Julie LMCR1052PBJJ by

Bermula Sebuah Ceritera
Semoga Sentiasa dirahmati

PEMBANGUNAN DIRI
NAMA PENSYARAH:                 PUAN FATIN HAZWANI BINTI SIRAN

NAMA PELAJAR:                         JULIYANA BINTI HERMAN (GB03538)

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASA MELAYU

SEMESTER 3 (2018/2019)

FAKULTI SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN (FSSK) UKM, BANGI

KOMUNIKASI BERKESAN
Komunikasi Berkesan di Sekolah

Menurut Wan Izuddin (1991)  komunikasi  berkesan bergantung kepada tiga komponen iaitu:

(1)       Pemberi mesej dapat menyampaikan mesej dengan jelas dan baik,

(2)       Media yang digunakan untuk menyampaikan mesej tidak menjejaskan mesej  yang  disampaikan dan

(3)       Penerima mesej dapat menerima mesej sebagaimana disampaikan, dapat memproses mesej dan memberi respon yang sewajarnya.

Namun begitu dalam konteks pengurusan sekolah pula, komunikasi berkesan bermakna  guru-guru akan terlibat sama dalam membuat keputusan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti sekolah (Ariffin dan Robiah, 2002).   Amalan komunikasi berkesan di sekolah mampu menimbulkan hasil seperti yang diharapkan oleh penyampai maklumat dan seterusnya membawa perubahan kepada organisasi sekolah. Dalam hal ini penyampai adalah guru besar atau pengetua, dan penerimanya adalah subordinat iaitu guru-guru, staf sokongan dan murid-murid yang terdapat di sesebuah sekolah. Perubahan pula bermaksud seluruh warga sekolah berupaya melaksanakan tindakan yang sepatutnya mereka laksanakan akibat daripada maklumat yang disampaikan oleh puncanya.

Selanjutnya, kebolehan berkomunikasi secara  berkesan merupakan satu kemahiran (Al. Ramaiah, 1999). Kemahiran ini pula bergantung kepada:

(1)       Keupayaan mengenal pasti serta mengawal halangan komunikasi dan

(2)       Kebolehan menggalakkan aliran maklumat daripada penyampai kepada penerima.

Chek Mat (2007)  merumuskan bahawa terdapat beberapa kemahiran yang penting dalam proses komunikasi berkesan iaitu:

(1) Kemahiran mendengar  merupakan aspek terpenting dalam proses
interaksi komunikasi kerana ia berperanan sebagai cara untuk         mendapatkan penjelasan daripada  subordinat   diteliti untuk fahami           perasaan dan mesej yang disampaikan. Ini membawa kepada rasa
dihargai,

(2) Kemahiran menerhati pengucapan lisan dan bukan lisan dapat
mewujudkan rasa selesa dan  diterima dalam kalangan subordinat,

(3) Kemahiran menyoal berguna untuk mendapatkan maklumat serta fakta,
juga memastikan wujud suasana kondusif, selamat dan berterus terang,

(4) Kemahiran mentafsir  di mana pemimpin mesti mempunyai dan
menguasai data terkini dan tidak bergantung pada satu sumber sahaja,

(5) Kemahiran memujuk memperlihatkan kesaksamaan, persaudaraan, menghargai, kepakaran dan mempamerkan prestij sebagai pemimpin melalui persembahan terbaik

