Diri Saya by Mahavithia Vivi

Salam perkenalan semua Nama saya mahavithia A/P Arumugam. Walaubagaimana pun, ramai orang lebih gemar untuk memanggil saya dengan panggilan Vithia atau Vivi. Saya merupakan anak kelahiran negeri Perak Darul Rizuan. Saya dilahirkan di Hospital Kuala Kangsar dan saya berasal dari Sungai Siput, Perak. Namun demikian, kini saya tinggal di Ipoh Perak bersama kakak sepupu saya sejak beliau mendirikan rumah tangga di Ipoh. Saya dijaga oleh kakak sepupu saya sejak kecil lagi iaitu sejak ibu meninggal dunia. Saya memperolehi pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pendidikan khas Alma, Pulau Pinang dari tahun 4 hingga tahun 6. Kemudian, saya menyambung pendidikan menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Alma Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pada tingkatan 4 saya berhijrah ke Sekolah Menengah Pendidikan Setapak di Kuala Lumpur sehingga tamat tingkatan 5. Selepas itu, saya menyambung pengajian di tingkatan 6 satu semesta di Sekolah Menengah ST. George di Pulau Pinang dan pada semesta kedua dan ketiga saya berpindah ke Ipoh dan bersekolah di Kolej Tingkatan 6 di Fair Park Kampung Kepayang Ipoh Perak. Akhir sekali, dengan izin tuhan saya dapat menjejakan kaki ke menara gading iaitu saya dapat menyambung pengajian tinggi di USM dalam bidang Sarjana Muda Sastera. Ayah saya bernama Arumugam a/l mariapan. Beliau merupakan seorang pekerja tukang pada suatu ketika dahulu. Namun, takdir menentukan ayah saya menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 2007 iaitu pada ketika itu saya berusia 12 tahun. Ibu saya pula bernama Sitha Lachumi A/P Wayapuri. Beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan beliau juga telah menghembuskan nafas terakhirnya ketika saya masih kecil iaitu saya berusia lima tahun. Ayah dan ibu saya masing-masing merupakan anak kelahiran negeri Perak. Saya merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik. Kakak saya sudah mendirikan rumah tangga dan kini menetap di Sungai Siput Perak. Saya mempunyai dua adik kembar lelaki yang masing-masing kini berumur 20 tahun dan sedang berkhidmat di Singapura. Saya merupakan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) yang menghadapi masalah penghilatan , manakala adik-beradik saya yang lain semuanya sempurna. Akhir sekali, saya sedang mencari dan memperolehi seberapa banyak ilmu bagi menjadikan sumber utama untuk saya gunakan selepas saya tamat pengajian di USM dan di alam pekerjaan kelak.