Ulasan 20.04.2021 by MOHAMAD JALIL BIN MOHAMAD YUNUS -

Joann
Usaha bagi memartabatkan bahasa terutamanya Bahasa Melayu merupakan salah satu agenda setiap sekolah. Sekolah saya iaitu Sekolah Seri Sentosa telah mengadakan Minggu Bahasa Kebangsaan untuk memupuk minat murid-murid dalam bahasa Malaysia. Antara acara yang diadakan ialah pertandingan bercerita,mendeklamasikan sajak dan berbalas pantun. Murid-murid digalakkan menggunakan Bahasa Malaysia sempena pertandingan tersebut.Pertandingan sebegini dapat memperkukuhkan bahasa yang digunakan oleh murid-murid sekali gus mencungkil bakat mereka dalam bidang kesusasteraan. Persembahan drama pentas juga diadakan untuk mengingatkan murid-murid betapa pentingnya Bahasa Malaysia kepada negara kita.Justeru itu, para pelajar haruslah menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan sempena Minggu Bahasa Kebangsaan bagi memperkukuh cinta akan bangsa Malaysia.
( 102 patah perkataan)

KIRTIKA
Usaha memartabatkan bahasa kebangsaan menjadi salah satu agenda setiap sekolah.Begitu juga Sekolah Seri Sentosa menganjurkan minggu bahasa kebangsaan.Acara yang akan diadakan pada minggu bahasa kebangsaan ialah sudut pidato dalam Bahasa Melayu.Dengan ini,murid-murid dapat memperkukuh jati diri dan citra bangsa Malaysia.Selain itu, pertandingan bercerita, mendeklamasikan sajak dan berbalas pantun turut diadakan supaya dapat menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.Di samping itu, pertandingan menulis cerpen dan esei pendek dapat meluaskan perbendaharan kata.Akhirnya,persembahan drama pentas juga diadakan sempena minggu bahasa kebangsaan supaya murid murid dapat menunjukkan bakat yang terpedam dalam diri mereka.
(105 patah perkataan)

NAMA
ULASAN 2
JAWAPAN:

Denitha Annanthan
Usaha memartabatkan bahasa kebangsaan menjadi salah satu agenda setiap sekolah. Acara minggu bahasa kebangsaan yang diadakan di sekolah Seri Sentosa ialah sudut pidato dalam bahasa Melayu. Dengan mengambil bahagian dalam aktiviti ini murid-murid dapat memperbaiki bahasa Melayu dan mengetahui lebih banyak mengenai bahasa Melayu.Selain itu, terdapat juga pertandingan bercerita, mendeklamasi sajak dan berbalas pantu. Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat memperluaskan pengetahuan murid-murid mengenai kegunaan bahasa melayu yang betul dan juga mengenai penggunaan bahasa Melayu yang betul.  . Seterusnya, terdapat juga pertandingan menulis cerpen dan esei pendek. Aktiviti ini pula dapat menguji cara penulisan pelajar. Akhir sekali, terdapat juga persembahan drama pentas yang menguji keberanian pelajar.

(96 pp)

MITHRAN
Usaha memartabatkan bahasa kebangsaan malaysia merupakan salah satu kewajiban  bagi setiap sekolah kerajaan.Antara usaha yang diambil ialah sudut pidato dalam bahasa melayu.Hal ini dapat membaiki percakapan bahasa Melayu untuk semua pelajar yang mengambil alih.Selain itu,pertandingan bercerita,mendeklamasikan sajak dan berbalas pantun juga turut diadakan .Perkara ini dapat membantu mereka untuk mencapai tahap 6 dalam subjek bahasa Melayu.Seterusnya, sekolah juga menganjurkan pertandingan menulis cerpen dan esei pendek.Hal ini supaya pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek bahasa melayu penulisan.Kesimpulannya,kita harus mempelajari bahasa melayu apabila belajar Di sekolah supaya lebih senang untuk berkomunikasi dengan masyarakat di Malaysia(93 patah perkataan)

VIKASNI
Salah satu memartabatkan bahasa kebangsaan ialah mengadakan minggu bahasa kebangsaan seperti di sekolah seri sentosa. Di sekolah seri sentosa, guru-guru telah menggalakkan para pelajar berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu dengan betul ketika berada di sekolah. Para pelajar perlu bersama-sama menjayakan Kempen Dekad Bahasa Kebangsaan di sekolah. Selain itu terdapat pelbagai acara yang para pelajar boleh melibatkan diri tersebut. Antaranya,sudut pidato dalam bahasa Melayu, pertandingan bercerita, mendeklamasikan sajak, pertandingan menulis dan esei pendek. Selain itu, para pelajar juga boleh  terlibat dalam berbalas pantun dan persembahan drama pantas. Kesimpulannya, para pelajar perlu menyertai pertandingan seperti ini supaya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan tentang bahasa Melayu.