Kebolehan guru besar atau pengetua menyampaikan maklumat dengan berkesan serta tidak mengelirukan akan membangkitkan dorongan bekerja yang tinggi, mampu mengelakkan konflik dan salah faham serta membangkitkan perasaan saling mempercayai antara satu sama lain. Guru dan staf sokongan pasti jelas dengan peranan dan tugas yang perlu dilaksanakan oleh mereka  secara individu atau berkumpulan. Mereka juga akan dapat berinteraksi dengan sangat baik antara satu sama lain kerana maklumat yang disalurkan adalah maklumat yang sama, tepat dan jelas. Kajian  Ariffin dan Robiah (2002) ke atas pengetua dan guru-guru di daerah Hulu Langat Selangor mendapati terdapat empat bentuk komunikasi yang kerap diamalkan oleh pengetua iaitu penerangan kerja, maklum balas, ekspresi positif dan penglibatan. Pola amalan komunikasi sedemikian memberi impak yang positif kepada guru kerana unsur tekanan tidak wujud terhadap guru. Pengetua terlebih dahulu memberi penerangan berhubung apa yang perlu guru lakukan, memberitahu apabila berpuas hati dengan tugas yang dijalankan, berbual mesra dengan mereka dan selalu mempertimbangkan pendapat guru. Reaksi positif dalam komunikasi ini mampu membentuk pasukan kerja yang dinamik dalam usaha sekolah mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh guru besar atau pengetuanya. Pasukan kerja yang dinamik ini merupakan pasukan kerja yang mempunyai tenaga dan kekuatan serta mampu membuat penyesuaian dalam usaha memajukan sekolah. Pasukan kerja yang dinamik ini boleh didefinisikan sebagai satu pasukan yang bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian, pembaharuan dan kemajuan.

Pelaksanaan Elemen Komunikasi Berkesan bagi Membentuk pasukan Kerja yang Dinamik

Merujuk kepada usaha melaksanakan elemen berkomunikasi berkesan bagi membentuk pasukan kerja yang dinamik, sebanyak 10 cara boleh digunakan oleh guru besar atau pengetua iaitu:

(1)   Menangani gangguan komunikasi,

(2)   Menggunakan teknologi terkini,

(3)   Melibatkan pengurus atasan,

(4)   Pertemuan secara tidak rasmi,

(5)   Menggunakan perantara atau orang ketiga,

(6)   Kebebasan mengemukakan pandangan,

(7)   Menstruktur semula organisasi,

(8)   Menambah baik hubungan interpersonal,

(9)   Memperbaiki saluran komunikasi tidak rasmi dan

(10) Menetapkan polisi dan prosedur.

1.       Menangani Gangguan Komunikasi

Salah satu masalah utama yang dihadapi dalam menerapkan komunikasi berkesan di sekolah adalah gangguan komunikasi. Gangguan dalam komunikasi adalah perkara yang mengganggu dan menghalang keberkesanan komunikasi, yang mengakibatkan maklumat yang diterima  tidak tepat atau disalah tafsir. Menurut Abdullah dan Ainon (2005) terdapat dua jenis gangguan iaitu gangguan teknikal dan gangguan makna. Gangguan teknikal ialah faktor-faktor yang dapat menyebabkan pendengar tersalah faham ataupun tidak faham sama sekali mesej yang didengarnya. Contohnya adalah seperti penutur bercakap gagap atau terdapat bunyi-bunyi bising yang lain.  Gangguan makna atau juga disebut sebagai gangguan semantik pula berlaku apabila si pendengar dan sipenutur tidak sama sependapat berkenaan makna yang dimaksudkan. Contohnya adalah seperti orang Kedah dan orang Terengganu mempunyai maksud yang berbeza apabila menggunakan perkataan ‘segan’.

Namun begitu menurut Ab. Aziz (2003), gangguan komunikasi ini boleh dikaitkan dengan faktor jarak, masa, bahasa, sistem dan peraturan yang wujud di sekolah semasa komunikasi dilaksanakan.  Oleh itu, pentadbir sekolah seharusnya dapat berhubungan dengan subordinatnya secara langsung seperti dalam mesyuarat sekolah dalam usaha mengatasi masalah berkaitan faktor jarak semasa proses berkomunikasi. Semakin jauh jarak semasa berkomunikasi maka semakin banyaklah maklumat akan menjadi kabur atau hilang, maka adalah sangat penting kepada pentadbir untuk berada hampir dengan subordinatnya semasa berkomunikasi. Pentadbir juga perlu menentukan masa paling sesuai untuk menyampaikan maklumat seperti mengambil masa perjumpaan selama lima minit selepas setiap perhimpunan pagi bagi menyampaikan maklumat kepada subordinatnya.

