Artikel Ekonomi by NurulAinHazwani_

Ekonomi Malaysia 💹
Ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus pada suku pertama 2019, melepasi jangkaan penganalisis sebelum ini pada 4.3 peratus. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama tahun ini yang berkembang pada kadar 4.5 peratus turut mencerminkan peningkatan kadar
pendapatan individu di negara ini.

Penganalisis ekonomi, Profesor Madya Dr Barjoyai Bardai berkata ia sekaligus memberi kesan positif kepada kutipan cukai pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Beliau menjelaskan, apabila pendapatan individu meningkat, hasil cukai juga meningkat.

“Apabila pendapatan individu meningkat, kadar cukai yang perlu dibayar meningkat.

“Jadi apabila jumlah cukai yang dikutip meningkat, (ia menunjukkan) tahap pendapatan rakyat telah turut meningkat, khususnya dalam kalangan kumpulan berpendapatan tinggi dan sederhana tinggi,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.

Bagaimanapun, beliau berpandangan kadar pertumbuhan ekonomi tidak semestinya membayangkan jumlah cukai yang akan dikutip kerana ia juga dipengaruhi oleh beberapa faktor lain.

“Banyak aspek dan faktor lain turut mempengaruhi kadar pertumbuhan ekonomi seperti kesedaran untuk membayar cukai dan pengagihan pendapatan kepada individu-individu yang menjadi pembayar cukai.

“Jadi ia bermakna kadar pertumbuhan ekonomi secara umum akan membayangkan pendapatan cukai yang boleh dikutip dalam negara tetapi ada faktor lain juga menjejaskannya,” tambahnya.

Pada Khamis, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Yunus berkata ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus pada suku pertama 2019, melepasi jangkaan penganalisis sebelum ini pada 4.3 peratus.

Bagaimanapun, pertumbuhan tersebut lebih perlahan berbanding suku pertama 2018 pada 5.3 peratus.

BNM mengunjurkan Malaysia akan mencatat pertumbuhan antara 4.3 hingga 4.8 peratus tahun ini.

Rumusannya disini , apa yang saya faham melalui artikel tersebut , Ekonomi Malaysia telah berkembang beberapa peratus pada suku awal pertama tahun 2019 sekaligus telah memberi impak yang positif kepada negara . Penganalisis ekonomi negara berkata semakin meningkat pendapatan individu , semakin tinggi cukai yang akan dikenakan . Oleh itu sekiranya , cukai yang dukutip meningkat maka pendapatan juga akan meningkat sam ada dari golongan berpendapatan tinggi mahupun sederhana tinggi .