JASPER
Minggu Bahasa Kebangsaan yang diadakan pada setiap tahun itu akan dianjurkan oleh semua sekolah di Malaysia. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah dalam usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Antaranya ialah pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai pertandingan seperti sudut pidato, pertandingan bercerita, mendeklamasikan sajak, dan berbalas pantun. Dengan mengadakan program seperti ini, murid murid dapat memperbaiki bahasa dan kemahirannya. Selain itu,  pihak sekolah juga perlu mengenakan denda terhadap murid yang tidak mematuhi percakapan Bahasa Melayu ketika berada dalam kelas BM. Oleh itu , dengan cara ini murid dapat memperbaiki dan seterusnya meningkatkan perbendaharaan kata murid.(99 patah perkataan)

ALVIN
Usaha memartabatkan bahasa kebangsaan menjadi salah satu agenda setiap sekolah. Sekolah Seri Sentosa telah mengadakan Minggu Bahasa Kebangsaan. Terdapat pelbagai acara yang diadakan sempena Minggu Bahasa Kebangsaan. Antaranya pertandingan berpidato yang diadakan untuk meningkatkan kefasihan pelajar dalam Bahasa Melayu. Selain itu, pertandingan bercerita juga diadakan untuk menarik minat murid-murid. Seterusnya, pihak sekolah juga boleh mengadakan pertandingan menulis cerpen untuk mengaplikasikan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. Akhir sekali, Kita juga boleh membuat persembahan drama pentas untuk menunjukkan keindahan Bahasa Kebangsaan. Sesungguhnya, Kita perlu berusaha memartabatkan bahasa kebangsaan kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

95 patah perkataan

KIRTIKA (ULASAN 2)
Kepentingan sektor pertanian terhadap masyarakat ialah dapat memenuhi keperluan makanan Dalam negara.Sebagai contohnya ialah,kita dapat membekalkan bekalan makanan tempatan secara  domestik dan tidak bergantung kepada industri import.Selain itu,dapat membuka peluang pekerjaan untuk golongan masyarakat yang tidak bekerja sebagai petani,pemborong dan sebagainya.Akhir sekali,sektor pertanian dapat menjadi Sumner pendapatan kepada sesebuah negara.Apabila hasil pertanian dijualkan kepada negara luar maka pendapatan negara Kita akan bertambah.
(96 patah perkataan)

JASPER
Negara kita menjadi pengeluar hasil pertanian terutamanya kelapa sawit dan getah yang terbanyak di dunia. Oleh itu, terdapat pelbagai kepentingan sektor pertanian kepada negara kita. Antaranya, kita dapat memenuhi keperluan makanan dalam negara. Oleh itu, kita tidak akan bergantung kepada bekalan makanan dari luar negara dan mengelakkan daripada berlakunya kebuluran. Selain itu, sektor pertanian juga dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan yang kehilangan pekerjaan. Di samping itu,  sektor pertanian juga menjadi sumber pendapatan untuk menyara hidup keluarga terutamanya kanak-kanak.Dengan itu, ia dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat yang miskin. Kesimpulannya, sektor pertanian mempunyai pelbagai peranan yang penting terutamanya dalam bidang ekonomi.   (93 patah perkataan)

Denitha Annanthan (Ulasan 2)
Sektor pertanian sebuah negara memberi impak yang besar kepada sesebuah negara. Antara kepentingan sektor pertanian negara ialah memenuhi keperluan makanan dalam negara.Sektor pertanian merupakan pembekal utama bagi makanan seseorangan kerana beras dihasilkan di sektor pertanian.Hasil pertanian dapat dijual kepada pemborong, di pasar tani, atau diproses menjadi pelbagai produk makanan Selain itu, sektor pertanian juga membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat. Kebanyakan pelajar tidak memilih sektor pertanian pada masa ini tetapi pertanian juga dapat memberi masa depan yang cerah. Akhir sekali, sektor pertanian dapat menjadi sumber pandapatan kepada sesebuah negara. Hasil pertanian boleh dijual kepada negara luar dan pendapatan negara kita akan bertambah

(101 pp)

ALVIN ( Ulasan 2 )
Pertanian merupakan salah satu sektor yang meningkatkan ekonomi negara. Terdapat beberapa kepentingan yang diperolehi daripada sektor pertanian negara. Antaranya ialah memenuhi keperluan makanan dalam negara kerana negara kita kaya dengan hasil bumi dan alam. Selain itu, sektor pertanian negara juga dapat membuka peluang pekerjaan untuk menolong golongan masyarakat untuk mendapatkan pendapatan yang tetap. Seterusnya, hasil pertanian dapat dijual kepada pemborong untuk diimport ke luar negara. Akhir sekali, sektor pertanian negara juga dapat menampilkan bahawa hasil pertanian negara setaraf dengan hasil pertanian di luar negara. Kesimpulannya, sektor pertanian negara memberi banyak manfaat kepada masyarakat setempat.