Penggunaan bahasa yang seragam dan mudah difahami semasa menyampaikan maklumat akan membantu pentadbir menambahkan keberkesanan komunikasinya. Dalam hal ini penggunaan Bahasa Melayu rasmi yang standardseharusnya ditekankan dalam usaha menyeragamkan penggunaannya di seluruh sekolah di Malaysia. Sistem dan peraturan yang digunakan di sekolah seharusnya menyokong penyampaian ketiga-tiga bentuk komunikasi iaitu secara lisan, bertulis dan bukan lisan. Oleh itu, pentadbir sekolah seharusnya mewujudkan ruang dan peluang untuk subordinatnya mengemukakan maklumat secara lisan, bertulis dan bukan lisan. Sebagai contoh, subordinat di sekolah seharusnya bebas mengemukakan maklumat secara perbualan terus (lisan) atau melalui surat rasmi (bertulis). Peraturan yang khusus dalam mengemukakan maklumat tersebut seharusnya ditekankan oleh pentadbir sekolah di dalam mesyuarat guru atau surat pemberitahuan kepada semua subordinatnya.

Kesimpulannya faktor jarak, masa, bahasa, sistem dan peraturan yang wujud di sekolah seharusnya diteliti oleh pentadbir sekolah dalam usaha mewujudkan komunikasi berkesan. Jika gangguan di atas dapat ditangani dengan baik, subordinat di sekolah tidak akan kabur dan tidak akan keliru dengan maklumat yang disampaikan. Hal ini akan dapat mewujudkan keseragaman dalam kefahaman terhadap maklumat yang disampaikan. Justeru itu mereka akan dapat bekerjasama membentuk pasukan kerja yang dinamik kerana semua tindakan yang dilaksanakan adalah berasaskan kepada kefahaman yang sama.

2.       Menggunakan Teknologi Terkini

Komunikasi berkesan bukan sahaja perlu memindahkan maklumat yang difahami dengan tepat dan jelas, tetapi mestilah cepat serta pantas. Penggunaan telefon, mesin faks, khidmat pesanan ringkas (Short Messages Service – SMS) dan mel elektronik (e-mel) di sekolah mampu membantu pentadbir menyampaikan maklumat dengan lebih pantas. Semakin singkat masa yang digunakan untuk menyampaikan maklumat, semakin baik kesannya. Ini adalah kerana masa selebihnya boleh digunakan untuk penumpuan kepada kerja-kerja pelaksanaan sesuatu tindakan yang berpunca daripada maklumat tersebut. Tegasnya di sini, masa lebihan dapat digunakan oleh kumpulan subordinat menjalankan aktiviti seperti yang dikehendaki oleh maklumat yang disampaikan oleh pentadbir. Secara langsung, situasi ini akan membantu mewujudkan kerjasama antara individu yang lebih progresif kerana mereka bertindak ke atas maklumat yang sama. Dengan itu, pasukan kerja yang dinamik dapat dibentuk oleh pihak pentadbir sekolah.

Keadaan sekolah yang mempunyai kawasan yang sangat luas di mana kedudukan guru amat terserak, sistem pembesar suara yang sesuai, persidangan audio, persidangan komputer dan telesidang boleh digunakan. Namun demikian, faktor kemudahan infrastruktur perlu diberi tumpuan terlebih dahulu kerana sistem pembesar suara, penggunaan persidangan audio, persidangan komputer dan telesidang memerlukan perbelanjaan yang agak mahal. Teknologi yang terkini seperti ini sememangnya dapat meningkatkan tahap keberkesanan komunikasi di sekolah. Menyedari kepentingan ini, adalah menjadi tanggungjawab pihak pentadbir agar dapat memikirkan tentang keperluan dan kebaikan penggunaan terknologi sebegini dalam mewujudkan impak komunikasi kepada seluruh warga sekolah..

Kesimpulannya di sini , penggunaan teknologi terkini ternyata  menjadikan komunikasi lebih berkesan kerana maklumat dapat disampaikan secara pantas dan tepat. Ketirisan maklumat dapat dikurangkan jika pihak pentadbir dapat menggunakan teknolgi tersebut. Kemampuan sekolah menggunakan peralatan berteknologi terkini sudah pasti mampu menghasilkan kumpulan kerja yang dinamik di sekolah mereka. Hal ini sudah pasti dapat melahirkan sekolah yang bertindak selari dengan hasrat misi dan visi yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir.

