Pembelajaran Bermakna 2 Aktiviti 2 by GRACELY PRETTY LO IPG-Pelajar

Kumpulan 1 : Shadiqin , Haszriq & Aily
Peranan guru dalam merealisasikan FPK

1.     Membentuk Pelajar yang Seimbang dan Harmoni

Guru bertanggungjawab mendidik pelajar dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, selaras dengan matlamat FPK.

2.     Menyampaikan Ilmu dan Nilai Moral Guru berperanan sebagai agen penyebar ilmu pengetahuan sambil menyisipkan nilai-nilai moral, etika, dan sivik dalam pengajaran mereka.

3.     Menyemai Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Guru perlu menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah serta membuat keputusan yang bijak.

4.     Memupuk Semangat Belajar Sepanjang Hayat

Guru berperanan menggalakkan pelajar agar mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran dan menyedari kepentingan pembelajaran sepanjang hayat.

Hasil dapatan guru melalui FPG

1.  Mengetahui dan memahami peranan guru

Guru dapat memahami peranan mereka dalam pendidikan, termasuk tanggungjawab mendidik, membimbing, dan membentuk generasi akan datang

2.  Kaedah Pembelajaran

Guru dapat memilih dan melaksanakan kaedah pengajaran yang sesuai, berdasarkan keperluan pelajar dan konteks pembelajaran

3.  Motivasi dan Inspirasi

Guru akan cenderung untuk lebih bermotivasi dan bersemangat dalam menjalankan tugas mereka, yang juga memberi inspirasi kepada pelajar

4.  Penambahbaikan

Dorongan kepada guru untuk sentiasa menilai kaedah pengajaran mereka, yang dapat membawa kepada penambahbaikan secara berterusan.

Implikasi FPK dan FPG terhadap sistem pendidikan di Malaysia

1. Pembangunan profesionalisme guru

FPG menuntut guru yang berkebolehan tinggi untuk melaksanakan matlamat-matlamat pendidikan. Ini merangkumi penyediaan latihan yang berkualiti, sokongan kerjasama dan pemantauan prestasi untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia

2. Pembentukan identiti kebangsaan yang kukuh

FPK menekankan pembentukan identiti kebangsaan dalam kalangan murid. hal ini memberi impak terhadap kefahaman yang mendalam tentang sejarah, budaya dan nilai-nilai di Malaysia.

3.  Pembelajaran berpusatkan pelajar Perubahan dalam pendekatan PdP diperlukan bagi memberi peluang murid terlibat aktif dalam pembelajaran. Hal ini mempengaruhi pendekatan guru untuk memupuk penyelidikan, kreativiti dan pemikiran kritis dalam kalangan pelajar

4.  Kepelbagaian dalam pembelajaran

FPG menggalakkan pendekatan pendidikan yang lebih global dan inklusif. Ini membolehkan sekolah untuk mengambil kira keperluan pelajar yang pelbagai, termasuk latar belakang budaya dan sosial, serta menyediakan pendidikan yang lebih relevan dan kontekstual.

Kumpulan 2 : Amyuni , Hazwani & Ivanie
Peranan Guru untuk Merealisasikan FPK & FPG

1. Mengamalkan keadilan dan kesaksamaan

● Guru perlu memastikan kesaksamaan akses dan peluang dalam pendidikan bagi semua pelajar, tanpa mengira latar belakang sosioekonomi, etnik dan kebolehan.

● Mereka harus bersikap adil dan memberikan sokongan tambahan kepada pelajar yang memerlukan.

2. Membina insan secara holistik dan bersepadu

● Guru tidak hanya bertanggungjawab dalam menyampaikan pengetahuan akademik tetapi juga dalam membentuk perkembangan holistik pelajar.

● Mereka harus mengembangkan kemahiran sosial, emosi dan spiritual pelajar agar dapat mencapai potensi pada tahap yang maksimum.

Implikasi FPK & FPG Terhadap Pendidikan di Malaysia

1. FPK menekankan pembentukan identiti kebangsaan yang kukuh dalam kalangan generasi muda Malaysia. Perkara ini memberi implikasi kepada kurikulum dan aktiviti kokurikulum di sekolah untuk memastikan pemahaman yang mendalam tentang sejarah, budaya dan nilai-nilai Malaysia.

2. FPG menekankan pembangunan insan holistik dan ini memerlukan penekanan pada pembangunan kemahiran, pengetahuan dan sikap yang meliputi pelbagai aspek kehidupan. Seterusnya memberi impak kepada kurikulum yang menyeluruh dan program pembelajaran yang menyokong pembangunan aspek intelektual, emosi, sosial dan rohani pelajar.

