk membaiki dan pembinaan semula sekolah-sekolah daif di seluruh negara yang memberi impak terutamanya kepada negeri Sabah dan Sarawak. Hal ini memberikan suatu kekurangan kepada 2 negeri itu kerana kebanyakan sekolah berada di kawasan pedalaman dan perlu kos yang lebih untuk dinaiktaraf dari segi pengangkutan dan perhubungan, maka dana RM100 juta adalah tidak mencukupi bagi membiayai hampir semua sekolag daif di Semenanjung dan Sabah&Sarawak. Impak terhadap sektor pendidikan yang dapat dirasakan oleh pelajar-pelajar ialah perkembangan mutu pendidikan dan tempat pembelajaran yang kondusif serta alat pembelajaran yang lengkap daripada bajet yang diperuntukkan ini.  Sesungguhnya, sektor pendidikan negara kita akan dapat dipacu lagi dengan peruntukan yang kian meningkat yang dapat meningkatkan kecekapan proses pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah selain memberi penekanan kepada sekolah-sekolah daif yang perlu dinaik taraf terutamanya di Sabah dan Sarawak.

SOFIAH HANI BINTI SAFIEN (254814
BAJET 2019:  SEKTOR  PERTAHANAN DAN KESELAMATAN

Bajet 2019 telah dibentangkan pada petang 2 November lalu dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 314.5 bilion.Bagi sektor Pertahanan dan Keselamatan, Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa bajet sebanyak RM5.9bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertahanan dan juga Kementerian Dalam Negeri. Melalui Bajet Malaysia yang telah dibentangkan ini, kita dapat lihat yang mana terdapat penurunan jumlah bajet yang diperuntukan bagi sektor ini sebanyak RM11.1bilion berbanding Bajet sebelumnya. Keutamaan Bajet telahpun difokuskan kepada sektor pendidikan, dan jumlah Bajet yang disediakan kepada sektor Pertahanan dan Keselamatan ini dikurangkan adalah untuk mengurangkan hutang negara berjumlah RM1 trilion untuk membawa ekonomi kembali ke landasan yang betul secara fiskal dalam masa tiga tahun. Mengikut pandangan saya, pengurangan bajet bagi sektor pertahanan ini akan menyebabkan isu keselamatan negara kurang terjamin kerana kurangnya dana bagi meningkatkan sistem pertahanan

NURUL NAFISAH BINTI CHE KHALIB (252920)
BAJET 2019 : SEKTOR PENDIDIKAN

Berdasarkan pembentangan bajet 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan iaitu Lim Guan Eng, saya tertarik dengan beberapa peruntukan yang diberikan oleh pihak kerajaan terutamanya dalam sektor pendidikan di mana saya lihat segala peruntukan yang diberikan oleh kerajaan akan memberikan impak yang postif kepada para pelajar di sekolah mahupun mahasiswa dan mahasiswi di Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta. Antara peruntukan yang diberikan oleh pihak kerajaan ialah Kementerian Pendidikan menerima peruntukan yang terbanyak berbanding sektor lain iaitu sebanyak RM 60.2 bilion atau 19.1 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan yang diperuntukan oleh kerajaan pada tahun 2019. Selain itu, peruntukan juga diberikan sebagai bantuan pendidikan berjumlah RM 2.9 bilion bagi membantu golongan yang miskin melalui pemberian bekalan makanan, buku teks dan bantuan wang secara tunai. Bantuan yang diberikan ini bukan sahaja dapat meringankan beban ibu bapa malah dapat dijadikan suntikan semangat kepada para pelajar untuk hadir ke sekolah dan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan dalam peperiksaan.

Di samping itu, kerajaan juga memberi peruntukan dengan menaikkan taraf dan menyelenggara semua sekolah menggunakan peruntukan sebanyak RM 652 juta. Justeru, dengan adanya peruntukan yang diberikan ini, pihak sekolah dapat menyediakan infrastruktur yang lebih selesa dan selamat kepada para pelajar agar mereka dapat menimba ilmu dengan lebih selesa serta selaras dengan perkembangan dunia teknologi masa kini. Selain daripada itu, kerajaan juga menyediakan peruntukan sebanyak RM 100 juta bagi tujuan pembinaan semula sekolah daif di seluruh negara.