3.       Melibatkan Pengurus Atasan

Semasa proses komunikasi dilaksanakan, pentadbir sekolah perlu sedar bahawa beliaulah merupakan seorang pengurus atasan yang berpengaruh dan memainkan peranan paling penting dalam proses tersebut. Kajian mendapati manusia  suka dan mudah terpengaruh oleh kata-kata, percakapan dan perbualan individu-individu yang sudah berjaya (Abdullah dan Ainon, 2005). Kejayaan pengetua atau guru besar dalam mempertingkatkan pengurusan diri dan mampu menterjemahkannya dalam budaya kerja sudah pasti  menjadi  aset penting kepada mereka dalam membentuk pasukan kerja yang dinamik. Di samping itu pengetua dan guru besar  juga perlu bertanggungjawab membuat pemantauan dan memastikan subordinatnya menjalankan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin. Pemantauan dan pemastian ini adalah penting dalam usaha menentukan matlamat akhir daripada proses komunikasi dapat dilaksanakan dengan tepat dan betul.

Berdasarkan kajian Ariffin dan Robiah (2002),  hanya komunikasi penerangan kerja, maklum balas dan ekspresi positif mempengaruhi kepuasan kerja guru. Pentadbir seharusnya mengurangkan komunikasi yang berbentuk penglibatan, rasional kerja, arahan kerja dan ekspresi negatif. kerana telah didapati kurang berkesan. Komunikasi sebegini kurang berkesan kerana ianya menekankan konsep komunikasi satu hala sahaja. Oleh itu, dapatan kajian ini boleh dijadikan asas kepada pentadbir untuk melaksanakan komunikasi berkesan dengan melibatkan semua warganya.  Komunikasi yang berkesan akan melibatkan guru-guru dalam membuat keputusan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti sekolah. Guru-guru yang diajak berunding dan melibatkan diri secara langsung biasanya merasai diri dan sumbangan mereka dihargai; mereka juga mendapat kuasa untuk mengambil inisiatif dan bertindak secara terbaik sesuai dengan kepakaran dan pengalaman tersendiri yang ada dalam diri masing-masing (Arifin & Robiah,2002).

Pentadbir sekolah perlu memastikan perhubungan dalam kalangan guru-guru penolong kanan (GPK), ketua-ketua bidang, ketua-ketua panitia, guru-guru mata pelajaran dan staf sokongan sekolah berada dalam kedaan baik (Norman Affendi dan Kamaruzaman, 2010). Semua warga sekolah mampu menyampaikan pendapat, idea dan komen dalam suasana yang harmoni dan terkawal. Hal ini penting dalam usaha memastikan organisasi sekolah dapat melaksanakan sebarang tindakan dengan baik dan berkesan. Perhubungan yang baik dalam kalangan warga sekolah akan membolehkan pihak sekolah mewujudkan kumpulan kerja yang dinamik.

Tegasnya di sini boleh kita rumuskan bahawa peranan pentadbir sekolah  amat penting dalam proses komunikasi berkesan. Justeru itu, penglibatan beliau secara langsung sebagai pengurus atasan amatlah dituntut dalam memastikan komunikasi berkesan dapat dicapai. Secara tidak langsung, hal ini akan menjadikan sekolah tersebut mempunyai kumpulan-kumpulan kerja yang dinamik kerana warganya dapat memahami hala tuju yang dikehendaki oleh pihak pentadbir sekolah.