Kumpulan 3 : Afrina , Cathrine , Kaspa & Syaffiah
Peranan guru untuk merealisasikan FPK dan FPG 

Pembentukan sashsiah dan nilai murni :

Dalam FPK, guru bertanggungjawab membentuk akhlak dan sahsiah pelajar dengan memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. 

Pdp yang berkesan dan kreatif:

Dalam FPG, guru perlu memastikan proses pdp dilakukan dengan sangat kreatif dan selaras dengan visi dan misi sekolah. Penggunaan teknologi yang berkesan dalam proses pdp.

Menggalakkan pemikiran kritis:

Guru berperanan dalam merangsang pemikiran yang kritis dalam kalangan pelajat dan menggalakkan mereka berfikir di luar kotak serta mampu menyelesaikan masalah dengan lebih berinovatif.

Implikasi FPK dan FPG terhadap sistem pendidikan di Malaysia

1.Pendidikan yang menyeluruh:

FPK sangat menekankan pendekatan pendidikan yang holistik yakninya seimbang dari segi JERIS dan mampu melancarkan perlaksanaan kurikulum dan kokurikulum dalam kalangan pelajar. 

2. Membentuk modal insan yang berkualiti:

FPK mengutamakan pembangunan modal insan yang berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan negara dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, sosial dan teknologi termasuk perlaksanaan TVET.

3. Membentuk guru yang lebih profesional:

FPG memastikan bahawa guru dapat memenuhi kriteria kecemerlangan dalam aspek akademik, sahsiah dan nilai moral dalam diri. 

4. Pengguna teknologi yang meluas dalam PdP:

FPG menekan bahawa guru mestilah mahir dalam menggunakan teknologi sebagai alat bantu mengajar agar dapat menjadikan proses pdp itu lebih

Kumpulan 4 : Felyana , Gracely , Samuel & Vanessa
Peranan guru untuk merealisasikan FPK dan FPG:

1. Guru menjadi pembina karakter:

Guru perlu menjadi teladan dalam bentuk dan nilai moral pelajar. Ini termasuk menanamkan nilai-nilai seperti disiplin, tanggungjawab, dan saling menghormati.

2. Sebagai penyokong pembelajaran sepanjang hayat:

Guru harus menggalakkan pelajar untuk terus belajar di luar bilik darjah dan menyokong mereka dalam mengejar pengetahuan baharu. Ini selaras dengan matlamat FPK untuk melahirkan individu yang berilmu dan berkemahiran.

3. Sebagai Fasilitator:

Guru menjadi pembimbing kepada murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mengambil pendekatan menyeluruh dalam pendidikan, termasuk perkembangan intelektual, emosi, sosial, dan jasmani pelajar. Ini penting untuk membentuk individu yang seimbang.

Implikasi FPK dan FPG terhadap sistem pendidikan di Malaysia:

1. Peningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran:

FPG menekankan peranan guru sebagai pendidik yang berkualiti. Ini menyebabkan penekanan kepada latihan dan pengembangan profesional untuk guru, memastikan mereka dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan terkini agar dapat melahirkan guru yang berkualiti.

2. Pembangunan holistik pelajar:

FPK menekankan pembentukan individu yang seimbang dari segi intelek, emosi, sosial, dan jasmani. Ini mendorong sistem pendidikan untuk menyediakan kurikulum yang menyeluruh, termasuk pendidikan moral, seni, dan aktiviti luar bilik darjah.

3. Inovasi dan kreativiti:

FPG menggalakkan guru untuk berinovasi dalam pendekatan pengajaran. Ini memberi kesan kepada sistem pendidikan untuk mengadaptasi teknologi dan metodologi baru bagi meningkatkan keterlibatan pelajar.

4. Keterlibatan komuniti dan ibu bapa:

FPK dan FPG mengakui pentingnya kerjasama antara sekolah, ibu bapa, dan komuniti. Ini menggalakkan sistem pendidikan untuk membangun hubungan yang lebih erat dengan komuniti untuk menyokong proses pendidikan

Kumpulan 5 : Ezza , Lawrence , Sharizah & Sophea
Peranan guru untuk merealisasikan FPK dan FPG:

1. Guru menjadi pembina karakter:

Guru perlu menjadi teladan dalam bentuk dan nilai moral pelajar. Ini termasuk menanamkan nilai-nilai seperti disiplin, tanggungjawab, dan saling menghormati. 2. Sebagai penyokong pembelajaran sepanjang hayat:

Guru harus menggalakkan pelajar untuk terus belajar di luar bilik darjah dan menyokong mereka dalam mengejar pengetahuan baharu. Ini selaras dengan matlamat FPK untuk melahirkan individu yang berilmu dan berkemahiran.