97 patah perkataan

Vikasni (Ulasan 2)
Sektor pertanian memainkan peranan yang penting dalam sesebuah negara. Terdapat
pelbagai kepentingan terhadap sektor pertanian dalam sesebuah negara. Antaranya ialah sektor pertanian dapat memenuhi keperluan makanan dalam negara. Hal ini kerana kita dapat makanan yang sihat tanpa campuran bahan kimia. Selain itu, sektor pertanian boleh membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat yang terdapat kesusahan mencari kerja dalam sesebuah negara. Sekiranya terdapat pelbagai kerja buka dalam sektor pertanian, kita dapat sokong keluarga kita. Seterusnya sektor pertanian dapat memberi sumber pendapatan kepada pekerja. Hal ini kerana, dengan sumber pendapatan dapat sokong pekerja dalam membeli barangan keperluan seharian. Kesimpulannya, sektor pertanian telah memberi pelbagai kepentingan kepada kita.
94 patah perkataan...

FATINI ( ulasan 2 )
sektor pertanian merupakan sektor ekonomi yang sangat penting dari segi ekonomi. Antara kepentingan sektor pertanian dari segi ekonomi ialah dapat memenuhi keperluan makanan dalam negara Malaysia. Hasil pertanian dapat dijadikan sebagai produk. Sebagai contoh seperti serbuk koko, mentega & susu. Selain itu, bidang ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak kerana pekerjaan ini memerlukan pekerja yang ramai. Akhir sekali,sumber pendapatan mereka dapat membantu ekonomi negara kita. Sektor pertanian di Malaysia berfungsi sebagai pembekal sumber makanan kepada seluruh masyarakat di Malaysia. Dengan adanya sektor pertanian, industri ini akan lebih maju pada masa akan datang. 92 patah perkataan

JASPER
Ulasan ke: 3

Pengurusan kewangan amat penting dalam kehidupan kita. Kita akan rugi apabila kita tidak mengambil berat tentang pengurusan kewangan. Antaranya, kita hendaklah merancang perbelanjaan seharian kita dengan bijak. Apabila kita bijak merancang perbelanjaan kita, kita akan mengelakkan pembaziran wang dan hutang dengan orang lain. Selain itu, kita juga perlulah menyimpan sebahagian wang yang telah dibelanjakan di dalam bank untuk kegunaan pada masa depan atau kecemasan. Akhir sekali, kita hendaklah berhemah ketika berbelanja seperti berdisiplin ketika berbelanja dan tidak mempunyai sikap boros. Kesimpulannya, pengguna haruslah bijak berfikir sebelum berbelanja agar tidak akan menyesal kemudian seperti bak kata pepatah “ sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua ”.         (107 patah perkataan)

Joann
Pengurusan kewangan merupakan perkara yang amat penting dalam aktivit harian kita. Tanpa pengurusan kewangan yang betul kita boleh menjadi seorang yang gulung tikar.Pertamanya,kita haruslah bijak merancang perbelanjaan. Jika pengurusankewangan tidak dirancang,maka akan terjadilah banyak kesilapan,pembazian,hutang lapuk,tidak stabil dan selalu tidak mencukupi.Hal ini banyak terjadi kepada individu yang selalu berbelanja dengan cara yang tidak bersistem.Selain itu,kita hendaklah menyimpan sebahagian wang untuk kegunaan masa hadapan. Akhir sekali, kita perlulah berhemah semasa berbelanja kerana  kita dapat mengelakkan pembaziran wang.Justeru itu, kita haruslah sentiasa berusaha menguruskan wang dengan baik dan bijak agar dapat hidup dengan selesa dan gembira.
-I dont know how to change colour but its pink(ulasan 3)-

Vikasni (Ulasan 3)
Pengurusan kewangan memainkan peranan yang penting dalam seseorang individu. Terdapat pelbagai faedah dalam pengurusan kewangan. Antaranya ialah dalam pengurusan kewangan dapat seseorang individu bijak merancang perbelanjaan. Hal ini kerana seseorang individu dapat merancang perbelanjaan sendiri dengan tepat tanpa membazirkan duit. Selain itu, seseorang individu dapat menyimpan wang dalam pengurusan kewangan. Contohnya, sekiranya terdapat kecemasan, seseorang individu boleh mengeluarkan sebahagian duit yang disimpan dan boleh digunakan dengan selamat. Seterusnya, pengurusan kewangan dapat seseorang individu berhemah ketika berbelanja. Hal ini dapat melahirkan seseorang individu berdisiplin dan cekap dalam menggunakan wang apabila berbelanja. Kesimpulannya, seseorang individu dapat pelbagai faedah dalam pengurusan kewangan dan dapat melahirkan pengguna wang yang terbaik.