4.       Pertemuan Secara Tidak Rasmi

Sesi pertemuan secara tidak rasmi dalam kalangan warga sekolah merupakan salah satu wadah penting dalam usaha mewujudkan komunikasi berkesan. Sesi seperti jamuan bulanan atau jamuan Hari Guru dapat digunakan sebagai medan menyampaikan maklumat dalam suasana tidak formal. Warga sekolah boleh membincangkan masalah sekolah di samping dapat bertemu, berinteraksi dan berkongsi tentang banyak perkara dalam suasana gembira, menarik dan ceria. Begitu juga, pertemuan di kantin sekolah sewaktu sarapan, minum pagi atau makan tengahari akan mewujudkan suasana mesra dan akrab, tanpa terikat dengan agenda formal seperti yang terdapat dalam mesyuarat rasmi. Pengurus sekolah juga dapat menyampaikan maklumat secara langsung kepada subordinatnya secara individu kerana terdapat banyak ruang dan peluang untuk beliau berbuat demikian dalam majlis yang tidak rasmi seperti ini. Ini dibuktikan dengan kajian yang telah dijalankan ke atas 97 orang pengetua sekolah agama yang mendapati bahawa pengetua yang mengamalkan komunikasi terbuka di dalam pergaulan dengan guru  dan pelajar serta sikap pengetua yang mudah bergaul; akan memudahkan dan memberanikan setiap warga sekolah untuk berbincang tentang apa jua masalah. Kewujudan suasana sebegini akan mengurangkan rasa tertekan dan akan membantu meningkatkan motivasi.

Secara tidak langsung, pertemuan tidak rasmi yang diadakan akan dapat mewujudkan kepercayaan dalam kalangan warga sekolah. Nilai kepercayaan ini akan menyebabkan konflik sesama individu berkurangan dan akan merapatkan jurang perbezaan sikap, kefahaman dan pendirian sesama mereka. Dengan demikian, terbentuklah kumpulan kerja yang dinamik yang mampu mengangkat kecemerlangan sesebuah sekolah tersebut.

Kesimpulannya, pertemuan secara tidak rasmi akan membuatkan warga sekolah berasa lebih selesa untuk berkomunikasi kerana tidak terikat dengan agenda formal. Agenda formal kadang-kadang menyebabkan idea, komen, cadangan mereka tidak dapat disampaikan dengan berkesan kerana tidak mempunyai ruang dan peluang untuk berbuat demikian. Melalui pertemuan secara tidak rasmi, mereka berpeluang untuk menyampaikan maklumat yang secara berkesan kerana mereka tidak terikat dengan etika dan protokol sebagaimana yang terdapat dalam mesyuarat formal.

5.       Menggunakan Perantara atau Orang Ketiga

Ada ketikanya pengurus sekolah tidak dapat menyampaikan maklumat kepada guru-guru dengan berkesan disebabkan terdapatnya pertelingkahan atau konflik dalaman warga sekolah. Contohnya seperti terdapat beberapa kumpulan yang seringkali tidak bersependapat dalam apa-apa aktiviti sekolah yang mahu dilaksanakan. Kumpulan ini sering mempunyai idea, pendekatan dan pengikut tidak formal yang akan membangkang dan menafikan idea dan pendekatan kumpulan lain. Oleh itu perantara atau orang ketiga amat diperlukan dalam hal ini untuk mengurangkan pertelingkahan dan konflik yang dihadapi dalam komunikasi. Sungguhpun kehadiran pihak ketiga adalah secara tidak aktif tetapi tetap memberikan kesan yang khusus dan baik terhadap proses komunikasi (Mohd Foad, 2005).

Perantara atau orang ketiga akan bertindak mendapatkan kepercayaan bagi setiap kumpulan dan membimbing setiap kumpulan untuk bertolak ansur antara satu sama lain. Perantara biasanya dilantik daripada kalangan warga sekolah yang neutral, adil dan dipercayai oleh kumpulan yang berkonflik. Kefahaman perantara terhadap masalah sekolah akan mewujudkan sesi perbincangan dan mencari jalan penyelesaian terbaik agar setiap kumpulan boleh bekerjasama antara satu sama lain.

Penggunaan perantara atau orang ketiga adalah sangat diperlukan lebih-lebih lagi jika terdapat konflik dalaman di sesebuah sekolah. Pentadbir sekolah boleh menggunakan teknik ini dalam usaha mewujudkan komunikasi berkesan dalam usaha membentuk pasukan kerja yang dinamik. Matlamat untuk menjadikan sesebuah sekolah itu cemerlang boleh dicapai dengan lebih mudah jika sekiranya terdapat banyak kumpulan kerja yang dinamik di sesebuah sekolah tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab pentadbir untuk memastikan keadaan ini berlaku di sekolah.