3. Sebagai Fasilitator:

Guru menjadi pembimbing kepada murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mengambil pendekatan menyeluruh dalam pendidikan, termasuk perkembangan intelektual, emosi, sosial, dan jasmani pelajar. Ini penting untuk membentuk individu yang seimbang.

Implikasi FPK dan FPG terhadap sistem pendidikan di Malaysia:

1. Peningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran:

FPG menekankan peranan guru sebagai pendidik yang berkualiti. Ini menyebabkan penekanan kepada latihan dan pengembangan profesional untuk guru, memastikan mereka dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan terkini agar dapat melahirkan guru yang berkualiti.

2. Pembangunan holistik pelajar:

FPK menekankan pembentukan individu yang seimbang dari segi intelek, emosi, sosial, dan jasmani. Ini mendorong sistem pendidikan untuk menyediakan kurikulum yang menyeluruh, termasuk pendidikan moral, seni, dan aktiviti luar bilik darjah.

3. Inovasi dan kreativiti:

FPG menggalakkan guru untuk berinovasi dalam pendekatan pengajaran. Ini memberi kesan kepada sistem pendidikan untuk mengadaptasi teknologi dan metodologi baru bagi meningkatkan keterlibatan pelajar.

4. Keterlibatan komuniti dan ibu bapa:

FPK dan FPG mengakui pentingnya kerjasama antara sekolah, ibu bapa, dan komuniti. Ini menggalakkan sistem pendidikan untuk membangun hubungan yang lebih erat dengan komuniti untuk menyokong proses pendidikan

Kumpulan 6 : Idayu , Estefenia , Patreus & Seraphina
Peranan Guru Merealisasikan FPK  :

Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting untuk

merealisasikan matlamat FPK dengan penghayatan dan kefahaman yang tinggi

terhadap FPK serta mengaplikasikannya di dalam pengajaran (Sabilan et al., 2018).

Antara peranan guru dalam merealisasikan FPK adalah mensosialisasikan nilai-nilai

Kebangsaan. Guru memainkan peranan penting dalam menyampaikan serta

mengamalkan nilai-nilai kebangsaan seperti nilai patriotisme, kesederhanaan, toleransi dan kesepaduan kepada pelajar. Selain itu, guru haruslah mengamalkan keadilan dan kesaksamaan. Guru perlu memastikan kesamarataan dalam peluang pendidikan bagi semua pelajar tanpa mengira latar belakang sosioekonomi atau etnik. Akhir sekali, guru boleh mengamalkan kerjasama mereka dengan ibu bapa dan komuniti. Guru mesti berperanan sebagai rakan kerjasama dengan ibu bapa dan komuniti bagi membentuk persekitaran pendidikan yang meransang dan menyokong pembangunan pelajar.

Peranan Guru Merealisasikan FPG :

Peranan guru dalam merealisasikan FPG dengan membentuk insan yang holistik.

Guru berperanan dalam membentuk insan holistik dengan memberi penekanan kepada perkembangan aspek intelektual, emosi, sosial, dan rohani pelajar. Dengan ini, guru dapat membantu pelajar untuk memperoleh kemahiran hidup dan nilai-nilai murni yangpenting dalam kehidupan. Seterusnya, guru harus memilih dan menggunakan pelbagai strategi dalam pembelajaran yang sesuai dengan tahap pelajar. Akhir sekali, pembangunan kreativiti dan kritikaliti. Guru perlu membina kretiviti dan kemahiran berfikir kritikal dalam kalangan pelajar dengan mendorong mereka untuk bertanya, menganalisis dan menilai maklumat.

Implikasi FPK dan FPG terhadap sistem pendidikan di Malaysia :

Implikasi FPK dan FPG terhadap sistem pendidikan di Malaysia sangat signifikan dalam menentukan arah dasar, kurikulum, amalan pengajaran dan pembangunan profesionalisme guru. Antaranya ialah pembentukan identiti kebangsaan yang kukuh. FPK menekankan pembentukan identiti kebangsaan yang kukuh dalam

kalangan generasi muda. Perkara ini akan membawa implikasi kepada kurikulum dan

aktiviti kokurikulum di sekolah bagi memastikan pelajar memahami dengan mendalam tentang sejarah, budaya, dan nilai-nilai Malaysia. Seterusnya, peningkatan kesedaran multikulturalisme. FPK juga memberi tumpuan kepada kesedaran multikulturalisme dan

toleransi antara pelbagai etnik, agama dan budaya di Malaysia. Perkara ini menggalakkan penyelarasan program program pendidikan untuk mencerminkan

kepelbagaian masyarakat di Malaysia. Selain itu, FPG pula menekankan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Perkara ini memerlukan perubahan pengajaran dan pembelajaran dari berpusatkan guru kepada memberi ruang kepada pelajar untuk terlibat aktif dalam proses pembelajaran mereka. Ini akan mempengaruhi bagaimana guru tersebut menyediakan aktiviti pengajaran yang memupuk penyelidikan, kreativiti

dan pemikiran kritis dalam kalangan pelajar. Akhir sekali, pembangunan profesional guru. FPG menuntut pembangunan profesionalisme guru yang tinggi untuk melaksanakan nilai-nilai dan matlamat pendidikan. Perkara ini termasuk latihan yang berkualtiti, sokongan kerjasama dan pemantauan prestasi untuk meningkatkan lagi kualtiti pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan

Kumpulan 7 : Awang , Cyprian , Khalid & Jeffry
Peranan Guru dalam Merealisasikan FPK dan FPG:

Peranan guru dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) amat penting kerana guru merupakan individu utama yang melaksanakan dasar pendidikan negara. Dalam usaha mencapai matlamat FPK, guru bertanggungjawab mendidik pelajar agar mereka berkembang secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Guru memastikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak hanya tertumpu pada pencapaian akademik semata-mata, tetapi juga pada pembangunan sahsiah yang berakhlak mulia serta berketerampilan.

Selain itu, guru memainkan peranan sebagai model teladan dalam pembentukan nilai-nilai murni. Mereka bertindak sebagai contoh dalam menerapkan amalan seperti disiplin, tanggungjawab, dan integriti, yang akan diikuti oleh pelajar dalam kehidupan seharian mereka. Di samping itu, guru juga bertindak sebagai pembimbing dalam membantu pelajar mengembangkan kemahiran insaniah. Kemahiran seperti berfikir secara kritis, bekerjasama, serta menyelesaikan masalah adalah penting untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing dalam menghadapi cabaran abad ke-21.

Peranan guru dalam memupuk perpaduan serta jati diri kebangsaan juga tidak boleh dinafikan. Melalui pendidikan, guru berperanan menyemai semangat cintakan negara serta menghargai kepelbagaian budaya. Ini selari dengan matlamat FPK yang bertujuan melahirkan warganegara yang harmoni, bersatu padu, dan mampu hidup bersama secara aman dalam masyarakat majmuk.

Akhir sekali, guru perlu sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme mereka secara berterusan. Dalam dunia yang sentiasa berubah, guru perlu berusaha mempelajari kaedah baharu bagi memastikan mereka kekal relevan serta berupaya menyampaikan pendidikan berkualiti tinggi kepada generasi pelajar. Secara keseluruhannya, peranan guru dalam merealisasikan FPK dan FPG adalah amat penting dan mencabar dalam usaha membentuk generasi masa hadapan yang berilmu, berakhlak, dan berdaya saing.

Implikasi FPK dan FPG terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia:

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) memberi kesan yang signifikan terhadap sistem pendidikan di Malaysia. Kedua-dua falsafah ini menjadi asas kepada hala tuju pendidikan negara dengan matlamat untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek.

Dari segi kurikulum, FPK mengarahkan pengajaran yang lebih holistik dan bersepadu, yang tidak hanya menekankan aspek akademik tetapi juga nilai moral serta pembangunan sahsiah. Pendidikan nilai seperti disiplin, tanggungjawab, dan perpaduan diterapkan melalui mata pelajaran seperti Pendidikan Sivik dan Pendidikan Moral.

FPG pula memberi impak yang besar kepada pendekatan pengajaran dan pembelajaran, di mana guru digalakkan menggunakan kaedah yang berpusatkan pelajar. Ini merangsang pembelajaran yang lebih interaktif, kritis, dan kreatif, sesuai dengan keperluan kemahiran abad ke-21.

Selain itu, FPG menekankan kepentingan meningkatkan profesionalisme guru melalui pembelajaran berterusan bagi memastikan mereka sentiasa mengikuti perkembangan teknologi dan pedagogi terkini. FPK juga memberi penekanan terhadap perpaduan nasional dengan menggalakkan interaksi antara pelajar daripada pelbagai kaum, seterusnya menyemai semangat cintakan negara.

Secara keseluruhannya, FPK dan FPG membentuk sistem pendidikan yang holistik, bersepadu, dan progresif, selaras dengan matlamat melahirkan warganegara yang berilmu, berakhlak, dan mampu bersaing di peringkat global.

Soalan Tugasan Pembelajaran Bermakna 2 Aktiviti 2
Aktivti 2:

Hot seat - bincangkan peranan guru untuk merealisasikan FPK dan FPG

Round Robin - terangkan implikasi FPK dan FPG terhadap sistem pendidikan di Malaysia