Tamadun Islam by sitti rohanah abdul

Hubung kait dengan Undang-undang syariah islam
Undang-undang syariah ialah undang-undang yang berdasarkan al-Quran dan sunah nabi Muhammad S.A.W.

Batu bersurat Terengganu bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah dan menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang dan dijalankan bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri.

Pada zaman kesultanan Melayu, undang-undang yang dilaksanakan oleh institusi keadilan ialah undang-undang islam dalam segala aspek walapun institusi keadilan tidak dinamakan sebagai mahkamah syariah. Pelaksanaan undang-undang Islam dan kehakiman Syariah di negara ini telah dimulakan pada abad ke 14.

Kerajaan Melayu Melaka, misalnya mempunyai undang-undang awam dan jenayahnya sendiri berdasarkan undang-undang syariah dan undang-undang adat iaitu Hukum Kanun Melaka yang digubal oleh Sultan Alaudin Riayat Syah.

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Penemuan batu bersurat di Terengganu telah membuktikan Kuala Berang adalah pelabuhan yang dikunjungi oleh pedagang-pedagang Islam dari luar. Sejarah geopolitik masyarakat kawasan Timur Laut yang merangkumi tamadun kerajaan dan negara kota yang lama dan terkenal, seperti empayar Champa, China, Terengganu dan Kelantan. Bagi kedudukan geografi dan aktiviti ekonomi, kawasan wilayah timur laut ini yang berada di kawasan Laut China Selatan menjadi jalan pedagangan terpenting yang telah menghubungkan dunia barat dan timur dengan luasnya. Batu Bersurat Terengganu secara terang-terangan membuktikan bahawa Terengganu sebagai tempat terawal di Tanah Melayu yang menerima dan mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara sekitar melalui perdagangan.

Sejarah perkembangan islam di Nusantara
Perkembangan islam di Nusantara telah berkembang melalui beberapa faktor,antaranya adalah melalui kegiatan pelayaran. Sebagai contoh, di Indonesia mereka melakukan hubungan diplomatik dengan pedagang dari Arab, Gujarat dan beberapa lagi negara islam yang lain kerana kedudukan geografi Indonesia yang strategik, manakala pedagang Arab pula berpegang pada konsep inginmenyebarkan agama islam di seluruh dunia. Pedagang Arab telah menyebarkan agama islam di nusantara melalui pendidikan melalui al-Quran dan as-Sunah.

Selain itu, islam turut berkembang di Nusantara disebabkan kegiatan dari pedagang yang berlayar dari Arab dan negara islam yang lain yang membawa seni bina masjid, perkembangan senjata api dan juga hasil tulisan jawi yang kekal sehinggan sekarang.

Perkembangan islam juga telah tersebar apabila pedagang-pedagang luar berkahwin dengan penduduk di Nusantara kerana dengan secara tidak langsung isteri dan anak mereka dapat memeluk islam. Hal ini juga kerana sifat keterbukaan masyarakat penduduk Nusantara yang menerima baik agama islam yang dibawa oleh pedagang Arab.

Tamadun islam