6.       Kebebasan Mengemukakan Pandangan

Pentadbir sekolah seharusnya memberikan kebebasan kepada warga sekolah untuk mengemukakan pandangan dan komen dalam mewujudkan komunikasi berkesan. Idea-idea baru yang dikemukakan oleh warga sekolah mampu mencetus prestasi kerja yang cemerlang. Galakan dan motivasi seharusnya diberikan semasa proses komunikasi untuk menunjukkan betapa idea yang dikemukakan, amat dihargai oleh pihak sekolah. Persaingan yang sihat dalam kalangan warga sekolah dengan cetusan idea baru akan mampu membentuk kumpulan kerja yang dinamik. Mereka akan terdedah kepada situasi, kefahaman dan tindakan baru yang akan memacu kecemerlangan sekolah. Secara tidak langsung, inovasi dan kreativiti akan terbentuk dalam kalangan warga sekolah. Seterusnya, produktiviti dan kualiti prestasi mereka akan bertambah selari dengan usaha sekolah menuju matlamat yang diinginkan.

Sekiranya kebebasan memberikan pandangan disekat akan menjadikan warga sekolah berasa takut memberikan pandangan dan komen. Mereka akan merasakan pandangan dan komen tidak akan dihargai oleh pihak sekolah. Halangan komunikasi seperti ini akan membuatkan mereka jumud dan seringkali berdiam diri apabila perbincangan dua hala dilaksanakan. Sekolah akan mengalami kerugian kerana potensi dan keupayaan warga sekolah tidak mampu digembleng sepenuhnya.

Dapat dirumuskan di sini bahawa kebebasan mengemukakan pandangan merupakan satu elemen penting dalam menjayakan komunikasi berkesan. Warga sekolah akan terasa dihargai apabila mereka bebas memberikan pandangan lalu membentuk prestasi kerja yang cemerlang. Selain itu, kebebasan ini akan mampu mewujudkan pasukan kerja yang dinamik kerana mereka berpeluang bersaing secara sihat melalui aktiviti yang mereka lakukan.

KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN
PEMBANGUNAN KEPIMPINAN MELALUI KERJA BERPASUKAN

FINISI KONSEP KERJA BERPASUKAN

Menggunakan konsep kerja berpasukan adalah satu pendekatan yang unik tapi kreatif. Hal ini kerana pendekatan kerja berpasukan mengenal pasti segala kekuatan dan kelebihan kesemua ahli, mengembleng segala elemen positif dan mengabungkannya sebagai satu punca tenaga yang baru (Francis & Young 1979). Pemimpin atau pengurus boleh menjadikan satu pasukan kerja yang lebih efektif dengan cara mengumpul semua ahlinya yang berbakat serta memupuk dan memotivasikan semangat mereka menjadi lebih positif  demi mencapai matlamat pasukan kerja yang ditetapkan.

PERBEZAAN ANTARA KERJA BERKUMPULAN DAN KERJA BERPASUKAN

KERJA BERKUMPULAN atau GROUP WORK terdiri daripada individu yang melakukan kerja masing-masing yang dipertanggungjawabkan dalam satu kumpulan. Ahli-ahli dalam satu kumpulan ini mungkin tidak mempunyai matlamat yang sama tapi mereka masing-masing bertekad mahu menyiapkan kerja mereka. Kesimpulannya dalm kumpulan kerja, ahli berusaha  untuk menyiapkan kerja demi untuk mendapatkan ganjaran yang tertentu seperti pengiktirafan emosi ataupun pulangan kewangan.