SITI NASIHAH BINTI ROSIDI (253885)
BAJET 2019: SEKTOR PENDIDIKAN

Berdasarkan bajet 2019 yang telah dibentangkan pada 2 November, terdapat beberapa perkara yang menjadi perhatian contohnya dari aspek sektor pendidikan negara. Kementerian Pendidikan mendapat peruntukan berjumlah RM60.2 billion. Peruntukan bagi bantuan pendidikan berjumlah RM2.9 bilion adalah untuk membantu golongan yang miskin melalui bantuan bekalan makanan tambahan, buku teks dan juga wang. Peruntukan ini juga bertujuan untuk menaik taraf dan menyelenggara semua sekolah dengan peruntukan sebanyak RM652 juta. Peruntukan sebanyak RM100 juta bagi pembinaan semula sekolah daif di seluruh negara.

Sebanyak RM206 juta bakal diperuntukkan untuk membangun dan menyediakan program latihan di politeknik dan kolej komuniti. Aktiviti penyelidikan di IPT bakal diperkasakan dengan peruntukan RM400 juta.  Kerajaan juga akan meneruskan pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran dengan peruntukan RM3.8 bilion di mana RM2 bilion diperuntukan khusus kepada pelajar Bumiputera tajaan pihak MARA.

SHAIERA BINTI SALIM (256939)
BAJET 2019 : SEKTOR PENDIDIKAN

berdasarkan bajet 2019 yang  telah dibentangkan pada 2 November lalu, Lim Guen Eng menteri kewangan telah memberi penekanan bahawa sektor terpenting di negara malaysia ialah sektor pendidikan. walaupun perlbagai usaha yang telah dilakukan untuk memulihkan ekonomi negara, namun untuk sektor pendidikan tetap diutamakan dan perlu diberikan peruntukan yang lebih iaitu sebanyak RM60.2 bilion atau 19.1% daripada keseluruhan perbelanjaan pada tahun hadapan. hal ini menunjukkan dengan kerajaan perlu memberikan keutamaan kepada para mahasiswa dan mahasiswi supaya mereka sentiasa berusaha untuk mendapatkan kelas pertama di dalam pembelajaran dan juga mampu melahirkan modal insan yang berjaya di negara ini hingga mampu memberikan menaikkan ekonomi negara di masa hadapan.

seterusnya, kerajaan turut perlu memberi peruntukan bagi menaik taraf dan menyelenggara semua sekolah dengan menggunakan peruntukan sebanyak RM652 juta, hal ini kerana, dengan adanya peruntukan tersebut, pihak sekolah mampu menyediakan infrastruktur yang lebih cekap dan selamat kepada para pelajar di setiap sekolah.

AIDIL NAIM BIN NOH (253309)
BAJET 2019:  SEKTOR  PERTAHANAN DAN KESELAMATAN

Bajet 2019 telah dibentangkan pada petang 2 November lalu dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 314.5 bilion.Bagi sektor Pertahanan dan Keselamatan, Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa bajet sebanyak RM5.9bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertahanan dan juga Kementerian Dalam Negeri. Melalui Bajet Malaysia yang telah dibentangkan ini, kita dapat lihat yang mana terdapat penurunan jumlah bajet yang diperuntukan bagi sektor ini sebanyak RM11.1bilion berbanding Bajet sebelumnya. Keutamaan Bajet telahpun difokuskan kepada sektor pendidikan, dan jumlah Bajet yang disediakan kepada sektor Pertahanan dan Keselamatan ini dikurangkan adalah untuk mengurangkan hutang negara berjumlah RM1 trilion untuk membawa ekonomi kembali ke landasan yang betul secara fiskal dalam masa tiga tahun. Mengikut pandangan saya, pengurangan bajet bagi sektor pertahanan ini akan menyebabkan isu keselamatan negara kurang terjamin kerana kurangnya dana bagi meningkatkan sistem pertahanan