My artistic stream by Najihah Rafi

NAJIHAH BINTI MOHD RAFI
NO. MATRIC: 135777
TITAS
AKTIVITI 4.1 (Padlet)
TAMADUN ISLAM
Padlet: https://padlet.com/najihahrafi96_jia/uboeu2hnly5m

Batu Bersurat Terengganu sangat berhubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam kerana penemuan Batu Bersurat ini mengandungi catatan mengenai undang-undang Islam yang dilaksanakan di Terengganu ketika itu. Catatan membuktikan pengisytiharan Islam sebagai agama rasmi disertakan dengan pelaksanaan undang-undang Islam pada 1303M (Rahimin Affandi, et all; 2010). Perkara ini termasuk konsep Tauhid Uluhiyyah iaitu mengesakan Allah. Di samping itu, ilmu usul al-fiqh yang digunapakai di dalam aspek perundangan Islam digambarkan jelas dalam penulisan Batu Bersurat Terengganu.

Gambar 1: Batu Bersurat Terengganu

Retrieved from: http://trg3m-batu-bersurat-trg.blogspot.my/

Penemuan Batu Bersurat membuktikan berlakunya perkembangan Islam di Nusantara. Islam berkembang bersama-sama dengan Kerajaan Melaka (Sohaimi Abdul Aziz, 1960). Agama Islam mula bertapak di Nusantara sejak abad ke 10 Masihi dengan perkembangan pusat perdagangan antarabangsa. Kedatangan pedagang Islam dari Arab dan India yang menyebarkan agama Islam melalui kegiatan berdakwah sambil berdagang telah menarik minat masyarakat. Sifat agama Islam yang menyeluruh juga turut mendapat tumpuan daripada golongan rakyat, istana dan pemerintah. Selain daripada itu, perkahwinan Diraja telah membantu memudahkan penyebaran agama Islam negeri-negeri di Nusantara. Penaklukan negeri-negeri juga memperlihatkan perkembangan agama Islam apabila raja memeluk Islam secara sukarela diikuti oleh rakyat jelata misalnya di Kelantan, Pahang, Rokan dan Inderagiri.

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar yang dilakukan oleh pemerintah Empayar Melaka ialah dengan menjalinkan persahabatan dengan kerajaan Siam bagi mengelakkan berlakunya serangan daripada kuasa besar tersebut. Seterusnya menjalinkan hubungan Melaka-China demi kepentingan Melaka. Hubungan dengan negara China diperkuat lagi dengan perkahwinan antara Sultan Mansur Syah dengan Puteri Hang Li Po, anak Maharaja China. Seterusnya, Melaka juga mengadakan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Islam seperti India, Gujerat, Makkah dan Turki.

References:

1. Rahimin Affandi Abd Rahim, et all. (2010). Batu Bersurat Terengganu: Satu Tafsiran Terhadap Pelaksanaan Syariah Islam. Journal of Fiqh, No. 7. pp 124-130.
2. Sohaimi Abdul Aziz (1960). Dasyatnya Kesusasteraan Memerihalkan Kehidupan. Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2014. ISBN 978-983-861-639-3 (Print).