KERJA BERPASUKAN ialah satu kumpulan kerja ahli-ahlinya melaksanakan tugas bersama-sama dan berusaha mewujudkan suasana kerja yang lebih harmonis (Shari,1991). Francis Young(1997) menambah bahawa ahli  kepada satu pasukan kerja bekerja dalam satu kumpulan dengan tekad untuk bekerjasama. Ahli pasukan mempunyai satu matlamat yang sama bagi iaitu, menyiapkan sesuatu kerja. Dengan ringkasnya ahli pasukan kerja mempunayai garis panduan dan atur cara yang ditetapkan dan beriltizam memberikan hasil kerja yang berkualiti dem untuk mencapai wawasan bersama.

PEMBELAJARAN SEPANJANG
MENGAPA KITA PERLU BELAJAR SEPANJANG HAYAT....

1. Pembelajaran membantu kita menemukan nyala rasa kita

Segelintir daripada kita tidak sukar mencari nyala rasa kita, tetapi bagi kebanyakan orang, mereka terpaksa melakukan eksplorasi dan belajar tentang bidang yang diminati. Lebih banyak kita membaca, lebih ramai orang yang kita kenali di luar kelompok kita. Dan lebih banyak topik yang kita kupas, lebih banyak peluang kita berjumpa dengan perkara yang betul-betul merangsang daya kreatif dan perasaan ingin tahu kita.

2. Pembelajaran memberi kita erti makna dan tujuan

Apabila kita berkembang dalam pembelajaran kita, kita akan menjadi lebih sedar, lebih memahami dan menghargai kehidupan serta apa yang boleh kita sumbangkan. Sekiranya kita tetap di zon selesa, kita mungkin menjadi berpuas hati atau rasa yang nilai kita tidak berkembang.

Tetapi jika kita mengembangkan minda untuk mencuba sesuatu yang baharu, kita akan dihadiahi potensi baharu dan kesedaran yang kita boleh sentiasa menyumbang kepada masyarakat dalam pelbagai cara yang berharga.

3. Pembelajaran membolehkan kita menyesuaikan diri serta berubah

Manusia telah mencapai perkembangan sehingga kini kerana kebolehannya menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diri dengan perubahan. Di zaman moden ini, kemajuan di segenap aspek kehidupan bergerak begitu pantas sekali. Cara kita menyaingi kadar perubahan itu hanyalah melalui pembelajaran.

Sungguhpun ketakutan melanda diri, kita sebenarnya lebih berupaya untuk menyesuaikan diri dengan idea, teknologi dan persekitaran baharu – lihat sahaja pada generasi lebih tua yang berjaya menguasai telefon pintar, tablet dan komputer riba.

4. Pembelajaran menjadikan dunia tempat yang lebih baik untuk semua

Fikirkan tentang kemajuan sosial serta perubatan, bagaimana teknologi telah merubah cara kita berkomunikasi dan memahami sesama sendiri. Tentulah, dunia kita belum sempurna, banyak lagi yang belum diterokai – tetapi jika kita lihat pada kemajuan yang telah kita perolehi sepanjang dekad dan abad yang terdahulu, dunia kita lebih selesa atas usaha kita untuk belajar dan teroka.

Tingkah laku serta pandangan berkembang dengan pembelajaran, dan lebih banyak kita memahami dunia kita yang bernuansa, kita akan menjadi lebih efektif  dalam menangani masalah-masalah yang melanda.

Hilangnya Pemikiran Kritis di Zaman Digital sebagai Fenomena "New Illiteracy"
Kemampuan memahami teks, angka, dan teknologi digital adalah kecakapan yang diperlukan oleh setiap orang untuk menyimpan, memproses, dan bertukar informasi. Teknik berfikir cepat dan ilmu komputer pun telah dimasukkan sebagai kurikulum inti masyarakat digital di abad ke-21. Penggunaan istilah "literasi digital" seringkali tidak hanya mencakup pemahaman tentang bagaimana menggunakan perangkat digital, tetapi juga bagaimana menemukan, mengevaluasi, dan menggunakan informasi online.

Ketakutan akan berita palsu, ucapan kebencian, eksploitasi privasi yang tidak diinginkan, dan radikalisasi merupakan beberapa efek negatif yang ada di era digital yang justeru sebenarnya telah membuat kita semakin berhubung satu sama lain. Literasi digital diperlukan untuk membolehkan seseorang secara sungguh-sungguh sebagai sebahagian dari masyarakat digital; di mana setiap individu bertanggung jawab atas setiap perilaku mereka di dunia digital.

Seiring dengan perkembangan teknologi komunikasi, pengguna media dan informasi, khususnya kaum muda, akan menghadapi banyak tantangan. Pakar komputer dengan kemampuannya untuk 'berpikir yang tidak terpikirkan' telah memunculkan berbagai teori, idea, ideologi, kemajuan teknik, dan inovasi ekonomi baru. Fenomena "Googlization", sebuah keadaan di mana mengakses informasi secara online dan menemukan jawaban pada laman web telah menjadi sangat mudah sehingga seseorang tidak lagi merasa perlu untuk menghafal sesuatu, telah terbentuk secara global.

Kecenderungan sebegini ini mengakibatkan individu menjadi  bergantung menggunakan mesin pencari, menjadi kesulitan untuk mencerna informasi, sampai pada akhirnya tidak lagi mampu membaca dan memahami artikel yang panjang dengan mendalam.

Patricia Greenfield, profesor psikologi ternama dari UCLA dan direktur Pusat Media Digital Anak, Los Angeles, menyatakan bahawa kemampuan manusia moden dalam berfikir kritis dan analisis telah menurun seiring dengan kemunculan teknologi yang telah mulai memainkan peranan lebih besar dalam segala aspek kehidupan.

Sebuah kajian terkini yang dilakukan oleh MindEdge menunjukkan bahawa banyak dari generasi z kekurangan keterampilan berpikir kritis. Ketidakmampuan membezakan informasi palsu di kalangan generasi millennia ini sangat lah bermasalah, di mana 55% dari generasi ini menganggap media sosial untuk menemukan dan membaca berita, sementara 51% lainnya sangat penting dengan pelbagai bentuk di media sosial, dan 36% selebihnya tanpa sedar telah memberikan informasi yang palsu.

Teknologi dan pemikiran kritis cenderung memberi pengaruh yang saling berkait pada kebanyakan orang. Algoritma mesin pencari moden, seperti Google, turut menguji kemampuan seseorang untuk berinteraksi dengan memberikan informasi berdasarkan riwayat pencarian. Sedaya untuk mengoptimalkan pengalaman pengguna justeru menimbulkan kesan samping yang tidak diharapkan, iaitu semakin memberikan kesan.

Segala hal yang hendak kita percayai hanya terbatas pada informasi sesuatu pihak dan terbatas yang tersedia. Lebih lanjut lagi, kemudahan semacam ini akan melahirkan fenomena "new illiteracy" yang digambarkan sebagai ketidakmampuan seseorang untuk membezakan fakta  yang tepat pada hilangnya pemikiran kritis.

Pemikiran kritis (critical thinking) pada umumnya dianggap sebagai cara berfikir seseorang guna meningkatkan kualiti pemikirannya melalui aktiviti menganalisa, menilai, merekod pemikirannya dengan baik, dan aktiviti ini hendaknya diarahkan atas inisiatif, disiplin, pantauan, dan koleksi peribadi. Berpikir dengan kritis kemudian akan menjadi salah satu instrumen utama dalam literasi digital di tengah-tengah dominasi media massa.

Berfikir kritis pun bersifat transformatif dan mengharuskan setiap individu untuk menjadi ahli dalam menghadkan diri sendiri saat disesatkan atau dibohongi. Tanggung jawab untuk membedakan antara informasi yang benar (akurat dan kredibel) dengan informasi yang keliru (disinformasi) bukan lagi menjadi tanggung jawab para ahli seperti editor, penerbit, pustakawan, atau profesor, melainkan seluruh elemen masyarakat.

Dengan semangat membanteras penyebaran konten-konten negatif di media sosial, sekaligus membangun pola pikir kritis di masyarakat, sebuah gerakan bernama Gerakan Nasional Literasi Digital #SiBerkreasi pun diinisiasi. Gerakan ini wujud berkat kolaborasi berbagai institusi kerajaan dan swasta, masyarakat,dan penggiat literasi digital.